Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Wednesday, September 28, 2016

Jangan buat tuduhan melulu - UTUSAN MALAYSIA 09 Julai 2016 12:50 AM

KUALA LUMPUR 8 Julai – Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) tidak sepatutnya membuat tuduhan tidak berasas ter­hadap pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik tanpa disertai bukti kukuh.
Amini Amir Abdullah
Amini Amir Abdullah
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Amini Amir Abdullah berkata, MCCBCHST seharusnya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan.
Menurut beliau, badan tersebut sepatutnya menyi­asat secara mendalam sebelum membuat kenyataan biadab yang berdasarkan sangkaan dan tohmahan semata-mata.
“Berhati-hatilah dalam mem­buat kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam.
“Jangan sekadar mengikut telunjuk dan berita pihak Barat yang tidak berasas,” tegas Amini Amir dalam kenya­taan di sini semalam.
Portal berita ‘Malay Mail Online’ semalam melaporkan, Timbalan Presiden MCCBCHST, R.S. Mohan Shan mendakwa, Dr. Zakir merupakan seorang tokoh yang menggalak­kan kegiatan ke­ganasan.
Mohan membuat andaian tersebut berdasarkan laporan media asing yang mengaitkan salah seorang anggota kumpulan militan yang terlibat dalam insiden keganasan di Dhaka, Bangladesh baru-baru ini sebagai pengikut Dr. Zakir di media sosial.
Amini Amir menambah, Dr. Zakir ialah seorang pendakwah yang mempunyai reputasi tinggi serta membawa aliran Islam yang sederhana.
“Dr. Zakir sepatutnya diberi peluang untuk membuat penjelasan dan pada masa sama, umat Islam perlu mempertahankan beliau,” tegasnya.
Sehubungan itu, Amini Amir berkata, Perkasa menggesa MCCBCHST menarik balik kenyataan tersebut dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan badan itu dianggap mempunyai agenda tersembunyi termasuk menghalang Dr. Zakir daripada menyampaikan ceramah.

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak