Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Wednesday, October 19, 2016

ADAKAH NABI MUHAMMAD SAW. BERKHITAN?



ADAKAH NABI MUHAMMAD SAW. BERKHITAN?
Khitan adalah salah satu daripada syiar Islam. Ia bersesuaian dengan fitrah manusia. Dalilnya ialah daripada Hadis RasulAllah SAW.  di mana baginda bersabda yang bermaksud:



Fitrah itu ada lima: Berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur (trim) misai (Bukhari dan Muslim).

Rasulullah saw. menyarankan orang yang masuk Islam untuk berkhitan sesuai sabdanya:

Bermaksud: "Hilangkan darimu rambut kekafiran (yang menjadi  identiti orang Kafir) dan berkhitanlah." (Abu Dawud, Hadis Hasan).

Hadis ini menunjukkan bahawa berkhitan bagi mualaf ialah suatu galakan. Bahkan sayugia diperingatkan bahawa para Mualaf sepatutnya tidak ditakutkan dalam soal berkhitan kerana ia bukan keutamaan bagi puak Mualaf.

Dari segi bahasa khitan berasal dari istilah Arab yang bermaksud potong. Dari segi istilah khitan untuk lelaki bermaksud memotong kulit yang  terdapat pada bahagian hujung kemaluan lelaki (Qulfah) demi menunaikan sunnah Nabi Muhammad SAW., menjaga kebersihan kemaluan pada bahagian penghujung kemaluan agar tiada kekotoran di dalamnya, melawaskan membuang air kecil dan menambah nikmat ketika berjimak. Beberapa ulama membahagikan khitan kepada dua jenis iaitu i'zar (untuk lelaki) dan khafd (untuk wanita).

Menurut riwayat yang sahih, Nabi Ibrahim a.s. melakukan khitan pada usia 80 tahun. Lelaki yang pertama melakukan khitan adalah Nabi Ibrahim a.s. sedangkan wanita adalah siti Hajar. Nabi Adam a.s. diciptakan Allah dalam keadaan telah khitan.

Ibn Al-Qayyim  Al-Jawziyyah dalam Kitab Tuhfat Al-Maulud (hal. 201) menyebut tiga pendapat mengenai persoalan khitan Nabi Muhammad SAW. Ada pendapat yang berbeza mengenai perkara ini:

Pertama, baginda dilahirkan telah bersunat,
Kedua, Jibril menyunatkan Nabi ketika membedah dadanya,
Ketiga, datuknya 'Abd al-Mutalib menyunat dia mengikut adat orang-orang Arab yang menyunat anak-anak mereka.

Berhubung dengan pendapat yang pertama, Ibn al-Qayyim meriwayatkan banyak hadis dalam bukunya tetapi dia memutuskan semua Hadis tersebut sebagai daif (lemah). Kemudian beliau menyebut bahawa jika seorang anak telah lahir disunat, ini adalah satu kecacatan dan ia adalah bukan satu tanda kebaikan seperti yang difikirkan banyak orang.

Berhubung dengan pendapat yang kedua, beliau berkata bahawa Hadis mengenai Malaikat Jibril membelah dan membuka hati Nabi diriwayatkan melalui banyak isnad; ia tidak menyebutkan dalam mana-mana Hadis yang Jibril menyunat Nabi  kecuali dalam satu hadis yang shaz dan gharib (ganjil dan pelik).

Berhubung dengan pendapat ketiga, dalam beberapa laporan dinyatakan bahawa datuknya 'Abd al-Mutalib menyunatkan Nabi pada hari yang ketujuh. Beliau berkata, ini seolah-olah menjadi pandangan yang betul dan yang paling dekat dengan realiti. Maka kita setuju bahawa inilah pendapat yang paling rajih.

Saya tidak menjumpai mana-mana Hadis di mana Nabi memerintahkan isteri atau anak-anak perempuannya disunat (khitan), tetapi Nabi pernah menasihatkan perempuan yang melakukan khitan di Madinah tentang cara yang betul untuk berkhitan. Sabda Nabi Muhammad SAW. yang bermaksud: "Jangan pergi kepada yang melampau dalam memotong; itu adalah lebih baik bagi seorang wanita dan lebih disukai oleh suami." (Hadis ini disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Abi Dawud).

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak