Profil Diri

My Photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Friday, April 3, 2015

APAKAH PERNYATAAN MASALAH DALAM PENYELIDIKAN?



APAKAH PERNYATAAN MASALAH DALAM PENYELIDIKAN?
DR. AMINI AMIR ABDULLAH



1. Sebuah pernyataan masalah adalah penerangan ringkas daripada isu-isu yang perlu ditangani oleh pengkaji.





CONTOH. TAJUK PENYELIDIKAN: AMALAN PENGURUSAN TERBAIK DAN POTENSI WAKAF KORPORAT DALAM MENINGKATKAN  SOSIO-EKONOMI UMAT ISLAM: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DI ANTARA WAKAF AN-NUR CORPORATION BERHAD (WANCorp), MALAYSIA  DAN SABANCI FOUNDATION, TURKI.

Wakaf mempunyai potensi yang besar dalam meningkatkan sosio ekonomi umat Islam, namun dibebani dengan beberapa masalah, di antaranya:

Ø  Pengurusan yang tidak cekap
Ø  Ketidakyakinan pelanggan
Ø  Masalah dana dan penjanaan
Ø  Realiti dan lokasi tanah wakaf
Ø  Isu perundangan dan penguatkuasaan tanah wakaf





2.       Ia harus diutarakan oleh penyelidik atau digubal oleh penyelidik berasaskan ilmu sebelum penyelidik cuba untuk menyelesaikan masalah ini. Ia juga harus dikaitkan dengan objektif kajian. Apakah objektif kajian?



CONTOH. TAJUK PENYELIDIKAN: AMALAN PENGURUSAN TERBAIK DAN POTENSI WAKAF KORPORAT DALAM MENINGKATKAN  SOSIO-EKONOMI UMAT ISLAM: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DI ANTARA WAKAF AN-NUR CORPORATION BERHAD (WANCorp), MALAYSIA  DAN SABANCI FOUNDATION, TURKI.

Objektif Umum:

Mengenal pasti persamaan dan perbezaan amalan pengurusan terbaik dan potensi wakaf korporat dalam meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam di antara Wakaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp), Malaysia dan Sabanci Foundation, Turki.

Objektif Khas:

-Mengenal pasti faktor-faktor penggerak (motivational factor) ke arah mengaplikasikan wakaf korporat di Malaysia.

-Menganalisa kekuatan dan kelemahan pengurusan wakaf korporat yang dilaksanakan oleh Wakaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp), Malaysia dan perbandingan membandingkannya dengan Sabanci Foundation, Turki .

-Menghasilkan penanda aras (benchmark) amalan terbaik dalam pengurusan wakaf korporat.

-Menghasilkan Model Tranformasi Pengurusan Wakaf Korporat untuk diaplikasikan kepada syarikat-syarikat swasta yang berminat memperuntukkan dana wakaf sebagai sebahagian daripada usaha CSR mereka berdasarkan kaedah pengurusan wakaf yang terbaik.

-Memberikan cadangan-cadangan ke arah pemantapan sebuah organisasi korporat wakaf yang inovatif dan produktif.





Pernyataan masalah mencakupi  satu atau dua ayat panjang yang menggariskan masalah itu yang boleh ditangani oleh kajian ini. Pernyataan masalah yang perlu diberi perhatian secara ringkas adalah berdasarkan soalan berikut:



1.                   Apakah masalah yang kajian ini akan tangani?



2.                    Penyelidikan dilakukan untuk mencapai tujuan tertentu dengan terlebih dahulu dinyatakan pernyataan masalah.



3.                   Sebuah pernyataan masalah yang baik harus menjawab soalan-soalan ini: i. Apa masalahnya? Ini harus menjelaskan mengapa penyelidikan diperlukan.



4.                   Siapakah yang mempunyai masalah? Ini harus menjelaskan siapa yang memerlukan penyelesaian dan yang akan memutuskan masalah telah diselesaikan.



5.                   Apakah bentuk solusi itu?



6.                   Apakah skop dan batasan (dalam bentuk masa, wang, sumber dan teknologi) yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ini?


Wednesday, April 1, 2015

What is a literature review?



APAKAH  SOROTAN LITERATUR ATAUPUN ULASAN KARYA TERPILIH?
Dr. Amini Amir Abdullah
1.            Bab ini sepatutnya menerangkan gap (jurang) yang boleh diisi oleh kajian. Apakah signifikan dan kelebihan kajian-kajian terdahulu? Apakah kekurangan kajian-kajian terdahulu? Ini perlu diulas. Contoh:
Tajuk Kajian: “KAJIAN PELAN INDUK TRANSFORMASI PEMBANGUNAN HARTANAH WAKAF DI MALAYSIA”

Shamsiah Abdul Karim (2008) membincangkan banyak perkara berkaitan pentadbiran, pengurusan dan pembangunan wakaf di Singapura. Perbincangan beliau juga menyentuh aspek sejarah dan undang-undang berkaitan wakaf di Singapura. Beliau juga membahaskan mengenai instrumen kontemporari yang digunakan untuk menstrukturkan wakaf seperti Waqf REITs dan wakaf tunai. Beliau juga membincangkan aspek sosial dan keagamaan penggunaan pendapatan daripada wakaf. Apa yang dilakukan di Singapura adalah contoh bagaimana wakaf dapat memberikan pendapatan yang membantu orang-orang Islam dan manfaatnya juga dapat dikecapi oleh orang bukan Islam.

Tanah-tanah wakaf disumbangkan oleh orang-orang Islam sejak zaman lampau. Pada zaman dahulu tiada sistem dan undang-undang khusus pendaftaran tanah wakaf. Kanun Tanah Negara 1965 telah menetapkan agar setiap tanah dalam negara ini didaftarkan. Namun demikian, adakah perkara ini juga melibatkan status tanah wakaf? Adakah status tanah wakaf  menjadi lebih terjamin di bawah kanun ini? Sekarangpun tiada undang-undang atau akta khusus mengenai pendaftaran tanah wakaf. Implikasinya status wakaf tanah berkenaan menjadi kabur dan tidak terjamin. Ia mungkin diusik dan terabai. Di antara isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan tanah wakaf ialah ketiadaan pangkalan data yang sahih mengenai tanah wakaf, tanah wakaf yang tidak besar dan tidak tersusun, pengurusan tanah wakaf yang tidak bertatacara, pengurusan tanah wakaf yang tidak standard antara satu negeri dengan negeri yang lain, ketidaksahihan pewakafan tanah, waris tidak mengetahui tanah telah diwakafkan, waris menuntut kembali tanah wakaf dan pencerobohan tanah wakaf (JAWHAR 2006).

2.            Dalam penulisan kajian literatur, tujuannya adalah untuk menyampaikan kepada pembaca pengetahuan dan idea yang telah dikembangkan berkaitan topik kajian dan apa kelebihan dan kelemahannya kajian-kajian lain kepada anda. Contoh:
Tajuk Kajian: Pembangunan Instrumen Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Hubungan Etnik Melalui Youtube Untuk Memperkasa Semangat Patriotisme, Jati Diri Dan Perpaduan Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia.

Brennan (1995) menegaskan bahawa pengajian tinggi memainkan peranan yang besar dalam konteks sistem pengambilan pekerja dalam erti kata menyediakan ilmu dan kecekapan berkaitan pekerjaan dan dalam proses pra-pemilihan pelajar untuk pengisian pekerjaan pada masa hadapan, jawatan dan pangkat.

Jaffar (2012) berpendapat keberkesanan video YouTube dalam kurikulum pembelajaran berasaskan masalah menunjukkan hasil yang positif di mana YouTube dianggap sebagai alat yang berkesan untuk meningkatkan pengajaran sekiranya video diteliti, pelbagai, dan bertujuan ke arah objektif kursus. Burke et. al (2009) juga turut menyatakan bahawa pusat pengajian yang menggunakan Youtube dalam kursus-kursus mereka menganggapnya sebagai sumber pengajaran yang berkesan.

Dalam konteks sains anatomi, Raikos dan Waidyasekara (2014) menunjukkan bahawa video didapati di YouTube menyampaikan pembelajaran dengan baik dalam bidang anatomi. Eick dan King (2012) menyatakan bahawa video pembelajaran subjek tersebut membantu mengekalkan perhatian pelajar, penjanaan minat dan menjelaskan kefahaman di mana pelajar menyatakan bahawa terdapat manfaat pembelajaran visual dalam membantu mereka memahami proses dan prinsip-prinsip saintifik dan video daripada Youtube menyediakan pelajar dengan isyarat memori yang turut membantu mereka mengingati idea-idea konseptual.

Dengan ertikata lain, Youtube boleh menjadi wahana penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara maya atau dalam dewan kuliah.

Brennan (1995) menegaskan bahawa pengajian tinggi memainkan peranan yang besar dalam konteks sistem pengambilan pekerja dalam erti kata menyediakan ilmu dan kecekapan berkaitan pekerjaan dan dalam proses pra-pemilihan pelajar untuk pengisian pekerjaan pada masa hadapan, jawatan dan pangkat.

Menyentuh aspek kebolehpasaran pula, antara lain, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara menjelaskan mengenai beberapa ciri yang patut ada pada para graduan seperti pemilikan kemahiran yang mudah dilentur dan mudah diubahsuai serta mampu meningkatkan pengetahuan dan menambah baik kemahiran melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk menjamin kerelevanan ilmu dan kemahiran serta kebolehpasaran (KPTM, 2007: 14). KPTM juga telah melakukan usaha untuk meminta IPT menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan ketrampilan graduan dan kebolehpasaran (KPTM, 2007: 31). KPT juga sepatutnya memantapkan Skim Latihan Graduan untuk graduan dalam semua bidang dan bukan sahaja program latihan bagi bidang teknologi maklumat dan komunikasi, perisian komputer dan perakaunan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

IPTS lebih memberikan tumpuan kepada penawaran kursus atau program bersandarkan kepada tiga aspek utama iaitu kehendak pasaran, permintaan dan rasional perniagaan kerana ia lebih berbentuk pendidikan berasaskan keuntungan (PSPTN, 2007: 45).

Selain daripada faktor-faktor kepemimpinan, kualiti pensyarah, kemudahan, dan kualiti pelajar, pihak kerajaan juga memberikan tumpuan kepada kerelevenan kurikulum dengan situasi semasa untuk bersaing di persada antarabangsa dan menghadapi kemaraan globalisasi. Di samping itu, kerajaan juga memberikan tumpuan kepada aspek kebolehpasaran bersesuaian dengan permintaan pihak industri, keupayaan berjaya dalam aspek keusahawanan dan kebolehan menyumbang kepada komuniti dan masyarakat (PSPTN, 2007: 58).

Sasaran 100,000 pemegang Ph.D dalam tempoh sembilan tahun akan datang adalah di antara harapan yang diletakkan oleh kerajaan dalam PSPTN. Walau bagaimanapun jumlah ini ditetapkan dengan lebih realistik dengan sasaran 60000 pemegang Ijazah Doktor Falsafah menjelang 2015. Kerajaan juga merancang merancakkan lagi penggunaan bahasa Inggeris dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di IPTA (PSPTN, 2007: 58).

KPT telah menjalankan kajian pengesanan graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun 2009. Antara lain, kajian tersebut mengesan graduan IPT yang bergraduat pada tahun tersebut untuk membantu IPT merancang struktur kurikulum dan pembelajaran yang lebih baik daripada sedia ada.

Mengikut statistik Kajian Pengesanan Graduan IPT 2007, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, graduan IPTA yang bergraduat pada tahun 2007 terdiri daripada 43.7% dalam bidang sastera dan sains sosial manakala bidang pendidikan 11.4%, teknikal 20.9%, sains 16.6% dan teknologi maklumat dan komunikasi sebanyak 7.4%.


3.            Sebagai satu hasil penulisan, tinjauan literatur perlu ditakrifkan oleh konsep membimbing (contohnya, objektif penyelidikan anda, masalah atau isu yang anda sedang bincang, atau tesis yang ditelingkah oleh anda). Ia bukan sahaja senarai deskriptif bahan yang ada atau satu set ringkasan bahkan memperluaskan pengetahuan anda tentang topik.
4.            Penulisan kajian literatur membolehkan seseorang pengkaji:
i.              mendapat dan menunjukkan kemahiran mencari maklumat,
ii.             keupayaan untuk mengimbas sebarang penulisan dengan cekap dengan menggunakan kaedah manual atau berkomputer,
iii.            mengenal pasti satu set artikel yang berguna dan buku-buku dengan penilaian kritikal
iv.            keupayaan untuk mengaplikasikan prinsip-prinsip analisis yang tidak berat sebelah dan sahih untuk mengenal pasti subject matter kajian sebenar.
5.            Satu kajian literatur perlu melakukan perkara-perkara yang dianjurkan yang berkaitan secara langsung dengan tesis atau soalan penyelidikan. Seterusnya membangunkan dan mensintesis keputusan ke dalam ringkasan apa yang ada dan apa yang tidak diketahui. Contoh:
Tajuk Kajian: Pembangunan Instrumen Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Hubungan Etnik Melalui Youtube Untuk Memperkasa Semangat Patriotisme, Jati Diri Dan Perpaduan Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia.

Menurut Stith (2000), penggunaan video dan animasi dalam kuliah dan laman ssesawang adalah satu daripada kelebihan utama komputer dalam pengajaran. Buzzetto-More (2014) telah mengkaji persepsi pelajar terhadap implikasi penggunaan Youtube dalam konteks pembelajaran. Beliau mendapati kaedah pengajaran ini boleh mengembangkan pembabitan pelajar, meningkatkan pemahaman yang mendalam terhadap pengajaran dan memberi kepuasan yang tinggi terhadap kursus-kursus universiti. Di samping itu, penggunaan Youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh mencambahkan pengajaran dengan pelajar selalunya akan melayari laman Youtube dengan menggunakan telefon bimbit. Durasi video memberikan impak kepada pilihan pelajar sama ada ingin menonton video ataupun tidak dan format penyampaian kursus juga menentukan pilihan pelajar. Menurut Adam dan Mowers (2007), kita boleh menggunakan Youtube untuk memberi motivasi yang baik kepada para mahasiswa.

Para pelajar tidak sepatutnya duduk dan disuap dengan berbagai syarahan dalam kuliah. Mereka seharusnya melakukan observasi, menonton dan belajar melalui berbagai cara. Kaedah memasukkan video ke Youtube untuk tujuan pembelajaran adalah kaedah terkini untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran. Menurut Skiba (2007), adalah penting untuk memikirkan bagaimana Youtube sebagai satu wahana dapat mewujudkan satu komuniti pembelajaran berbentuk maya.

6.            Di samping itu, ia bertujuan untuk mengenal pasti bidang kontroversi dalam literatur dan merumuskan soalan-soalan yang perlukan penelitian lanjut. Contoh:
Tajuk Kajian: Pembentukan Model Dan Alat Pengukuran Tahap Kesesatan Dan Kemerbahayaan Ajaran Sesat Serta Potensinya Menjadi Ekstrem Di Malaysia 

Mengikut perangkaan JAKIM [Berita Harian, 8 Disember 1997] yang dikeluarkan pada tahun 1995, sebanyak 57 ajaran sesat telah dikenal pasti di seluruh Malaysia serta diwartakan dan matlamat utama penubuhannya dilaporkan bertujuan melemahkan perpaduan umat Islam dan memusnahkan agama Islam. Ajaran sesat juga melakukan penyelewengan terutamanya dalam akidah dan syariah melalui berbagai pendekatan dan kaedah yang tersendiri. Pemimpin ajaran sesat juga sering mendakwa dirinya sebagai terlalu hebat untuk mendapat kepentingan peribadi. Kebiasaannya para pengikut juga akan menganggap pemimpin ajaran sesat itu amat hebat setelah menunjukkan beberapa perkara pelik yang bertentangan dengan kebiasaan dan adat. Pemimpin ajaran sesat juga akan mendakwa mereka telah sampai ke satu martabat yang tinggi sehingga mengetahui perkara-perkara ghaib, rahsia hakikat, makrifat dan rahsia-rahsia batin (Abdulfatah Haron Ibrahim, 1993). Seringkali apa yang dilakukan pemimpin itu adalah bertentangan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Ajaran sesat diketahui membawa ajaran yang bertentangan dengan agama Islam kerana kepentingan dan faedah peribadi pemimpin, pelopor atau perintisnya. Pemimpin ajaran sesat boleh mempengaruhi ahlinya untuk melakukan sesuatu yang di luar batasan undang-undang dan melangkaui akal manusia. Pertubuhan Al-Ma’unah misalnya walaupun bukan sebuah ajaran sesat, tetapi kebolehan pemimpinnya mempengaruhi ahli-ahli bawahannya untuk melakukan sesuatu di luar batasan undang-undang, membuatkan kita boleh melakukan satu kesimpulan bahawa sesuatu ajaran guru itu boleh bertukar menjadi ekstrem. Siapa sangka sebuah pertubuhan seni mempertahankan diri bertukar menjadi sebuah pertubuhan pengganas atau militan. Terdapat sesuatu yang meragukan dalam ajaran pertubuhan ini hingga pengikut-pengikutnya bertindak ganas membunuh dan mencederakan. Kumpulan al-Ma’unah telah menggunakan 3 kenderaan Pajero yang telah dicat semula menjadi kenderaan tentera untuk mengaburi mata pihak berkuasa ketika memasuki Post 2 Kuala Rui dan Kem 304 Gerik, mencuri senjata M16 (97 buah), GPMG (4), grenade launcher (5), 9,095 peluru 5.56mm dan 60 butir peluru 40mm. Kumpulan yang melibatkan Shahidi dan Khairul Anuar telah pergi kilang Carlsberg di Shah Alam dan melepaskan tembakan grenade launcher. Shahidi pula berseorangan apabila beliau melepaskan tembakan grenade launcher ke arah Guiness Anchor Berhad di Jalan Kelang Lama dan Kuil Hindu Batu Caves (Star Online, 4 Disember 2005). Dalam insiden ini, pihak berkuasa gagal menghidu lebih awal kegiatan keganasan yang bakal berlaku.

Contoh insiden yang lain ialah kumpulan Mohamad Nasir Ismail. Kumpulan Mohamad Nasir Ismail telah menyerang Balai Polis Batu Pahat pada 16 Oktober 1980 dalam usaha awalan untuk menguasai Malaysia dan menjadikannya sebuah negara Islam. Pemimpinnya Muhammad Nasir mengaku sebagai Imam Mahdi dan pengikutnya dianggap sebagai tentera Allah di bumi. Seramai 8 ahli kumpulan ini mati dan 6 cedera setelah berbalas tembakan dengan pihak polis (Abdul Rahman Ismail, 2003). Tiada amaran awal diperolehi sebelum insiden ini berlaku. Ajaran Mohamad Nasir Ismail ternyata sesat, tetapi tiada siapa yang dapat menduga bahawa ia akhirnya menjadi begitu melampau hingga sanggup menyerang balai polis. Sekali lagi, ajaran sesat ini gagal dikesan lebih awal bahawa ia akan bertukar menjadi kumpulan pelampau.

Dalam kedua-dua kes di atas, ternyata ajaran sesat boleh menjadi kumpulan pelampau dan pengganas. Ia dapat dielakkan jika pihak berkuasa dapat mengesan lebih awal potensi ia menjadi melampau. Maka apakah pengukuran dan instrumen yang boleh mengukur potensi ajaran sesat menjadi pelampau? Apakah indeks tahap kesesatan ajaran sesat, tahap kemerbahayaaan dan potensinya menjadi pengganas? Bagaimanakah kita dapat mencegah dan anticipate sebelum terjadinya insiden keganasan? Kajian yang akan bakal dijalankan ini, insyaallah akan menjawab persoalan-persoalan dan kemusykilan ini. Setiap gerakan pengganas adalah ajaran sesat dan begitu jugalah Jemaah Islamiah (JI).

Dalam kes-kes yang telah disebutkan di atas, ternyata konsepsi jihad yang songsang, doktrin pembentukan negara Islam yang salah, doktrin pelaksanaan undang-undang Islam secara tidak tepat dan persepsi terhadap orang bukan Islam serta Barat mempengaruhi tindakan-tindakan ekstrem dan melampau [Nasir Abas (2006), Hellmich (2008), Ahmad Fauzi (2007), Johannen, Smith dan Gomez (2003), Bergen (2002)]. Elemen-elemen ini jugalah yang diindoktrinasi kepada pengikut hingga membawa kepada tindakan-tindakan yang membelakangkan undang-undang dan membawa kepada keganasan.

Negara digemparkan dengan penangkapan 10 orang individu dari institusi pengajian tinggi awam di Gombak, Selangor pada 22 Januari 2010 kerana terlibat dengan aktiviti terorisme. Keseluruhannya 50 orang sedang mengikuti ceramah agama dalam sebuah rumah di daerah tersebut. Pada pertengahan Jun 2010, negara sekali lagi digemparkan dengan penyebaran pengaruh Jemaah Islamiah di kalangan 30 pelajar universiti awam tempatan (New Straits Times, 21 Jun 2010). Perdana Menteri Malaysia, YAB. Datuk Seri Mohd. Najib Razak (Ibid.) berkata bahawa penyebaran fahaman militan Islam di universiti awam adalah satu ancaman kepada keselamatan negara dan bukannya sengaja diada-adakan oleh kerajaan. Najib memberikan komen ketika ditanya mengenai penangkapan sekumpulan pelajar luar negara yang disyakki direkrut oleh Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah. Beliau melahirkan kekesalan mengenai tindakan pihak pembangkang yang mempolitikkan isu tersebut dengan membohongi masyarakat bahawa tidak terdapat sebarang ancaman. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang menyatakan bahawa tidak ada sebarang ancaman daripada JI di Malaysia dan pihak kerajaan didakwa sengaja mengalihkan isu daripada rakyat. Kata, YAB. Datuk Seri Mohd. Najib pula, kalau rakyat tidak mahu mempercayai ancaman itu, mereka akan menyesal kemudian apabila keganasan benar-benar berlaku. Mereka kemudiannya mereka akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil sebarang tindakan untuk mencegah ancaman tersebut. Apa yang dilakukan oleh kerajaan ialah mengambil tindakan proaktif. Namun demikian, ajaran sesat dalam agama lain juga berpotensi menjadi pengganas.

Oleh yang demikian, kajian penerokaan (exploratory research) ini mempunyai signifikan untuk meneroka fenomena ajaran sesat yang tidak pernah berkesudahan dalam negara kita dan menghasilkan satu model instrumen yang boleh mengesan secara hypothetical dan kualitatif potensi sesuatu ajaran sesat boleh menjadi kumpulan pelampau dan pengganas. Ini akan membantu pihak berkuasa mengesan lebih awal potensi ia menjadi melampau dan mengelakkan kerugian dari segi nyawa, harta benda dan imej negara. Dengan ertikata lain, kajian ini akan mengenalpasti tentang persoalan apa, kenapa, di mana dan bagaimana. Begitu juga dalam konteks menyelamatkan akidah.

7.            Apakah kajian literatur anda mampu menentukan pokok perbincangan tertentu, tesis tertentu, masalah atau soalan penyelidikan?
8.            Apakah jenis kajian literatur yang dijalankan? Apakah isu-isu, teori teori, metodologi, dasar, penyelidikan kuantitatif (contohnya mengenai keberkesanan prosedur baru),  penyelidikan kualitatif (contohnya kajian menggunakan teknik wawancara) diulas?
9.            Apakah skop kajian literatur anda? Apakah jenis penerbitan yang anda gunakan (contohnya, jurnal, buku, dokumen-dokumen kerajaan atau media popular)? Apakah disiplin yang diteliti (contohnya, psikologi kejururawatan, sosiologi, perubatan dan seumpamanya)?
10.          Adakah telah dicari maklumat dengan cara yang terbaik? Adakah carian telah cukup luas untuk memastikan semua dapatan dan bahan yang relevan diperolehi? Adakah ia cukup rigid untuk mengecualikan bahan tidak relevan? Adakah bilangan sumber literatur telah digunakan sesuai dengan signifikan dan kedalaman kajian?
11.          Adakah telah dilakukan secara kritikal sorotan literatur? Adakah telah diikuti ulasan melalui satu set konsep dan soalan. Adakah dibandingkan di antara satu literatur dengan yang lain? Adakah ianya hanya satu penyenaraian dan merumuskan perkara-perkara penting? Adakah dinilai semua literatur dan dibincangkan kekuatan dan kelemahan? Adakah dipetik dan dibincangkan kajian yang bertentangan dengan perspektif pengkaji? Adakah literatur yang diulas sangat berkaitan dengan kajian, sesuai dan berguna?

Nasib dan Masa Depan Melayu Singapura

Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim berkata, Presiden Melayu Pertama Singapura kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan tidak lagi diingati rakyat negara itu pada generasi mutakhir ini. Menurut Dr Lily, ketika Singapura berusaha untuk bergabung dengan Malaya sekitar tahun 1963, kerajaan PAP (Parti Tindakan Rakyat) pimpinan Lee Kuan Yew mempotretkan negaranya sebagai beridentiti Melayu dengan melantik Yusof bin Ishak sebagai Yang di-Pertuan Negara menggantikan Sir William Allmond Codrington Goode, Gabenor Singapura.
Buku Dr. Lily Zubaidah

Lagu kebangsaan Singapura juga berbahasa Melayu, “Majulah Singapura” telah digubah pada tahun 1957 oleh seorang penggubah muzik filem yang terkenal pada masa itu, Encik Zubir Said. Begitu juga dengan lambang bendera Singapura yang terdapat bulan dan bintang sebagai simbol Islam dan para pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di negara itu.

“Ironinya, pada masa kini, elemen soalan ‘Siapa nama kamu? Di mana kamu tinggal? dan perkataan ‘Majulah Singapura’ tidak lagi difahami oleh kebanyakan rakyat Singapura.” Dr Lily berkata demikian dalam bukunya bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009. Pada 31 Ogos 1963, Singapura memperolehi kemerdekaan daripada pihak British apabila negara itu menyertai Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) dan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) membentuk negara Malaysia. Dua tahun kemudian, pada 7 Ogos 1965, Singapura dikeluarkan dari Malaysia kerana berlaku rusuhan kaum apabila PAP sering mempertikaikan hak keistimewaan kaum Bumiputera, menuntut persamaan hak antara Bumiputera dan bukan Bumiputera serta melaksanakan sistem meritokrasi berasaskan konsep Malaysian Malaysia.

Rusuhan kaum di Singapura pada tahun 1964 itu membawa kepada rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 1969 yang lebih dikenali sebagai ‘Peristiwa 13 Mei.’ Pada 9 Ogos 1965, Singapura membentuk negaranya sendiri yang dinamakan Republik Singapura, dengan Yusof bin Ishak dilantik sebagai Presiden dan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama. Yusof Ishak hanya bertahan menjadi Presiden Melayu pertama Singapura selama lima tahun, dari 9 Ogos 1965 hingga saat beliau meninggal dunia pada 23 November 1970. Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam. Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.


1) Memperalat orang Melayu

Selepas Yusof Ishak, tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam. Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang. Yusuf Ishak hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.

2) Tuduhan Negatif Terhadap Orang Melayu

Sesiapa yang mempersoal PAP, dituduh “Chauvinists, Religious Extremists and harbouring a sinister agenda”. “Organisasi-organisasi Melayu, pakatan politik pembangkang, atau individu yang berani mempersoal kerajaa PAP Singapura, akan didakwa sebagai ‘Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister agenda” (membawa agenda jahat). Tuduhan ini amatlah bercanggah dengan amalan meritokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan PAP. Tambahan beliau lagi, orang Melayu di Singapura dinafikan hak mereka untuk menyatakan pendapat sama ada di media-media utama ataupun akhbar-akhbar tempatan.

Itu belum lagi, penganiayaan terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah. Hal ini boleh dilihat pada tahun 2002, Malay Community Organisation, Fateha.com dan juga jurucakap mereka, Zulfikar Shariff, telah dihalang kerana dikatakan membicarakan hal-hal sensitif seperti bantahan terhadap ‘No tudung petition’, diskriminasi terhadap pekerja Melayu, menuntut supaya madrasah dikekalkan dan sebagainya.

3) Bahasa Melayu bahasa golongan rendah.

“Kebanyakan bukan Melayu tidak bercakap bahasa kebangsaan (Melayu) atau tahu makna lagu kebangsaan ‘Majulah Singapura’. Oleh itu, ramai rakyat Singapura tidak menyanyikan lagu kebangsaan apabila ia sedang dimainkan semasa majlis rasmi. Menurutnya penurunan nilai bahasa kebangsaan (Melayu) boleh dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat yang menganggap bahasa itu mencerminkan modal sosial, ekonomi dan kebudayaan golongan yang lemah dan dituturkan oleh golongan kelas rendah seperti pembantu rumah warga Indonesia, posmen dan pembersih pejabat.

“Terdapat penurunan yang ketara dalam Bahasa Melayu untuk jalan dan daerah. Pemaju perumahan swasta dan penduduk telah membuat petisyen untuk menukar nama-nama jalan Melayu, dengan mendakwa mengelirukan dan memudaratkan maruah penduduk,” katanya. Menurutnya lagi pada tahun 1960-an, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan telah diarahkan untuk menghentikan daripada menamakan jalan-jalan dengan nama-nama berunsur Bahasa Melayu. Nama jalan ditukar kepada Bahasa Inggeris dan Mandarin. Perkataan ‘Lorong’ telah dinamakan semula sebagai ‘Avenue’, ‘Rise’, ‘Drive’ dan ‘View’. Namun, dalam masa sama pada tahun 1980-an, berlaku peningkatan ketara nama-nama jalan dan tempat dalam Bahasa Mandarin. “Berbeza dengan kedudukan yang merosot bahasa kebangsaan, Lee Kuan Yew dan kepimpinan lain dalam PAP terus-menerus mengingatkan masyarakat Cina daripada nilai ekonomi bahasa Mandarin dan peranannya dalam perniagaan dan budaya purba Cina tradisional."

4) Singapura adalah Israel in a Malay Muslim Sea.

Lee Kuan Yew dengan bangganya mengakui peranan Singapura di rantau ini seperti “Israel in a Malay Muslim Sea”. (Willairat 1975:45)

5) Ketuanan Cina di Singapura.

Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC). Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-racism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya. Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

6) Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara.

Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad. Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan. Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.

Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing. Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

7) Melayu disisihkan daripada tentera Singapura, GLC dan politik.
Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina. Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad. Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998. Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991. Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam. Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

8) 98% penerima biasiswa SAFOS (Angkatan Bersenjata Singapura) adalah Cina.

Data menunjukkan Cina mendominasi perwakilan dalam birokrasi, GLC, badan berkanun, SAF (Singapore Armed Forces). Cina juga turut mendominasi dalam penerimaan biasiswa yang paling berprestij seperti biasiswa Presiden dan biasiswa SAF yang tidak dibincangkan secara terbuka dibincangkan oleh media Singapura. Dalam masyarakat yang kononnya mempraktikkan sistem meritokrasi, hanya terdapat seorang penerima biasiswa Presiden bukan Cina antara tahun 1987 dan 2005. Sehingga tahun 2005, 98 peratus daripada penerima biasiswa luar negara daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAFOS) adalah Cina. Selain itu, tidak pernah ada satu penerima biasiswa SAFOS berbangsa Melayu. Begitu juga, sehingga tahun 2005, 97 peratus daripada biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura Merit (SAFMS) penerimanya adalah orang Cina. Adakah Melayu dan India tidak sepintar dan serajin seperti orang Cina? Aduan diskriminasi tidak mudah ditangani kerana negara itu tidak menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama, Lembaga Anti-Diskriminasi atau Pejabat Ombudsman.

#Nota:  Dr Lily Zubaidah telah dibuang negeri kerana dituduh mengkritik kerajaan PAP dan sekarang beliau bertugas sebagai seorang Profesor di Sydney University Australia.

Thursday, January 8, 2015

SEBAB SEBAB KUMPULAN 25 EMINENT MALAYS MENULIS SURAT DALAM THE STAR (8 DISEMBER 2014)

SURAT  KUMPULAN 25 EMINENT MALAYS DALAM THE STAR (8 DISEMBER 2014)
Ramai yang tidak mengetahui sebab-sebab 25 Eminent Malays menulis surat dalam The Star pada 8 Disember 2014. Artikel mereka itu diberi judul "Need For A Consultative Process: 25 Top Malay Figures Call For Rational Dialogue On Application of Islamic Laws".

Sebabnya adalah seperti berikut:

1. Memberi tekanan kepada Perdana Menteri YAB. Datuk Seri Najib Razak. Mereka bimbang mengenai isu hudud yang sedang dalam proses untuk dibentangkan dalam Parlimen. 
2. Memberi tekanan kepada YB. Dato' Seri Jamil Khir. Ini berlaku apabila DS Jamil Khir menegur keputusan Hakim Mahkamah Rayuan yang mencampuri urusan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan yang menjatuhi hukuman ke atas 3 orang transgender yang berpakaian wanita. Hakim Mahkamah Rayuan telah terkhilaf apabila bersetuju untuk menghakimi kes ini sedangkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri urusan Mahkamah Syariah kerana akan berlaku kontradiksi.
3. Mereka bimbang dengan kebangkitan NGO Melayu seperti Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan PERKASA. Bahkan mereka menuduh kedua NGO Melayu Islam ini sebagai kebangkitan suara ekstremis.
4. Mereka bimbang dengan kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam yang diterajui oleh JAKIM dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang kononnya tidak melalui proses konsultasi yang sewajarnya dengan semua pihak di Malaysia.

Dalam perkembangan terkini, 3 orang wakil NGO telah menemui Tun Mahathir untuk meminta beliau untuk menyuarakan penentangan ke atas agenda Islam PAS dan hudud sebelum ini. Mereka mahu Mahathir menasihati Najib dalam agenda hudud, kerana mereka beranggapan ia akan memecah belahkan negara. Tiga pemimpin NGO yang dimaksudkan ialah:

i. Farouk Musa, Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF),
ii.  Zainah Anwar, pengasas Sisters in Islam, dan
iii. Chandra Muzaffar, Pengerusi Movement for a Just World (Just).

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak
Loading...