Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Thursday, February 24, 2011

TELADANI ORANG CINA DALAM MEMPERJUANGKAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR.

TELADANI ORANG CINA DALAM MEMPERJUANGKAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR.
Suara Pusat Islam Universiti
26 MAC 2010

Baru-baru ini, pada 26 Februari 2010, NTV7 (jam 12 tengah malam) telah menyiarkan rakaman perdebatan Profesor Tan Sri Khoo Kay Kim dengan YB. Dato’ Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ketua Pemuda MCA. Tajuk perdebatan itu berbunyi “Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC): Produk “Copycat””.
Sambil berhujah mengenai sistem pendidikan yang seharusnya melahirkan manusia yang lebih sempurna, Tan Sri Khoo bersungguh-sungguh mempertahankan bahawa Malaysia perlu mempunyai satu sistem pendidikan satu aliran sahaja (iaini sistem sekolah kebangsaan) yang dapat membentuk perpaduan dan menyatupadukan semua kaum. Dengan ertikata lain, Tan Sri Khoo berpendapat SJKC (termasuklah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil [SJKT]) gagal membentuk integrasi nasional dan mencapai Gagasan 1Malaysia.
Bagi YB. Dato Wee pula, sistem sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) juga boleh menjadi wadah menyatupadukan kaum. Beliau membawa satu hipotesis; jika Malaysia mempunyai sekolah satu aliran, adakah ia dapat menyatupadukan semua kaum? Beliau juga memberikan contoh negara Ireland dan Bosnia-Herzegovina yang dikatakan sebagai “gagal” menyatupadukan kaum walaupun mempunyai sistem persekolahan satu aliran. Hipotesis beliau ini samalah seperti hujah bahawa awan mendung di langit akan membawa kepada berlakunya hujan dan banjir. Awan yang mendung tidak semestinya membawa hujan dan mengakibatkan banjir!
YB. Dato’ Wee juga memperkatakan tentang Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan warganegara Malaysia menggunakan bahasa ibunda masing-masing termasuklah dalam hal pendidikan. Beliau juga membawa hujah mengenai fakta yang terdapat dalam Akta Pendidikan Seksyen 21 (2) (yang telah dipinda pada tahun 1996) yang membenarkan penubuhan sekolah-sekolah vernakular mengikut bahasa ibunda orang-orang Cina dan orang-orang India.
Perkara ini adalah benar! Namun demikian, kerajaan mempunyai kuasa untuk mengwujudkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Melayu) yang juga termasuk mata pelajarannya bahasa Mandarin dan bahasa Tamil berasaskan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152. Apabila diwujudkan sekolah satu aliran kebangsaan sahaja, tidaklah bermakna mata pelajaran kaum-kaum lain tidak boleh diajar di sekolah satu aliran (iaitu aliran kebangsaan). Jika kita ingin membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu, maka kita perlu memikirkan bagaimana memperkasa sekolah satu aliran kebangsaan secara kolektif dan bukannya menumpukan kepada perkara trivial. Mana yang lebih penting, memberikan ubat kepada pesakit yang demam atau memandikankannya? Pesakit yang demam perlu diberikan ubat demam bukannya dimandikan. Jika kita akui bahawa perpaduan kita rapuh berpunca daripada kewujudan pelbagai sistem persekolahan berbagai aliran, maka kita perlu lakukan sesuatu sekarang ini.
Tan Sri Khoo juga memperkatakan mengenai beberapa kegagalan SJKC  seperti berikut:
1.       Produk SJKC yang tidak memahami sejarah dengan betul. Contoh yang diberikan oleh Tan Sri Khoo ialah fakta mengenai sejarah pembukaan Kuala Lumpur (di kalangan pelajar Cina) yang dikatakan dibuka oleh Yap Ah Loi, sedangkan beliau adalah kapitan Cina yang ketiga di Kuala Lumpur.
2.       SJKC tidak melahirkan produk yang berpemikiran kreatif dan tidak membuka minda pelajar (Perkara ini dinyatakan berdasarkan sejarah lampau di mana ramai guru yang diimpot dari negara China yang juga berfahaman komunis) .
3.       Murid-murid lebih diterapkan dengan orientasi peperiksaan untuk mendapat lebih banyak gred A.
4.       SJKC tidak menggalakkan murid menzahirkan pandangan sendiri. Sistem pendidikan Cina (termasuk aliran kebangsaan) terlalu regid dan sempit. Tan Sri Khoo berhujah bahawa di Holland, pembelajaran dan pengajaran dijalankan secara interaktif di kalangan pelajar yang akhirnya membuka minda pelajar.
YB. Dato’ Wee pula memperkatakan beberapa kejayaan produk SJKC, antaranya:
1.       Kejayaan melahirkan beberapa manusia genius dan terkenal di luar negara dalam bidang biologi, software engineering dan sains fizik. Beliau telah menyebut beberapa nama profesor berketurunan Cina yang sedang berkhidmat di luar negara.
2.       Kelahiran produk SJKC yang dikatakan patriotik.

Semasa sesi soal jawab, para peserta majlis tersebut telah menimbulkan beberapa perkara penting berkaitan dengan isu yang didebatkan seperti isu kolej matrikulasi, isu guru yang pelat tetapi diarahkan mengajar bahasa Melayu, isu meritokrasi dan saranan agar SJKC dan SJKT perlu berterimakasih kepada kerajaan.

Majlis tersebut diakhiri dengan rumusan oleh Profesor Khoo yang menimbulkan satu persoalan lain; mana yang lebih baik, sistem persekolahan yang menggalakkan ”bergaul” atau sistem persekolahan yang ”memisahkan” pelajar? Yang Berhormat Dato’ Wee pula merumuskan bahawa SJKC tidak membawa perpecahan.
Sebagai pengamat sosial, saya sudah lama mengikuti susur galur perjuangan orang Cina dalam menambahbaik sistem pendidikan vernakular mereka. Saya akur dengan kegigihan mereka memperjuangkan masa depan sistem pendidikan mereka sendiri. Walaupun kelihatan di peringkat pimpinan atasan politik kelihatan mereka berselisih-faham, hakikatnya mereka mempunyai agenda tersendiri dan sangat utuh di peringkat masyarakat bawahan. Ini yang tidak disedari oleh orang-orang Melayu-Islam. Apapun, orang-orang Melayu Islam perlulah meneladani perjuangan bangsa lain dalam memperkasa kekuatan pendidikan masing-masing. Kita perlu menguasai sistem pendidikan yang bakal melahirkan insan kamil (sempurna) dan genius. Kita perlu kekuatan pendidikan untuk melahirkan insan-insan soleh dan solehah untuk sejahtera di dunia dan sejahtera di Akhirat!    

4 comments:

nuraishah said...
This comment has been removed by the author.
nuraishah said...
This comment has been removed by the author.
nuraishah said...

pada pendapat saya sekolah venakular cina harus dikekalkan.. namun hanya sistem pentadbiran dan pengurusannya shj yang perlu dikaji lagi..

ini adalah kerana pada hari ini terlalu ramai bangsa cina yang tidak mampu untuk menulis dan membaca dalam bahasa ibunda mereka kesan dari bersekolah disekolah kebangsaan. Disekolah kebangsaan bahasa2x bangsa lain tidak diajar hanya bahasa utam aynag diajar.

Kasihani lah bangsa2x lain kita harus memahami nasib mereka sekiranya mereka tidak mampu untuk menulis dan membaca bahasa ibunda mereka.. jika seoarang yang berbangsa cina tidak mampu untuk menulis dan membaca dalam bahasa cina bagaimana mereka hendak mengaku mereka ialah bangsa cina yang mempunyai jati diri dan bagaimana mereka ingin bekerja disyarikat yang dimiliki oleh bangsa cina dan bekerja di negara cina jika tidak boleh membaca dan menulis dalam bahasa itu?..

Tidakkah mereka terasa terasing?
kita harus memikirkan nasib bangsa2x lain dan menegakkan hak mereka untuk belajar bahsa pertuturan mereka sehari2x dan mendalaminya, dgn ini dapat membuktikan bahwa malaysia sebuah negara yang adil dan menjaga hak setiap kaum

March 4, 2011 10:33 AM

Dr. Amini Amir Abdullah said...

Salam Noresah dan semua pembaca yang budiman...

1. Terima kasih Noresah kerana memberikan komen...
2. Sekolah vernakular Cina harus dikekalkan kerana ia adalah kebanggaan orang Cina...Jika ia membawa masalah ia perlu dinilai semula.
3. Sistem pentadbiran dan pengurusannya perlu sentiasa dipantau dan dinilai oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Pelajaran Negeri serta pihak kementerian.
4. Isu terlalu ramai bangsa Cina yang tidak mampu untuk menulis dan membaca dalam bahasa ibunda mereka kesan dari bersekolah di sekolah kebangsaan tidak boleh dibuktikan. Ia hanyalah telahan semata-mata.. Sila berikan bajet kepada saya untuk melakukan kajian lanjut...
4. Di sekolah kebangsaan Melayu bahasa-bahasa bangsa selain bahasa Malaysia sememangnya tidak diajar. Ini adalah benar kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa adalah wahana penyatuan bangsa. Kita hanya perlu satu bahasa iaini bahasa Malaysia untuk menyatupadukan kaum. Bukan bahasa-bahasa yang lain kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun bahasa-bahasa lain bebas digunakan dan dipelajari.
5. Bahasa-bahasa selain bahasa kebangsaan bebas diajar dan dipelajari.
7. Saya tidak fikir seorang yang berbangsa Cina tidak mampu untuk menulis dan membaca dalam bahasa Cina sebab ini adalah sebahagian daripada jati diri mereka. Kalaupun ada, ia hanyalah kerana kelemahan diri sendiri dan bukannya kerana sistem.
8. Saya lebih suka syarat bekerja di syarikat yang dimiliki oleh bangsa Cina ialah syarat menguasai bahasa Malaysia sebagai keutamaan. Walau bagaimanapun, jika calon itu menguasai bahasa Mandarin, ia adalah satu advantage.
9. Setiap bangsa boleh memikirkan nasib bangsa mereka sendiri dan menegakkan hak mereka untuk belajar bahasa pertuturan mereka sehari-hari dan mendalaminya dengan syarat tidak terkeluar daripada landasan Perlembagaan Persekutuan.

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak