Wawancara bersama Dr. Amini Amir Abdullah dari Universiti Putra Malaysia, Majalah Dakwah, Mac 2011
Sebelum kita bersoalan lebih lanjut lagi, bolehkan Dr. memberi definisi aurat mengikut Islam?
Dr. Amini: Aurat dalam konteks Islam mencakupi bahagian-bahagian tubuh badan yang tertentu yang merupakan ketentuan Allah S.W.T untuk kita patuhi. lelaki Lelaki auratnya daripada pusat hingga ke lutut,manakala bagi wanita keseluruhan tubuh badan kecuali tapak tangan dan muka. Dalam Isla, Islam, aurat juga membabitkan persoalan syarat rukhsah sah solat. jikalau Jikalau orang itu tidak menutupi tubuhnya atau auratnya nescaya tidak sah solat. Aurat adalah salah satu syariat Allah S.W.T bertujuan untuk memelihara kehormatan sama ada wanita atau lelaki dan ada terdapat kepentingannya yang tersendiri kenapa aurat itu disyariatkan oleh Allah SWT. kerana dalam al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah Al-Nur: 30-31)
Berdasarkan maksud ayat di atas, di antara maksud “memelihara kehormatan” ialah menutupi aurat dan memelihara kemaluan daripada jenayah zina. Aurat juga bermaksud kemaluan sepertimana dalam Hadis Rasulallah s.a.w.yang bermaksud: “Peliharalah auratmu (kemaluan), kecuali terhadap isterimu…” Aurat juga mesti dipelihara hatta di antara lelaki sesama lelaki. Aurat juga adalah sesuatu yang patut dimalui kerana ia adalah kewajipan yang dikhabarkan oleh Rasulallah s.a.w.. Termasuk dalam kategori aurat juga ialah perhiasan tubuh (zinah) dan kecantikan rupa paras wanita (zinah fitrah). Wahana yang digunakan oleh wanita untuk berhias seperti make up, barang kemas, perhiasan, baju, kain, celak, gincu dan seumpamanya memberikan ruang untuk memperkasa zinah dan termasuk juga dalam perbahasan mengenai aurat. Aurat yang boleh dizahirkan untuk tujuan bermuamalat, bekerja dan menjalani perjalanan kehidupan ialah wajah dan kedua tangan bagi wanita jika diteliti pendapat Ahli Tafsir mengenai ayat saya sebutkan sebelum ini seperti dalam frasa Al-Quran: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”.
Ayat di atas juga menjelaskan agar wajib bagi wanita Muslim menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.
Perkataan khumur merujuk kepada pakaian seperti tudung kepala atau pakaian yang digunakan untuk menutup kepala sehingga tidak ternampak sehelai rambutpun yang dilabuhkan hingga leher dan dada sehingga tidak terserlah sesuatupun tubuh badan wanita.
Memelihara kemaluan termasuk dalam kebanyakan ulama’ adalah menutup aurat dan tidak memperlihatkan perhiasannya kepada bukan mahram dan ada sekatan aurat wanita dangan dengan aurat wanita dan begitu juga aurat lelaki dengan lelaki. Sebagai contoh aurat wanita Muslim tidak boleh didedahkan kepada bukan Islam ditakuti disebarkan kepada orang lain. Terdapat juga perbahasan antara aurat antara wanita Muslim dengan wanita muslim yang lain, aurat sesama lelaki dan aurat lelaki dengan wanita.
Mengikut mazhab Shafie,aurat lelaki ialah bermula daripada pusat hinggalah ke lutut. Walaupun sah solat orang yang tidak berbaju, namun dari segi adab dengan Allah, adalah lebih wajar dan bersopan bersolat dengan memakai baju dan menutup sempadan aurat yang dinyatakan di atas.
Pada pandangan DR., mengapa wanita Muslim diwajibkan menutup aurat. Apakah hikmahnya?
Dr Amini: Sebenarnya lelaki Muslim juga diwajibkan menutup aurat, bukannya wanita sahaja. Adapun hikmahnya ialah untuk mematuhi titah perintah Allah s.w.t.. Kalau kita perhatikan rambut merupakan mahkota wanita, kalau rambut didedahkan kepada bukan mahram, maknanya nanti suami kepada wanita itu tidak dapat apa yang dikatakah “zawuj” zawq (perasaan kecenderungan dan kelazatan) kerana perhiasan itu telah didedahkan kepada orang lain. Sebab itu isteri hanya boleh mendedahkan auratnya kepada suami dan mahramnya seperti di dalam rumah tapi tidak boleh didedahkan kepada yang bukan mahram.
Islam memerintahkan wanita menutup aurat agar mereka tidak menampakkan tempat-tempat perhiasannya supaya terhindar dari gangguan. Hukum-hukum yang digariskan oleh al Quran dan hadis mencerminkan betapa Islam melindungi dan menjaga kehormatan para wanita di mana ia secara tidak langsung terkandung perintah bagi mahram atau pun suaminya untuk sentiasa menjaga para wanita dari segala bentuk gangguan disekelilingnya. Semua itu semata-mata bertujuan untuk melindungi wanita dan bukan mengekang kebebasan para wanita. Sesungguhnya Islam telah memelihara kewanitaan wanita secara fitrah, tidak merendahkan dan tidak menghinanya, akan tetapi Islam berusaha menentang dan menolak segala usaha yang menghina dan merendahkan martabat wanita.
kalau di luar rumah tidak boleh didedahkan. Kalau kita lihat kejadian seperti rogol, kerana terlalu didedahkan tubuh itu, kalau dari segi ganguan seksual ramai wanita-wanita yang bersolek menjadi mangsa, itu sebenarnya merupakan satu dorongan seperti memakai minyak wangi dan sebagainya, dan ada faktor daya penarik disitu disebabkan pendedahan aurat.
Bagaimana perspektif, menutup aurat sekadar memakai tudung?
Dr Amini: Menutup aurat sebenarnya boleh difesyenkan, tapi mesti ada had-had, adab dan kadarnya. Sebagai contohnya kalau tudung itu dilabuhkan dibawah paras dada tapi kalau berfesyen sampai menampakkan leher dan seumpamanya itu makna fesyen yang tidak mengikut adab menutup aurat dan tidak mengikut syariat yang sebenarnya. Saya menyeru kepada pereka fesyen agar memahami juga tujuan disyariat menutup aurat itu kerana kalau tidak difahami mereka akan mengikut citarasa sendiri dan tidak mengikut ketentuan syariat.
Apa pandangan Dr mengenai pemakaian remaja dan wanita pada hari ini?
Dr Amini: Kalau saya perhatikan, bagus trend dan fesyan ini, contohnya kalau dulu remaja tidak boleh mandi dalam kolam renang di hotel atau club house, sekarang remaja boleh mandi di hotel dengan memakai pakaian renang muslimah. Itu Manfaatnya fesyen ni, tapi kalau hanya sekadar mengikut trend tapi meninggalkan batas- batas agama itu tidak digalakkan dan dibenarkan, kalau kita tengok remaja sekarang berpakaian t-shirt, suka berpakaian yang bertulisan atau bergambar, tulisan dan gambar itu biarlah sesuai dengan adab kesopanan, kalau memakai tudung tapi memakai t-shirt berlengan pendek, dia tidak memahami maksud menutup aurat seperti yang diterangkan tadi.
Dr Amini: Sebenarnya pakaian ketat itu memeritkan, ia mengurangkan aliran darah dalam badan kita. Saya menyarankan bukankah dalam tradisi melayu Islam itu sudah elok memakai pakaian yang longgar ia memelihara maruah wanita kenapa hendak didedahkan. Tujuan menutup aurat itu tidak mendedahkan tubuh badan kepada orang bukan mahram kalau sampai tujuannya telah melanggar syariah itu seolah-olah kita ambil sebahagian dan abai sebahagian yang lain.
Bagaimana pula dengan trend perpakaian wanita pada hari ini yang dikatakan mengikut perkembangn semasa?
Dr Amini: Memang kita mesti up to date, kalau hendak dibandingkan dengan dulu, di era milenium sekarang ni pemakaian semakin bagus, tetapi bila fesyen bertentangan dengan syariat itu yang tidak dibenarkan dan ada kelonggaran di segi warna dan sebagainya
Apakah etika pemakaian wanita menurut Islam?
Dr Amini: Pertamanya mestilah menutup aurat dengan sempurna, kedua mestilah tidak mendedahkan tubuh badan, sebagai contoh memakai tudung tetapi tidak menutup rambutnya dengan sempurna, ketiga mestilah perilakunya orang yang menutup aurat memanifistasikan ajaran ajaran Islam dengan akhlak buruk tetapi menutup aurat sebagai contoh GRO, sewaktu bekerja dia tidak memakai tudung tetapi di rumah dia memakai tudung, keempat niatnya ialah bukan menarik perhatian bukan mahram,tetapi warnanya janganlah terlalu garang.
Adakah suara wanita menjadi aurat?
Dr Amini: Mengikut pandangan muktamar suara wanita pada permulaan Islam ia boleh merangsang nafsu syawat, sebab itu saya menentang supaya penyertaan wanita dalam tilawah al-quran dibolehkan. Kalau wanita bercakap dengan nada yang manja, merengek-rengek sehingga menimbulkan nafsu syawat, jika suara wanita dikatakan aurat , wanita memang tidak ia dibolehkan bekerja, jika dulu orang arab tidak boleh mendengar langsung suara perempuan, dan pada zaman jahiliah dulu anak-anak perempuan dibunuh kerana tidak memberi inisiatif kepada kabilah.
Bagaimana pula aurat wanita dengan orang asing?
Dr Amini: Aurat wanita dengan orang asing sama seperti aurat dengan bukan mahram. Seperti contoh kalau sebilik dengan orang asing, jika mestilah menjaga aurat juga, kerana ia takut-takut diceritakan kepada orang lain, tapi kalau dah terlihat tidak mengapa.
Mengapa tidak ramai wanita yang menutup aurat dengan sempurna, malah ada yang memakai pakaian seolah-olah mempersendakan ajaran Islam?
Dr Amini: Dalilnya dalam al_quran telah menyatakan:
Katakan bagi orang- orang wanita yang mukmin itu hendaklah mereka menundukkan pandangan dan memelihara kemalauan mereka.
(al-baqarah)
Maksud memelihara kemaluan ialah menutup aurat, dalam konteks surah al-baqarah maksudnya orang yang mempersendakan aurat. Sebagaimana peristiwa Isra’ Mikraj yang ditunjukkan kepada Nabi Muhammad S.A.W wanita yang ditarik rrambutnya sebabnya ialah mendedahkan aurat.
Apa hukum wanita memakai pakaian seksi didalam rumah walaupun dengan mahramnya?
Dr Amini: Aurat itu sebenarnya bukan sahaja dengan mahram, aurat itu perlu dijaga dengan mahramnya juga tetapi ada keringanan juga tapi kalau dari segi pakaian boleh mengundang kepada sumbang mahram itu tidak menepati maksud dari segi tatacara menutup aurat dalam rumah
Adakah dengan menutup aurat dapat mencegah dari kemungkaran?
Dr Amini: Saya yakin dengan firman Allah bahawa tujuan Allah meminta kita menutup aurat ialah menjaga kehormatan dan mengelakan dari terdedah kapada perilaku seksual yang songsang, dan kalua berlaku sekurang-kurangnya seseorang itu menutup aurat dengan sempurna ia mengurangkan risiko kepada kemungkaran. Kadang- kadang orang salahkan pakaian kerana terjadinya apabila terjadinya benda-benda yang tidak baik, sedangkan yang salhnya benda lain, yang salahnya dia mengetahui benda itu salah tapi dia melakukan juga,ia tiada kaitan dengan menutup aurat. Salah satunya sebanya ialah pengaruh rakan-rakan. Tapi yang terlibat hanya segelintir.
Bagaimana trend pemakaian remaja pada masa akan datang?
Dr Amini: Kita mesti berhati-hati dengan penjajahan pemikiran atau budaya akibat dari globalisasi yang banyak mempengarusi masyrakat, melalui filem, musik dan seumpamanya, Kita jangan terikut-ikut dengan telunjuk barat menyebabkan kita trjebak, guru disekolah harus memainkan peranan dalam membentuk pelajar, cuma pelajar yang tidak dipantau oleh ibu bapa dan kurang didikan agama mudah terjebak kerana pengaruh rakan-rakan dan budaya kuning yang sentiasa merosakkan identiti dan jati diri budaya kita.
Bagaimana pula dengan persoalan wanita yang mengatakan “menutup aurat sudah baik dari tidak menutup langsung”?
Dr Amini: Dalam konteks dakwah ada banyak tahap, ada yang kedegilan 100%, 50% dan 1%, jadi orang sebegini mesti sesuai dengan pendekatan sebagaimana yang disebutkan :
Maksudnya: serulah pada tuhan kamu dengan jalan hikmah dan ikutan yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik.
Al-baraqah 1
Dalam konteks ini bukan mudah untuk memujuk seseorang, kejayaan dakwah itu dari segi melihat kebijaksana orang yang didakwahkan, macam mana cara kita menegur juga penting.
No comments:
Post a Comment