Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Friday, March 13, 2009

Ulasan Artikel Jurnal Mahasiswa/i Saya Yang Cemerlang




SKP 2203
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
KUMPULAN 17
BETWEEN A HEGEMON AND A HARD PLACE :
THE ‘WAR ON TERROR’ AND SOUTHEAST ASIAN-US RELATIONS
PENSYARAH: DR AMINI AMIR ABDULLAH
AHLI KUMPULAN:
1.MOHD.SYAFIK B. MOHAMAD HAMDAN 150961
2.MOHAMMED FARID B. YUNUS 150963
3.MALINI NAMBIAR MOHAN 149977
4.KAVITHA RAJAMOORTHY 150034
5.RUTHIRA NAIR A.B.KRISHENAN 149908
Artikel ini menerangkan situasi hubungan ketiga-tiga negara ASEAN (Malaysia, Indonesia dan Filipina) dengan Amerika Syarikat (AS) selepas serangan 11/9, bagaimana dan kenapa negara-negara tersebut pada awalnya menyokong tindakan Amerika dan kemudian menolak untuk berkerjasama dengan AS dan menerangkan kesan-kesan tindakan Amerika dalam peperangan ke atas keganasan terhadap hubungan multilateral.

Selepas kejadian 11/9, Presiden Megawati Sukarnoputri menawarkan sokongan terhadap tindakan AS untuk memusnahkan rangkaian-rangkaian pengganas menerusi lawatannya ke White House selepas sahaja kejadian tersebut. Di hadapan presiden AS, George W.Bush, beliau mengutuk serangan 11/9 sebagai ‘akta kejam dan membunuh orang awam yang tidak berdosa secara rambang’ dan bersumpah untuk bersatu dengan A.S. Sebagai tanda sokongan, beliau membenarkan hak lalulintas udara bagi tentera Amerika dan sebagai balasan kerjasama tersebut, Amerika memberi bantuan dana USD$150 juta kepada bantuan ekonomi Jakarta. Tindakan Megawati mendapat tentangan politik di tanah airnya dan kelihatan hubungan Indonesia –Amerika seperti renggang. Oleh kerana bimbang akan keadaan keselamatan dalam negaranya, Megawati telah mengutuk Amerika menggunakan kekerasan ketenteraan dalam melawan keganasan ketika melancarkan serangan di Afghanistan. Presiden Megawati mengambil langkah berwaspada dengan tidak terlalu bersekongkol dengan Amerika berikutan kerajaan campurannya yang lemah, yang hanya bergantung pada sokongan pihak Islam. Baginya, sokongan daripada pihak Islam masih diperlukan jika ingin memenangi pilihanraya yang bakal berlangsung ketika itu.
Di pihak umat Islam yang berlainan fahaman politik di Indonesia, mereka khuatir apabila Amerika mensasarkan umat Islam sebagai pengganas berikutan pengeboman di Bali dan Hotel Marriot yang melibatkan militan Islam (Jemaah Islamiyah) dan seterusnya mewujudkan perundangan anti-pengganas yang mensasarkan pihak Islam.
Selepas 11/9, Malaysia semakin penting dalam membantu tindakan Amerika menentang pengganas dan bukannya menentang Islam. Bagi Malaysia, kerjasama memerangi keganasan memberi peluang memperbaiki hubungannya dengan Washington. Pada peringkat permulaan, golongan elit Malaysia menyebelahi AS. Walau bagaimanapun selepas AS menggunakan keganasan ketenteraan ke atas Afghanistan dan Iraq, Malaysia membantah keras sebarang pencerobohan dan campurtangan ke atas negara yang berdaulat. Penulis menyatakan bahawa beberapa Kumpulan Islam Malaysia meminta sukarelawan mujahid untuk berjuang di Afghanistan menentang Amerika. Tun Dr. Mahathir menghalang sebarang pergerakan mujahid (dengan maksud membawa idea melampau dan keganasan), dan beliau sendiri mengutuk dengan keras tindakan AS dan menggambarkannya sebagai ‘pembunuhan liar umat Islam’. Tun Dr. Mahathir menyelar tindakan campur tangan Washington dan Canberra terhadap negara-negara berdaulat. Implikasinya, Kuala Lumpur diancam kestabilan ekonomi dan politiknya kerana menyemarakkan sentimen Anti Amerika.
Apa yang menarik ialah, Washington melihat Akta Keselamatan dalam Negeri Malaysia (ISA) sebagai alat untuk menentang keganasan bukannya satu ancaman terhadap kebebasan. Keselamatan Malaysia menjadi bertambah kukuh disebabkan:
1.Kekerapan pergerakan tentera As melintasi ruang udara dan laut Malaysia.
2.Latihan bersama AS dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Navy SEALS di Malaysia sebanyak 2 kali setahun.
3.Penguatkuasaan undang-undang dan perisikan antara Washington dan Kuala Lumpur menjadi lebih rapat dan kuat.
4.Malaysia menjadi tapak untuk mewujudkan Pusat Latihan Anti-Pengganas Serantau Asia Tenggara di Asia.
5.Malaysia menjadi tuan rumah untuk Forum Antarabangsa Terhadap Anti Keganasan dan Jenayah Transnasional Rantau Asean yang diadakan di Sabah.
Presiden Arroyo pula memberi kenyataan untuk menyokong tindakan Amerika dalam kunjungan ke Washington pada tahun 2001. Ganjaran yang diperolehi oleh beliau adalah bantuan ketenteraan yang besar, berjumlah lebih dari USD$100 juta dalam bentuk dana dan kelengkapan, disertai pakej kredit perdagangan dan penurunan tarif. Hubungan Amerika-Filipina berubah sejurus penghantaran 1200 tentera Amerika ke selatan Filipina selepas tragedi 11 September untuk menentang kumpulan Abu Sayyaf. Pada November 2002, kedua-dua negara menandatangani Perjanjian Kerjasama Sokongan Logistik (MLSA) yang memberi hak membawa masuk kelengkapan ketenteraan. Pada November 2003, Presiden Bush menjanjikan lebih banyak tentera Amerika akan dihantar untuk menyokong operasi pasukan tentera Filipina.
Berikut adalah kepentingan dan perubahan hubungan Amerika – Asia Tenggara :
1.Pengenalpastian wilayah yang berpotensi menjadi syurga pelarian Al-Qaeda dan pengganas.
2. Perubahan hubungan Amerika-Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.
3.Pendominasian Maritim Asia Tenggara
Kesinambungan daripada Tragedi 11 September 2001, Amerika dilihat sebagai penstabil keselamatan serantau di Asia Tenggara dan menjalin kerjasama 2 hala di samping kempen anti keganasan. Negara ASEAN mencari inisiatif untuk memelihara autonomi, keselamatan, pembangunan ekonomi dan menyertai agenda pembangunan antarabangsa.
AS dikatakan telah mengeksploitasi Tragedi 11 September 2001 sebagai topeng kepada cita-citanya mencapai kedudukan yang dominan di Asia Tenggara. Anggota ASEAN perlu bersepakat menghindarkan wilayah ini dari cengkaman hegemoni ketenteraan kuasa-kuasa besar dunia. ASEAN juga perlu sentiasa sensitif terhadap segala perkembangan yang sedang berlaku. Situasi keselamatan ASEAN perlu dikaji semula mengikut perkembangan semasa dan senario politik dunia. Perpaduan, kemuafakatan dan toleransi sesama sendiri di dalam sesebuah negara yang berdaulat dan merdeka dapat mengekalkan kemakmuran dan kelangsungan sesebuah negara dalam ASEAN.

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak