Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Wednesday, September 28, 2016

Perkasa harap Najib kekal pendirian sokong rang undang-undang syariah dibentang Hadi Wartawan TMM, May 30, 2016 · 11:52 AM http://www.themalaysianmirror.com/perkasa-harap-najib-kekal-pendirian-sokong-rang-undang-undang-syariah-dibentang-hadi/

Dr Amini Amir Abdullah 
Kumpulan pendesak Melayu, Perkasa berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak gentar dengan ugutan rakan parti komponen Barisan Nasional dan meneruskan sokongannya ke atas pindaan rang undang-undang syariah dibawa oleh PAS.
Perkasa menyokong langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengusulkan Rang Undang-undang Persendirian iaitu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat Khamis lepas.
“Perkasa harap Najib akan kekal bertegas dalam perkara berkenaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016,” kata ketua biro agama Perkasa, Dr Amini Amir Abdullah dalam satu kenyataan.
Dr Amini juga menegaskan masyarakat kaum lain tidak berhak mencampuri urusan hal ehwal agama Islam yang termaktub bawah Perlembagaan Persekutuan dimana Agong diberikan hak dalam menjaga umat Islam di Malaysia.
“Sebarang ancaman terhadap kerajaan Malaysia berhubung hal ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam,” katanya.
Pada Khamis, Hadi membentangkan usul itu selepas Parlimen bersidang semula pada sebelah petang.
Usul berkenaan bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-undang Persekutuan.
Ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati. – 30 Mei, 2016.

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak