Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Tuesday, January 3, 2012

Doa Majlis Perkahwinan Atau Walimatul 'Urus (Mohon sebarluaskan)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Bismillahirrahmanirrahim

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ اْلكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.



اللهم إنا نسألك دوام البركة لهذا المجلس وأن تجعل المخطوبة والخطيب في حفظك وكنفك إلى يوم الزواج.

اللهم بارك لهما فى زواجهما القادم. واجعل جمعهما مفعما بكل خير. وألق المحبة والمودة بينهما, وارزقهما ذرية صالحة طيبة تدخل السعادة إلى قلبيهما وارزقهما برها، إن كل ذلك عليك يسير.

Jadikanlah majlis perkahwinan dua mempelai antara _______________ dan ______________ sebagai ibadah kerana perkahwinan itu mempunyai matlamat yang sangat mulia. Jadikanlah perkahwinan mereka sebagai mawaddah dan rahmah, yakni terjalinnya cinta kasih dan termaktubnya ketenteraman jiwa.



Jadikanlah juga perkahwinan mereka sebagai suatu ketenteraman yang membebaskan dari kegelisahan dan rasa gundah gulana, sepanjang perkahwinan itu sendiri didirikan di atas landasan ketentuan syariat Islam.



Benarlah firmanMu dalam Surah Al-Rum, ayat 21:

ksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri), perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”



Anugerahkanlah perkahwinan mereka dengan tujuan yang lebih mulia, kerana melalui perkahwinanlah generasi manusia menghasilkan keturunan-keturunan menurut titah perintahMu

Dan kami sedar bahawa Rasulullah s.a.w sendiri amat mencintai umatnya yang berketurunan banyak dan generasi yang soleh dan solehah.

اللهم أصلح ذات بينهما، وأصلح بينهما وبين أحبابهما واجعل الحياة زيادة لهما في كل خير يسر لهما سبل الخير لبناء أسرة مباركة برحمتك يا أرحم الراحمين .. اللهم الف بين قلبها وقلبه كما ألفت بين قلوب عبادك الصالحين.. واجمع شملهما ولا تفرق بينهما

Limpahkanlah rahmatMu kepada perkahwinan mereka kerana dengan jalan perkahwinan dapat mempertautkan dua keluarga dan pereratkanlah hubungan kekerabatan dan silaturahim sesama mereka dan ahli keluarga. Jadikanlah mereka dan kami semua teman sehidup dan semati. Sesungguhnya kami menunaikan Sunnah NabiMu agar meramaikan umat Islam dan peliharalah kehormatan mereka kerana perkahwinan itu dapat menyalurkan keperluan naluri kepada tempat yang betul dan akhirnya dapat membentuk keluarga yang sakinah.

اللهم يسر لهما جميع الأمور ووفقهما لما تحبه وترضاه.. اللهم اجعلها قرة عين لزوجها واجعله قرة عين لها ووثق اللهم رابطتهما وأدم ودهما واشرح صدريهما بفيض الإيمان بك وجميل التوكل عليك واملئها بنورك الذي لا يخبو إنك نعم المولى ونعم النصير.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار









No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak