Telah berbulan-bulan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendabik dada, bercakap berdegar-degar mengenai kejayaan kerajaan kepimpinannya menyelesaikan hutang lebih RM600 juta yang diwarisi dari kerajaan Barisan Nasional sebelumnya. Ke sana ke mari Guan Eng menceritakan kejayaannya sambil mencemuh kerajaan-kerajaan negeri dan Perksekutuan di bawah pimpinan BN yang dianggapnya tidak cekap, tidak amanah dan boros.
Pencacai-pencacai DAP pun dengan bongkaknya menyatakan jika rakyat mahu wang mereka ditadbir dengan baik, undilah parti mereka. Pengikut PAS dan PKR yang tidak tahu hujung pangkal pun tumpang sekaki memartabatkan Guan Eng setaraf dengan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Tetapi Guan Eng tidak menceritakan perkara sebenarnya tentang kejayaan Kerajaan Pulau Pinang melupuskan hutang lebih RM600 juta itu. Rupa-rupanya RM600 juta itu dapat dihapuskan dari penyata kira-kira negeri Pulau Pinang kerana Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah menyusun semula hutang kerajaan Pulau Pinang menerusi pengstrukturan semula perjanjian bekalan air negeri itu. Tidak ada satu usahapun dari Guan Eng untuk melupuskan hutang itu selain menanda-tangani perjanjian baru pengstrukturan air itu yang dihasilkan oleh Kerajaan Pusat untuk meringankan beban rakyat Pulau Pinang.
Sudahlah tidak berterimakasih, Guan Eng cuba memutar-belitkan cerita dan tampil mengaku sebagai hero yang menyelesaikan hutang negeri Pulau Pinang.
Baca seterusnya di sini: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/1/23/nation/10313756&sec=nation dan juga di sini: http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2012/01/shame-on-you-guan-eng.html di sini juga: http://www.mole.my/content/guan-eng-being-proofy-again
No comments:
Post a Comment