Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Tuesday, February 22, 2011

Kebimbangan Barat Terhadap Islam

Kebimbangan Barat terhadap Islam

Date: 23-03-2001 (Utusan Malaysia)
Author: AMINI AMIR ABDULLAH



WACANA ISLAM

Di Barat, selepas daripada kejatuhan komunisme, ancaman komunisme
dianggap lenyap dan diganti pula dengan ancaman Islam. Selepas kejatuhan
komunisme pada tahun 1989, pihak Barat khususnya Amerika Syarikat telah
melabelkan aktivis-aktivis Islam sebagai subversif yang baru dengan andaian
bahawa sesiapa sahaja yang bergelar aktivis Islam yang memegang tampuk
pemerintahan bagi sesebuah negara akan mengancam secara langsung
kepentingan-kepentingan strategik AS. Profesor Esposito pernah
membayangkan bahawa fenomena kebangkitan Islam boleh secara stereotaip
dilabelkan sebagai pertentangan antara Islam dengan Barat, peperangan Islam
dengan kemodenan atau kebangkitan semangat ekstremis, fanatik atau
keganasan.

Hampir semua industri utama media Barat dikuasai oleh pihak Zionis, atau
sekutu-sekutu mereka, atau mereka yang mempunyai kepentingan hasil
daripada hubungan dengan pihak Zionis, atau mereka yang telah dipengaruhi
oleh pihak Zionis.

Terdapat perancangan Zionis antarabangsa untuk melemahkan umat Islam
dan menghina Islam. Dengan penguasaan pengaruh mereka terhadap media
dan kesarjanaan Barat, pihak Zionis telah menjadikan Islam dan penganutnya
sebagai sasaran dalam usaha untuk menghentam Islam dan penganutnya.
Mereka gemar menggambarkan orang-orang Islam sebagai agama yang
sukakan pertelingkahan dan orang-orang Islam sebagai orang yang
mengagungkan keganasan, huru-hara dan kekacauan. Ini bukanlah tidak
mempunyai sebarang agenda yang tersurat. Bahkan hasrat mereka
sebenarnya adalah untuk mengaburi mata dunia tentang kezaliman mereka
sendiri. Dengan menggambarkan Islam sebagai sesuatu yang jahat dan orang-
orang Islam sebagai yang dibenci, pihak Zionis sebenarnya cuba untuk
memberikan justifikasi kepada pendudukan haram mereka di Palestin dan
tanah-tanah Arab yang lain. Mereka cuba melindungi keganasan dan
kezaliman mereka dengan menyatakan bahawa penduduk Palestin yang
bertindak zalim sedangkan hakikat sebenarnya adalah sebaliknya. Itulah
sebabnya orang-orang Palestin dan Arab yang menentang Israel dan para
sekutunya digambarkan sebagai pengganas dan militan di dalam media-media
utama Barat.

Tidak perlu diperkatakan lagi, kebanyakan aktiviti-aktiviti yang mencetuskan
kekacauan dan mengancam kestabilan di Timur Tengah adalah disebabkan
oleh kerja-kerja jahat badan perisikan rahsia Israel, Mossad. Victor Ostrovsky,
bekas ejen Mossad di dalam bukunya By Way of Deception menceritakan
keterlibatan beliau di dalam aktiviti-aktiviti perisikan beliau dalam usaha pihak
Zionis untuk meletakkan kesalahan ke atas orang-orang Arab dan dunia Islam
mengenai kejadian-kejadian keganasan dan jenayah. Ada juga ejen-ejen
Zionis ini yang menyamar sebagai pelampau Arab atau Muslim yang
melakukan tindakan-tindakan yang berbentuk keganasan. Dalam banyak kes,
pihak CIA dan FBI juga bekerjasama dengan badan-badan perisikan rahsia
Israel.

Semenjak Edward Said menelanjangkan kepura-puraan orientalisme Barat dan
pelaporan berita yang dibuat oleh Barat di dalam bukunya Orientalism (1978)
dan Covering Islam (1981), sikap prejudis Barat terhadap Islam dan Dunia
Muslim tidaklah terhakis. Bahkan sikap ini akan terus menyelubungi pemikiran
Barat selagi mana Islam dianggap sebagai ancaman politik dan ekonomi. Bagi
sesiapa yang yang mengkaji Islamophobia, kempen untuk memburuk-
burukkan Islam bertitik tolak daripada ketakutan yang tidak berasas terhadap
Islam dan ia akan akhirnya mempengaruhi masyarakat awam Barat. Sebagai
kesan jangka masa panjang, akan terjelma suasana kebencian dan kurang
selesa di kalangan masyarakat-masyarakat Barat akan sesuatu yang
berbentuk Islamik. Bahkan sudah wujud tanda-tanda di kalangan politikus
Barat bahawa Islam dan dunia Islam adalah sesuatu yang menakutkan dan
harus dipencilkan.

Perubahan iklim politik dunia di era globalisasi ini akan tetap mempengaruhi
sudut pandangan Barat terhadap Islam. Tidak ada jalan lain bagi umat Islam
selain daripada berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunah dan
mewujudkan kembali keagungan tamadun Islam yang pernah menerajui dunia
suatu masa dahulu. Penguasaan sains dan teknologi amat-amatlah diperlukan
untuk membangun ummah yang tahan uji dan menegakkan kalimah Allah di
atas muka bumi ini.

* DR. AMINI AMIR ABDULLAH
dari Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia (UPM).

                    (Source : Utusan Malaysia)


No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak