Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Monday, July 19, 2010

ARAHAN TUGASAN SKP2204 Hubungan Etnik

Semester Pertama 2010/2011

Dr. Amini Amir Bin Abdullah

ARAHAN TUGASAN KURSUS



1.    Tugasan terbahagi kepada 3:

i. Tugasan ulasan artikel dalam jurnal. (10 markah)

ii. Tugasan penulisan esei berkaitan isu semasa dalam hubungan etnik. (20 markah)

Iii. Tugasan pembentangan dalam bentuk powerpoint salah satu daripada tugasan di atas. (10 markah) Markah berdasarkan pembentangan individu.

2. Tugasan adalah secara berkumpulan berbilang kaum (ke arah integrasi nasional). Ahli kumpulan mestilah tidak melebihi 5 orang.

Arahan Khusus Tugasan Penulisan Esei (Tugasan 1)

1. Pilih apa-apa tajuk berkaitan dengan isu semasa mencakupi aspek hubungan etnik.

2. Dapatkan pengesahan pensyarah terlebih dahulu.

3. Dapatkan 5 rujukan utama untuk tujuan penulisan.

4. Tugasan mestilah ditulis dalam bahasa Melayu; dengan tidak melebihi 15 halaman dan tidak kurang daripada 10 halaman.

TAJUK TUGASAN ESEI HUBUNGAN ETNIK

Polarisasi Kaum di Malaysia? Bagaimana Menyelesaikannya?

Malaysia Sebagai Negara Sukan: Ke arah Integrasi Nasional?

Sejauhmanakah Modul Hubungan Etnik Mewujudkan Keharmonian Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia?

Keunikan Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia Dan Perbandingan Dengan Salah Sebuah Negara Barat.

TAJUK TUGASAN ESEI HUBUNGAN ETNIK

5. Peranan Parti Politik Dalam Merealisasikan Keharmonian Hubungan Kaum di Malaysia.

6. Objektif dan Peranan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Dalam Memupuk Hubungan Kaum. Huraikan dengan terperinci.

7. Dasar Berkaitan Hubungan Etnik Di Malaysia Perlu Dinilai Semula. Bincangkan!

8. Matlamat dan Peranan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dalam Memperkasa Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional. Bincangkan!

Sambungan

9. Hubungan Etnik Dari Perspektif Tamadun Cina dan India.

10. Rusuhan Kaum Boleh Meruntuhkan Sesebuah Negara. Analisakan!

11. Strategi Memperkukuh Hubungan Kaum Di Malaysia: Cadangan dan Pelaksanaan.

12. Malaysia Memerlukan Dasar Keharmonian Kaum Untuk Mencapai Integrasi Nasional. Bincangkan!

13. Islam dan Hubungan Etnik.

14. Misi Nasional dan Pemerkasaan Hubungan Etnik. Bincangkan!

Tajuk Tugasan

15. Wawasan 2020 Dan Elemen Hubungan Etnik. Bincangkan.

16. Program Transformasi Negara (PTN) Dan Pengukuhan Hubungan Etnik. Bincangkan.

17. Pendekatan Islam Hadhari Memperelokkan Hubungan Etnik. Bincangkan.

18. Model Ekonomi Baru (MEB) Mampu Memperkukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia. Bincangkan.

Tajuk Tugasan

19. Gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” Boleh Menjadi Pemangkin Kepada Hubungan Antara Kaum. Bincangkan.

20. Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum. Bincangkan!

Tajuk Tugasan

21. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri YAB. Dato’ Seri Najib Abdul Razak telah memperkenalkan enam bidang keberhasilan utama atau NKRA mencakupi pengurangan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman serta menambahbaik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana. Bagaimanakah NKRA dapat menyumbang kepada hubungan etnik dan keharmonian kaum yang lebih baik?





Arahan Khusus Penulisan Ulasan Artikel Berbahasa Inggeris(Tugasan 2)

1. Pilih mana-mana artikel dalam buku berbahasa Inggeris yang berkaitan hubungan etnik.

2. Artikel dalam buku mestilah berbahasa Inggeris; akan tetapi diulas ke dalam bahasa Malaysia dengan tidak kurang daripada 5 halaman.

3. Terjemahkan dahulu artikel tersebut sebelum diulas.

4. Sebelum diulas, setiap artikel dalam buku mestilah mendapat kelulusan saya terlebih dahulu.



Rangka kandungan ringkas (content outline) (Tugasan 1 sahaja) seperti berikut:

Prakata

Penghargaan

Kandungan dan halaman

1. Pendahuluan

2. Definisi

3. Permasalahan dan Persoalan Kajian

Sambungan

3a. Sorotan Literatur dan kajian terdahulu    

4. Kaedah Penyelidikan

5. Cadangan/Saranan

6. Kesimpulan

7. Bibliografi

* Mesti disertakan footnote bagi setiap petikan, fakta atau maklumat.



FORMAT KEDUA-DUA TUGASAN

FONT 11, TAHOMA, ARIAL ATAUPUN TIMES ROMAN,



1 1/2 SPACING, ONE-SIDED SAHAJA BUKANNYA DOUBLE SIDED...

BAHAGIAN PERMULAAN MESTI MEMPUNYAI PRAKATA: SETIAP PENULIS MESTI SUMBANG SATU PRAKATA SEKURANG-KURANGNYA 500 PERKATAAN. PRAKATA INI MENCERITAKAN PENGALAMAN MELAKUKAN ASSIGNMENT, FAEDAH DAN ILMU YANG DIPEROLEHI, KERJASAMA BERKUMPULAN, KESUKARAN DAN KEPAYAHAN, CABARAN DAN RINTANGAN, BIDANG TUGAS SETIAP AHLI KUMPULAN, RESPONS KELUARGA DAN RAKAN.

Tarikh Akhir Penghantaran Tugasan

Tarikh akhir penghantaran tugasan ialah pada minggu ke sembilan iaitu pada 10 Mac 2010. Kedua tugasan mestilah dihantar serentak.



Persembahan dalam perisian Powerpoint dan Tarikh Pembentangan

Pilih sama ada tugasan 1 ataupun tugasan 2 untuk tujuan pembentangan.

Sediakan slide yang mengandungi tidak kurang daripada 10 slide untuk dibentangkan.

Masa bagi pembentangan ialah 15 minit sahaja.

Markah terbaik akan diberikan kepada pembentangan terbaik.

Pembentangan akan bermula pada 20 September 2010.



PEMBAHAGIAN MARKAH

Kerja Kursus mencakupi 40% daripada keseluruhan markah penilaian kursus. Setiap tugasan dan pembentangan akan dinilai berdasarkan item dan pecahan peratusan berikut:

       Isi                               60%        Gaya & Bahasa         30%        Rujukan                     10%              

Bonus 10% diberikan untuk maklumat/laporan lawatan institusi, industri, wawancara dan soal selidik.



LEWAT!!!



Penghantaran lewat: Markah akan ditolak pada kadar 2 markah sehari kelewatan.

1 comment:

~fatin~ said...

salam dr. bile proposal perlu dihntar?

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak