Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Tuesday, September 9, 2014

Beberapa Komentar Terhadap Rang Undang-undang Akta Keharmonian Nasional Dan Yang Berkaitan Dengannya



Beberapa Komentar Terhadap Rang Undang-undang Akta Keharmonian Nasional Dan Yang Berkaitan Dengannya



Segalanya bermula sesudah pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 yang bersangkutan dengan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948. Kerajaan mencadangkan tiga rang undang-undang berkaitan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948, iaitu:

i.  Rang Undang-undang Akta Keharmonian Nasional (National Harmony Bill),
ii.            Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan
iii.    Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill).

Sebagai fakta sejarah dan sungguh mengelirukan, berlaku pindaan kepada nama rang undang-undang di atas di mana ia kini dikenali sebagai:

i.        Rang Undang-undang Jenayah Kebencian, Kaum dan Agama (Hate, Race and Religion Crime Bill),
ii.            Rang Undang-undang Harmoni dan Rekonsiliasi (Harmony and Reconciliation Bill) dan,
iii.     Rang Undang-undang Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi (Harmony and Reconciliation Commission Bill).

Faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969 adalah berpunca daripada hasutan komunis, corak kempen pilihan raya yang rasis oleh pihak pembangkang sama ada dari etnik Melayu, etnik Cina dan etnik bukan Melayu lain dan provokasi yang dimulakan oleh etnik Cina sehingga menggugat kedudukan politik etnik Melayu.  Selain itu, insiden ini juga disebabkan ketidakseimbangan ekonomi  dalam kelompok etnik Melayu yang jauh lebih mundur dan ketinggalan berbanding dengan penguasaan ekonomi yang didominasi oleh etnik Cina dan bukan Melayu.

Rusuhan 13 Mei 1969 tercetus apabila etnik Cina di bawah hasutan Parti Komunis Malaya terlebih dahulu bertindak agresif menghina dan memprovokasi nilai kemelayuan-Islam ketika mengadakan perarakan kemenangan. Implikasinya, kerajaan Perikatan bertindak tegas iaitu mengharamkan isu yang melibatkan rukun teras komuniti etnik tertentu daripada dibincangkan secara terang-terangan. Sebagai langkah keselamatan, Darurat telah diisyatiharkan pada 13 Mei 1969 dan Parlimen serta Perlembagaan telah digantung. Manakala pentadbiran negara telah diambil alih oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Untuk mengembalikan semula keamanan negara, kerajaan mengingatkan seluruh etnik agar mengelakkan provokasi terhadap mana-mana isu yang boleh menyemarakkan ketegangan. Perjuangan etnik Cina selepas peristiwa 13 Mei 1969 lebih kepada mempertikaikan perkara mutlak bagi mendapat persamaan hak.

Antara undang-undang yang telah diwujudkan adalah Kanun Keseksaan di bawah Seksyen 298A(1) yang menjelaskan bahawa menjadi satu kesalahan kepada sesiapa yang menyebabkan keadaan yang tidak harmoni, perpecahan atau perasaan kegusaran, benci atau sakit hati atas alasan-alasan keagamaan. Akta Hasutan 1948 pula menyatakan bahawa menjadi kesalahan jika menyebut perkataan-perkataan yang boleh membawa kepada perpecahan. Selain itu, Akta Percetakan juga diwujudkan antara lainnya bertujuan untuk mencegah kelakuan melakukan percetakan perkataan yang menyebabkan perpecahan.

Akta Hasutan 1948 dihasilkan untuk mengekang pengaruh komunisme dan subversif. Selain daripada itu ia boleh menegakkan perpaduan dan mengekalkan keharmonian negara. Akta ini melindungi empat tunggak orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 152, Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan.

Hakikat bahawa ramai editor akhbar yang ditahan di bawah Akta Hasutan memang tidak dapat dinafikan. Penerbit akhbar dan majalah juga digalakkan memberi sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan negara   berdasarkan etika kewartawanan. Pengamal media dituntut supaya bertanggungjawab dan peka apabila menyentuh dan melaporkan perkara yang dapat menjejaskan perpaduan   dan   perhubungan   antara   kaum   dan   agama.  Mereka   juga perlu memastikan bahawa laporan tidak melanggar Akta Hasutan 1948  dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta tidak menjejaskan atau menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Tun Mahathir memperkenalkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk mengekang penularan aktiviti subversif yang menggunakan kedua wahana ini. Ini adalah satu daripada aspek pencegahan. Aspek pencegahan yang lain merangkumi:

i.              penguatkuasaan sekatan di sisi undang-undang ke atas kebebasan bercakap, 
ii.            berhimpun dan menubuhkan persatuan,
iii.           tahanan preventif,
iv.           penguatkuasaan peruntukan Akta Hasutan 1948 dan,
v.            kawalan terhadap penerbitan melalui undang-undang yang berkaitan.

Pemulihan pula ialah usaha untuk mententeramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik. Aspek pemulihan termasuk keselamatan dan  ketenteraman awam yang melibatkan tindakan, terutamanya daripada pihak polis dan dibantu oleh pihak lain seperti angkatan tentera, Pasukan Gerakan Am, Ikatan Sukarelawan Rakyat, Rukun Tetangga dan dalam keadaan yang ekstrem, mengisytiharkan darurat. Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum  Perlembagaan   Persekutuan 1957. Unsur-unsur  berkenaan  berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa   pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi   dan  sosial yang wujud sebelum tahun 1957. Menurut Shamsul Amri (2013), keadaan  ini  menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga ia dilindungi di  bawah  Akta  Hasutan 1948 dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam (Amini, 2012). Bagi rakyat Malaysia,  khususnya  etnik  Melayu, unsur-unsur  ini  penting kerana perkara ini menjadi identiti dan kestabilan negara.

Orang Melayu berasa bimbang dengan cadangan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan diganti dengan akta baharu kerana beberapa sebab:

i.              Akta Hasutan 1948 yang sedia ada mampu mengekang aktiviti tidak sihat dan subversif dan hanya perlu ditambah baik.
ii.            Mereka yang terlibat dengan penggubalan akta baharu diragui kepakaran mereka.
iii.           NUCC dikuasai oleh orang-orang bukan Melayu
iv.           Penggubalan akta baharu dipengaruhi oleh badan-badan yang menentang kerajaan
v.            Mereka yang menggubal akta baharu ini tidak mempunyai citra nasional dan memahami falsafah kontrak sosial.

Bahkan cadangan wujudnya satu tribunal yang dinamakan Tribunal Diskriminasi Ketidakadilan dalam salah satu rang undang-undang oleh puak-puak ultra chauvinis dilihat lebih kepada perjuangan untuk kepentingan sendiri dan bukannya kepentingan nasional.



Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak