Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Tuesday, February 22, 2011

Ancaman Terrorisme di Malaysia

Ancaman Terrorisme di Malaysia
Suara Pusat Islam UPM
22 Oktober 2010

Malaysia tidak mempunyai kumpulan pemisah atau pemberontak yang umumnya boleh dianggap sebagai terlibat dalam kegiatan keganasan. Walau bagaimanapun terdapat kumpulan-kumpulan pengganas yang pernah membuat cubaan untuk melakukan keganasan. Berikutan peristiwa 11 September 2001, Malaysia pernah dianggap sebagai "hot spot" keganasan global kerana beberapa perancang serangan dilaporkan bertemu di Kuala Lumpur. Namun demikian, Malaysia tidaklah seperti yang disangka kerana Malaysia mengamalkan Islam secara moderate dan lebih sederhana serta memiliki pemahaman yang sangat advance dalam konteks mentafsirkan pembangunan dan kemajuan dalam konteks agama.

Secara khusus, Malaysia juga telah menjadi salah sebuah negara Islam yang menyokong dasar menghapuskan "keganasan global” semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammed dan Tun Abdullah Badawi serta Perdana Menteri sekarang, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak. Malaysia mempunyai strategi tersendiri berkaitan tindakan anti-keganasan dan menolak sama sekali kumpulan pengganas. Sebaliknya, Malaysia telah menganjurkan pendekatan yang tertumpu pada memerangi apa yang dianggapnya sebagai akar penyebab terorisme, seperti salah faham terhadap Islam dan pengeksploitasian isu-isu berkaitan agama dan hak asasi manusia.

Malaysia pada umumnya telah menyokong khusus program anti-keganasan AS dan inisiatifnya di Asia Tenggara. Malaysia juga pernah menyuarakan keprihatinan bahawa harga minyak dan sumber tenaga serta kelemahan keseluruhan ekonomi global mungkin mengakibatkan perkembangan tindakan keganasan. Kenaikan harga minyak, makanan dan perkhidmatan memungkinkan risiko berlakunya pergolakan politik dalam masyarakat dan merebaknya penentangan.

Pihak berkuasa Malaysia telah menangkap Husna dan Purwantoro; dua anggota JI di Kuala Lumpur selama beberapa ketika sebelum mereka diserahkan kepada pihak berkuasa Indonesia pada Mac 2008.  Mereka berdua dilaporkan telah menerima latihan pembuatan bom di kem-kem latihan JI di selatan Filipina pada tahun 1999. Purwantoro dijangka menjadi pemimpin operasi JI di Sulawesi. Ada pendapat yang menyatakan bahawa kumpulan pemisah yang aktif di selatan Thailand boleh bergerak bebas melintasi sempadan Thailand-Malaysia walaupun terdapat penafian oleh pihak berkuasa Malaysia. Menurut satu kenyataan oleh seorang pemimpin Al-Qaeda yang ditangkap, Malaysia dipandang sebagai lokasi yang ideal untuk transit dan pertemuan kerana visa masuk percuma untuk warga negara-negara Teluk. Walau bagaimanapun, sejak tahun 2001, pihak berkuasa Malaysia telah melakukan berbagai tindakan untuk menyokong perang melawan pengganas bahkan Malaysia telah melakukan sesuatu yang berbeza dengan dasar luar negeri AS.

Tun Abdullah telah mendesak Muslim di seluruh dunia untuk memerangi ekstremisme dan meningkatkan hubungan dengan Barat melalui promosi Pendekatan Islam Hadhari. Menurut bekas Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Robert Zoellick, beliau tetap percaya dengan kemampuan Malaysia untuk menangani ancaman terrorisme. Sejak dari awal lagi, Malaysia telah berupaya untuk mengimbangi identitinya sebagai negara Islam dengan penduduk pelbagai budaya, etnik dan sistem kepercayaan. Budaya ekstrem dan keganasan bertindak atas nama Islam tidak diterima oleh rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk meletakkan dirinya di tengah-tengah perdebatan mengenai terrorisme seperti dalam forum Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Apa yang dicanangkan oleh Malaysia ialah nilai sebenar sejarah Islam dan budaya toleransi dalam Islam.

Kerajaan Malaysia sangat kritikal terhadap perilaku AS dalam peperangan global melawan keganasan dan keseluruhan dasarnya di Timur Tengah. Malaysia memandang AS menceroboh Afghanistan dan Iraq serta mengkritik pendudukan AS di Iraq. Selain itu, kerajaan Malaysia melihat dasar AS yang pro-Israel sebagai dasar berat sebelah Amerika Syarikat dan merupakan penghalang untuk penyelesaian masalah Palestin dan dikatakan juga bahawa ini juga membawa kepada peningkatan sokongan untuk kumpulan pengganas. Selain itu, Malaysia telah bersikap kritis terhadap AS yang dikatakan sentiasa "stereotaip" terhadap Islam dan ini memberikan sumbangan kepada peningkatan semangat anti Islam di Eropah dan Barat.

Secara relatifnya, tahap aktiviti pengganas di Malaysia bolehlah dianggap rendah. Pihak berkuasa sentiasa memantau dan anticipate sebarang strategi pengganas. Kerajaan Malaysia sangat proaktif dalam membanteras kegiatan JI dan Al-Qaeda. Kelompok lain yang dilaporkan aktif di Malaysia oleh pihak Barat ialah kumpulan Abu Sayyaf dan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). Kumpulan Abu Sayyaf terlibat dalam beberapa aksi keganasan di Malaysia. Pada tahun 2000, Kumpulan Abu Sayyaf Filipina menculik pelancong di dua resort di Sabah dan membawa mereka ke Filipina dan menahan mereka sebagai tebusan selama beberapa waktu. Para tebusan itu akhirnya dibebaskan atau diselamatkan, tetapi beberapa tebusan telah dibunuh oleh Abu Sayyaf. Kumpulan ini dilaporkan memisahkan diri daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro di awal 1990an di bawah kepimpinan Abdurajak Abubakar Janjalani. KMM pula adalah kumpulan kecil militan yang menyeru penggulingan kerajaan Malaysia dan pembentukan negara pan-Islam Indonesia, Malaysia, dan Filipina Selatan. Ditubuhkan pada tahun 1995, kumpulan ini mempunyai keahlian kurang daripada 100 ahli. KMM dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan JI dan kumpulan-kumpulan Islam radikal di Maluku dan Filipina.

3 comments:

Abu Idris said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr. Amini Amir Abdullah said...

Kepada pelajar-pelajar saya yang budiman,

Sila jangan terpengaruh dengan blog-blog lain yang cuba mempengaruhi pelajar.

Sila rujuk kepada saya dahulu. Harap maklum, terima kasih.

Dr. Amini Amir Abdullah said...

Sila poskan komen anda mengenai pembelajaran TITAS atau Hubungan Etnik. Terima kasih.

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak