KUALA LUMPUR 8
Dis. – Para cendekiawan dan ilmuwan Islam digesa bangkit menyanggah
pandangan songsang yang dibawa kumpulan bekas penjawat awam, G25 yang
menggunakan nama Islam namun mendukung fahaman liberal.
Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, secara jelas fahaman liberal dan pluralisme yang dibawa untuk mempersoalkan tuntutan Islam atas alasan menegakkan hak asasi manusia dan demokrasi akan terbatal sekiranya ia bertentangan dengan al-Quran dan hadis sahih.
“Fahaman pluralisme seper-ti menyokong liberalisme serta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau mahu hukuman khalwat dimansuhkan adalah jelas mencabar ajaran Islam,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kelab Perkasa Jordan di Irbid, Jordan malam tadi.
Tegas Ibrahim, perkara itu menjadi ancaman membimbangkan terhadap Islam menerusi pelbagai provokasi yang dilakukan oleh musuh Islam.
“Lebih menyedihkan ia dilakukan oleh segelintir orang Melayu berpendidikan tinggi yang berfikiran liberal. Golongan ini yang tidak memahami Islam bertindak mengeluarkan pandangan yang membantu musuh Islam bertepuk tangan,” ujarnya.
Malah Ibrahim turut melahirkan rasa curiga sambil mempersoalkan sama ada kumpulan ber-kenaan merupakan ahli atau alat kepada gerakan Freemason.
“Ini kerana mereka tanpa segan silu mempersoalkan hukuman atas kesalahan khalwat serta perkara lain berkaitan syariat Islam,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr. Amini Amir Abdullah berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya keperluan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah seperti yang dicadangkan oleh G25.
“Undang-undang sedia ada sudah mantap dan jelas malah cadangan untuk dimansuhkan hukuman berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang adalah bertentangan dengan falsafah perundangan yang bersifat mencegah.
“Oleh yang demikian, kesalahan khalwat tidaklah boleh didiamkan dalam konteks hak privasi dan individu kerana kesalahan yang berkaitan dengan jenayah Syariah tetap merupakan satu kesalahan,” katanya.
Tambah Amini Amir, Perkasa juga ingin menggesa jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin merujuk kepada mereka yang arif dalam soal agama jika ingin menentang sebarang hukuman atas kesalahan khalwat.
“Kedangkalan pemikiran kumpulan G25 amat terserlah dalam hal ini. Mereka sepatutnya memfokuskan perjuangan mereka untuk mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan dan bukan melihat kepada perkara yang remeh temeh demi mencari populariti serta publisiti murahan,” tegasnya.

No comments:
Post a Comment