Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Thursday, April 22, 2010

Gagasan 1Malaysia Bukan One Israel



Gagasan IMalaysia Bukan “One Israel”

Sejak dari awal lagi sudah berlaku kekeliruan mengenai tuduhan wujudnya persamaan gagasan 1Malaysia dengan konsep One Israel. IMalaysia berbeza dengan One Israel. 1Malaysia adalah gabungan angka ”1” dengan Malaysia manakala One Israel terdiri daripada dua kosa-kata ”One” dan ”Israel”. Alangkah dangkalnya tohmahan yang menyatakan bahawa gagasan 1Malaysia berasal-usul daripada konsep One Israel. Apakah benar wujud apa yang dikatakan One Israel? Orang-orang Yahudi sebenarnya suka menyanyikan lagu ”Holy One Israel” yang merupakan lagu keagamaan orang-orang Yahudi yang mendambakan kononnya Israel adalah tanah suci milik mutlak mereka sejak dari awal lagi dan orang Yahudi adalah bangsa pilihan Tuhan.

Gagasan 1Malaysia sebenarnya menampilkan satu konsep penting yang melihat kepelbagaian kelompok etnik di negara ini boleh diterima oleh semua dan ia merupakan sumber kekuatan. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di negara kita bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak sosial adalah satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam Pilihanraya 1955.
Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setiakawan serta perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Pemuafakatan formula perkongsian kuasa (power sharing) telah dipersetujui oleh semua pihak sejak daripada dulu lagi. Mereka ini ibarat ”kaduk naik junjung”. Apa salahnya menyokong perkara yang baik lagi murni? Apakah mereka ini suka kepada perpecahan dan perseteruan? Apakah mereka tidak suka kepada perpaduan? Semua yang kerajaan buat salah, cuma mereka sahaja yang betul? Bilakah mereka mahu berubah? Rakyat sedang memerhatikan sikap hipokrit mereka! Mereka akan tahu ”langit tinggi rendah” tidak berapa lama lagi.
Gagasan 1Malaysia tidak langsung mempunyai kaitan dengan dengan slogan kempen Ehud Barak iaitu One Israel. Bahkan APCO Worldwide yang dikatakan terlibat dengan kempen One Israel milik Ehud Barak juga ternyata adalah satu pembohongan. APCO Worldwide telah menafikan keterlibatan syarikat mereka dalam kempen One Israel Ehud Barak. Ramai pihak yang tidak merasa senang hati melihat kejayaan gagasan 1Malaysia. Sebab itu mereka menghentam gagasan 1Malaysia. Mereka cuba menghancurkan niat murni kerajaan Malaysia. Sejak dari dulu mereka sakit hati melihat advantage yang ada pada gagasan 1Malaysia.
Sebenarnya konsep One Israel[1] diperjuangkan oleh Ehud Barak sejak tahun 1998 sebagai satu kaedah untuk para calonnya diterima oleh orang-orang Israel yang tidak berminat dengan Parti Buruh pimpinannya sendiri. Kebanyakan rakyat Israel melihat Parti Buruh sebagai puak elitis, puak kiri, puak yang sombong dan didominasi oleh orang-orang sekular Eropah yang dikenali sebagai Ashkenazi.[2] Manakala satu puak lagi dikenali sebagai orang-orang Israel yang berasal dari Timur Tengah dan Afrika Utara yang dikenali sebagai Sephardi.[3] Puak yang lain terdiri daripada pemerhati-pemerhati (agamawan). Untuk menghilangkan identiti elitis Parti Buruh dan penguasaan Yahudi Eropah, maka konsep One Israel ditonjolkan untuk memenangi hati rakyat Israel yang tidak berasal dari Eropah ataupun orang Israel kelas dua. Idea One Israel diasaskan berdasarkan idea Tony Blair yang menukarkan nama Britsih Labour Party kepada New Labour dan persefahaman dan kejayaan Datuk Bandar Jerusalem yang bernama Teddy Kolleck. Kolleck telah berjaya berada dan mempertahankan jawatannya selama lebih 20 tahun walaupun Parti Buruh tidak berapa terkenal.
Kelompok Sephardi pada umumnya lebih miskin berbanding dengan kelompok elit Ashkenazim, tinggal di kawasan pinggir bandar dan kebanyakan mereka menganggur. Kelompok Sephardi juga pada umumnya tidak berpuas hati dengan sikap sombong kelompok Ashkenazim yang kebanyakannya menguasai puak-puak elit di Israel. Mereka juga kerap kali menyalahkan Labor Party (yang memegang tampuk kekuasaan dari tahun 1948 hingga 1977) berkaitan keadaan kemiskinan ekonomi Israel dan pengalaman mereka didiskriminasi. Ehud Barak telah turun ke padang sejak terpilih memimpin Labor Party dan memohon maaf secara terbuka kepada pengundi-pengundinya mengenai polisi-polisi masa lampau Labor Party dan mengharapkan kemasukan Levy dan Gesher ke dalam Labor Party boleh menarik undi-undi kelompok Sephardi. Ehud Barak juga mengharapkan undi kelompok agamawan Yahudi yang mencakupi 20% daripada populasi Israel.
Untuk survival Labor Party, Barak mesti meningkatkan undi di kalangan kelompok agamawan dan Sephardi. Peningkatan jumlah komuniti Sephardi dan agamawan secara mendadak dan penghijrahan imigran Yahudi dari Soviet Union membuatkan Labor Party terdesak. Sebab itu, Barak cuba melobi ketiga-ketiga komuniti yang penting ini dengan menjanjikan keadilan sosial di kalangan tiga kelompok ini. Kemasukan Levy ke dalam Labor Party memberikan kelebihan untuk menangani isu-isu keadilan sosial. Hanya selepas beberapa hari menandatangani Perjanjian One Israel, Levy dan Barak telah keluar berkempen di beberapa bandar miskin yang didiami oleh ramai komuniti Sephardi. Kejayaan Ehud Barak dalam melaksanakan konsep One Israel terserlah dalam peningkatan jumlah undi yang diterima oleh partinya dalam pilihanraya. Stretegi Ehud Barak mengena dan beliau memenangi pilihanraya pada tahun 1999 dan dilantik sebagai Perdana Menteri ke 10 Israel bermula 6hb. Julai 1999 hingga 7hb. Mac 2001.
Ehud Barak yang menewaskan Binyamin Netanyahu dalam pemilihan Perdana Menteri Israel terpaksa membentuk satu pakatan dengan enam parti lain iaitu Parti Shas, Parti Meretz, Parti Yisrael Ba Aliyah, Centre Party, National Religious Party dan United Torah Judaism Party. Selepas kejatuhan partinya, Ehud Barak telah disiasat berkaitan tuduhan bahawa bajet konsep One Israel melanggar undang-undang kewangan Labor Party di mana Barak telah membenarkan wang dari luar dibawa masuk ke Israel untuk menaja kempen-kempen pilihanraya secara ekstensif melalui kumpulan-kumpulan tidak berkepentingan. Pihak berkuasa Israel telah mendenda Labor Party sebanyak 13 juta shekels kerana melanggar undang-undang kutipan dana.
Kejatuhan Ehud Barak menandakan berakhirnya konsep One Israel dan Perdana Menteri selepasnya telah memperkenalkan konsep Israel For All selepas bulan Mac tahun 2001. Maka jelaslah bahawa konsep One Israel sama sekali tidak mempunyai perkaitan dengan gagasan 1Malaysia.
Gagasan 1Malaysia memanifestasikan sikap bermuafakat, bermesyuawarah dan keadilan dalam menjalani kehidupan secara bersama dengan aman, harmoni, saling hormat-menghormati, percaya-mempercayai dan saling faham-memahami antara satu sama lain walaupun berbilang agama, bangsa dan keturunan.
Sebagai orang Islam, hubungan antara kaum yang utuh lagi jitu akan dapat dibina sekiranya ia dijalin berteraskan ajaran agama bersekali dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.. Islam sebagai Al-Din telah secara holistik mengintegrasikan hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan (termasuk komuniti dan hubungan etnik) dengan hubungan manusia-Allah, manusia-makhluk dan hubungan manusia-alam. Justeru, hubungan kemanusiaan dan sosial sudah terkandung dalam ajaran Islam yang mementingkan perpaduan, perdamaian, keharmonian dan keamanan tanpa mengira bangsa, ras, kaum dan etnik. Kesejahteraan hidup hanya akan dapat direalisasikan sekiranya manusia dan masyarakat berpandukan ajaran Allah s.w.t..


[1]Palestin sebenarnya berada di bawah pemerintahan Daulah Othmaniah Turki ketika tercetusnya Perang Dunia Pertama. Britain (salah sebuah anggota Negara-negara Bersekutu) telah berjanji kepada Negara-negara Arab (yang berada di bawah pemerintahan Daulah Othmaniah Turki) akan memberi kemerdekaan kepada mereka sekiranya mereka membantu Negara-negara Bersekutu menentang Turki pada tahun 1915. Sebaliknya pada tahun 1916, Britain telah memungkiri janji-janjinya itu dengan termeterainya Perjanjian Sykes-Pizot melibatkan Perancis dan Rusia. Negara-negara Arab tadi dan sebahagian daripada Turki telah dibahagi-bahagikan sesama mereka (iaitu antara Britain, Perancis dan Rusia). Pada 02hb. November 1917, Kerajaan British melalui Setiausaha Luarnya, Arthur Balfour telah menulis sepucuk surat kepada Lord Rothschild, seorang Yahudi British. Surat yang dianggap luar biasa ini (yang kemudiannya dipanggil Perisytiharan Balfour (Balfour Declaration) dan dokumen terpenting bagi pihak Zionis telah digunakan sebagai asas tuntutan Yahudi moden ke atas bumi Palestin. Surat itu berbunyi: “His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people and will use their best endavours to facilitate the achievement of this object. It being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non Jewish communities in Palestine or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country”. Bermaksud: “Kerajaan British memandang baik pembentukan sebuah negara untuk orang-orang Yahudi di Palestin dan akan menggunakan sepenuh dayanya untuk menyediakan kemudahan-kemudahan untuk tujuan tersebut dengan satu fahaman bahawa ianya tidak akan menjejaskan hak asasi dan kebebasan agama masyarakat-masyarakat bukan Yahudi di Palestin yang sedia ada atau hak asasi dan status politik yang dinikmati oleh orang-orang Yahudi di negara-negara lain”. Untuk memanggil orang-orang Arab yang pada ketika merupakan 92% daripada penduduk Palestin sebagai masyarakat-masyarakat ‘bukan Yahudi’ bukan sahaja aneh tetapi satu penipuan yang disengajakan kerana pada tahun 1917 hanya 8% daripada penduduk Palestin yang seramai 700,000 itu ialah orang-orang Yahudi. Tambahan pula semasa perisytiharan itu dibuat, tentera-tentera British belum lagi menjejakkan kaki di bumi Palestin dan British juga tidak mempunyai hak tuntutan, kekuasaan ataupun penaklukan ke atas Palestin untuk membolehkannya memberi negara tersebut kepada pihak lain. Jelas sekali perisytiharan ini sama sekali tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa. Deklarasi ini telah menimbulkan kontroversi yang hebat. Pada 15hb. Mei 1948, pihak British telah mengumumkan rancangan pengundurannya daripada bumi Palestin dan pada tarikh bersejarah itu juga sebuah negara bernama Israel telah tertegak dengan rasminya. Chaim Weizmann (1874-1952) telah dilantik sebagai Presiden Israel yang pertama. Israel mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai sebuah negara berdaulat setelah setelah diterima sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengikut Ketetapan Bil. 273 (III) bertarikh 11hb. Mei 1949 (kemasukan Israel sebagai Ahli Bangsa-bangsa Bersatu).
[2]Pihak British telah dikritik kerana menawarkan Palestin kepada pihak Yahudi dan memungkiri janji awalnya untuk memberikan Palestin kepada pihak Arab. Pihak British pula memberikan alasan bahawa mereka tidak berniat untuk memberikan keseluruhan bumi Palestin kepada Yahudi tetapi, pihak British berhujah, bahawa orang-orang Yahudi perlu ditolong kerana nasib malang yang menimpa masyarakat Yahudi Eropah dan kerana mereka merupakan golongan miniroti di mana-manapun jua. Oleh kerana itu, pihak British merancang untuk membentuk sebuah komuniti untuk majoriti Yahudi di Palestin sesegera mungkin dan mendapatkan hak-hak asasi sebagai rakyat seperti yang tertera di dalam Deklarasi Balfour.Pihak British telah melantik orang-orang British berketurunan Yahudi untuk memegang beberapa jawatan penting di dalam pentadbiran negara Palestin untuk memudahkan kemasukan Yahudi ke dalam Palestin dan pengambilalihan tanah oleh Yahudi melalui beberapa pindaan undang-undang yang telah dibuat.
[3]Komuniti Sephardi kebanyakannya berasal dari luar Semenanjung Tanah Arab. Penduduk Arab dalam negara haram Israel yang mula merasakan kebanjiran orang-orang Yahudi luar ini telah memberontak antara tahun 1936-1939. Pada tahun 1939 pihak British telah menghadkan kemasukan orang-orang Yahudi luar ke dalam Palestin di mana seramai 15,000 orang dibenarkan masuk ke dalam Palestin setahun untuk tempoh lima tahun. Ini bermakna dalam tempoh lima tahun, seramai 75,000 Yahudi luar telah memasuki Palestin. Jumlah imigrasi dan tempoh itu tidak boleh diabaikan melainkan sekiranya pihak Arab memberikan persetujuan. Inilah di antara syarat-syarat yang dibuat oleh pihak British kepada Yahudi di dalam sebuah ‘Kertas Putih’ yang dikeluarkan pada 17hb. Mei 1939 ekoran tekanan dan pemberontakan yang dilakukan oleh orang-orang Arab dan perasaan bimbang pihak British terhadap sekatan yang mungkin dilakukan oleh pihak Arab di dalam pembekalan minyaknya. Selepas tahun 1947, Kerajaan Amerika Syarikat mengambil peranan British sebagai pendokong gerakan Zionis. Kekejaman Hitler dan Nazi ke atas orang-orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua telah dieksploitasi oleh pihak Yahudi Zionis untuk menarik simpati dunia ke atas penderitaan mereka dan ini merupakan kesempatan untuk mereka membanjiri bumi Palestin dengan kemasukan secara haram. Amerika Syarikat telah mempelopori usaha untuk menubuhkan negara Yahudi di Palestin dengan memberikan 56% kawasan tanah kepada Yahudi, 42% kepada Negara Arab dan 1% termasuk Jurusalem sebagai kawasan antarabangsa di bawah Skim Pembahagian Kawasan yang direncanakan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pada waktu itu, penduduk Palestin dianggarkan lebih kurang 2 juta orang. 34% terdiri daripada komuniti Yahudi yang hanya mempunyai kurang 6% daripada tanah di bumi Palestin. Pada 29hb. November 1947 resolusi mengenai Skim Pembahagian Kawasan ini telah diluluskan oleh Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Friday, April 2, 2010

Free Software For Better PC Maintenance and Security: Windows 7 TuneUp Suite

Dear Blessed Readers,

Windows 7 TuneUp suite is your all-purpose tool for better PC maintenance and security. Plus, it protects your computer from system crashes, repairs and maintains your PC health, removes unneeded Internet clutter, regains valuable disk space, cleans your registry and tweak windows to perform better.

Main Features:* Support Windows XP/Vista/7* Eliminates system crashes, freezes and slowdowns* Automatically identifies and repairs common Windows problems* Eliminate BSOD (Blue Screen of Death)* Speeds up boot up time* Repairs defects by building a fresh registry* Compacts registry by removing gaps and unused space* Removes fragmentation with a linear and sequential registry* Improves system performance due to faster registry load/read* Finds and deletes duplicate files of any type* Saves space on your hard drive* Extends internal system uninstaller with features to find and delete left traces (e,g registry keys, folders etc.)* Improves your Windows PC's overall performance and stability* Question based services and drivers tune up* Automatically tweaks system services and drivers for better performance* Recovers CPU & Memory usage taken by unneeded services and drivers* Full control of the programs that are loaded during Windows startup* Add/remove/edit startup items* Task scheduler configurator* Cleans Browser History* Cleans history index.dat file content in Internet Explorer.

Feel free to get information about product here: http://www.windsty.com/products/windows_7_tuneupsuite/windows-7-tuneup.html

Dr. Amini Amir Abdullah

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak