Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Wednesday, July 14, 2010

ARAHAN TUGASAN SKP2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Semester 1, 2010/2011, 15 Julai 2011.

SKP2203 TAMADUN ISLAM dan TAMADUN ASIA (TITAS)
Semester Pertama 2010/2011
Dr. Amini Amir Bin Abdullah

 
ARAHAN TUGASAN KURSUS

 
1.    Tugasan terbahagi kepada 3:

 
i. Tugasan ulasan artikel dalam jurnal. (10 markah)

 
ii. Tugasan penulisan esei berkaitan isu semasa dalam tamadun Islam ataupun tamadun Asia. (10 markah)

 
Iii. Tugasan pembentangan dalam bentuk powerpoint salah satu daripada tugasan di atas. (10 markah)

 
2. Tugasan adalah secara berkumpulan berbilang kaum (ke arah integrasi nasional). Ahli kumpulan mestilah tidak melebihi 5 orang. Kecuali markah pembentangan, markah komponen lain berdasarkan kumpulan.

 
Arahan Khusus Tugasan Penulisan Esei (Tugasan 1)

 
1. Pilih apa-apa tajuk berkaitan dengan isu semasa mencakupi aspek ketamadunan Islam atau Asia.

 
2. Dapatkan pengesahan pensyarah terlebih dahulu.

 
3. Dapatkan 5 rujukan utama untuk tujuan penulisan.

 
4. Tugasan mestilah ditulis dalam bahasa Melayu; dengan tidak melebihi 20 halaman dan tidak kurang daripada 15 halaman.

 
Arahan Khusus Penulisan Ulasan Artikel Dalam Jurnal (Tugasan 2)

 
1. Pilih mana-mana artikel dalam jurnal berbahasa Inggeris.

 
2. Artikel dalam jurnal mestilah berbahasa Inggeris; akan tetapi diulas ke dalam bahasa Malaysia dengan tidak kurang daripada 5 halaman.

 
3. Terjemahkan dahulu artikel tersebut sebelum diulas.

 
4. Sebelum diulas, setiap artikel dalam jurnal mestilah mendapat kelulusan saya terlebih dahulu.

 
Rangka kandungan ringkas (contents outline) (Tugasan 1 sahaja) seperti berikut:

 
Prakata

 
Penghargaan

 
Kandungan dan halaman

 
1. Pendahuluan

 
2. Definisi

 
3. Permasalahan dan Persoalan Kajian

 
3a. Sorotan Literatur dan kajian terdahulu    

 
4. Kaedah Penyelidikan

 
5. Penghuraian teori, falsafah dan konsep-konsep penting

 
6. Cadangan/Saranan

 
7. Kesimpulan

 
8. Bibliografi

 
* Mesti disertakan footnote bagi setiap petikan, fakta atau maklumat.

 
Contoh Melakukan Prakata dan Penghargaan

 
Sila layari: www://aminiamir.blogspot.com

 
FORMAT KEDUA-DUA TUGASAN

 
  1. FONT 11, TAHOMA, ARIAL ATAUPUN TIMES ROMAN,
  2. 1 1/2 SPACING, ONE-SIDED SAHAJA BUKANNYA DOUBLE SIDED...
  3. BAHAGIAN PERMULAAN MESTI MEMPUNYAI PRAKATA: SETIAP PENULIS MESTI SUMBANG SATU PRAKATA SEKURANG-KURANGNYA 500 PERKATAAN. PRAKATA INI MENCERITAKAN PENGALAMAN MELAKUKAN ASSIGNMENT, FAEDAH DAN ILMU YANG DIPEROLEHI, KERJASAMA BERKUMPULAN, KESUKARAN DAN KEPAYAHAN, CABARAN DAN RINTANGAN, BIDANG TUGAS SETIAP AHLI KUMPULAN, RESPONS KELUARGA DAN RAKAN.

 Persembahan dalam perisian Powerpoint

 
  1. Pilih sama ada tugasan 1 ataupun tugasan 2 untuk tujuan pembentangan.
  2. Sediakan slide yang mengandungi tidak kurang daripada 10 slide untuk dibentangkan.
  3. Masa bagi pembentangan ialah 15 minit sahaja.
  4. Markah terbaik akan diberikan kepada pembentangan terbaik.
  5. Markah pembentangan berdasarkan individu.
  6. Ketua kumpulan akan mengagihkan pembentangan mengikut individu dalam kumpulannya.
  7. Pembentangan akan bermula pada 15 September 2010.

 Tarikh Akhir Penghantaran Tugasan

 
Tarikh akhir penghantaran tugasan ialah pada minggu kelapan iaitu pada 8 September 2010. Kedua tugasan mestilah dihantar serentak.

 

  
PEMBAHAGIAN MARKAH

 
Tugasan esei dan tugasan ulasan jurnal akan dinilai berdasarkan peratusan berikut:

 
       Isi      60%        Gaya & Bahasa         30%        Rujukan          10%              

 
Bonus 10% diberikan untuk maklumat/laporan lawatan institusi, industri, wawancara dan soal selidik.

 

 LEWAT!!! 

 
Penghantaran lewat: Markah akan ditolak pada kadar 5% sehari kelewatan.

 

 TAJUK-TAJUK TUGASAN

 
  1. Tamadun Islam di China: Sejarah, Institusi Sosial Serta Sains dan Teknologi
  2. Impak Negatif dan Positif Pengaruh Tamadun Barat Terhadap Tamadun Islam, Cina dan India Dalam Aspek Sosial.
  3. Tamadun Islam di India: Sejarah, Institusi Sosial Serta Sains dan Teknologi
  4. Penerapan Nilai-nilai Positif Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia. Ke Arah Pembinaan Tamadun Malaysia
  5. Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pendekatan Islam Hadhari Yang Menyumbang Kepada Pembangunan dan Kemajuan Negara.
  6. Impak dan Sumbangan Tamadun Cina Kepada Tamadun Dunia Dari Segi Ekonomi, Industri dan Perdagangan.
  7. Ciri-ciri Utama Tamadun Melayu, Seni Bina, Seni Landskap, Perubatan dan Teknologi. Bincangkan.
  8. Penekanan Pendekatan Islam Hadhari Dalam Konteks Kemajuan Sains dan Teknologi.
  9. Pengaruh Budaya Barat di Kalangan Masyarakat Islam dan Bukan Islam Serta Kesan-kesannya Terhadap Ekonomi, Pendidikan dan Sosial di Malaysia.
  10. Bagaimana sistem ekonomi Islam dapat bersaing dengan sistem ekonomi konvensional di Malaysia.
  11. Malaysia sebagai hub produk halal.
  12. Malaysia sebagai hub kewangan Islam.
  13. Dialog Antara Tamadun: Apa, Bila dan Bagaimana?
  14. Pembangunan Islam di Malaysia: 1957-2010
  15. KESAN-KESAN SERANGAN PERISTIWA 11 SEPTEMBER 2001 DI AS KE ATAS HUBUNGAN MUSLIM-NON-MUSLIM SECARA GLOBAL DAN IMPAK MASA HADAPAN.
  16. ANCAMAN GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM: SATU KAJIAN GLOBAL.
  17. MATAWANG DINAR SEBAGAI MEDIUM PERDAGANGAN NEGARA-NEGARA ISLAM: RASIONALITI DAN PRAKTIKALITI
  18. ISTILAH ALLAH BUKAN HAK MILIK EKSKLUSIF AGAMA ISLAM. BINCANGKAN.
  19. ISLAM DAN SAINS PERSEKITARAN. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF UNTUK MASA HADAPAN.
  20. ISLAM MEMENTINGKAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN. BINCANGKAN.
  21. PEMAKANAN YANG BAIK, BERKUALITI LAGI HALAL PENTING UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT. BINCANGKAN.
  22. Gagasan 1Malaysia dan Perspektif Islam.
  23. Bagaimana Mengatasi Masalah Sosial?
  24. Masalah Integriti di Malaysia. Bincangkan.
  25. Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Pembangunan Tamadun. Bincangkan.
  26. MEB, PTN dan NKRA Dari Perspektif Tamadun. Bincangkan.
  27. Business Ethics Index (BEI) dan Impak Kepada Peradaban. Bincangkan!

10 comments:

Cakey san said...

Dr Amini Amir,may i know the number of tajuk tugasan which have been choosen?

jingkit-jingkit said...

dr.amini boleh x dr kemukakan jawapan untuk soalan tugasan pada nombor 7 untuk saya buat rujukan...
p/s tolong emailkan pada saya
palie_blontok@yahoo.com

Unknown said...

assalamualaikum dr Amini, sy ingin meminta jasa baik dr utk mengemukakan japan utk soalan tugasan nombor 20 untuk rujukan.... tolong email kn kpd sy
fiendfyre91@yahoo.com

TaQie said...

Asslkm, dr amini boleh kemukakan jawapan soalan tugasan nombor tujuh bg membuat rujukan untuk assignment saya.. terima kasih.. email saya Adexx_94@yahoo.com

Unknown said...

selamat sejahtera dr Amini, sy ingin meminta jasa baik dr utk mengemukakan japan utk soalan tugasan nombor 7 untuk rujukan.... tolong email kn kpd sy
sebestina_ann@yahoo.com

Unknown said...

Assalamualaikum dr Amini, sy ingin meminta jasa baik drpd dr. utk mengemukakan jawapan untuk tajuk (7.Ciri-ciri Utama Tamadun Melayu, Seni Bina, Seni Landskap, Perubatan dan Teknologi) untuk rujukan saya..tolong email kn kpd sy fadzilmurad91@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum dr Amini, saya ingin meminta jasa baik daripada dr. untuk mengemukakan jawapan untuk tajuk (7.Ciri-ciri Utama Tamadun Melayu, Seni Bina, Seni Landskap, Perubatan dan Teknologi) untuk rujukan. tolong email kan kepada saya di saifulsyafiq2805@gmail.com

Unknown said...

Selamat Sejahtera Dr Amini, saya ingin meminta jasa baik daripada dr. untuk mengemukakan jawapan untuk tajuk (7.Ciri-ciri Utama Tamadun Melayu, Seni Bina, Seni Landskap, Perubatan dan Teknologi) untuk rujukan.

Tolong emailkan kepada saya di huicin0410@gmail.com

Terima Kasih.

MyfreeLife said...

Salam sejahtera dr Amini, saya ingin meminta jasa baik daripada Dr untuk mengemukakan jawapan bagi tajuk tugasan no 7.

email grimmjaw91@gmail.com

ucapan terima kasih didahulukan .
sekian

Nur Syuhadda said...

Assalamualaikum Dr. Saya ingin meminta jasa baik Dr untuk berkongsi jawapan bagi tajuk tugasan no 7 (ciri-ciri utama tamadun melayu, seni bina, seni landskap, perubatan dan teknologi) untuk tujuan rujukan. Email: nursyuhaddarosli@gmail.com

Tunjuk ajar daripada Dr amatlah saya hargai.

Terima Kasih

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak