Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Sunday, July 4, 2010

KEKALUTAN DALAM AKSIOLOGI BARAT

Suara Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia
2 Julai 2010
Dr. Amini Amir Abdullah

Aksiologi adalah salah satu cabangan dalam ilmu falsafah. Kalau epistemologi abang, maka aksiologi pula adalah adiknya. Ilmu aksiologi membincangkan sumber-sumber nilai, hirarki nilai, nilai-nilai yang positif, nilai-nilai yang negatif dan pelaksanaan nilai dalam kehidupan. Pemahaman tentang teori dan praktikal nilai akan mencerna apa yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupannya. Dalam sistem kepercayaan manusia, nilai yang baik ialah nilai yang datang daripada Tuhan. Dalam Islam, nilai terbaik ialah nilai yang ditentukan dan dijustifikasikan oleh Allah s.w.t. melalui wahyu dan para Nabinya.

Nilai utama di Barat sekarang ini ialah ”kebebasan beragama” di mana seseorang boleh memilih untuk menganut mana-mana agama atau keluar daripada mana-mana agama yang ia anuti. Kebebasan inilah yang diagung-agungkan sebagai sebahagian daripada cara hidup orang-orang Barat. Beberapa negara Eropah sedang mempergiatkan usaha untuk mengharamkan burqa (kerudung), tuduhan berlakunya beberapa percubaan pengganas Muslim di Amerika Syarikat untuk menimbulkan kekacauan dan yang terkini Switzerland telah melarang pembinaan menara masjid. Dalam hiruk-pikuk perbahasan mengenai isu-isu semasa di Barat ketika ini, perkahwinan gay atau pernikahan sesama sejenis mendominasi persada diskusi dalam khalayak intelektual Barat khususnya di Eropah. Di Amerika Syarikat, perdebatan tentang perkahwinan sesama jenis telah menjadi isu kontroversi di peringkat nasional, bergema dalam Dewan-dewan Kongres dan di White House, dibahaskan dalam puluhan perbincangan Dewan Perundangan dan kamar-kamar mahkamah serta dalam retorik kempen pilihan raya baik pada peringkat kebangsaan maupun pada peringkat negara. Paling menyedihkan ialah keizinan melakukan perkahwinan sejenis iaitu perkahwinan sesama jantina; lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita yang semakin menjadi-jadi. Negara-negara yang telah membenarkan secara sah perkahwinan gay ialah Afrika Selatan, Norway, Sweden, Sepanyol, Belanda, Belgium dan Canada. Namun demikian, ada juga negara yang mengharamkan kegiatan homoseksual. Kita memuji negara-negara yang mengambil langkah segera mengharamkan perkahwinan gay. Sekurang-kurangnya 70 negara secara eksplisit mewujudkan undang-undang mengharamkan aktiviti homoseks. Latvia, Uganda dan Honduras mengharamkan perkahwinan sejenis sejak tahun 2005. Nigeria dan Greece juga ke arah mengharamkan perkahwinan sejenis.

Ketikamana perdebatan menjadi semakin hangat, komuniti berbilang agama di Amerika tetap berbelah bagi mengenai isu perkahwinan sejenis dan kebejatan moral pengamal homoseksual secara umum. Masih berlaku kecacamerbaan pemikiran mereka dalam menilai mana yang ”baik” dan mana yang ”buruk”. Ilmu mengenai nilai, perbahasan tentang nilai dan teori-teori mengenai nilai dipanggil aksiologi. Apakah kita masih tidak boleh membezakan antara yang baik atau yang buruk? Apakah kita masih tidak boleh membezakan mana satu wanita dan mana yang lelaki? Apakah kita masih tidak boleh membezakan di antara naluri kelakian dan naluri kewanitaan? Barangkali perlu disyarahkan semula ilmu aksiologi di universiti-universiti ternama mereka. Manusia yang normal tidak akan mengatakan perkahwinan gay atau perkahwinan sejenis adalah baik. Semua orang akan mengatakan ia adalah perkara yang menyalahi fitrah manusia. Ayampun tahu membezakan mana yang jantan dan mana yang betina. Inikan pula manusia! Kalau semua manusia di dunia bernikah sesama sejenis, nescaya pupuslah umat yang bernama insan daripada muka bumi ini seperti pupusnya dinasour. Saya telah memperkatakan perkara ini sejak tahun 1996 ketika menyampaikan kuliah ”Perkembangan Sains Dalam Tamadun Islam” kepada pelajar-pelajar saya!

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak