Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Tuesday, June 26, 2012

THE Answers TO LYNAS ISSUE (As posted by Tun Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on May 20, 2012)


 


I was the first to write in my blog about rare earth, about how difficult it was to rid ourselves from activated rare earth when it was no longer needed. Rare earth can be used for many things and in many ways. The rare earth represented by tin tailing, mostly ilmenite, when activated can be used in colour television. Today colour television uses plasma or LED.

This posed a problem of getting rid of the activated rare earth left in Malaysia. Finally it was agreed between Mitsubishi Electric and Malaysia that a site in Perak of almost a square kilometre be reserved for burying under concrete the activated “amang”. 

Although visitors were banned and no human habitation was allowed at the site, I am told that now there is no more danger of radiation and human dwellings have been built there.

The Lynas project is not about activating the rare earth to make it radioactive. It is about extraction of the element to be used in making lithium ion batteries and magnets.

Lithium ion batteries are extensively used to power electronic products including mobile phones. We carry in our pockets and use mobile phones all the time, putting them against our ears to hear and speak over the air waves. Obviously they are not harmful. This lithium ion battery does not emit harmful radiation. 

As I understand it, the Lynas plant in Pahang does not involve activating any of the rare earth components to make them radioactive. The process cannot be harmful. As for the waste, it does not give off harmful radiation either. The waste is just ordinary earth which is normally mixed with the small amounts of rare earth. The necessity to export the waste does not arise.

Malaysia is endowed with significant quantities of rare earth. In its natural state it is harmless. Tin tailings or “amang” is probably more likely to give off radio waves than rare earth. The mining and extraction of rare earth can bring much wealth to Malaysia. In fact Malaysia should be producing lithium ion batteries for use in electric and hybrid cars. Today these batteries are being produced in Germany and Britain, using rare earth from China and elsewhere.

Lithium ion batteries will be much in demand in the future. They are usually rechargeable and can last for many years. It would be a great loss to Malaysia if misguided people prevent us from extracting and using the high clean electrical capacities of rare earth. Just as the lithium ion batteries in the cellular phones is not harmful even when we carry them everywhere in our pockets and put them to our ears, the mining and extracting of rare earth from Malaysian earth will not harm us in any way."

Contoh Ulasan Dan Komentar Buku Berjudul Duri Dalam Daging Oleh Pelajar Saya

NAMA KURSUS: SKP2204 HUBUNGAN ETNIK

TARIKH: 10 APRIL 2012

TAJUK TUGASAN: KOMENTAR DAN ULASAN BUKU (DURI DALAM DAGING)

SINGAPURA DALAM MALAYSIA

NAMA-NAMA PENGARANG: SITI NORIDAYU BT. ABD. NASIR

NO. MATRIK: 161833

PROGRAM: BACELOR SASTERA ( BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU )

SEMESTER/SESI: SEMESTER 2, 2012


NAMA PENSYARAH: Yang Berbahagia Dr. Amini Amir Abdullah (Phd., Birmingham)

Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia,

Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor.

amini@putra.upm.edu.my

013-2724553

DURI DALAM DAGING SINGAPURA DALAM MALAYSIA

PRAKATA

SETINTA BICARA

Assalamualaikum dengan penuh kesyukuran pada Allah SWT kerana dengan izinnya tugasan ini dapat disiapkan. Menyusuri zaman yang semakin berkembang dalam mencapai wawasan 2020, pelbagai perkara penting harus sama mengikuti langkah zaman ini. Dalam mendukung cita-cita negara dalam konteks satu Malaysia maka berbagai inisiatif telah dijaankan oleh kerajaan.

Universiti sebagai gedung ilmu yang melahirkan bakal-bakal pemimpin dan manusia berguna harus menjadi tonggak negara yang kukuh. Justeru itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyahut seruan tersebut dengan mewajibkan semua penuntutnya mengambil subjek Hubungan Etnik (SKP 2204) sebagai subjek wajib universiti. Hal ini bagi mewujudkan lagi persefahaman antara pelbagai kaum yang wujud di Malaysia umumnya dan yang sama-sama menuntut di universiti yang sama khususnya.

Oleh yang demikian setiap tugasan yang diberikan adalah berkaitan hubungan etnik di Malaysia. Tajuk “Kemajmukan Etnik Dalam Proses Politik Di Malaysia” adalah salah satu tajuk tugasan yang perlu dilaksanakan. Melalui tajuk ini segala perkara etnik yang berkaitan dengan politik di Malaysia akan dihuraikan dengan lebih jelas dan terperinci lagi. Selain itu pengetahuan yang selama ini sempit di kalangan penuntut dapat diperluaskan lagi dengan melaksanakan tugasan yang diberi oleh pensyarah Hubungan Etnik.

Bagaimanapun tugasan ini tidak dapat disempurnakan tanpa tunjuk ajar dari pensyarah Hubungan Etnik itu sendiri. Sejuta terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Amini Amir Bin Abdullah kerana telah memberi tunjuk ajar agar setiap tugasan yang diberi akan berjalan dengan lancar.

Jelaslah betapa pentingnya pendidilan berkaitan Hubungan Etnik itu diwajibkan kepada semua pelajar universiti untuk merealisasikan matlamat kerajaan dalam mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. Oleh itu, perpaduan dan integrasi dapat dicapai melalui ilmu pegetahuan dan sikap memahami yang diterapkan di dalam diri setiap insan agar tidak berlaku prejudis terhadap kaum lain. Malaysia negara berbilang kaum yang sentiasa aman.



PENGULAS: SITI NORIDAYU BT. ABD NASIR

Setinggi penghargaan kepada :



Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia, UPM

Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM

Fakulti Dan Kolej Universiti Putra Malaysia

Semua Sahabat Pelajar Universiti Putra Malaysia



Dan Yang Teristimewa



Ibu dan keluarga tersayang dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


ISI KANDUNGAN



Muka Surat

Pendahuluan 1

Definisi 2

Permasalahan dan persoalan kajian 2

Kaedah penyelidikan 3

Cadangan 3

Ulasan buku 4 - 12

Komentar buku 13 - 16

Kesimpulan 17

Lampiran 18 - 20

PENDAHULUAN

Kajian ini adalah ulasan dan komentar buku berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan kursus Hubungan Etnik, kod program SKP2204. Tugasan ini bertujuan mengulas buku yang telah dipilih oleh penuntut dan telah diberi kelulusan oleh pensyarah.

Selain itu, ulasan dan komentar buku perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pensyarah bagi menyempurnakan tugasan tersebut. Buku yang dipilh adalah berdasarkan subjek pembelajaran iaitu berkaitan Hubungan Etnik

Oleh itu, kebanyakan buku yang dipilih adalah berdasarkan isu dan tajuk yang berkaitan Hubungan Etnik di Malaysia. Hal ini juga bagi memudahkan pelajar mendapatkan bahan dan mengulas buku berkaitan ilmu yang sedang dipelajari di dalam kelas.

Tajuk buku yang diulas dan diberi komen dengan lebih lanjut lagi adalah bertajuk “Duri Dalam Daging Singapura Dalam Malaysia”, yang ditulis oleh Nik Anuar Nik Mahmud. Buku tersebut teah dipilih kerana isi di dalamnya yang berkaitan Hubungan Etnik sama sekali.

Bbuku tersebut merangkumi aspek-aspek penting yang terdapat di dalam silibus Hubungan Etnik. Melalui buku ini ilmu berkaitan Hubungan Etnik dan isu semasa dapat diketahui dengan lebih jelas.Selain itu banyak ilmu pengetahuan dapat ditambah, hakikatnya melalui tugasan juga banyak perkara penting dapat diketahui. Walaupun ulasan ini sebagai memenuhi tugasan namun nilaian ilmu yang diperoleh itu amat berharga sekali.

ISI KANDUNGAN

Duri Dalam Daging Singapura Dalam Malaysia adalah sebuah buku hasil tulisan Nik Anuar Nik Mahmud. Buku ini mula dicetak pada tahun 2001 oleh Persatuan Sejarah Kuala Lumpur .

Di dalam buku tersebut terdapat rujukan bibliografi ,selain itu turut dimuatkan banyak bahan melalui buku Singapura-History, dan Singapura-Politics and goverment. Buku ini adalah bersifat fakta dan ilmiah.

PERMASALAHAN DAN PERSOALAN KAJIAN


1. Buku – buku politik yang adakalanya mengalami percanggahan pendapat

2. Bahan dari internet yang mengandungi fakta-fakta yang tidak tepat dan jauh berbeza dari fakta sebenar

3. Penjelasan lisan dan wawancara kepada pihak parti politik yang mengalami bias pada parti politik mereka yang menyukarkan kajian

4. Berlaku propaganda, dan adakalanya memihak parti tertentu apabila diminta pendapat kepada individu

KAEDAH PENYELIDIKAN

Melalui buku-buku yang menjadi rujukan di perpustakaan Universiti Putra Malaysia (UPM)

2. Melalui laman sesawang di internet bagi mendapatkan bahan tambahan berkaitan politik di Malaysia

3. Melalui wawancara kepada pihak-pihak parti poitik berkaitan tajuk

4. Melalui buku Hubungan Etnik yang dijadikan modul bagi melaksanankan huraian esei untuk tajuk ini.


CADANGAN

1. Politik dan sejarah amat penting oleh itu wajar diwujukkan perpustakaan khas untuk bahan-bahan sejarah dan politik

2. Lawatan sambil belajar ke Singapura untuk melihat lebih jelas bukti-bukti sejarah dan kesan politik yang berlaku

3. Pusat sumber khas bagi subjek Hubungan Etnik , dengan menempatkan semua buku dan bahan pembelajaran di tempat yang sama agar mudah dicari

ULASAN BUKU DURI DALAM DAGING SINGAPURA DALAM MALAYSIA

Buku ini berkaitan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku antara Malaysia dan Singapura sewaktu sebelum kemasukan, semasa dan sewaktu Singapura keluar dari Malaysia. Di dalam buku ini dipaparkan kisah sejak zaman pensejarahan lagi, iaitu sewaktu zaman imperialisme oleh kuasa-kuasa asing seperti Inggeris dan Belanda di Tanah Melayu sebelum merdeka.

Dari ketuanan Melayu ke ketuanan Inggeris terjadi kerana berlakunya masalah dalaman seperti perebutan takhta dan perang saudara di Tanah Melayu pada ketika itu apabila ada pihak yang meminta Inggeris campur tangan bagi menyelesaikan pertelingkahan tersebut.

Singapura asalnya adalah sebahagian daripada tanah jajahan kerajaan Melayu Johor-Riau, nama asalnya adalah Temasik dan adalah sebuah perkampungan nelayan. Setelah kerajaan Melaka ditubuhkan, Temasik kekal sebagai tanah jajahannya. Pada awal abad ke-19 Temasik di bawah tanggungjawab Temenggung Abdul Rahman. Sultan Abdul Rahman Muazam Syah yang bersemanyam di Lingga adalah sultan kerajaan Melayu Johor-Riau pada masa itu.

Kepesatan pelabuhan Johor-Riau pada awal abad ke-19 telah menarik perhatian banyak kuasa-kuasa Eropah antaranya ialah Belanda dan Inggeris. Bagaimanapun kedatangan kuasa barat telah mengancam perairan Johor-Riau-Lingga. Belanda telah lama bertapak di Riau manakala Inggeris pula bertapak di Pulau Pinang.

Apabila tamat perang Napoleon pada tahun 1815, Kompeni Hindia-Inggeris mencari tapak baru yang lebih strategik dari Pulau Pinang, Temasik telah berjaya menarik perhatian Stamford Raffles iaitu Leftenan Gabenor Bengkulu. Kompeni Hindia-Inggeris telah berjaya bertapak dan mengawal Selat Melaka.

Stamford Raffles telah menjadikan Temasik sebagai pangkalan bagi Kompeni Hindia Timur Inggeris dengan membuat perjanjian bersama Temenggung Abdul Rahman dengan bayaran sebanyak 3,000 dollar spanish manakala Sultan Hussain Mohammad Syah pula menerima sebanyak 5,000 dollar spanish.

Akhirnya pada Jun 1983 kompeni telah berjaya menguasai keseluruhan Temasik apabila perjanjian dimenterai antara pihak kompeni dengan Sultan Hussain Mohammad Syah dan Temenggung Abdul Rahman. Sebagai ganjaran Sultan Hussain Mohammad Syah telah diberi sebanyak 1,5000 dollar spanish dan Temenggung Abdul Rahman telah diberi sebanyak 700 dollar spanish. Oleh kuasa penuh yang diperolehi kompeni maka nama Temasik telah ditukar kepada nama Singapura, yang hingga kini nama Singapura itu masih lagi kekal.

Bantahan oleh pihak Belanda terhadap pendudukan Inggeris di Temasik kerana Belanda mengakui Temasik adalah hak Sultan Abdul Rahman yang mempunyai perjanjian dengan Belanda. Oleh itu, perjanjian Inggeris-Belanda telah dimenterai pada 24 Mac 1824. Maka kerajan Melayu Johor-Riau-Lingga telah berpecah menjadi dua lingkungan, kerajaan Melayu Johor adalah di bawah pengaruh Inggeris manakala kerajaan Melayu Riau-Lingga di bawah pengaruh Belanda.

Pada 2 Ogos 1824 Inggeris telah mendesak untuk menguasai sepenuhnya Singapura kecuali kediaman Sultan Hussain Mohammad Syah dan kediaman Temenggung Abdul Rahman. Setelah terpaksa menendatangani perjanjian persahabatan dan perikatan dengan kompeni maka Sultan Hussain Mohammad Syah diberi ganjaran 33,000 dollar spanish dan bayaran bulanan sebanyak 1,300 dollar spanish, begitu juga Temenggung Abdul Rahman yang dibayar sebanyak 26,800 dollar spanish bersama bayaran bulanan 700 dollar spanish.

Pada tahun 1867 Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang telah diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat yang berpusat di Singapura di bawah tanggungjawab seorang Gabenor. Selain itu Singapura juga menjadi ibu pejabat Pesuruhjaya Tinngi British bagi Negeri-Negeri Melayu bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Singapura telah menuju pemerintahan sendiri apabila Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun pada 7 Disember 1914. Dalam tempoh 70 hari Singapura di dalam cengkaman tentera Jepun, British terpaksa berundur. Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Selat telah dengan Singapura sebagai pusat pentadbiran Jepun. Nama Singapura juga telah ditukar kepada nama Syonan.

Apabila perang tamat Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah berusaha untuk menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu namun gagal kerana British di bawah Malayan Union telah menjadikan Singapura sebagai koloni British yang berasingan dari Melaka dan Pulau Pinang. Oleh itu Singapura telah berkembang secara berasingan dalam politik, perlembagaan dan ekonomi.

Pada 2 April 1955, pilihan raya umum yang pertama telah diadakan di Singapura. Dalam pilihan raya tersebut Parti Buruh Bersatu telah memenangi 10 kerusi, PAP memengangi 4 buah kerusi dan UMNO-MCA pula hanya memenagi 3 kerusi. David Marshall telah dilantik sebagai ketua menteri Singapura yang pertama. David Marshall adalah bersifat anti-kolonial dan enggan bertindak terhadap puak berhaluan kiri dan komunis.

Oleh itu British tidak memberi hak pemerintahan sepenuhnya kepada David Marshall, segala hal kewangan dikawal oleh British sepenuhnya. Akhirnya pada Jun 1956 David Marshall telah meletak jawatannya dan pada 8 Jun 1956 pemangkunya iaitu Lim Yew Hock telah mengangkat sumpah menjadi ketua menteri yang baru. Sir William Goode pula telah dilantik menjadi Gabenor Singapura pada 11 Disember 1957.

Pada 11 April 1957 perlembagaan baru bagi Singapura telah dimenterai antara Lim Yew Hock dengan British di London. Dewan Legislatif telah ditubuhkan melalui perlembagaan baru tersebut. Perlembagaan baru itu diterima baik oleh rakyat Singapura kerana telah mengubah status Singapura dari sebuah koloni kepada Negara.

Pilih raya pada tahun Mei 1959 tidak disenangi pemimpin Perikatan Tanah Melayu kerana kebangkitan PAP dianggap sebuah parti yang berpihak kepada komunis. Tunku Abdul Rahman menharapkan kemenangan kepada SAP parti yang akan menjamin kedudukan Melayu di Singapura dan Lim Yew Hock pula adalah cina peranakan, beliau bersedia bekerjasama dengan UMNO.

PAP menyedari akan peluang parti tersebut menang dalam pilihan raya pada 1959 maka Lee Kuan Yew memenuhi kempen pilihan raya dengan membebaskan tahanan politik yang berhaluan komunis. Lee Kuan Yew telah menemui Gabenor Sir William Goode dan mendesak supaya Lim Chin Siong dan beberapa orang lagi dibebaskan. Lee Kuan Yew juga memberi jaminan bahawa jika mereka itu dibebaskan, maka mereka bersetuju untuk menetang anasir komunis.

Pada 30 Mei 1959 SAP telah kalah dalam pilihan raya tersebut dan dimenangi oleh PAP di bawah Lee Kuan Yew, maka Lim Yew Hock telah melepaskan jawatannya. Atas kemenangan itu Lee Kuan Yew telah memaklumkan kepada Tun Abdul Razak berkaitan hasratnya untuk membebaskan tahanan politik berhaluan kiri tersebut, namun Tun Abdul Razak tidak mahu terbabit dalam isu berkaitan pembebasan tersebut.

Pada 3 Jun 1959, lapan orang tahanan politik telah dibebaskan antaranya ialah Lim Chin Siong, S. Woodhull, James Puthucheary dan Fong Swee Suan telah dibebaskan. Dua ekor burung merpati putih juga telah dibebaskan sebagai lambang kebebasan tahanan politik tersebut.

Pada 4 Jun 1959 pula Lee Kuan Yew mula membentuk kerajaan barunya. Lee Kuan Yew telah menjadi Perdana Menteri Singapura, dia telah menubuhkan sebuah Majlis Keselamatan yang melibatkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Majlis itu dianggotai kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, dan Singapura. Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Dr. Ismail Abdul Rahman.

Walaupun lapan orang tahanan politik yang berhaluan komunis telah dibebaskan namun ahli serta penyokong PAP masih belum berpuas hati. Mereka mahu lebih ramai lagi tahanan politik berhaluan kiri yang lain dibebaskan. Hal ini menyebabkan Lee Kuan Yew menjadi serba salah dan makin tersepit. Lee Kuan Yew bimbang tidak mendapat sokongan jika dia enggan melepaskan tahanan lain.

Lee Kuan Yew semakin terdesak apabila mendapat tekanan untuk membebaskan tahanan yang ditahan oleh Lim Yew Hock sejak 1956 lagi. Keadaan Lee Kuan Yew semakin meruncing apabila Lim Chin Siong keluar daripada PAP dan menubuhkan Barisan Sosialis pada Julai 1961. Berikutan itu, Lee Kuan Yew berpaling kepada Tunku Abdul Rahman untuk membantunya mempertahankan PAP melalui percamtuman Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

PAP telah menjadi harapan British kerana PAP sejak mula lagi memperjuangkan percamtuman antara Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. Dasar itu amat jelas sekali di dalam keras dasar PAP yang bertajuk ‘Ke Arah Satu Negara Malaya’ yang telah diterbitkan pada 20 April 1959. Menurut PAP percamtuman antara Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura adalah penting dalam membina sebuah negara Malaya.

Lantaran itu PAP menyedari akan hakikat Singapura sebagai sebuah Pulau yang kecil yang tidak mempunyai hasil bumi seperti getah dan bijih timah malahan air yang digunakan di Singapura datangnya dari Tanah Melayu. Kemakmuran Tanah Melayu akan membolehkan Singapura menjadi sebuah pelabuhan enterpot.

Persekutuan Tanah Melayu, teruntamanya Tunku Abdul Rahman menyambut dingin dan tidak melayan hasrat British dan Singapura untuk bercamtum. Hal ini kerana Tunku Abdul Rahman tidak mahu UMNO dianggap telah mengkhianati perjuangan bangsa Melayu.

Tunku Abdul Rahman tidak mahu lebih ramai orang Melayu hilang kepercayaan terhadap UMNO, dalam pilihan raya 1959 UMNO telah tewas di Kelantan dan Terengganu, dimana penduduknya majoriti orang Melayu, perkara ini berlaku kerana sikap tolak ansur dalam soal kerakyatan terhadap MIC dan MCA pada 1957. Kenyataan terbuka oleh Lee Kuan Yew telah menyebabkan Tunku Abdu Rahman amat sensitif walaupun perkara ini telah dimaklumkan olehnya kepada Geoffrey Tory, Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur.

Selain itu Tanah Melayu menganggap Singapura sebagai pusat gerakan komunis. Walaupun gerakan komunis di Tanah Melayu dapat dihapuskan tetapi komunis masih bebas bergerak di Singapura. Kekalahan SAP iaitu parti pimpinan Lim Yew Hock yang anti komunis telah mengecewakan Tunku Abdul Rahman sekaligus kepercayaan beliau yang tipis terhadap parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang dianggap beliau berhaluan komunis.

Kedudukan PAP semakin tertekan kerana politik di Singapura telah mengubah reaksi Kerajaan Tanah Melayu terhadap Singapura. Perpecahan dalaman berlaku lagi pada tahun 1960 apabila berlaku perpecahan dalaman. Puak kanan dalam PAP yang dipimpin oleh Menteri Pembangunan, Ong Eng Guan yang mengakibatkan dia dipecat dari PAP. Pada Disember 1960 Ong Eng Guan telah meletak jawatan dari menjadi wakil rakyat bagi kawasan Hong Lim.

Pada 23 April 1961, Tunku Abdul Rahman telah berbincang dengan Lee Kuan Yew bersama rombongan di Kuala Lumpur tentang situasi politik di Singapura dan Gagasan Malaysia. Setelah berbincang dengan lebih lanjut, Tunku Abdul Rahman meminta Lee Kuan Yew menyiapkan kertas kerja berkaitan Gagasan Malaysia. Keputusan tersebut mengembirakan Lee Kuan Yew kerana prinsipnya ingin bergabung dengan Tanah Melayu menampakkan kejayaan.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah membuat kejutan semasa berucap di Kelab Wartawan Asing bagi Singapura. Kenyataan Tunku Abdul Rahman telah mengejutkan PKM, hal ini kerana perkara tersebut adalah dasar jangka panjang PKM. Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura akan memudahkan lagi PKM untuk menguasai Tanah Melayu.

Pada 3 Jun 1961, Lim Ching Siong dan penyokong-penyokongnya dalam Kesatuan Sekerja telah mengeluarkan kenyataan bagi menuntut kerajaan British memberikan hak pemerintahan penuh serta bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan. Lim Ching Siong memberi amaran kepada Lee Kuan Yew, jika Lee Kuan Yew enggan berbuat demikian maka Lim Ching Siong seta rakan-rakannya yang lain akan keluar daripada PAP.

Pada 17 Julai 1961, Lee Kuan Yew mengadakan pertemuan dengan Selkirk. Perpecahan yang berlaku dalam partinya membuatkan Lee Kuan Yew membayangkan bahawa kerajaannya hanya mampu betahan selama tiga bulan sahaja kerana puak komunis di bawah pimpinan Lim Chin Siong akan mengambil alih pucuk pimpinan dengan Dr. Lee Siew Choh sebagai bakal Perdana Menteri.

Dalam pilihan raya Anson, PAP iaitu calonnya Mahmud Awang telah dikalahkan oleh David Marshall dari Parti Pekerja. Situasi kekalahan tersebut telah meyakinkan Lim Chin Siong bahawa PAP telah kehilangan undi dari orang Cina. Lim Chin Siong juga percaya jika usu kepercayaan dibawa ke Dewan Legislatif, pasti usul tersebut akan ditolak dan Lee Kuan Yew terpaksa melepaskan kuasa yang telah pun dipegang olehnya.

Usul Gagasan Malaysia telah dibawa ke Parlimen oleh Tunku Abdul Rahman, beliau telah meminta persetujuan Parlimen secara prinsip terhadap konsep Gagasan Malaysia yang merangkumi 11 buah negeri iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak serta mengesahkan usaha kerajaan bagi menjayakannya. Namun PAS sama sekali telah membantah di Parlimen berkaitan percamtuman tersebut kerana menganggap bahawa kepentingan Melayu akan diketepikan.

Pada 4 November 1961, UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi membahaskan rancangannya berkaitan Gagasan Malaysia kerana beliau menganggap bahawa ini adalah masalah terbesar sejak Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan. Oleh itu beliau meminta ahli-ahli UMNO menyokong cadangan berkaitan penubuhan Malaysia tersebut.

Rundingan London telah berlangsung pada 19 hingga 21 Disember 1961, Tunku Abdul Rahman telah bertemu dengan Perdana Menteri British iaitu MacMillan, dalam rundingan tersebut mereka telah bersetuju untuk melantik Suruhanjaya Penyiasat bagi meninjau pandangan penduduk Borneo mengenai cadangan penubuhan Malaysia.

Parti pembangkang, seperti Barisan Sosialis dan Parti Pekerja telah membantah pengumuman London mengenai penubuhan Malaysia. Kedua-dua parti tersebut memainkn peranan yang penting dalam bantahan tersebut kerana kedua parti ini menganggap rancangan penubuhan Malaysia berlawanan dengan tujuan rakyat bagi meunutut kemerdekaan penuh Singapura.

Tindakan pemimpin Sosialis dan komunis berkaitan bantahan penubuhan Malaysia amat membimbangkan Lee kuan Yew. Pada 14 Mei 1962 Lee Kuan Yew telah berbincang dengan setiausaha bagi Tanah Jajahan dengan mencadangkan sebelum penubuhan Malaysia supaya tindakan terhadap tokoh parti pembangkang diambil dan menghantar pulang mereka di Tanah Melayu.

Cadangan untuk menghantar pulang Sydney Woodhull, Fong Swee Suan dan Dominic Puthucheary akan dihantar pulang ke Tanah Melayu tidak mendapat persetujuan Pejabat Tanah Jajahan. Sikap berlengah British telah menyebabkan Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa British mempunyai muslihat di Singapura.

Pada awal Disember 1962 satu pemberontakan telah tercetus di Brunei. Parti pembangkang telah memberi sokongan terhadap pemberontakan tersebut serta mendakwa bahawa cadangan Malaysia teah ditolak oleh rakyat Brunei. Pada 13 Disember 1962 satu mensyuarat tergempar telah diadakan di Singapura, antara yang hadir ialah Selkirk, Lee Kuan Yew dan Dr. Ismail bagi membincangkan perkara berhubung pemberontakan di Brunei. Dr. Ismail memaklumkan akan kebimbangan Kuala Lumpur atas apa yang terjadi dan mendesak agar anasir komunis di Singapura ditahan.

Rundingan di London telah berlangsung pada 27 Jun hingga 7 Julai 1963. Pada 9 Julai 1963 perjanjian mengenai Malaysia telah ditandatangani di rumah Malborough. Bagaimanapun Sultan Brunie telah mengambil keputusannya untuk tidak menyertai Malaysia.

Pada 17 Ogos 1963, Rang Undang-Undang Malaysia telah dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan pengesahan. Perdebatan hangat telah beraku antara pihak kerajaan dan parti pembangkang. Zukiflee Muhammad sekali lagi telah mempersoalkan akan kewajaran Singapura dimasukkan ke dalam Malaysia. Menurut wakil PAS kemasukan Singapura akan mengurangkan bilangan bangsa Melayu dan keselamatan orang Melayu akan terancam.

Tun Abdul Razak juga telah melibatkan diri dalam perbahasan Rang Undang-Undang Malaysia dan beliau telah mengingatkan wakil PAS bahawa penubuhan Malaysia adalah untuk mengdakan keamanan dan kesenangan bagi memberi kemerdekaan kepada Singapura, Borneo Utara dan Sarawak.

Rancangann asal untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963 telah ditangguh bagi membolehkan keputusan rombongan rakyat di Borneo Utara dan Sarawak benar-benar mahu memasuki Malaysia. Yang Dipertuan Agong telah menandatangani Pengisytiharan Diraja bahawa Malaysia akan dibentuk pada 16 September 1963.

Bagaimanapun Lee Kuan Yew telah membantah perubahan tarikh tersebut dan bertegas mahu mengisytiharkan kemerdekaan Singapura pada 31 Ogos 1963 seperti yang terdapat di dalam Rundingan London. Hal ini telah memberi kejutan kepada Tunku Abdul Rahman kerana Lee Kuan Yew tidak mempedulikan bantahan beliau.

Pada 31 Ogos 1963 Lee Kuan Yew telah mengisytiharkan kemerdekaan bagi Sngapura. Perbuatan Lee Kuan Yew itu telah menyebabkan hati Tunku Abdul Rahman terluka. Oleh itu pada 2 September 1963 Kabinet Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa tindakan Singapura mengiytiharkan kemerdekaan Singapura sebagai tidak sah dan tidak berpelembagaan. Kabinet juga telah mengemukakan bantahan kepada kerajaan British.

Lee Kuan Yew telah menjadi seperti ‘Duri Dalam Daging’ kerana telah mengambil kesempatan daripada kejujuran Tunku Abdul Rahman bagi memenuhi segala agenda politiknya. Lee Kuan Yew telah dapat membebaskan Singapura dari penjajahan British melalui penubuhan Malaysia dan dapat melumpuhkan musuhnya dari parti politik yang berhaluan kiri dan berhaluan kanan. Selepas itu PAP berusaha untuk memperkukuhkan pengaruhnya di Tanah Melayu dengan ‘Malaysian Malaysia’. Hal ini telah menjejaskan hubungan Lee Kuan Yew dengan Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan perpisahan Singapura daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Apabila Singapura mencapai kemerdekaan, Lee Kuan Yew telah memperkukuhkan kedudukan politiknya di Singapura. Akibat krisis politik telah meyebabkan kedudukan PAP dalam Majis Legislatif menjadi agak lemah, PAP hanya mempunyai 25 kerusi dari 51 kerusi.

Oleh itu dalam suasana di Singapura sedang rancak menyambut kemerdekaan Singapura, satu pilihan raya umum telah diadakan oleh Lee Kuan Yew pada 21 September 1963 dengan membuatkan Barisan Sosialis, UMNO, Parti Perikatan Singapura serta parti pembangkang lain dalam keadaan yang kelam kabut kerana hanya diberi masa sembilan hari untuk berkempen.

Keputusan pilihan raya tersebut telah menyebelahi PAP dengan kemengangan selesa iaitu menang 37 kerusi dari 51 kerusi yang dipertandingkan. UMNO-PERIKATAN telah kalah di Singapura dan ini telah memberi kejutan kepada Tunku Abdul Rahman. Beliau amat kecewa kerana UMNO telah dikalahkan oleh calon Melayu dari PAP , harapan beliau untuk melihat UMNO Singapura untuk menjadi pembela kepada orang Melayu di Singapura hancur.

Atas kekalahan tersebut, Syed Jaafar Hassan Albar telah meletakkan jawatannya atas kekalahan UMNO. Kemenangan yang diperoleh PAP telah disambut meriah di Singapura, manakala ibu pejabat UMNO di Geyland Serai telah diceroboh dan papan tanda UMNO telah diconteng juga dikoyak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kekalahan itu telah mengecewakan UMNO Singapura dengan perasaan yang sensitif dan patung Lee Kuan Yew telah dibakar.

PAP telah menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat hasil kemenangan dalam piihan raya tersebut. Apabila selesa dan merasakan kedudukan PAP telah kukuh maka PAP berusaha mengembangkan pengaruhnya di Semenanjung. PAP telah menubuhkan cawangannya di Semenanjung bagi persiapan pilihan raya umum pada 1964.

Lee Kuan Yew menyatakan hasratnya untuk bergabung dengan UMNO tetapi tidak mahu menyertai Perikatan jika MCA dan MIC masih berada dalam Perikatan. Hal ini telah diselar oleh Tunku Abdul Rahman sebagai tidak bertanggungjawab dan akan memecah belahkan Perikatan kerana UMNO akan tetap bersama MCA dan MIC buat selamanya.

Pada 25 April 1964 telah diadakan pilihan raya dan kemenangan di Semenanjung telah berpihak kepada Perikatan sebanyak 89 kerusi daripada 104 kerusi yang dipertandingkan. PAS memperoleh 9 kerusi manakala PAP hanya memperoleh 1 kerusi di Parlimen Bangsar di mana calonnya ialah Devan Nair. Pemerhati politik menganggap campur tangan PAP di Semanjung sebagai satu kesilapan malah Lee Kuan Yew telah dipandang serong oleh Perikatan.

Perasaan tidak puas hati UMNO membara apabila pada awal Mei 1964 orang-orang Melayu Singapura telah diarahkan berpindah. Antara kawasan yang telibat adalah di Java Road dan Palembang Road. Keadaan semakin parah apabila araham]n berpindah itu menyelar ke kawasan Kallang West Coast dan Kampung Bendong. Abdul Rahman Din, ketua UMNO cawangan Rochore telah menyifatkan arahan perpindahan tersebut bersifat kejam terhadap orang Melayu Singapura.

Rusuhan telah berlaku pada 21 Julai 1964, orang Islam telah berkumpul di Padang untuk menyambut Hari Keputraan Nabi Muhammad SAW. Perhimpunan tersebut dipandang serius oleh Lee Kuan Yew kerana risalah-risalah haram yang dikeluarkan oleh Kesatuan Kemajuan Islam telah diedarkan di Kampung Gelam supaya menghancurkan kerajaan diktator PAP.

Hubungan Singapura dan Kuala Lumpur bertambah tegang apabila Lee Kuan Yew mengumumkan untuk menubuhkan parti politik bagi menentang Parti Perikatan pada pilihan raya umum ke – 4 yang akan diadakan pada tahun 1969. MSC telah ditubuhkan dengan slogan ‘Malaysian-Malaysia’ yang dijadikan sebagai dasar perjuangan mereka.

Tunku Abdul Rahman berangapan bahawa tindakan Lee Kuan Yew telah mencabar ketuanan Melayu. Beliau telah mengingati Lee Kuan Yew tentang pengorbanan UMNO menerima Singapura ke dalam Malaysia walaupun dibantah oleh ahli UMNO dan juga PAS.

Lee Kuan Yew sama sekali tidak mempedulikan peringatan Tunku Abdul Rahman dan meneruskan kempen ‘Malaysian-Malaysia’ dan bertekad untuk memastikan MSC berjaya di dalam pilihan raya yang akan diadakan pada tahun 1969 untuk dia menjatuhkan parti Perikatan.

Kemuncak kepada kekeruhan antara kerajaan Singapura dan Kuala Lumpur apabila diadakan Persidangan Dewan Rakyat pada akhir bulan Jun 1965. Lee Kuan Yew telah membawa usul ucapan Agong dipinda kerana kesal kerana kepentingan ‘Malaysian-Malaysia’ tidak disebutkan di dalam ucapan Agong. Hal ini telah mencatat sejarah, dalam masa yang sama arus perdebatan pelbagai perkara sensitif yang melibatkan sentimen perkauman telah dibangkitkan.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak tahun 1960 hingga tahun 1965 telah membuktikan apa yang tersirat. Singapura berada di dalam Malaysia hanya untuk kepentingan politik Lee Kuan Yew semata-mata.

KOMENTAR BUKU DURI DALAM DAGING SINGAPURA DALAM MALAYSIA

Buku bertajuk Duri Dalam Daging Singapura Dalam Malaysia ini adalah hasil tulisan Dr. Nik Anuar Nik Mahmud, seorang pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Di dalam buku ini kisah pensejarahan Singapura sejak zaman kerajaan Temasik telah dikupas. Sejarah kewujudan Singapura begitu jelas, fakta-fakta sejarah yang dikemukakan oleh penulis adalah sahih dan terdapat bukti yang kukuh melalui buku-buku sejarah.

Isi kandungan di dalam buku ini mempunyai isu-isu yang tersirat dan tersurat. Namun tajuk yang diberikan adalah berunsur peribahasa iaitu ‘Duri Dalam Daging’ yang berbentuk sindiran yang agak halus dan mendalam. Sekali imbas tajuk awal yang disebut itu bukanlah mengambarkan buku ini berkaitan dengan politik mahupun perbalahan yang melibatkan sentimen perkauman.

Bagaimanapun penulis telah memberi tajuk ‘Singapura Dalam Malaysia’ yang dapat memberikan klu kepada pembaca apakah isi kandungan di dalam buku ini. Dari segi tajuk yang dipilih adalah kombinasi yang baik dan bersesuaian dengan penceritaan di dalam buku tersebut.

Penulisan di dalam buku tersebut banyak melibatkan berbagai-bagai parti politik, oleh itu penulis memahami tahap pengetahuan pembaca yang bukan semuanya mengetahui kesemua nama parti politik yang telah wujud sewaktu jangkamasa tertentu. Penulis telah menyenaraikan senarai singkatan berkaitan nama gelaran sesebuah parti dan nama sebenar sesebuah parti tersebut. Contohnya di dalam penulisan ditulis dengan nama UMNO maka di dalam senarai singkatan tersebut telah dijelaskan UMNO nama singkatan daripada United Malay’s National Organisation, hal ini bagi memudahkan pembaca membuat rujukan.

Sinopsis bagi buku tersebut bukanlah ringkasan daripada isi kandungan berkaitan kisah Singapura dan Malaysia seperti kebanyakan buku-buku lain yang diterbitkan tetapi penulis agak kreatif dengan menggunakan petikan-petikan yang bersifat sejarah sebagai satu tarikan, antara petikannya berbunyi “ kita terpaksa mengeluarkan Singapura dari Malaysia - dan inilah saat yang sungguh bersejarah, kerana sungguhpun kita merasa sedih dan dukacita kerana satu negeri telah terpaksa keluar tetapi kita telah dapat menyingkirkan duri dalam daging negara kita”, Tun Abdul Razak Bin Hussein yang dipetik dari ucapan di Parlimen pada 9 Ogos 1965.

Namun jelas di sini bahawa tajuk tersebut yang berbentuk peribahasa dan sindiran adalah diambil dari petikan kata-kata tokoh yang terlibat dalam kejadian tersebut. Bgaimanapun dapatlah disifatkan tajuk yang dipilih agak menarik.

Penulis telah menggunaan penggunaan ayat yang mudah difahami oleh semua lapisan masayarakat. Penulis menggunakan bahasa yang selalu dibaca dan diketahui maksudnya oleh semua golongan masyarakat. Patah perkataan yang mudah dalam bahasa Melayu tidak meyukarkan sesiapapun untuk difahami akan setiap maklumat yang ingin disampaikan.

Namun begitu bahan bacaan sebegini adalah sesuai dibaca oleh orang yang berusia 21 tahun ke atas kerana isu yang diketengahkan di dalam buku ini berkaitan politik. Isunya agak keras dan boleh menyebabkan sentimen perkauman kerana masalah yang berlaku adalah berkaitan orang Melayu dan orang Cina. Oleh itu buku bacaan sebegini yang berkisar akan politik dan perkauman harus ditulis peringatan agar pembacanya 21 tahun ke atas. Walau bagaimanapun buku ini mungkin akan menjadi bahan rujukan bagi mereka yang berusia 18 tahun ke atas, hal ini adalah mungkin kerana alasan akademik bagi kajian di universiti.

Isi kandungan buku ini mengandungi lapan isi penting yang hasil penulisannya adalah padat mengikut struktur peristiwa yang berlaku dan ingin ketengahkan. Penulisan di dalam buku ini disertakan fakta yang padat dan jelas seperti tarikh kejadian, siapa yang terlibat dan tempat berlaku sesuatu perkara, hal ini bagi memudahkan pembaca mengetahui fakta yang sahih.

Walau bagaimanapun terdapat banyak petikan dan artikel berbahasa Inggeris yang tidak diterjemahkan oleh penulis, kenyataan-kenyataan berbahasa Inggeris mungkin sukar difahami oleh sesetengah golongan pembaca. Di setiap tajuk kecil terdapat hampir separuh kenyataan dan ucapan yang ditulis di dalam bahasa Inggeris tanpa diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Perkara sebegini akan menyebabkan golongan pembaca yang kurang kemahiran menggunakan bahasa Inggeris mungkin sukar mengetahui maksud-maksud yang ingin disampaikan.

Artikel mahupun kenyataan seseorang di dalam bahasa Inggeris boleh dimuatkan namun harus diterjemahkan agar pembacaan seseorang tidak terhenti. Kebaikan itu mungkin ada, kerana penulisan yang melibatkan penggunaan bahasa Inggeris boleh menambah pengetahuan dan tahap penggunaan bahasa Inggeris seseorang pembaca tersebut.

Namun kandungan keseluruhan buku tersebut menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Melalui pembacaan didapati sebanyak 45 % daripada tulisan dan kandungan buku ini menggunakan bahasa Inggeris termasuk petikan, artikel dan sebagainya manakala penggunaan bahasa Melayu pula digunakan dalam 55% secara keseluruhan penulisan buku ini. Melalui tajuk mungkin isi kandungan buku ini yang banyak menggunakan bahasa Inggeris tidak dapat dijangkakan hanya dengan melihat kulit luar buku ini sahaja.

Penggunaan nama-nama tokoh seharusnya perlu mengikut nama panggilan mereka kerana buku ini ditulis setelah kematian tokoh-tokoh tersebut. Penulis kurang memberi perhatian kepada perkara-perkara tersebut. Panggilan kepada Tunku Abdul Rahman hanya ditulis sebagai Tunku sahaja. Begitu juga panggilan kepada Tun Abdul Razak yang hanya ditulis sebagai Razak di dalam buku tersebut. Panggilan nama pendek tidak sesuai digunakan di dalam hasil tulisan yang bersifat politik dan ilmiah sebegini kerana nama tersebut boleh dianggap sebagai panggilan yang tidak formal yang digunakan.

Penulis tidak menggunakan APA format berkemungkinan penulis lebih selesa menggunakan nota kaki untuk setiap fakta mahupun artikel dan dialog yang ditulis di dalam buku tersebut. Nota kaki yang digunakan oleh penulis jelas dan tidak mengelirukan fakta. Nota kaki sangat penting bagi mengetahui dari mana sesuatu fakta itu datang dan dikemukakan. Penulis sangat memandang serius kepada perkara sebegini kerana buku yang ditulis ini bersifat ilmiah, sejarah dan mementingkan kesahihan sesuatu fakta.

Tajuk kecil di bawah tajuk besar di dalam buku tersebut adakalanya menggunakan persoalan yang tiada jawapannya. Perkara ini boleh menarik perhatian pembaca kerana soalan tersebut agak menarik dan seperti pertanyaan yang agresif mahupun menyindir mana-mana pihak yang terlibat. Namun begitu persoalan sebegini akan membuatkan pembaca tertanya-tanya kerana di dalam buku tersebut tidak diberi jawapan yang tepat kepada tajuk yang ditulis. Jawapannya lebih bersifat tersirat dan perlu difahami sendiri oleh pembaca.

Bibliografi di dalam buku ini telah disenaraikan dengan jelas dan terperinci oleh penulis. Setiap satu kategori yang berlainan diasingkan bersama kategori–kategori tertentu. Penulis telah mengasingkan secara seksyen tertentu, seperti A: sumber Rasmi, B: Penerbitan Rasmi, C: Akhbar dan D: Buku. Penulis menunjukkan bahawa semua bahan tersebut perlu diasingkan dengan teliti agar tidak berlaku kekeliruan kepada pembaca buku ini.

Indeks juga disediakan bagi memudahkan pencarian sesuatu yang kecil oleh pembaca. Setiap perkara yang berkaitan fakta mahupun indeks yang kecil sebegini disenaraikan dengan jelas oleh penulis. Penulis menyenaraikan indeks mengikut perkataan agar lebih mudah untuk dicari.

Penulis juga telah menyediakan lampiran di dengan menggunakan kenyataan asal sebagai bukti. Lampiran yang disediakan oleh penulis agak banyak namun lampiran tersebut dapat memberi banyak info dan maklumat kepada pembaca. Lampiran yang telah disediakan adalah bahan yang sukar diperolehi, oleh itu lampiran itu penting bagi penulis memuatkannya bagi memberi pengetahuan dan pendedahan tentang sesuatu yang tidak pernah diketahui oleh pembaca.

Apa yang lebih menjadikan buku tersebut menarik adalah gambar-gambar peristiwa yang dimuatkan oleh penulis. Gambar-gambar tersebut amat sukar diperolehi malahan kebanyakannya tidak terdapat di dalam internet mahupun bahan bacaan biasa yang selalu ada di pasaran. Melalui gambar tersebut peristiwa dan kisah yang dibaca akan lebih mudah difahami dan dihayati oleh pembaca. Gambar itu juga adalah bukti yang kukuh sesuatu penulisan. Penulis juga memudahkan pembaca dengan memuatkan kesemua gambar setelah tulisan berkaitan Singapura dan Malaysia dihabiskan. Cara begini memudahkan pembaca melihat satu persatu gambar berkaitan peristiwa yang telah berlaku.

Konklusinya dapatlah dikatakan hampir keseluruhan penulisan buku “Duri Dalam Daging Singapura Dalam Malaysia” ini memuaskan pembaca. Buku yang bersifat ilmiah dan politik ini telah banyak memberi impak dan pengetahuan baru ke dalam diri pembaca. Apa yang paling penting sekali terlalu banyak perkara yang selama ini tidak diketahui kini telah diketahui.

KESIMPULAN

Duri Dalam Daging Singapura Dalam Malaysia adalah kisah yang menunjukkan betapa Melayu itu bangsa yang kuat dan sentiasa bertolak ansur. Pengorbanan Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO dan pejuang kemerdekaan negara kita amat besar sekali. Kemasukan Singapuran ke dalam Malaysia hanya sebagai permainan politik Lee Kuan Yew yang hanya pentingkan kedudukan politiknya sahaja, kebaikan Tunku Abdul Rahman telah dipergunakan oleh Lee Kuan Yew. Oleh itu segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman perlu dihargai oleh kita hari ini.

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak