Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Thursday, January 5, 2012

Dakwah Secara Hikmah Tangani Mat Rempit

DR. AMINI AMIR ABDULAH.

--------------------------------------------------------------------------------



Islam adalah agama sejahtera yang sentiasa menyuruh umatnya berbuat kebaikan dan menghindari kejahatan termasuk segala aktiviti yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri seperti terlibat dalam kegiatan 憁at rempit�.



Ini bertepatan dengan firman Allah: Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dalam bahaya kebinasaan. (al-Baqarah: 195)



Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, MOHD. NOOR AMIN menemu bual Pengarah Pusat Islam Universiti



Putra Malaysia, Dr. Amini Amir Abdullah bagi mengupas persoalan mengenai cara-cara menangani masalah yang semakin meruncing ini.



UTUSAN MALAYSIA: Bagaimanakah cara untuk menangani isu 憁at rempit� ini menurut pandangan Islam?



DR. AMINI AMIR: Isu ini perlu ditangani secara bijaksana kerana golongan yang terlibat kebanyakannya adalah remaja yang emosinya agak agresif dan sukakan keseronokan. Apabila tindakan yang dikenakan mengandungi unsur-unsur kekerasan, ia akan mengundang tindakbalas oleh mereka.



Inilah yang berlaku apabila ada golongan terbabit yang menyerang balai polis dan membaling batu ke arah polis yang menguatkuasakan undang-undang lalu lintas.



Namun demikian, usaha mengekang kegiatan 憁at rempit� perlu digiatkan kerana dilaporkan kerajaan 慿ehilangan� kira-kira RM1.2 juta bagi setiap kematian remaja.



Satu lagi golongan yang boleh membantu selain penguatkuasaan ialah ibu bapa yang mengawal tindak-tanduk anak-anak. Ini bukan sahaja untuk anak-anak yang merantau di ibu kota tetapi juga yang tinggal di kampung.



Malangnya, `mat rempit� ini majoritinya melibatkan remaja Melayu. Sebab itu, peranan ibu bapa penting. Mereka perlu melarang anak-anak jika dilihat suka mengubah suai motosikal yang mempunyai ciri-ciri untuk berlumba dan sebagainya.



Aktiviti ini mungkin berkembang kerana beberapa sebab, antaranya hobi berlumba atau menunggang motosikal secara berbahaya dan juga melibatkan unsur pertaruhan termasuk wang dan wanita.



Isu ini nampaknya kini semakin serius sehingga menjadi isu nasional. Jadi apakah peranan pendakwah Islam dalam hal ini?



Pendakwah perlu turun padang mendekati golongan ini. Hal ini penting kerana remaja terlibat dilaporkan bukan sahaja menunggang motosikal secara berbahaya tetapi turut melibatkan penggunaan dadah termasuk dadah sintetik serta minum arak.



Dadah sintetik ini memberi kesan negatif dalam jangka panjang, begitu juga dengan penggunaan syabu yang dikatakan dapat menghilangkan rasa takut sebelum berlumba.



Arak pula adalah ibu segala kejahatan di mana seseorang yang memilih arak itu boleh melibatkan dirinya dalam pelbagai maksiat yang lain. Ini berlaku dalam zaman para wali di mana seorang lelaki diberi pilihan antara berzina atau minum arak. Dia memilih minum arak tetapi akibat mabuk dia turut berzina. Malah untuk menutup malu, anak yang dilahirkan serta wanita berkenaan juga turut dibunuhnya.



Maknanya, akhlak seorang Muslim yang mampu membezakan perkara yang baik dan buruk itu tidak ada pada mereka.



Kita lihat golongan yang terlibat dalam kes khalwat misalnya diberikan kaunseling. Mungkin golongan 憁at rempit� ini juga perlu diberikan kaunseling untuk menyedarkan mereka supaya tidak terlibat dalam kegiatan negatif itu.



Pendakwah Muslim perlu bersama-sama dengan kumpulan ini dan perlahan-lahan menggunakan 慾arum suntikan� secara halus untuk menarik mereka kembali ke pangkal jalan. Ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. (An-Nahl: 125)



Jika mereka tidak makan nasihat, barulah tindakan mengenakan hukuman yang lebih berat mengikut undang-undang dikenakan. Ini supaya mendidik mereka serta menjadi faktor penggerun (deterrent) yang berkesan seperti kompaun dan juga operasi yang berterusan terutama pada hujung minggu.



Apabila remaja Melayu terlibat maka ia tidak boleh lari daripada menjejaskan imej Islam. Barangkali hal ini tidak disedari oleh kumpulan 憁at rempit� ini?



Memang benar. Apabila majoriti yang terlibat adalah remaja Melayu maka imej umat Islam turut terjejas. Ini menyukarkan usaha memulihkan imej Islam yang sering digambarkan oleh propaganda Barat sebagai pengganas.



Kumpulan `mat rempit� ini harus disedarkan yang perbuatan mereka itu bukan sahaja salah dari segi undang-undang tetapi juga agama. Segala aktiviti mereka itu mempunyai konotasi negatif seperti membuang masa, meninggalkan solat, menggalakkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram, terdedah kepada kecelakaan, mengancam nyawa orang lain dan juga mengganggu ketenteraman awam.



Aspek itu semua perlu dielakkan untuk menjadi Muslim yang berjaya sebagaimana ditegaskan oleh Allah: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna. (al-Mukminun: 1-3)





Dalam sepotong hadis, Rasulullah ada menyatakan kalau hendak melihat pemimpin masa depan maka lihatlah remaja masa ini. Apakah kaitan hadis ini dengan kumpulan 憁at rempit�?



Memang benar terdapat hadis yang sedemikian. Remaja hari ini adalah pemimpin masa depan. Oleh itu, jika mereka tidak mempunyai kualiti kepimpinan negara akan berhadapan dengan masalah. Lebih-lebih lagi, ke arah negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.



Kita mahu melihat remaja Islam yang berkualiti yang sentiasa mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.



Sebaliknya, kalau kita lihat kumpulan 憁at rempit� ini keluar menjalankan kegiatan mereka pada waktu senja. Ini menimbulkan persoalan adakah mereka solat Maghrib dan Isyak. Atau mungkin semuanya hanyut termasuk Subuh.



Apabila solat dipermudahkan dan ditinggalkan maka benteng kepada perkara kejahatan itu tidak ada dalam diri individu Muslim. Ini ditegaskan menerusi firman Allah: Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. (al-Ankabut: 45)



Mungkinkah wujud faktor luaran atau dakyah Barat di sebalik kegiatan 憁at rempit� ini?



Kemungkinan wujudnya dakyah ini tidak boleh ditolak begitu sahaja. Barangkali ini adalah sebahagian usaha musuh Islam untuk melalaikan umat Islam terutamanya golongan remaja agar mereka dipisahkan dengan al-Quran dan menerima peringatan Allah. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah: Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. (Al-Baqarah: 120)



Mungkin ada gerakan secara terancang yang secara halus memesongkan pemikiran umat Islam. Kita tidak boleh menolak penglibatan agensi perisikan Amerika Syarikat iaitu CIA misalnya dalam politik di Nicaragua, Venezuela dan beberapa negara Amerika Latin.



Adakah usaha pihak tertentu untuk mendaftar dan mengumpulkan 憁at-mat rempit� ini bagi mengadakan aktiviti berfaedah wajar disokong?



Saya setuju dengan beberapa cadangan oleh pihak tertentu seperti Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang mencadangkan mat rempit ini didaftar agar mudah dijejaki dan mengadakan aktiviti sihat.



Demikian juga dengan usaha Putera UMNO yang mahu mengumpulkan kumpulan ini dan membawa mereka menyertai program bermanfaat termasuklah di masjid. Cuma yang perlu diberi perhatian ialah tentang menjaga adab-adab di rumah Allah dan juga batas pergaulan lelaki dan perempuan.



Dalam masa yang sama, masyarakat umum harus sedar yang fenomena sosial ini sedang cuba ditangani oleh kerajaan dan juga beberapa pertubuhan bukan kerajaan.



Ada yang mengatakan 憁at-mat rempit� ini hanya melibatkan golongan rata-rata berpendidikan menengah. Betulkah dakwaan ini?



Kita tidak boleh membuat dakwaan sedemikian sebelum kajian mengenainya dibuat. Ini perlu untuk mengenalpasti golongan mana yang sebenarnya terlibat. Adakah golongan pelajar menengah, golongan pekerja kilang, penganggur ataupun penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagaimana dakwaan beberapa pihak.



Semua ini penting bukan sahaja untuk melihat kumpulan sasar tetapi juga merangka jalan penyelesaian kepada isu ini. Antaranya barangkali menyediakan litar untuk perlumbaan motor cross atau menggalakkan mereka menyertai Cub Prix.



Apa yang penting remaja kita jangan terpengaruh dengan sekularisme sehingga melupakan tujuan kita dihantar ke muka bumi ini. Firman Allah, Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka untuk beribadat kepada-Ku. (Adz-Zariyat: 56)

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak