BERMACAM kitab
tafsir al-Quran hasil usaha ulama silam yang diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu kini semakin mudah didapati.
Namun tidak ada satupun buku tafsir yang dikaji dan ditulis sendiri oleh
sarjana Islam Melayu, kecuali Tafsir Al-Azhar oleh Dr. Hamka.
Tidak sebagaimana kitab-kitab tafsir yang dihasilkan oleh ahli tafsir dan ulama Islam silam, buku Membongkar Rahsia Al-Quran ini diusahakan berasaskan pendekatan semasa dalam perkembangan pemikiran dan gaya hidup ummah era kini.
Ringkasnya, buku yang menjadikan surah al-Fatihah sebagai tumpuan kajian dan tafsirannya adalah usaha nekad pakar agama Melayu Muslim tempatan dalam usaha memperkasakan kembali peradaban Islam yang semakin lumpuh terutamanya di kalangan orang Melayu.
Matlamat
Dengan menggariskan lapan matlamat dalam penyelidikan dan penulisan pentafsiran yang dihasilkan dalam buku ini (dicatat dalam pengenalan), visinya cukup jelas iaitu mendorong Melayu di negara ini khususnya dan Nusantara amnya kembali kepada pegangan dan rujukan paling asas dan mutlak iaitu al-Quran.
Mengguna 10 manhaj (kaedah) dalam penulisan tafsir al-Quran, penulis yang terdiri daripada tujuh ahli panel (penulis) kalangan ahli akademik dan agama bagaimanapun menerokai konsep baru dalam membongkar rahsia kitab suci itu apabila mentafsirkannya berasaskan pendekatan semasa.
Selain mengguna bahasa setempat yang mudah difahami dan diterima orang Melayu, penyelidikan dan penulisan tafsir al-Quran kaedah ini membolehkan pembaca lebih maklum dan insaf akan kehebatan ayat-ayat suci al-Quran.
Pembaca juga didedahkan mengenai konsep-konsep barakah, pujian, syukur, pemurah, penyayang, pemerintahan, ibadah, tawakal, doa, hidayah, kebenaran dan kebatilan yang terkandung dalam surah al-Fatihah.
Tafsirannya dibuat dan dihurai satu persatu mengikut urutan dalam kesemua tujuh ayat dalam ibu segala al-Quran itu (al-Fatihah).
Mustahak untuk anda milik senaskah buku ini kerana surah yang ditafsirkan menjadi amalan dalam solat lima waktu harian.
Selebihnya harga RM35 yang anda bayar bagi senaskah kitab tafsir ini akan diwakafkan untuk tabung projek tafsir dalam penyelidikan dan penulisan tafsir serta membongkar rahsia al-Quran untuk jilid-jilid seterusnya.
Ayuh bersama kita mantapkan keilmuan dalam al-Quran bagi memperteguhkan keimanan melalui pembacaan dan hubungilah Al Hadhari Training Consultants di alamat nombor 56, Jalan 3/72 Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor atau melalui talian 013-346 4005 sekarang.
Nama buku: Membongkar Rahsia Al-Quran Jilid 1- Mukadimah Surah Al-Fatihah.
Penerbit: Al Hadhari Training Consultans,Universiti Pertanian Malaysia.
Penulis: Diusahakan oleh tujuh panel penulis (Dr. Sulaiman Ibrahim El-Barruhiy, Dr. Amini Amir Abdullah, Dr. Jamil Hashim, Dr. Shayuthy Abd Manas, Shamsuddin Mner El-Askarey, Lt. Kol. Nawawi Daud dan Kahiri Jalalluddin).
Tebal: 213 muka surat (tidak termasuk kata-kata aluan semua yang terlibat dan pengenalan).
Konsep: Penyelidikan, penulisan dan pentafsiran al-Quran ilmiah berasaskan pendekatan semasa untuk ummah Malaysia dan Nusantara.
Pembiayaan: Tabung Projek Tafsir al-Quran dari hasil wakaf dan amal jariah ummah.
Harga: RM35 (untuk disalur ke Tabung Projek Tafsir al-Quran) dan diedar secara percuma melalui Skim Wakaf.
Diterbitkan: 31 Ogos 2007. Cetakan pertama 2008.
No comments:
Post a Comment