Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Tuesday, March 31, 2009

Ulasan Artikel Jurnal Mahasiswa/i Saya Yang Cemerlang Kursus SKP2204 Hubungan Etnik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SKP 2204 HUBUNGAN ETNIK
Semester Kedua Sesi 2008/2009

KUMPULAN KURSUS : 32

PENSYARAH : Dr. Amini Amir Bin Abdullah

ULASAN JURNAL: "PERTEMBUNGAN KETAMADUNAN ATAU PERTEMBUNGAN KEAGAMAAN: MANAKAH YANG LEBIH PENTING DALAM PENENTUAN KONFLIK ETNIK?"

KUMPULAN SAMUDERA
NUR AMIRAH BTE ABDUL RAHMAN 146320
NURUL AZREEN BTE MUSTAFFA 147006
NORHUZAIMA BTE MOHD RASHID 148991
NUR ZAHARAH BTE HAMDAN 149290
RAIHANA BTE ABU BAKAR 146842
NORASYIQIN BTE ABD RASIB 146327
PERTEMBUNGAN KETAMADUNAN DAN PERTEMBUNGAN KEAGAMAAN
Pada tahun 1993, Samuel Huntington memulakan penghujahan tesisnya iaitu ‘pertembungan ketamadunan’. Tesis tersebut mengandungi dua perkara. Pertama, dia membantah tentang konflik Perang Dingin dengan mendefinisikan semula pertentangan kedua-dua ideologi Barat; demokrasi dan komunisme. Walau bagaimanapun, pada penghujung Perang Dingin, konflik ideologi ini telah pudar dan bertukar kepada konflik antara ketamadunan.
Hujah kedua Huntington pula bermula sekitar penghujung Perang Dingin, di mana telah wujud penolakan pihak asing terhadap kuasa Amerika. Ini merobah polisi pihak Barat terhadap negara-negara asing. Nilai Barat dan budayanya juga dikatakan semakin terhakis. Jadi, Barat perlu berkerja keras untuk menerapkan nilai tersebut ke atas masyarakat bukan Barat. Semasa dunia menjadi lebih moden dan kurang kebaratan, Huntington menjangkakan meningkatnya pertembungan antara Barat dengan tamadun Islam dan Konfusianisme.
Metodologi kuantitatif telah digunakan untuk membandingkan kesan pertembungan ketamadunan dan keagamaan (teori Huntington) terhadap konflik etnik era selepas Perang Dingin. Kaedah kuantitatif ini agak baru diperkenalkan. Sebilangan kecil sarjana menyertai debat untuk menolak tesis Huntington dengan kaedah kuantitatif. Gurr (1994) misalnya menemukan seawal tahun 1990an, tiada bukti di mana konflik utama etnik berkait rapat dengan persoalan pertembungan tamadun. Henderson dan Singer pula mendapati perbezaan ideologi politik adalah punca utama konflik etnik dan bukannya perbezaan budaya. Russet et. al. (2000) mendapati perbezaan liberalisme dan realisme lebih tepat untuk menjelaskan sebab-sebab peperangan pada tahap antarabangsa berbanding perbezaan ketamadunan. Henderson (1997,1998) mendapati perbezaan keagamaan lebih berkait rapat dengan punca peperangan antarabangsa dan perbezaan budaya juga mempunyai pengaruh.
Terdapat satu hujah berkenaan dengan tesis Huntington yang perlu dikaitkan dengan mana-mana tafsiran kuantitatif. Kritikannya terbahagi kepada beberapa kategori. Teorinya tidak mempunyai fakta yang kukuh, kelihatan sambil-lewa serta terdapat percanggahan, tiada analisis sistematik berkaitan dengan kontroversi ketamadunan dan situasi politik.
Konsep tamadun mengikut Huntington amat jelas dan ia menunjukkan ciri sesuatu tamadun itu termasuklah pencapaian dari segi keagamaan dan etnik. Ini berdasarkan tafsiran beliau iaitu tamadun itu mencakupi ketinggian budaya dan tahap ketinggian identiti budaya sesuatu kumpulan yang mencakupi aspek bahasa, sejarah, agama, institusi, dan pengenalan diri. (1993a:24)
Huntington telah menghuraikan pertembungan dan integrasi antara agama dan tamadun. Senarai ini telah dibangkang oleh Nussbaum (1997), Smith (1997) dan Tipson (1997). Huntington (1993a, 1996a : 45-8) mengkategorikan dunia kepada 8 jenis tamadun utama iaitu; Western, Confucian/Sinic, Japanese, Islamic, Hindu, Slavic-Orthodox, Latin American dan ‘kemungkinan’ African-Islamic-Hindu .
Tamadun Islam dan India menjadikan nama agama-agama mereka sebagai sifat yang mencerminkan tamadun mereka. Tamadun Confusion/Sinic tergolong dalam Confucianisme dan ini dibuktikan oleh Buddhisme sebagai ‘komponen utama’ (Huntington, 1996a:45). Tamadun Barat terhasil daripada reformasi dan gabungan agama Katolik dan Protestan’ (Huntington, 1996a: 46). Tamadun Slavic-Orthodox berkembang daripada Christian Orthodox (Huntington 1996a: 45-6). Budaya Latin American berkembang mengikut acuan Barat terutamanya agama Katolik. Tamadun Jepun pula mempunyai satu tradisi agama yang tetap termasuklah yang paling dominan iaitu Shintoisme.
Etnik didefinisikan berdasarkan konsep persepsi kendiri (telah dinyatakan oleh Gurr). Walau bagaimanapun, Romanucci-Ross dan DeVos (1995) menidakkan konsep persepsi kendiri dan bersetuju identiti adalah komponen terpenting dalam sesuatu kelompok etnik. Perkara ini mempunyai persamaan dengan definisi tamadun oleh Huntington.
Huntington mendasarkan konsep tamadun kepada keagamaan. Beliau menolak bahawa permodenan politik dan sosial telah memisahkan manusia dari politik tempatan dan melemahkan negara bangsa. Di dunia sekarang, agama telah mengisi semula ruang di antara mereka yang telah terpisah daripada permodenan (Huntington, 1993a: 25-9; 1996a: 95-9). Huntington terus berhujah bahawa kegagalan komunisme, sosialisme, dan lain-lain yang bersifat kebaratan (dalam ekonomi kapitalis umpamanya), telah mencipta satu vakum ideologi, yang perlu diisi oleh elemen keagamaan. Dengan ini, ternyata jelas bahawa ‘keagamaan adalah satu ciri utama dalam mentakrifkan tamadun’.(Huntington, 1996a: 47).
Rapoport (1994:46) dan Greely (1982: 134) menolak bahawa sesetengah agama lebih cenderung untuk melakukan keganasan. Kowalewski dan Greil (1990), Lincoln (1985: 268-81), Durham (1996), Stark dan Bainbridge (1985) dan Fox (1996a) pula mengkaji peranan institusi-institusi keagamaan dalam membentuk konflik.
Kajian ini menyelidiki pengaruh perbandingan keagamaan dan konsep tamadun Huntington terhadap konflik etnik menggunakan data daripada Minorities Risk Phase 3 Dataset (MAR3). Huntington gagal mengambil kira kumpulan majoriti dan minoriti dalam sesebuah tamadun. Berikut adalah beberapa kelemahan dan kekaburan dalam teori Huntington. Pertama, terdapat 40 kumpulan minoriti atau sesuai digelarkan sebagai orang asli tidak bersesuaian dimasukkan dalam apa-apa kategori ketamadunan Huntington. Kedua, Huntington tidak mengambil kira kewujudan tamadun Buddha. Apakah orang Buddha boleh dianggap sebahagian daripada tamadun Sinic/Confusian? Ketiga, Huntington tidak menyatakan siapa yang empunya pemilik tamadun Israel. Dikatakan bahawa tamadun Israel adalah sebahagian daripada tamadun Barat kerana ia mengandungi banyak ciri-ciri tamadun Barat dan Israel dianggap sebagai penceroboh yang mewakili Barat di Timur Tengah. Keempat, pengelompokan tamadun Afrika membuatkan lebih sukar untuk mengkodkan minoriti orang kulit hitam yang tinggal di sesuatu negara. Minoriti orang kulit hitam yang beragama Islam dikod sebagai Islam kerana agama dilihat sebagai ciri utama ketamadunan manakala minoriti orang hitam yang selebihnya dikod sebagai Afrika kerana berdasarkan identiti yang dikongsi bersama. Kelima, kelompok Druze, Sikh, dan Bahai adalah kumpulan yang tidak sesuai untuk disertakan dalam mana-mana kategori Huntington.
Kira-kira 75.5 peratus konflik antara kumpulan berlainan agama (termasuk nama yang berbeza) adalah tergolong dalam konflik peradaban. 83.2 peratus konflik bukan agama tidak melibatkan tamadun. Di samping itu, 53.2 peratus daripada konflik adalah di antara kumpulan yang mempunyai persamaan agama. Oleh itu, pertelingkahan antara kumpulan etnik bagi seagama lebih kerap berbanding kumpulan bagi agama yang berbeza. Hasil kajian ini selari dengan penemuan Fox (1997).
Hasil kajian menunjukkan purata penindasan dan diskriminasi oleh kumpulan berlainan agama adalah lebih tinggi daripada kumpulan tamadun yang berbeza. Ini menunjukkan perbezaan keagamaan itu mempunyai lebih banyak kesan kepada sikap golongan majoriti berbanding kelompok yang berbeza tamadun. Kedua, hasil kajian juga menunjukkan bahawa perbezaan keagamaan itu mempunyai satu pengaruh penting dalam konteks penindasan dan diskriminasi. Perbezaan peradaban, bagaimanapun, tidak memainkan peranan penting. Ketiga, sesuatu tamadun dan agama mempunyai persamaan kesan bagi pembentukan rasa tidak puas hati di pihak minoriti etnik. Keempat, etnik yang paling minoriti tidak ada autonomi. Kumpulan minoriti yang merasai diskriminasi autonomi akan mengekspresikan rasa tidak puas hati.

KESIMPULAN

Matlamat kajian ini adalah untuk menguji beberapa aspek dalam tesis Huntington, “Pertembungan Tamadun”, terutamanya yang berkaitan dengan konflik etnik. Perbandingan kesan impak tamadun dan agama kepada konflik etnik juga telah dihuraikan. Walaupun konflik tamadun dan perbezaan agama tidaklah mempunyai persamaan, namun ianya saling berkaitan antara satu sama lain. Konsep Huntington tentang tamadun telah menandaskan bahawa konflik kelakuan kumpulan majoriti kebanyakannya disebabkan faktor perbezaan agama melebihi faktor perbezaan antara tamadun. Bagaimanapun perbezaan antara tamadun tidak dapat dinafikan sebagai salah salah satu pengaruh kepada konflik ini. Perbezaan antara tamadun yang mempengaruhi konflik etnik sebenarnya disebabkan perbezaan agama. Terdapat juga kemungkinan bahawa agama dan tamadun merupakan pengganti kepada budaya dan perbezaan kebudayaanlah yang menjadi sumber sebenar kepada impak agama dan tamadun ke atas konflik etnik.

Dalam semua kes, persoalan bahawa yang mana lebih signifikan, agama atau tamadun dalam konflik etnik telah terjawab. Ya! Agama adalah jawapannya di samping faktor diskriminasi, tekanan luaran dan masalah perpaduan. Penemuan ini adalah selaras dengan teori Fox, bahawa agama ialah faktor yang penting hanya kepada konflik etnik kumpulan minoriti sahaja.
Semua ini telah membawa kepada kemungkinan bahawa perbezaan tamadun boleh juga menjadi faktor penting dalam konflik etnik. Maka teori Huntington adalah tidak spesifik dan kurang tepat berbanding teori konflik etnik klasik lain. Maka kita boleh mempersoalkan teori pertembungan tamadun sebagai hujah asas. Teori yang sangat klasik tentang konflik etnik, adalah lebih tepat dan sepatutnya menjadi asas kepada pemahaman yang lebih baik mengenai konflik etnik.
Walau bagaimanapun penemuan kajian yang dijalankan adalah bertentangan dengan tanggapan Huntington mengenai konflik antarabangsa. Russett dan rakan-rakannya mengatakan bahawa penjelasan klasik tentang konflik antarabangsa seperti sikap realistik dan liberalism adalah merupakan penjelasan yang lebih baik daripada teori Huntington. Hendeerson pula berpendapat bahawa apabila konflik agama melebihi konflik antarabangsa, kesan ke atas budaya di dalam konflik tidaklah bersifat satu hala. Ia akan menjadi lebih parah lagi.

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak