Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Tuesday, January 3, 2012

Kata-kata Aluan Dr. Amini Amir Abdullah Majlis Perasmian Seminar Pasca Perkahwinan Siri II 2008

Kata-kata Aluan


Dr. Amini Amir Abdullah

Pengarah Pusat Islam Universiti

Universiti Putra Malaysia

Majlis Perasmian Seminar Pasca Perkahwinan Siri II 2008

25 Jun 2008

8.30pm

Dewan Persidangan

Pusat Pendidikan Luar

Universiti Putra Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim,

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ اْلكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.



Terima kasih saudara pengacara majlis,



Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia



Yang Berusaha Puan Hjh. Rosmaniar Mohd Nor

Penyelaras Seminar Pasca Perkahwinan III 2008



Pegawai-pegawai Kanan Universiti Putra Malaysia



Para Pembentang



Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana Seminar Pasca Perkahwinan 2008



Para peserta seminar dan hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.



Alhamdulillah, Saya merafaqkan kesyukuran ke hadhrat Allah swt. kerana dengan inayah, hidayah dan rahmatNya jualah seminar ini dapat dilangsungkan dengan sempurna.



Di kesempatan ini, Saya bagi pihak Pusat Islam Universiti dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Seminar ini ingin melafazkan ucapan terimakasih di atas kesudian pihak Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia untuk merasmikan Seminar Pasca Perkahwinan Kali Ketiga ini.



Kehadiran Ybhg. Profesor Datuk Naib Canselor amatlah bermakna kepada kami dan menyerikan lagi majlis seminar ini serta memberikan inspirasi kepada kami untuk terus maju ke hadapan.



Seminar Pasca Perkahwinan II 2007 ini dirancang dan diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman dan pendedahan kepada para peserta khususnya suami isteri tentang ilmu yang berkaitan dengan peranan suami isteri dan ilmu berumahtangga pasca perkahwinan.



Sebenarnya banyak persoalan kekeluargaan dan isu pasca perkahwinan yang perlu diketengahkan, diberi penjelasan dan dirungkaikan supaya perkahwinan yang telah lama dijalin semakin mantap dan jitu seperti ungkapan masyhur ”semakin hari semakin sayang”.



Pasangan suami isteri perlu menyedari kewajipan menambah ilmu berkaitan keibubapaan, kekeluargaan dan munakahat. Semoga dengan pemahaman tersebut, setiap pasangan suami isteri akan dapat melaksanakan kewajipan agama dan tanggungjawab masing-masing dengan cara yang betul dan sempurna sehingga melahirkan generasi Al-Quran. Begitu juga keutuhan rumahtangga akan terpelihara walaupun berbagai cabaran dan pancaroba yang melanda, apatah lagi di zaman globalisasi dan pasca moden ini. Pada masa yang sama, setiap pekerja di sini akan lebih kukuh dan utuh integriti masing-masing dengan teguhnya kehidupan berkeluarga dan kemantapan rumahtangga.



Melalui seminar ini, adalah diharapkan pasangan suami isteri menyedari peri pentingnya memahami dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan berumahtangga agar mereka dapat melaksanakan tuntutan dan perintah Allah s.w.t. dengan baik dan sempurna di samping melaksanakan tugas, tanggungjawab dan kewajipan sebagai warganegara yang menyumbang kepada negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya rakamkan satu pantun Melayu yang berbunyi seperti berikut:





Pasang bubu di Kuala Sedili

Bubu dipasang bersama pukat

Kalau suami-isteri hidup dua sejoli

Insyaallah hidup membawa berkat



Sayang isteri belai-belaikan

Sayang anak beri perhatian

Suami isteri saling bersefahaman

Insyaallah hidup bahagia berpanjangan



Akhir kalam, jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor yang sudi melapangkan masa untuk merasmikan seminar ini.



Sekian, terima kasih.



Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.









No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak