Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Tuesday, February 22, 2011

Pengguna Islam Kurang Peka Produk Berkualiti

Pengguna Islam Kurang Peka Produk Berkualiti

Date: 30-07-2005 (Berita Harian)
Produk Berkualiti?
Author: Hassan Omar; Sazarina Shahrim
     Kurangnya kesedaran pengguna Islam di negara ini terhadap produk halal
     dan berkualiti boleh menjejaskan usaha kerajaan menjadikan Malaysia pusat
     makanan halal utama dunia.
       Pengarah Pusat Islam Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Dr Amini Amir
     Abdullah, berkata pengguna Islam harus peka beberapa perkara mengenai
     produk seperti sumber, proses, pembungkusan, penyimpanan dan pengeluaran.
       "Pengguna juga harus mempunyai rasa ingin tahu sebelum membeli produk
     luar negara walaupun ia ada tanda halal.
       "Mereka perlu mendapatkan maklumat pihak berkuasa untuk pengesahan
     kerana banyak syarikat tempatan dan luar negara menyalahguna label halal
     oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya ketika
     membentangkan kertas kerja bertajuk 'Tanggungjawab Pengguna dan Pengeluar
     dalam isu Produk Halal'.
       Amini berkata, pengguna perlu aktif dalam memberi maklum balas kepada
     syarikat pengeluar supaya produk yang dihasilkan halal dan berkualiti.
       "Pengguna Islam juga harus menjalinkan kerjasama dengan persatuan
     pengguna berhubung isu halal.
       "Mereka boleh menyalurkan rasa tidak puas hati mengenai isu ini kepada
     pihak berkuasa seperti Jakim atau jabatan agama lain," katanya.
       Beliau berkata, pengeluar juga harus memastikan produk mengikut
     piawaian antarabangsa bagi menjadikan Malaysia hub halal.
       "Industri Halal Malaysia menjadi satu sumber ekonomi negara. Justeru,
     syarikat pengeluar seharusnya mengambil peluang ini dengan memberi produk
     halal yang berkualiti," katanya.
       Sementara itu, Pengarah Pusat Biotek-IT Selangor, Dr Abdul Latif
     Ibrahim, berkata pengguna di negara ini kurang diberi maklumat mengenai
     peranan sains dan teknologi dalam pengeluaran makanan halal.
       "Umat Islam juga boleh mempengaruhi perdagangan makanan apabila mereka
     mematuhi perundangan Islam mengenai makanan dan minuman," katanya.
                                   (END) Source : Berita Harian

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak