Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Tuesday, July 27, 2010

FORMAT RESEARCH PROPOSAL ATAU CADANGAN PENYELIDIKAN


FORMAT RESEARCH PROPOSAL ATAU CADANGAN PENYELIDIKAN
DR. AMINI AMIR ABDULLAH
TARIKH HANTAR: 5 OGOS 2010

Assalamualaikum Fatin, terima kasih kerana bertanya. Berikut adalah jawapannya.




1. TAJUK PENYELIDIKAN :

2. NAMA
NO.MATRIK :
PROGRAM:

3. PENYELIA :

4. Pengenalan dan Latar Belakang Kajian:

5. Pernyataan Masalah

6. Objektif Kajian :

7.  Kepentingan Kajian

8. Limitasi Kajian

9. Metodologi Kajian: sama ada:

i. kajian kepustakaan
ii. pengambilan foto kawasan kajian
iii. menemubual
iv. menggubal soal selidik
v. mendapatkan data primer dan data sekunder yang merangkumi data kuantitatif dan data kualitatif
vi. mengadakan observasi melalui lawatan.
vii. kajian lapangan.

10. Sumber Data Primer

i.  Kajian Lapangan / Pemerhatian :
ii. Borang Soal Selidik :
iii. Kaedah Temubual :

11. Sumber Data Sekunder

i. Kajian Kepustakaan
ii. Mana-mana dokumen, buku jurnal, majalah ilmiah, akhbar dan seumpamanya.
iii. Elakkan menggunakan buku PMR, SPM atau STPM. Ingat status anda sebagai mahasiswa.

12. Rumusan/Penutup

13. Rujukan

CONTOH CADANGAN PENYELIDIKAN


MASALAH KERJA DAN KEPERLUAN LATIHAN DALAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA: SATU KAJIAN MENGENAI KEBERKESANAN FUNGSI DAN MATLAMAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA, BADAN PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (BPR).

1. Pengenalan  dan Latarbelakang Kajian 

Pembangunan Sumber Manusia merupakan aset terpenting kepada sesuatu organisasi dan negara umumnya dan hangat diperbincangkan di dekad ini. Pelbagai langkah penyelesaian telah di ambil baik untuk jangkamasa pendek mahupun jangka panjang seperti pengambilan tenaga-tenaga buruh asing, peningkatan had kerja lebih masa, libatkan tenaga wanita, pertubuhan universiti-universiti oleh kerajaan dan badan korporat seperti TELEKOM, Tenaga Nasional Berhad, Petronas dan pelbagai langkah lagi. Dasar kerajaan adalah untuk menarik dan mengekalkan anggota yang terbaik dan bermotivasi di dalam perkhidmatan awam. Ini penting kerana perkhidmatan awam berfungsi dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar. Cabaran dan perubahan yang memberi implikasi kepada perkhidmatan awam termasuk cabaran globalisasi dan liberalisasi, “convergance” dalam bidang IT, telekomunikasi dan multimedia peralihan kepada “knowledge economy”, tumpuan kepada memperluaskan konsep “governance”, ekspektasi “stakeholder” dan pelanggan yang tinggi dan tekanan berterusan kepada anggota perkhidmatan awam untuk memberi perkhidmatan yang tinggi. Sebagai respon kepada cabaran-cabaran ini, BPR telah mewujudkan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia yang berperanan mengurus perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan sumber manusia terutama keperluan latihan bagi menyokong dan memudahkan pelaksanaan ke arah mencapai visi dan misi BPR secara umumnya. Ini adalah selaras dengan keperluan perkkhidmatan awam yang mengkehendaki anggota yang professional dan kompoten yang berdaya saing, daya tahan dan daya maju, berfikiran strategic dan global serta mampu bertindak dalam apa jua situasi.

Keperluan latihan merupakan satu proses pembelajaran yang disusun untuk merubah sikap, mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran agar prestasi pekerja dapat dipertingkatkan. Pelbagai masalah berlaku dalam BPR berhubung dengan sumber manusia memerlukan penyelesaian di mana fungsi utama latihan adalah untuk cuba mengatasinya. Kebanyakan organisasi merasakan bahawa latihan dapat mengubati segala penyakit dalam organisasi sehingga tidak jelas tentang mengapa sesebuah organisasi melaksanakan sesuatu program latihan dan faedah yang bakal diperolehi dari aktiviti tersebut (Ibrahim Mamat, 1996). Keperluan organisasi terhadap sumber manusia dapat dilihat sebagai untuk mencapai objektif bagi meningkatkan produktiviti, kualiti keuntungan sekaligus kos yang optima. Selain itu, sebagai anjakan paradigma menerusi kepentingan kepada hasil kerja yang berkualiti pekerja, lebih telus dan mampu memanifestasikan misi, objektif dan sasaran oraganisasi.

Signifikan pengurusan sumber manusia kepada organisasi antaranya;

i) Sumber manusia merupakan sumber penting kepada organisasi kerana keupayaan teknologi adalah terhad.

ii) Dapat mengurus dan mengendalikan pekerja dengan lebih berkesan untuk membantu organisasi mencapai kelebihan bersaing.

iii) Memainkan peranan utama mengenalpasti masalah sumber manusia sesebuah firma dan membekalkan penyelesaian kepada firma tersebut.

vi) Mempengaruhi dan meningkatkan komitmen pekerja disamping memotivasikan mereka dan dapat meningkatkan prestasi organisasi melalui peningkatan produktiviti tenaga kerja.

v) Strategi pengurusan sumber manusia menggambarkan strategi organisasi berkenaan pekerja, keuntungan dan keberkesanan secara keseluruhan aktiviti dan juga program pengurusan.

vi) Sumber manusia yang berkesan akan dapat menjamin keberkesanan organisasi dan seterusnya membantu organisasi mencapai kelebihan bersaing.

Sumber manusia perlu diurus dengan baik oleh organisasi bagi membantu organisasi mencapai matlamat/objektif dan misi. Selain untuk menyampaikan dasar pengurusan sumber manusia kepada semua pekerja, pengurusan yang baik akan dapat membantu mengekalkan tanggungjawab sosial dan dasar etika dan sekaligus dapat membekalkan organisasi dengan pekerja yang terlatih dan bermotivasi. Perubahan yang semakin pesat dewasa ini, membuatkan para pengurus lebih menyedari kemestian untuk menghadapi kenyataan bahawa pembangunan yang pesat membawa maksud mereka mesti sentiasa peka terhadap persekitaran di luar organisasi untuk terus wujud. Oleh kerana itu, pengurusan sumber manusia dibuat dengan bertujuan untuk memastikan bahawa manusia yang diambil bekerja oleh sesebuah organisasi digunakan dengan cekap dan berkesan juga berupaya menjadi penyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.

2. Pernyataan Masalah

Dalam memenuhi kewajipan sejagat untuk memastikan pengurusan pencegahan rasuah secara berkekalan, BPR memerlukan kakitangannya yang “flexible” dan “adaptable”, responsive dan proaktif. Dengan peningkatan kes rasuah, kesalahan tatatartib dan salah laku, keperluan lebih ramai pekerja berilmu, iaitu mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran (multiskills) dan berketrampilan untuk memahami dan menyelesaikan sesuatu isu amatlah ketara dan signifikan. Mereka perlu berupaya menggunakan daya pemikiran yang lebih berbanding kekuatan fizikal. Justeru semua ini perlu ditangani melalui halacara baru iaiatu menerusi penerapan konsep “reinventing government” dan pelbagai tindakan melalui pembangunan sumber manusia di kalangan semua lapisan kakitangan.

Gilbreths (1868-1924) berpendapat bahawa setiap pekerja, selain menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, juga akan melatih pekerja-pekerja lain supaya pekerja yang dilatih itu akan dapat menggantikan pekerja lama yang mungkin akan berpindah ke tempat lain atau dinaikkan pangkat suatu ketika nanti.

Organisasi berperanan dalam memberikan latihan kepada pekerja untuk memberi peluang kepada para pekerja membangunkan kemahiran bekerja, pengalaman dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk melaksanakan kerja atau meningkatkan prestasi kerja mereka. Latihan yang biasanya diperlukan untuk pekerja adalah latihan dalaman untuk menambahkan pengetahuan teroritikal, memberikan pendidikan, kemahiran serta keterampilan yang sesuai dengan apa yang diperlukan oleh organisasi.

Tidak dapat dinafikan, terdapat masalah majikan-majikan yang mengambil dan menamatkan perkhidmatan pekerja-pekerja kerana berpunca dari kurangnya mengambil perhatian pada peringkat pengambilan pekerja-pekerja tersebut. Majikan-majikan lebih cenderung mengambil seseorang pekerja yang menawarkan diri untuk bekerja tanpa memeriksa latar belakang dan tidak mengambil perhatian untuk memastikan pekerja itu berkebolehan melakukan sesuatu tugas atau kerja dan bersesuaian dengan budaya organisasi lebih-lebih lagi ketika masalah kekurangan buruh atau pekerja timbul. Setelah menjadi pekerja dan bekerja dengan tidak memuaskan, majikan akan mula merasa kurang selesa samada untuk menamatkan perkhidmatan mereka atau terus bekerja dengan tidak memenuhi kehendak perhidmatan yang sebenarnya. Antara masalah-masalah yang berlaku ialah apabila;

1. Kakitangan mulai mengalami kemerosotan dalam prestasi kerja, produktiviti dan motivasi.

2. Komunikasi yang kurang berkesan terhadap sesama kakitangan.

3. Perubahan sikap yang ketara seperti kurang berpegang teguh dengan peraturan kerja dan mempunyai persepsi yang kurang membina terhadap organisasi.

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji mengenai keberkesanan dan matlamat Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan diharap akan dapat memberi gambaran dan penjelasan masalah dan keperluan yang diiginkan oleh kakitangan BPR.

1. Apakah sebenarnya yang diperlukan oleh kakitangan dari segi latihan untuk mempertingkatkan prestasi kerja mereka?

2. Sejauh mana presepsi kakitangan terhadap latihan yang telah mereka lalui?

3. Apakah kaedah yang bersesuaian, pratikal dan efisyen yang boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi mereka?

4. Apakah keupayaan seseorang pekerja mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran sesuai dengan tugas-tugas jawatannya ?

3. Kepentingan Kajian

Umumnya kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan fungsi dan matlamat Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, BPR selaras dengan kesesuaian teras tugasnya dalam menyediakan latihan dan mengatasi masalah kerja.

Hasil kajian yang akan dijalankan ini diharapkan dapat memberi kesedaran dan idea baru tentang penubuhan pembangunan sumber manusia dalam sesebuah organisasi ke arah memberikan peningkatan kemahiran (enhancement of skill) dan menjuruskan skop kepakaran sebagai pekerja yang berpengetahuan (knowledged wokers) dan berprestasi tinggi bagi mencapai visi dan misi jabatan.

4. Objektif Kajian

Objektif Am

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan fungsi dan matlamat Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, BPR mengenai masalah kerja dan keperluan latihan.

Objektif Khusus

1. Mengenalpasti latar belakang program latihan dan pembangunan kakitangan di BPR.

2. Mengenalpasti masalah-masalah kerja di kalangan kakitangan BPR.

3. Mengenalpasti persepsi kakitangan BPR terhadap program latihan yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia.

4. Mengenalpasti keperluan latihan dan kursus yang diperlukan oleh pekerja selaras dengan matlamat melahirkan pekerja berpengetahuan (k-wokers).

5. Mencadangkan kaedah latihan yang sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi prestasi, motivasi dan komunikasi kakitangan BPR.

Definisi Istilah

Masalah Kerja

Konsepsual : Perkara-perkara yang timbul menggugat prestasi berkaitan tugasan semasa melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja.

Operasional: Masalah-masalah kerja yang berlaku seperti produktiviti yang rendah, motivasi rendah, komunikasi yang kurang berkesan sesama kakitangan dan pegawai atasan.

Keperluan Latihan

Konsepsual: Menentukan kehendak kakitangan BPR dalam latihan atau kursus yang ingin diikuti.

Operasional: Keperluan dalam kajian ini akan ditentukan dengan menggunakan soal selidik yang direka sendiri berdasarkan soalan-soalan yang berkaitan dengan bentuk latihan yang dikehendaki.

5. Limitasi Kajian

Kajian ini hanya terhad kepada kakitangan BPR sahaja. Responden adalah terdiri daripada pegawai kumpulan A, B, C dan D. Hanya pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat BPR sahaja yang dipilih sebagai responden untuk mendapatkan maklumat dan tidak melibatkan pegawai di daerah lain.

Dapatan kajian bergantung kepada keupayaan responden menggunakan persepsi, pemahaman dan pengetahuan mereka tentang perkara yang dikaji dan ketepatan hasil kajian juga bergantung kepada kejujuran responden dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan semasa pentadbiran borang soal selidik.

Kajian juga tidak boleh dilakukan secara menyeluruh disebabkan tempoh masa yang terhad. Tambahan pula, pengkaji perlu menggunakan sumber kewangan sendiri dalam menjalankan kajian ini. Sehubungan dengan itu, kajian hanya dapat dibuat untuk bilangan sampel yang kecil sahaja.

7. Metodologi Kajian: sama ada:

i. kajian kepustakaan
ii. pengambilan foto kawasan kajian
iii. menemubual
iv. menggubal soal selidik
v. mendapatkan data primer dan data sekunder yang merangkumi data kuantitatif dan data kualitatif
vi. mengadakan observasi melalui lawatan.
vii. kajian lapangan.

8. Sumber Data Primer
8.1. Kajian Lapangan / Pemerhatian :
8.2. Borang Soal Selidik :
8.3. Kaedah Temubual :

9. Sumber Data Sekunder
9.1. Kajian Kepustakaan
9.2. Mana-mana dokumen, buku jurnal, majalah ilmiah, akhbar dan seumpamanya.
9.3 Elakkan menggunakan buku PMR, SPM atau STPM. Ingat status anda sebagai mahasiswa.

10. Penutup

11. Rujukan

5 comments:

Tinta Tuah Pengembara said...

asalamualaikum saya nak bertanya ....apakah yang di maksudkan dengan ekologi manusia...adakah ia berkaitan dengan cara hidup manusia atau bagaimana?

sekadar igin menambah ilmu di dada

P/s- kalo ada laman web atau bahan bacaan tambahan untuk di jadikan panduan pun....tidak mengapa

~fatin~ said...

trime ksih dr.

Unknown said...

Assalamualaikum fatin....saya nak bertanya, cth utk buat kajian selidik ni bagaimana ye? Coz saya ada kena wat cth kajian tp konsep n cara saya masih tak tahu...blh membantu ke? Mohon pencerahan

Unknown said...

Format research yang sangat baik untuk digunakan dan sangat membantu.
Terima kasih Dr.
Jika kalian mempunyai kesulitan untuk memulakan kajian selidik atau thesis, kalian boleh click
thesis writing service.
Mungkin ia dapat membantu kalian dengan baik

Sakura Tulip Empire said...

terima kasih Dr. hilang sedikit kebuntuan saya untuk memulakan proposal.

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak