Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Thursday, September 29, 2016

Hina Haron Din: Kenyataan Jeff Ooi tidak wakili DAP - Guan Eng http://www.astroawani.com/berita-politik/hina-haron-din-kenyataan-jeff-ooi-tidak-wakili-dap-guan-eng-116999

Hina Haron Din: Kenyataan Jeff Ooi tidak wakili DAP - Guan Eng


GUAN ENG: Saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluara sekiranya tersinggung dengan apa yang berlaku berkaitan tweet Saudara Jeff kerana ini tidak mewakili pendirian parti. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kenyataan tidak sensitif Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berhubung kematian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Haron Din tidak mewakili parti DAP.

Menurut Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng beliau turut kesal dengan kenyataan berkenaan yang mengundang kemarahan banyak pihak.

"Saya ingin memaklumkan bahawa Saudara Jeff telah memadamkan perkongsian Twitter terbabit.

"Saya juga ingin melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluarga sekiranya tersinggung dengan apa yang berlaku berkaitan tweet Saudara Jeff kerana ini tidak mewakili pendirian parti," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Guan Eng, meskipun sering berbeza pendapat dalam banyak hal politik, DAP yakin dan percaya bahawa Allahyarham telah menyumbang kepada agama Islam.

Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Amini Amir Abdullah turut mengingatkan Jeff Ooi agar tidak membakar sentimen umat Islam di negara ini dan mendesak permohonan maaf dibuat terhadap ahli keluarga Allahyarham.

"Perkasa memberi amaran keras kepada beliau yang sering dilihat menghina Islam dan umat Islam dalam negara ini dengan kenyataannya yang biadab dan sangat kurang ajar di Malaysia.

"Cukuplah membuat kenyataan biadap yang menimbulkan kemarahan umat Islam. Perkasa tidak akan bertolak ansur lagi dengan telatahnya kerana buku akan bertemu dengan ruas," katanya.

Tambah Dr Amini, kenyataan Jeff Ooi itu memanifestasikan sikap permusuhannya terhadap Islam dan ulama Islam yang terbuku di hatinya selama ini.
Justeru Perkasa menggesa pengundi Islam agar tidak mengundi wakil rakyat yang menghina Islam dan para ulamanya.

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak