BLOG DR. AMINI AMIR ABDULLAH BLOG INI HANYA UNTUK PENCINTA DAN PENGAGUNG ILMU SERTA MEREKA YANG MENYEBARKAN DAN MENGAMALKANNYA. MEMPERKASA KEINTELEKTUALAN DAN KECENDEKIAAN, MENGANGKAT MARTABAT ULAMA, UMARA', ILMUAN DAN CENDEKIAWAN. MEMPERTAHANKAN MARUAH AGAMA, NEGARA, BANGSA, KEILMUAN DAN KEMELAYUAN. KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK
Profil Diri
- Dr. Amini Amir Abdullah
- Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
- Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.
Intro
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.
Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.
KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK
Thursday, January 26, 2012
SHAH ALAM, 13 JAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri Selangor menaikkan kadar sewa pusat perniagaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sekali ganda baru-baru ini sebagai keterlaluan. "Saya dimaklumkan bahawa peniaga di Kompleks PKNS ini menghadapi satu masalah yang berat dan sukar. Masalah itu adalah ekoran tindakan kerajaan negeri menaikkan kadar sewa sebanyak 100 peratus. "Walaupun boleh dikatakan kadar disini masih rendah berbanding kompleks yang lain, tetapi kenaikan 100 peratus adalah keterlaluan," katanya dalam sidang media selepas program ramah mesra bersama peniaga di Kompleks PKNS di sini hari ini. Katanya, sebagai kerajaan negeri yang mendakwa diri mengutamakan kebajikan rakyat, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid tidak wajar menaikkan kadar sewa pusat perniagaan itu. Justeru, beliau menyeru rakyat memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang. http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlapZg
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment