Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Friday, January 8, 2010

Contoh Menulis Penghargaan


PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Tamadun Asia dan Tamadun Islam ( TITAS ) ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.
Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “Impak negatif dan positif pengaruh Barat terhadap tamadun Islam, Cina dan India”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Dr. Amini Amir Abdullah kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

Contoh Prakata Mahasiswa Dalam Tugasan TITAS


Siti Fathonah bt Abd Halim (152520)
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, Tuhan Pencipta sekalian alam. Allah yang Maha Pemurah yang mengurniakan nikmat iman, kesihatan, ilmu, kasih sayang, kesenangan hidup serta segala nikmatNya di dunia yang bersifat sementara ini. Bersyukur ke atasMya kerana dengan segala limpahan rahmat dan izinNya, kita sebagai hamba yang lemah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Seterusnya, memberi peluang kepada kami bagi merealisasikan penulisan ini dengan jayanya.
Sejak daripada awal pengenalan subjek yang diberi nama ringkasan ‘TITAS’ ataupun ‘Tamadun Islam dan Tamadun Asia’ tidak berapa menarik minat golongan mahasiswa dan mahasiswi di setiap universiti amnya di Universiti Putra Malaysia ini sendiri. Kebanyakan pelajar beranggapan bahawa subjek TITAS merupakan sekadar memenuhi jam kredit serta pembantu menambahkan pointer pada peperiksaan semester akhir. Salah seorang daripada mereka ialah diri saya sendiri yang berpendapat subjek ini hanya menambahkan beban selain subjek teras yang perlu diberikan lebih tumpuan pada semester ini. Lebih-lebih lagi, saya telah menanamkan rasa kurang minat terhadap subjek yang menjurus kepada fakta dan sejarah dunia.
Namun, persepsi-persepsi negatif itu mula berubah apabila saya telah menghadiri kuliah pertama di mana tenaga pengajarnya ialah Dr. Amini Amir bin Abdullah yang juga merupakan Pengarah Pusat Islam di UPM. Subjek TITAS merupakan salah satu subjek yang wajib diambil oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi sebelum bergraduat. Pada awal pertemuan di dalam kuliah, kami telah diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugasan. Setiap kumpulan telah diberikan tajuk tugasan yang sedia ada melalui undian. Oleh itu, kami agak bertuah kerana mendapat tajuk ‘Impak positif dan negatif kedatangan Tamadun Barat terhadap Tamadun Islam, Cina dan India dari aspek sosial’. Tajuk ini sangat menarik walaupun agak sukar untuk mendapatkan maklumat. Melalui kajian-kajian yang telah dilakukan sedikit sebanyak telah membuka mata saya serta rakan-rakan seperjuangan mengenai kepayahan membina sesebuah tamadun sebelum menjadi cemerlang dengan rintangan yang terpaksa dihadapi sama ada positif ataupun negatif kesan daripada kedatangan Tamadun Barat.
Terbinanya sesebuah tamadun maka wujudlah peradaban ataupum pembinaan kota serta impak sains dan teknologi yang menyumbang ke arah kemajuan. Melalui tamadun juga wujud pelbagai epistemolog dan ilmuwan dalam bidang perubatan, sains dan matematik, serta pelbagai lagi sama ada daripada tamadun Islam, Cina dan India. Saya sangat bersyukur kerana menjadi salah seorang pelajar yang diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk mempelajari subjek TITAS ini serta memberi peluang agar saya menghargai perjuangan para ilmuwan dan cendekiawan dalam mempertahankan tamadun masing-masing daripada ancaman luar. Oleh itu, timbul kesedaran dalam diri agar tidak mudah alpa dan leka dengan nikmat dunia.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Amini Amir Abdullah selaku pensyarah subjek ‘Tamadun Islam dan Tamadun Asia’ yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang proses menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Malaha beliau banyak memberikan buah fikiran yang bernas kepada kami serta sanggup meluangkan masa beliau bersama kami walaupun sibuk. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas segala jasa-jasa beliau. Tidak lupa kepada kedua-dua ibubapa yang tidak pernah putus mendoakan anakmu ini agar selamat dan dikurniakan kesihatan yang baik. Sumbangan modal yang dihulurkan tidak akan saya sia-siakan dengan berbelanja ke arah yang tidak bermanfaat.
Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak mengorbankan masa dan mengerah dalam usaha melengkapkan penulisan ini. Setiap manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan, namun InsyaAllah dengan izinNya akan menunjukkan jalan taubat agar hamba-hambaNya bertaqwa. Asam garam dalam kehidupan juga sudah menjadi lumrah kehidupan dalqam menghadapi pelbagai ragam manusia.
“Wahai Tuhanku, limpahkanlah taufiq dan hidayahMu ke atas kedua ibubapaku, pensyarah-pensyarah, serta rakan-rakan seperjuanganku”.Amin Ya Robulalamin.



_________,
SITI FATHONAH BT ABD HALIM
152520

Khairani Bte Mohd Rawi (154657)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalammualaikum w.t.b dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya bersama rakan-rakan yang lain dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Kami telah diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan bagi melengkapkan tugasan ini. Setiap perkara, masalah dan dugaan yang kita sedang hadapi mempunyai hikmah di sebaliknya di samping Allah menguji kemampuan kita.
SKP2203 dikenali sebagai ‘Tamadun Islam dan Tamadun Asia’ (TITAS) di mana ia merupakan salah satu kursus yang perlu diambil oleh setiap pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk bergraduat. Permarkahan bagi kursus ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu ujian satu, ujian dua, peperiksaan akhir dan tugasan. Tugasan ini tidak boleh dibuat dengan sambil lewa kerana ia merupakan penyumbang markah yang paling banyak dalam kursus ini. Tajuk tugasan yang saya dan rakan-rakan saya perlu disiapkan ialah “Impak Positif dan Impak Negatif Pengaruh Tamadun Barat Terhadap Tamadun Melayu, Cina dan India dari Aspek Sosial”. Tajuk tugasan ini telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu Dr Amini Amir Abdullah pada kelas pertama beliau. Kami telah diberitahu bahawa tugasan kami perlu dihantar pada 2 September 2009 berserta dengan ulasan jurnal.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya yang saya hormati, Dr. Amini Amir Abdullah kerana beliau telah memberi banyak tunjuk ajar kepada saya dan ahli kumpulan saya bagi menyiapkan tugasan ini. Satu perkara yang tidak boleh saya lupakan adalah ketika tugasan jurnal yang pertama kami terima telah hilang. Saya dan rakan-rakan saya menjadi tidak tentu arah seperti cacing kepanasan. Oleh itu, kami sama-sama mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Dr. Amini semula bagi mendapatkan tugasan jurnal yang baru. Selama di bawah bimbingan Dr. Amini, beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dari segi akademik mahupun rohani kami. Dengan bimbingan Dr Amini kami dapat melengkapkan dengan sebaik mungkin.


Bila memandang ke muka laut,
Nampaklah sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.
Tanpa rakan-rakan sekumpulan saya, tugasan ini sukar untuk disempurnakan. Ahli kumpulan kami terdiri daripada kaum Melayu dan kaum Cina. Masing-masing memberi kerjasama yang sanga memuaskan. Kami bersama-sama membuat perbincangan dan mengagihkan tugas dengan adil bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Melalui tugas ini, saya dapat mempelajari langkah-langkah untuk melengkapkan tugasan di peringkat universiti di mana lebih dari 50% tugasan di universiti memerlukan kerja berkumpulan.
Sebelum mengakhiri penulisan ini, tidak lupa juga ingin saya ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan dari belakang. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak lain yang banyak membantu saya menyempurnakan tugasan ini.
Wasalam….




Khairani Bte Mohd Rawi
154657

Contoh Prakata Mahasiswa Dalam Tugasan TITAS


Dyana Erlyn Erleena binti Mohyeden (151959)

Dengan lafaz bismillahirahmannirahim…Assalamualaikum w.r.t dan salam 1 Malaysia saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya penulisan ini dapat direalisasikan dan akhirnya kumpulan kami dapat menyiapkan tugasan kursus yang diamanahkan oleh pensyarah kami, Dr.Amini Amir bin Abdullah agar memberi penilaian ke atas kami dalam subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).
Sebelum berbicara dengan lebih lanjut lagi, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada ayahanda dan juga bonda di atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi kapada saya selama ini bagi meneruskan projek ini, sekali gus menyempurnakan tugasan yang amat bermanfaat ini. Selain itu, jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah subjek SKP 2203 iaitu Dr.Mohd Amini Amir bin Abdullah kerana telah memberikan tugasan menarik lagi mencabar kepada kumpulan kami iaitu “Impak Negatif dan Positif pengaruh Tamadun Barat terhadap Tamadun Islam, Cina dan India dalam aspek sosial”.Selain daripada menyempurnakan tugasan yang diberi, saya juga dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan memantapkan ilmu yang berkaitan dengan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Tidak dilupakan, rakan-rakan seperjuangan kerana telah bekerjasama serta bertukar-tukar pendapat serta idea dengan ahlli kumpulan yang lain. Tanpa bantuan dan dorongan dari kalian yang turut menjadi tulang belakang kepada saya dalam memberi sokongan dan motivasi kepada saya agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh pasti tugasan ini tidak dapat disempurnakan dalam waktu yang ditetapkan.
Setiap tugasan pasti ada cabaran dan dugaan yang menanti.Begitu juga dengan tugasan ini,sepanjang saya menyiapkan projek ini,terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuhi misalnya pada peringkat awal, dalam usaha mencari dan mengkaji maklumat tentang tamadun india dan cina, saya menghadapi sedikit kesukaran bagi mendapatkan maklumat yang bertepatan dengan tajuk yang diberikan.Namun, dengan adanya kerjasama antara ahli kumpulan yang lain yang turut membantu dalam pencarian maklumat bagi tajuk kami dan keizinan daripada Ilahi, masalah ini dapat diatasi.Selain itu, saya juga menghadapi cabaran yang agak getir apabila beberapa isi-isi penting yang disimpan didalam pendrive telah hilang kerana disebabkan virus. Akan tetapi,nasib menyebelahi saya apabila salah seorang dari kumpulan saya telah menyimpan maklumat tersebut. Kesukaran juga timbul apabila computer riba yang saya gunakan tidak dapat membaca maklumat yang telah kami kumpul kerana saya menggunakan microsoft office 2003 .Bagi mengatasi masalah ini,kami mencari alternatif lain iaitu dengan menggunakan computer riba ahli kumpulan kami yang lain yang menggunakan Microsoft office 2008.
Sebagai konklusi, pelbagai pengalaman dan input menarik yang dapat saya kutip daripada pelaksanaan projek ini seperti semangat kerjasama dalam satu pasukan ,emnyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan, tolong menolong antara satu sama lain serta menghargai dan menyanjung tinggi tamaduan islam dan asia yang kian dilupakan terutamanya bagi golongan muda yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan negara pada masa akan datang.Akhir kata,saya serta ahli kumpulan yang lain amat berharap agar projek ini dapat diteruskan serta memberi seribu satu pengalaman dan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat khususnya golongan muda yang kian melupakan sejarah yang amat penting dalam membina sebuah nagara bangsa yang dihormati dan disaegani oleh seantero dunia. Sekian terima kasih.










Foong Sook Hwa (154378)
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat sejahtera kepada pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) yang amat saya sanjungi, Dr Amini Amir Abdullah, rakan-rakan seperjuangan yang telah bersama-sama menyiapkan projek ini, dan pembaca-pembaca sekalian. Setinggi-tinggi terima kasih ingin saya ucapkan kepada Dr Amini Amir Abdullah dan juga ahli-ahli kumpulan saya yang telah banyak member tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya mengusahakan projek ini. Tanpa mereka, tidak akan wujudlah satu hasil projek yang sempurna.
Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk terlibat dalam projek kali ini yang bertajuk “Impak Negatif dan Positif Pengaruh Tamadun Barat terhadap Tamadun Islam, Tamadun Cina dan Tamadun India dalam Aspek Sosial”. Semasa melakukan projek ini, saya mendapat pelbagai pengalaman yang berharga yang dapat saya praktikkan sepanjang pembelajaran saya di universiti. Dengan itu, saya dapat mempelajari kaedah-kaedah untuk mencari maklumat dari pelbagai saluran seperti internet, jurnal, surat khabar dan sebagainya serta cara-cara untuk menulis jurnal. Diharap sebarang kekurangan dalam jurnal ini dapat dimaafkan dan saya berjanji akan memperbaiki kelemahan saya pada setiap masa dan cuba untuk melakukan yang terbaik untuk menghasilkan jurnal yang bermutu.
Semasa melakukan projek ini, saya telah belajar untuk menggunakan masa saya dengan efektif untuk menyempurnakan tugasan yang diagihkan kepada saya. Saya telah mengetahui lebih banyak mengenai tamadun-tamadun yang dikaji seperti Tamadun Cina, Tamadun Islam, Tamadun India dan juga Tamadun Barat. Dengan itu, saya dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah-kisah silam tamadun ini. Masyarakat tamadun-tamadun inilah yang telah banyak menyumbang kepada kemodenan, kemakmuran dan kesenangan hidup masyarakat kini. Oleh itu, adalah sangat penting bagi generasi muda sekarang untuk mempelajari tentang tamadun-tamadun awal di seluruh dunia dan seterusnya sedar bahawa setiap orang sememangnya berpeluang untuk menyumbang kepada masyarakatnya jika mereka mempunyai tekad yang berterusan.
Pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) ini telah banyak mendedahkan belia sekarang mengenai sejarah dan juga sumbangan tamadun-tamadun awal yang pernah wujud di dunia ini. Misalnya, kita dapat tahu cara kedatangan Islam dan betapa besarnya pengaruh Islam di serata dunia. Selain itu, setiap tamadun mempunyai sejarah agungnya yang tersendiri seperti dalam aspek keilmuan, pembinaan, pengangkutan dan perdagangan. Interaksi antara tamadun juga mendorong kepada masyarakat yang berbilang kaum dan hidup bersama-sama walaupun dari latar belakang dan agama yang berbeza. Ini menunjukkan masyarakat silam ini sememangnya bertamadun dan beradab kerana dapat hidup harmoni bersama serta bekerjasama untuk mengembangkan tamadun masing-masing yang sekali gus membawa tamadun ke puncak kegemilangan.
Masyarakat sekarang tidak harus menekan kepada pembangunan fizikal semata-mata, malahan harus bertungkus lumus ke arah pembangunan insaniah dan spiritual. Dengan ketiadaan masyarakat yang berakhlak tinggi serta berpandangan jauh, sesuatu negara tidak akan maju dengan pesat. Sebagai contohnya, masyarakat Jepun yang pernah dibom pada xxxx dapat membangun semula dengan cepat sekali. Kini, mereka amat disegani oleh negara-negara lain kerana kemajuan sains dan teknologi yang dicapai oleh mereka. Masyarakat Jepun sangat tekun dan sanggup berkorban pada bila-bila masa sahaja untuk menyiapkan kerja yang diberi. Oleh itu, kita mestilah mencontohi sikap-sikap positif yang ada pada masyarakat Jepun.
Semasa mengendalikan projek ini, saya sedar bahawa kerjasama antara ahli kumpulan adalah sangat penting dan semangat kerjasama inilah yang akan menentukan sama ada projek ini dapat disiapkan dengan sempurna ataupun tidak. Berkat usaha gigih dan semangat ketekunan yang ada pada setiap ahli kumpulan, kami telah memainkan peranan masing-masing dalam melakukan projek ini. Kami bukan sahaja berkongsi maklumat yang telah dicari, malahan menilai kelemahan setiap ahli kumpulan lalu memperbaikinya untuk memperolehi output yang terbaik.
Terdapat ungkapan yang menyatakan bahawa “usaha adalah tangga kejayaan”. Oleh itu, walaupun sesuatu tugas itu adalah sangat susah, kita juga mestilah cuba sedaya upaya untuk meyiapkannya. Dengan usaha yang gigih dan tanpa berputus asa, barulah kita boleh berjaya dalam hidup kita.
Diharap projek ini dapat memberi ilmu dan hikmah kepada pembacanya yang meneliti isi kandungannya. Sekian, terima kasih.

______________
Foong Sook Hwa
154378

Contoh Prakata Mahasiswa Dalam Tugasan TITAS


MELISSA BINTI SULAIMAN (152912)
Assalamualaikum w.b.t. Segala puji bagi Allah S.W.T Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W, para keluarga dan sahabat baginda serta mereka yang mengikuti sunnahnya hingga ke hari akhirat. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, akhirnya tugasan yang telah diberikan kepada kami sekumpulan telah siap.
Pada awalnya, Tamadun Islam dan Tamadun Asia ataupun lebih dikenali sebagai TITAS merupakan subjek yang amat membebankan bagi pelajar kerana lebih menumpukan sepenuh perhatian terhadap major subjek. Mungkin terdapat segelintir pelajar universiti terutamanya pelajar Universiti Putra Malaysia(UPM) merasakan bahawa subjek ini hanya sekadar sebagai pelengkap kepada jam kredit dan membantu meningkatkan pointer mereka pada akhir peperiksaan semester. Tetapi, persepsi pelajar termasuk saya mula berubah apabila mula mengikuti kuliah yang diajar oleh Dr Amini Amir bin Abdullah di mana pada waktu itu semua pelajar diwajibkan membuat tugasan berkumpulan selaras dengan tajuk yang berkaitan dengan subjek TITAS. Kumpulan kami yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India telah pun dibentuk sepertimana yang dikehendaki oleh pensyarah kami. Pada mulanya, memang kebanyakan pelajar tidak seberapa setuju mengenai pembentukan kumpulan tersebut,tetapi akhirnya kumpulan kami dapat bekerjasama dengan baik setelah menjalankan tugasan itu selama beberapa minggu. Tujuan Dr Amini berbuat demikian adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama kami sekumpulan dan sekaligus memupuk perpaduan nasinal antara pelbagai kaum.
Tajuk untuk tugasan yang telah diberikan pada kami ialah ‘Impak Negatif dan Impak Positif Pengaruh Tamadun Barat Terhadap Tamadun Islam, Cina, dan India dalam Aspek Sosial’. Tajuk ini sangat menarik perhatian saya untuk menerokai lebih dalam tentangnya. Namun tetap saya akui bukan mudah untuk menyiapkan tugasan ini lebih-lebih lagi kumpulan yang berbilang kaum dan agama. Apa yang penting dalam kumpulan itu dalam mencapai sebulat suara ialah kesefahaman antara satu sama lain. Secara tidak langsung juga kami telah menuju merealisasikan konsep ‘1 Malaysia’ yang didasari oleh Perdana Menteri Malaysia kita iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Impak negatif dan positif ini juga sebenarnya dapat dilihat pada era kita. Pengaruh tamadun Barat banyak membawa perubahan ke Negara Malaysia terutama dari aspek sosial. Zaman Kolonialisme merupakan zaman pengaruh Barat kuat memainkan peranannya dalam membentuk kerajaan mengikuti dasar-dasar mereka sendiri. Salah satu dasar yang mereka bawa ialah dasar ‘Pecah dan Perintah’.
Sebagaimana kita tahu, pengaruh tamadun Barat banyak mempengaruhi setiap tamadun seperti tamadun Melayu, Cina dan India dari pelbagai aspek, sama ada dari aspek politik, sosial dan ekonomi Negara. Sebagai rakyat Malaysia yang berilmu tinggi serta yang berwawasan, sudah tentulah kita tahu menilai yang mana kaca dan permata, yang mana buruk dan yang mana baik. Yang baik kita ambil untuk panduan dan yang buruk kita jadikan sebagai teladan pada kita agar dapat mencapai tamadun yang lebih berjaya kelak. Dengan adanya tamadun, maka wujudlah peradaban serta impak sains dan teknologi. Melalui tamadun juga, wujud pelbagai epistemologi seperti ilmu perubatan oleh Ibnu Sina, ilmu matematik oleh Al-Khawarizmi dan banyak lagi. Mereka merupakan ilmuan Islam yang sangat terkenal dengan kehebatan dalam menguasai pelbagai ilmu serta merupakan ilmu yang sangat beriman serta bertaqwa kepada Yang Maha Esa, Allah S.W.T.
Dalam kesempatan yang berharga ini, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah TITAS iaitu Dr Amini Amir bin Abdullah kerana tanpa bimbingan dan tunjuk ajarnya kami sekumpulan mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Malah beliau banyak membantu kami dengan menyumbangkan idea-idea yang bernas kepada kami. Tidak lupa juga kepada kedua orang tua saya yang banyak memberi sokongan dalam apa jua yang saya lakukan selama ini. Tanpa berkat dan doa daripada mereka, tidak mungkin saya dapat membawa diri ini ke menara gading.
Buat rakan-rakan sekumpulan, terima kasih juga diucapkan atas kerjasama yang diberikan semasa menyiapkan tugasan ini. Walaupun ada ketika ahli-ahli kumpulan begitu sibuk dengan kuliah masing-masing, tetapi sempat meluangkan masa untuk tugasan ini. Kami sekumpulan telah diberikan tugas masing-masing. Saya telah mengkaji tentang impak negatif pengaruh tamadun Barat terhadap tamadun China. Dengan komitmen setiap ahli kumpulan, akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan secepatnya..Alhamdulillah..sekian


( Melissa Sulaiman )
152912

Contoh Prakata Mahasiswa Dalam Tugasan TITAS


PRAKATA
Lee Siok Teng (154393)

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) saya yang saya hormati,Dr Amini Amir bin Abdullah,dan rakan-rakan seperjuangan saya.
Pertama sekali,saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh setiap ahli dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini walaupun masing-masing sibuk dengan kelas kuliah dan tugasan-tugasan yang lain.Tanpa bantuan kalian semua,tugasan ini mesti tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan,bak kata pepatah bulat air kerana pembentung,bulat masyarakat kerana muafakat.Sementara itu,saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah saya,Dr. Amini Amir bin Abdullah yang sanggup meluangkan masa beliau dalam membantu menyiapkan tugasan ini serta berkongsi ilmunya dengan kami.Sifat sabar dan tegas beliau menyebabkan kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Selain itu,saya juga ingin menujukan penghargaan khas kepada ahli keluarga saya yang sentiasa member sokongan yang sepenuhnya kepada saya.
Melalui tugasan ini,saya dapat menghayati erti sebenar pepatah yang menyatakan hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Saya menyatakan demikian kerana pada mulanya apabila saya menerima tugasan ini,saya berasa saya tidak akan mampu menyiapkan tugasan ini sebab kebatasan ilmu yang ada pada diri saya .Namum,saya percaya dengan kecekalan dan kegigihan saya masalah ini pasti akan dapat saya atasi.Oleh itu,saya pun berusaha untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan sabanyak mungkin dari pelbagai sumber sama ada dari internet ataupun perpustakaan.Ketandusan idea dalam menyiapkan tugasan ini menyebabkan saya berasa agak tertekan tetapi dengan sokongan dari pelbagai pihak secara tidak langsung telah memberi motivasi kepada saya untuk meneruskan tugasan ini.
Pada pendapat saya,tugasan sebegini banyak member manfaat kepada saya,sementara menambahkan pengetahuan saya dalam subjek ini,ia juga mempertingkatkan kemahiran-kemahiran insaniah yang patut ada dalam diri saya.Bagi saya,tugasan ini menetapkan ahli-ahli kumpulan mesti terdiri daripada pelbagai kaum sebenarnya amat berkesan kerana ini membolehkan kami dapat berinteraksi dan bekerjasama antara kaum.Kalau tidak,apabila kumpulan hanya terdiri daripada satu jenis kaum,kami mestilah tidak akan dapat memahami kaum lain dengan lebih mendalam.
Topik tugasan kumpulan kami ini ialah “Impak Negatif dan Positif Pengaruh Tamadun Barat terhadap Tamadun Islam,Cina dan India dalam Aspek Sosial”.Sebelum menjalankan tugasan ini,saya adalah tidak begitu faham kaitan antara tamadun-tamadun ini.Dalam pemikiran saya,tamadun-tamadun ini adalah tamadun yang berbeza dan tidak mempunyai interaksi di antara tamadun ini.Tetapi,selepas menjalankan tugasan ini,barulah saya mengetahui tamadun barat mempunyai hubungan yang rapat dengan tamadun Islam,Cina dan India.Tamadun barat telah member impak yang besar terhadap tamadun-tamadun tersebut sama ada dari segi positif ataupun negatif.Dan seterusnya impak ini telah mempengaruhi perkembangan tamadun Islam,Cina dan India.
Tambahan pula,sepanjang masa saya menjalankan tugasan ini,banyak pengalaman yang telah saya dapat dan tidak akan saya lupakan.Melalui tugasan ini,saya dapat berfikir dengan lebih jauh dan dapat mengambil iktibar dari tugasan ini.Saya dapat memahami dengan lebih jelas bahawa tamadun Barat telah menyumbang besar dalam perkembangan dan pembangunan tamadun Islam,Cina serta India.
Sebelum mengakhiri prakata saya,saya ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan dan tunjuk ajar semua pihak yang terlibat dalam menjalankan tugasan ini sehingga tugasan ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.Akhirnya,saya berharap tugasan yang telah kami siapkan ini dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang impak pengaruh tamadun barat kapada tamadun Islam,Cina dan India dalam aspek sosial.Sekian,terima kasih.

_______________
Lee Siok Teng
154393

Thursday, January 7, 2010

Campurtangan Kerajaan Dalam Krisis Ekonomi


Campur tangan Kerajaan Dalam Krisis Ekonomi[1]
Dr. Amini Amir Abdullah
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Pemerintah berhak menetapkan harga barang-barang dan menghalang kenaikan harga yang melampau. Kita perlu memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada krisis ekonomi global. Impak krisis ekonomi global pada penghujung tahun 2008 melibatkan penyingkiran pekerja-pekerja dari tempat kerja. Kerajaan berjaya menanganinya dengan baik. Alhamdulillah kenaikan harga minyak ditangani dengan baik oleh kerajaan walaupun ramai yang tidak berterima kasih dengan 7 kali penurunan harga minyak ke paras minima. Penumpuan mesti diberikan kepada pelaburan tabungan bernilai tinggi dan tabungan ekuiti berjangka masa panjang. Penjanaan pendapatan daripada eksport dan pelancongan boleh memberikan impak positif kepada ekonomi negara. Perbelanjaan berhemah dalam semua sektor dan di kalangan rakyat akan dapat membantu kerajaan memperkukuhkan ekonomi negara. Pelaburan segera ke atas projek-projek berpotensi membawa pulangan yang tinggi akan membantu membawa pulangan yang tinggi. Kawalan terhadap inflasi mestilah selalu dipantau. Krisis ekonomi yang berpusatkan Amerika Syarikat diharap tidak menjejaskan perancangan-perancangan pembangunan yang memberi manfaat besar kepada rakyat dan kemakmuran negara. Tahun 2009 memerlukan kita melipatgandakan usaha-usaha penggalakan pelaburan yang lebih ekstensif dan berkesan di kalangan negara-negara maju sebab perdagangan dunia dijangka naik tidak melebihi hanya enam peratus. Isu-isu berkaitan perdagangan dan pelaburan perlu dinilai semula untuk lebih memberikan impak yang tinggi kepada ekonomi negara. Kita juga mesti memastikan bahawa pendekatan per kapita dan gross domestic product (GDP) sentiasa meningkat. Kerajaan juga telah melakukan banyak usaha menstimulasikan ekonomi negara.

Syariah Islamiah mengharuskan konsep campur tangan pihak pemerintah dalam kegiatan-kegiatan ekonomi, sama ada bentuk pengurusan, penyusunan, agihan dan perancangan. Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah campur tangan kerajaan dalam ekonomi negara untuk melindungi rakyat dan menjamin kestabilan dan keadilan sosial. Pihak kerajaan yang diberi kepercayaan oleh rakyat bertanggungjawab memantapkan ekonomi negara dan rakyat pula memberi kerjasama. Kita mengalu-alukan pengumuman “Kabinet Rakyat” yang diumumkan oleh YAB. Tun Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ke 6 baru-baru ini. Kita percaya prinsip keadilan sosial merupakan antara agenda kerajaan untuk merealisasikan konsep “Satu Malaysia”. Kita percaya kepada kebijaksanaan kerajaan untuk meletakkan asas yang dinamik dalam menyelesaikan masalah-masalah sosio ekonomi, mengatur strategi menghadapi krisis ekonomi global dan melaksanakan urusan ekonomi yang cemerlang dalam sesebuah masyarakat. Kecemerlangan sistem ekonomi memerlukan sistem penyusunan kegiatan ekonomi yang berteraskan semangat keadilan dan kesaksamaan. Semangat ini memberi ruang kepada semua individu untuk berfungsi secara positif dan optimis. Pengendalian ekonomi dan mekanisme kegiatan ekonomi mestilah merealisasikan prinsip keadilan ekonomi Islam yang berfalsafahkan tauhid dan bukannya material ataupun manusiawi. Semua jentera kerajaan seperti EPU, MAMPU dan institusi berkaitan ekonomi diharap bergerak pantas menyelesaikan semua masalah yang timbul.

Kita perlu sentiasa bersyukur kepada Allah agar Allah akan menambahkan rezeki dan keberkatan kepada kita semua. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambahkan kepada kamu dan jika kamu mengingkari nikmatKu, maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”(Surah Ibrahim: ayat 7) Apa yang pasti, ialah janganlah pula kita abaikan firman Allah yang lain yang menandaskan bahawa Allah akan melimpahkan rezeki dan keberkatan sekiranya kita beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-A’raf ayat 96: “Jikalau sekiranya penduduk-penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pasti kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami itu, maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”

Kita perlu mengambil pengajaran dan kisah teladan yang diceritakan oleh Allah dalam Surah Yusuf (43-50). Raja Mesir telah melihat dalam mimpinya tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Ketua-ketua kaum diminta menerangkan tentang mimpi raja itu tetapi mereka tidak mengetahuinya. Nabi Yusuf a.s mengetahui tentang tafsiran mimpi itu dengan izin Allah seraya berkata: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

Pengajaran daripada kisah ini ialah keperluan berjimat cermat dan berhemah bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan bersedia sepenuhnya menghadapi keadaan gawat dan yang tidak dijangkakan. Kekuatan asas ekonomi dan pertanian negara kita adalah hasil daya kepemimpinan yang baik dan sokongan rakyat jelata. Bersatulah menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga. Berjimat cermat adalah etika dan amalan ekonomi yang penting bagi pengguna dan kerajaan menghadapi cabaran masa hadapan.


Kesimpulan

Penghayatan akhlak dalam sistem ekonomi berorientasi Islam amatlah penting dan mestilah disertakan dengan sikap ‘Adl (keadilan) dan Al-Ihsan serta kebajikan sosial dan rakyat. Apa yang penting ialah sistem ekonomi Islam itu dilihat sebagai ibadah dan wahana kemajuan negara. Apa yang kita lakukan dalam aktiviti ekonomi akan dibalas oleh Allah s.w.t.. Justeru, pastikan semua aktiviti ekonomi kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t..

[1]Isu ini telah diulas penulis dalam Amini Amir Bin Abdullah, “Menghadapi Krisis Ekonomi Global”, Suara Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia, 6 Februari 2009.

Etika dan Krisis Ekonomi Global


Krisis Ekonomi Global: Signifikan Etika[1]

Kerajaan telah menambah sejumlah RM60 billion untuk merangsang ekonomi negara bagi menghadapi krisis kewangan global. Perkara ini amat-amatlah kita alu-alukan. Ramai orang berhujah bahawa krisis kewangan global berpunca daripada kelemahan sistem ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis yang mementingkan material semata-mata boleh membawa padah kepada umat manusia. Negara-negara di dunia terlalu bergantung kepada sistem ini hinggakan sebarang malapetaka cepat merebak dan terkesan kerana kesalingbergantungan yang telah terbina dalam sistem itu sendiri.
Profesor Joseph Stiglitz sendiri telah menyatakan bahawa sebarang respons kepada penyelesaian masalah dan krisis kewangan global mestilah berdasarkan keadilan sosial dan solidariti yang melangkaui sempadan nasional. Beliau juga menegaskan keperluan untuk meneliti semula peranan pasaran kewangan ekonomi yang sebenarnya merupakan satu wasilah untuk pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran untuk semua masyarakat dunia termasuklah masyarakat awam dan orang-orang miskin. Di sinilah juga terletaknya prinsip etika dalam ekonomi Islam yang telah diletakkan asasnya oleh Islam sejak 1430 tahun yang lalu![2]
Islam tidak sahaja memberi kebebasan dalam bidang-bidang ekonomi tetapi ia juga memberi perlindungan terhadap apa yang telah diperolehi. Nilai-nilai akhlak dan sifat-sifat terpuji menjadi asas pengisian prinsip kebebasan. Segala amalan ekonomi yang bertentangan syariah Islamiah dianggap menyalahgunakan pengertian kebebasan. Oleh itu, amalan ekonomi tidak boleh menyalahi peraturan syariah Islam. Cara dan kaedah memperolehi harta dan aktiviti dalam sistem ekonomi haruslah dengan jalan halal (bukan dengan melakukan amalan riba, perlanggaran integriti, penipuan, penindasan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, eksploitasi dan cara-cara lain yang bertentangan dengan Islam).

Sama ada syarikat swasta ataupun persendirian, maka hendaklah dikeluarkan zakat atau cukainya untuk sumbangan ke jalan Allah s.w.t. (seperti sedekah, pembinaan sekolah dan sebagainya). Begitu juga dalam agihan milik swasta hendaklah dielakkan hal-hal yang boleh mengakibatkan perluasan jurang pendapatan dan membahayakan orang lain atau alam sekitar. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Nisa’ ayat 29: yang bermaksud: ”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi, dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.”

Krisis ekonomi global adalah satu ujian bagi umat Islam daripada Allah s.w.t.. Umat Islam harus berusaha demi untuk kesejahteraan hidup keduniaan agar tidak ketinggalan dalam era mengejar kemajuan di dunia. Adakah kita pasrah kepada takdir ataupun berusaha untuk keluar daripada krisis ekonomi global ini? Dalam al-Quran dijelaskan, yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman” sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). Demi sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabut: ayat 2-3)
[1] Perbahasan ini telah diperjelaskan sejak bulan April 2009. Lihat Amini Amir Abdullah, “Krisis Ekonomi Global: Apa Peranan Kita?”, Suara Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia, 17 April 2009.
[2] Lihat Amini Amir Bin Abdullah, “Ekonomi Islam” dalam A. F. Morad dan A. T. Talib (eds.), Tamadun Islam, Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia, pp. 64-86.

Etika dan Moral Dalam Ekonomi Islam


Etika dan Moral Dalam Ekonomi


Allah sebagai “penguasa” (RABB), yang mencipta dan memiliki semuanya Allah dan yang menentukan segala sesuatu adalah Allah. Allah mengerti yang terbaik untuk manusia. Allah yang telah memperuntukkan undang-undang untuk mengawal dan menjaga keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan manusia. Konsep “pelaburan” jangka panjang dalam sistem ekonomi Islam menekankan imbuhan atau ganjaran terbaik hasil pembabitan dalam aktiviti ekonomi Islam. Ia adalah untuk manfaat manusia dan alam di dunia dan yang lebih penting ialah balasan kebaikan di akhirat kelak. Harta yang diperoleh adalah hak milik mutlak Allah s.w.t.. Ia adalah ujian dan amanah Allah s.w.t.. Harta dan kaedah memperolehnya akan dipersoalkan di Akhirat nanti.

Etika dan Moral Dalam Ekonomi Menurut Islam
Ilmu adalah teras dalam etika ekonomi Islam yang menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan umat manusia dan juga beramal dengan ilmu itu. Daripada ilmulah, berkembang dan mantapnya segala aktiviti yang berkaitan perekonomian.
Setiap aktiviti membuat keuntungan memerlukan akhlak. Tanggungjawab sosial korporat perlu dilihat dengan lebih luas walaupun korporat lebih berorientasikan keuntungan. Tidak diketahui berapa ramai ahli perniagaan mengambil kira persoalan etika dalam aktiviti mereka. Maka kajian terperinci perlu dilakukan. Para pedagang juga diharapkan agar mengamalkan etika terhadap alam sekitar dan persekitaran yang kondusif.
Penghayatan nilai etika dan akhlak dalam segala aspek kehidupan ekonomi amatlah penting . Sikap ‘Adl (keadilan) dan Al-Ihsan perlu menjadi amalan secara istiqamah. Aktiviti ekonomi perlu dijalankan seolah-olah para peniaga melihat Allah, sekiranya para pedagang tidak dapat melihat Allah, Allah sentiasa melihat mereka.” Persoalan hukum perlu diberikan perhatian serius dalam ekonomi. Dalam etika ekonomi dan muamalah Islam serta fiqh Islam kaedah asal tentang sesuatu perkara adalah harus.
Contoh persoalan hukum dalam ekonomi adalah seperti berikut: Jualan najis haiwan adalah makruh. Bayaran hutang (orang bukan Islam) daripada jualan benda haram seperti arak adalah makruh. Menjual senjata kepada pemberontak adalah haram. Hutang tidak boleh diambil daripada pendapatan yang haram seperti mencuri, rasuah, riba dan sebagainya. Haram mengambil upah memerah anggur untuk dibuat arak. Haram menyorok barang-barang keperluan untuk mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Haram menggunakan dan mempercayai azimat, tangkal, pelaris boleh memajukan perniagaan.
Usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam ekonomi runcit dan borong perlu diteruskan dengan agenda untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna. Kerajaan pula mempunyai tanggung jawab mengawal harga dan melihat kebajikan rakyat yang juga merupakan pengguna.
Manusia sebagai khalifah Allah mempunyai peranan untuk mengurus, mengendali, memelihara, memakmurkan dan mengambil manfaat daripada alam untuk tujuan ibadah kepada Allah. Aktiviti berekonomi dalam Islam adalah untuk menjalin hubungan baik dan silaturrahim dan bukannya perseteruan. Janganlah menjadi seperti Milton Friedman yang menyatakan tanggungjawab sosial peniaga atau pedagang ialah untuk memaksimakan keuntungan. Dalam etika ekonomi Islam, keuntungan mestilah difikirkan bersekali dengan persoalan etika. Bukannya terpisah-pisah daripada realiti kehidupan sehingga matlamat menghalalkan cara. Peniaga pula tidak boleh hanya memikirkan dan mementingkan soal keuntungan. Peniaga perlu wujud secara sah dan jujur dalam perniagaan dalam apa jua keadaan. Janganlah menjadi seperti lanun cetak rompak. Sebarang aktiviti ke arah pemerolehan dan pemilikan harta adalah dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.. Sebarang aktiviti yang menyanggah perintah Allah adalah tidak sah dari segi syarak.
Peniaga perlu menjauhi daripada mengenakan bayaran keterlaluan, menipu atau berbohong mengenai kualiti barangan. Sekatan dan hukuman keras perlu dikenakan kepada peniaga yang tidak amanah agar ia tidak menjadi barah dalam sistem ekonomi kita. Dunia pula adalah tempat untuk menguji manusia, siapakah yang terbaik amalannya. Justeru manusia perlu jujur, amanah dan bertanggungjawab. Segala aktiviti ekonomi haruslah selari dengan Islam kerana ia dipersoalkan di Akhirat. Beraktiviti ekonomi dengan cara tidak melanggar perintah Allah atau ibadah-ibadah fardu adalah sebahagian daripada ajaran Islam.
Peniaga perlu mengamalkan konsep amanah dan ihsan sentiasa. Kerajaan boleh campur tangan dalam sistem ekonomi untuk mewujudkan keseimbangan antara melindungi pengguna dan membenarkan peniaga membuat keuntungan. Standard moral dalam masyarakat adalah sama dengan standard moral dalam ekonomi.
Konsep pembersihan (tathir) iaitu pembersihan “daki” dan kekotoran harta dan sumber pencarian dengan cara mengeluarkan zakat adalah di antara perkara penting dalam etika ekonomi Islam. Konsep penyucian jiwa dan pengikisan sifat buruk dan keji (mazmumah) manusia (tazkiyyah) iaitu dengan mengeluarkan zakat, bersedekah dan berwakaf adalah contoh paling signifikan betapa jiwa manusia perlukan pengisian penyucian dan pembersihan sentiasa.
Peniaga juga mestilah ikhlas dalam beraktiviti ekonomi. Amalan-amalan negatif perlu dihindari daripada merosakkan agama dan bangsa sendiri. D.Y.T.M Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah, Raja Muda Perak telah bertitah: “Elemen amalan-amalan negatif turut diberikan perhatian oleh Kongres. Kongres menyuarakan bahawa terdapat Bumiputera yang membenarkan diri dipergunakan oleh bukan Bumiputera; ada yang menjual ekuiti di bawah Dasar Penswastaan kepada bukan Bumiputera, bahawa berlakunya kebocoran dalam pemberian kontrak dan pentingnya untuk Bumiputera mengikis sikap dari sekadar mengharapkan ‘handout’ atau pemberian dengan menggunakan pengaruh politik untuk cepat kaya; bahawa terdapat Bumiputera yang bersifat boros, enggan membayar hutang, tidak tekun dan tidak berdaya tahan.”[1] Membiarkan elemen perniagaan dimanipulasikan oleh pedagang yang tidak beretika adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Ketidakjujuran begitu merugikan kelompok Bumiputera dan melambatkan proses pertumbuhan ekonomi Bumiputera. Lebih malang lagi, peluang ekonomi tertutup menyebabkan Bumiputera gagal bersaing. Akhirnya kita akan gagal menyeimbangkan kedudukan ekonomi Bumiputera dengan bukan Bumiputera.
Aktiviti ekonomi adalah sebagai medium mengabdikan diri kepada Allah, bukannya untuk kepentingan diri sendiri yang tidak ketentuan. Semua aktiviti ekonomi mestilah selari dengan tuntutan Allah dan tidak melanggar larangan Allah. Penggunaan sumber-sumber mestilah secara bijaksana, secekap mungkin, tidak membazir dan memikirkan implikasi jangka pendek dan jangka panjang.
[1] Titah D.Y.T.M Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah, Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga, 15 Januari 2009, Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur, 3.00 petang.

Etika Perniagaan Dalam Tamadun Barat dan Cina


Kepentingan Etika Dalam Perniagaan: Pendekatan Barat[1] dan Tamadun Cina

Dr. Amini Amir Abdullah

Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Di Barat, sekolah pengurusan sudah mula mengajar kursus-kursus seperti etika perniagaan. Syarikat-syarikat korporat telah menerapkan program tanggungjawab korporat. Etika adalah satu keperluan sekarang dan bukannya berdiri sebagai satu ilmu semata-mata. Pendekatan perniagaan dalam konteks etika bagi sesebuah entiti perniagaan bergantung pada kepemimpinan organisasi. Teras nilai etika murni dalam perniagaan bermula pada peringkat awalan perniagaan termasuklah interaksi dan hubungan entiti perniagaan dengan pihak lain. Menurut Webley pemimpin mestilah menjadi contoh teladan kepada orang bawahan. Mereka mestilah mengamalkan semua etika yang telah ditentukan. Jika pemimpin korup, maka orang bawahan akan terikut-ikut perlakuan negatif itu.
Webley telah mencadangkan agar ditulis kod etika perniagaan seperti prinsip-prinsip perniagaan dan pernyataan tentang bagaimana melakukan perniagaan yang beretika untuk amalan organisasi. Para pekerja mestilah diberikan kaedah atau cara untuk meningkatkan sikap prihatin mereka terhadap tingkah laku entiti perniagaan dan membetulkan sebarang kesalahan. Webley berpendapat etika membina budaya niaga dan perniagaan. Urus tadbir terbaik dan amalan etika juga mampu memperkuatkan organisasi.
Menurut Boye Lafayette De Mente, etika perniagaan orang-orang Cina berasaskan kepada kepentingan pengguna (ideologi kepenggunaan) yang menarik perhatian dan minat pelabur-pelabur ke China. Dengan peningkatan 14 juta penduduk setahun dengan jumlah penduduk melebihi 1.2 billion, China mampu menjadi gergasi ekonomi. Pemikiran etika tamadun Cina dalam perniagaan berakar umbi daripada dinasti-dinasti dalam maharaja China, masyarakat, asal-usul, kelompok intelektual dan ahli falsafah yang membentuk kerangka konseptual dan sumber-sumbernya.[2]

[1] Kebanyakan isi dalam bahagian ini diambil daripada idea Wesley. Untuk penjelasan lanjut lihat Simon Webley (2003), Developing a Code of Business Ethics, Institute of Business Ethics, London.
[2] Untuk penjelasan lanjut lihat Boye Lafayette De Mente (2006), Chinese Etiquette & Ethics in Business, McGraw-Hill, USA.

Nilai Integriti dan Akauntabiliti


Nilai Integriti dan Akauntabiliti[1]
Dr. Amini Amir Bin Abdullah

Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia


Selain daripada akhlak, satu lagi konsep penting dalam Islam ialah amanah atau lebih dikenali sekarang ini sebagai integriti. Integriti berasal daripada kalimah “integer” yang bermaksud kesempurnaan dan keseluruhan. Dari segi istilah, integriti ialah nilai pegangan, maruah, etika baik dalam melaksanakan sesuatu yang sahih dan benar. Ia juga berkait rapat dengan kejujuran, kebolehpercayaan, keadilan, kawalan diri, nilai moral positif, kekuatan aqidah dan spirituil.
Akauntabiliti mempunyai kaitan dengan integriti. Ia adalah satu konsep dalam etika yang mempunyai beberapa maksud. Ia selalunya digunakan sinonim dengan konsep kebertanggungjawaban, tanggungjawab, kebolehpersalahan, lialibiliti, dan terma-terma lain. Ia boleh dikaitkan dengan ekspektasi seperti penyerahan tugas tertentu yang diamanahkan yang mesti ditunaikan. Ia juga berkait rapat dengan tanggungjawab individu atau organisasi dalam pelaksanaan fungsi-fungsi tertentu.
Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 April 2004. Ia bertujuan melahirkan masyarakat berintegriti tinggi, amanah dan beretika. Komitmen Islam kepada urus tadbir terbaik yang adil dan berakauntabiliti adalah bukti kepada contoh-contoh itu. Kita perlu mengambil berat dan komited kepada agenda memantapkan integriti dan memerangi rasuah pada semua peringkat. Kuasa politik boleh digunakan untuk memerangi peluang-peluang rasuah dan penerapan etika dan integriti dalam masyarakat. Penguatkuasaan undang-undang anti korupsi, menutup peluang-peluang rasuah dan membudayakan etika dan integriti dalam masyarakat mestilah dijalankan bersekali dengan etika perniagaan jika kita ingin melihat masyarakat dan negara yang bebas rasuah.
Kerajaan telah menekankan amalan etika yang baik dan integriti. Antaranya: Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran (1983), Pendekatan Islam Hadhari (2002), Rancangan Malaysia Kesembilan RMK9 (2006-2010), Kempen Nilai-nilai Murni dan Budi Bahasa (2008), Pelan Integriti Nasional (PIN) (2008). Penubuhan Institut Integriti Malaysia, Ikrar Aku Janji, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, Wawasan 2020, Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar Kualiti, Piagam Pelanggan Perkhidmatan Awam dan lain-lain lagi
Dalam “Tekad 2008” kerajaan telah mensasarkan usaha-usaha berikut dalam peningkatan integriti kakitangan awam iaitu “mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi, meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan, memantapkan institusi keluarga, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat”.[2]
Rancangan Malaysia ke-9 yang diumumkan oleh kerajaan mempunyai berbagai matlamat dan sasaran. Di antara tumpuan yang diberikan juga ialah kepada pembangunan dan kemantapan modal insan. Kerajaan dijangka akan terus menumpukan perhatian kepada kemajuan modal insan dan keutamaan kepada rakyat dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Modal insan merupakan satu elemen penting dalam sesebuah tamadun dan pembangunan negara. Kekuatan pengetahuan, ekonomi dan kemahiran merupakan salah satu asas penting dalam kecemerlangan negara. Modal insan merupakan penggerak kepada kemajuan masyarakat dan agama.
Akauntabiliti
Ia adalah satu konsep dalam etika yang mempunyai beberapa maksud. Ia selalunya digunakan sinonim dengan konsep kebertanggungjawaban, tanggungjawab, kebolehpersalahan, lialibiliti, dan terma-terma lain. Ia boleh dikaitkan dengan ekspektasi seperti penyerahan tugas tertentu yang diamanahkan yang mesti ditunaikan. Ia juga berkait rapat dengan tanggungjawab individu atau organisasi dalam pelaksanaan fungsi-fungsi tertentu.
Pengukuhan akauntabiliti boleh dilakukan melalui usaha untuk mengawal hawa dan nafsu serakah materialistik dan eksplisit. meminggirkan budaya hedonisme, menyucikan hati agar menjadi bersih daripada sebarang noda dan daki, bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa yang sejati, mempunyai sifat ihsan dan jatidiri, serta memantapkan aqidah Ilahi dan akhlak terpuji, sayangkan negara, tinggi semangat patriotik dan menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara agar lebih cemerlang, gemilang lagi terbilang.
[1] Bahagian ini adalah sebahagian daripada ceramah penulis bertajuk “Integriti dan Akauntabiliti”, Kursus Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Valley Resort, Tanjung Keling, Melaka, 13 Februari 2008, 9.00 – 11.00 malam.

[2] Kerajaan Malaysia, “TEKAD 2008”.

Etika dan Akhlak Dalam Kehidupan


Etika dan Moral Dalam Ekonomi
Dr, Amini Amir Abdullah
Pusat Islam Universiti Putra Malaysia
Dan Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Pengertian Etika, Moral Dan Akhlak
Akhlak secara umum adalah sistem akhlak atau tingkahlaku manusia yang bersumberkan asas wahyu atau syarak.
Moral itu didefinisikan sebagai ”ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban dan lain-lain), sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik atau buruk sesuatu akhlak... berkaitan dengan apa yang betul atau adil”.[1] Moral secara umumnya dapat dikatakan sebagai satu cara atau berbagai-bagai cara untuk melihat dan mempersoalkan berbagai-bagai isu berhubung dengan perbuatan ataupun tingkah laku.[2] Moral itu dikatakan subjektif sifatnya kerana ia berbeza dalam sesuatu budaya ataupun tamadun.
Maksud etika pula ialah sistem tingkah laku manusia yang bersumberkan sesuatu yang berautoriti. Kamus Dewan mendefinisikan etika sebagai 1. Ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral. 2. Prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain).[3]

Moral biasanya disamaertikan dengan etika sepertimana pendapat yang dikemukakan oleh pemikir Barat antaranya Peter Badz dalam bukunya “Ethics And Belief.“ Katanya, ”. . . Moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara kedua-keduanya, sekalipun kita tidak selalu berjaya membezakannya.”

J.L. Mackie juga tidak membezakan antara moral dan etika sepertimana tulisannya di dalam buku “Ethics and Investing Right and Wrong”, iaitu :“. . . Pernyataan moral dan etika akan dapat menerangkan sesuatu itu betul atau salah atau perbuatan yang sejenis dengannya betul atau salah dan ia mampu menyediakan garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan mengenai perbuatan kecenderungan seseorang atau sekurang-kurangnya ia dapat memajukan garis panduan yang dengannya boleh dibuat berbagai pertimbangan moral.”[4]

Ringkasnya moral dan etika rata-ratanya memberikan pengertian yang serupa dan juga mempunyai bidang dan pendekatan kajian yang hampir sama. Sekiranya kedua-dua perkataan ini digabungkan, maka moral dapatlah diertikan sebagai satu disiplin yang akan memberitahu kepada kita apakah sistem moral yang dihayati oleh satu-satu kelompok manusia tertentu, sementara etika pula mengkaji dan menganalisa dan mengkritik sistem moral tersebut.

Pada pendapat penulis, etika adalah sama maknanya dengan akhlak dalam Bahasa Arab. Jadi ‘ethic’ adalah merupakan terjemahan daripada Bahasa Arab yang bermaksud akhlak.

Jika ditinjau daripada sudut pengistilahan, istilah ‘ethic’ dan akhlak adalah sama sahaja. Tetapi konsep, gagasan, idea atau teori yang dikemukakan oleh Barat mengenai etika tidaklah sama dengan konsep akhlak Islam sama ada daripada segi teori atau praktikalnya. Oleh kerana tiada perkataan yang dapat diterjemahkan sebagai akhlak, maka penggunaan kalimah ‘ethic’ digunakan.

Kepentingan Akhlak Dalam Kehidupan Manusia

Akhlak memainkan peranan yang amat penting di dalam kehidupan manusia. Akhlak adalah sumber tindak tanduk manusia yang membawa ke arah kesejahteraan di dunia dan akhirat dan menuju kepada keredaan Allah S.W.T. Untuk mencapai hakikat ini, ilmu akhlak perlu dipelajari dan dipraktikkan. Dengan mempelajari ilmu tersebut, ia membuka mata setiap insan tentang perbezaan yang besar di antara baik dan buruk. Ianya tidak akan memberi faedah jika kita tidak berkemahuan untuk melaksanakan ajaran-ajarannya dan tegahannya.[5]

Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk perbuatan manusia dan apa sahaja daripada manusia itu sendiri, sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya. Tepatlah apa yang dikatakan oleh al-Ghazali dalam bukunya “Ihya’ Ulumuddin” : “Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya (tandanya) pada anggota sehingga tidak ada sesuatu melainkan sesuai dengan sifat itu.” Islam adalah merupakan suatu ajaran yang baik dan benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya, dan untuk mencapai kehidupan yang baik dan sempurna. Islam meletakkan akhlak di tempat yang tinggi sesuai dengan kepentingannya.

Rasulallah s.a.w. sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memperbaiki akhlaknya sedangkan baginda tergolong di kalangan mereka yang terbaik akhlaknya. Di dalam doa baginda, Rasulallah s.a.w. berdoa sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a. yang bermaksud: “Tuhanku!, tunjukkanlah aku kepada akhlak yang paling baik kerana Engkau sajalah yang menunjukkan kepada akhlak yang paling baik. Jauhkanlah dariku akhlak yang buruk kerana Engkau sajalah yang menjauhkan dariku akhlak yang buruk.” Allah S.W.T. telah memuji RasulNya Muhammad s.a.w. kerana akhlaknya yang baik. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Sesungguhnya engkau berbudi pekerti yang agung.”[6] Allah S.W.T. memuji Rasulullah s.a.w. kerana baginda dapat memikul penderitaan yang ditimpa ke atas baginda oleh kaumnya sendiri lebih daripada apa yang dipikul oleh orang lain. Akhlak dan sifat Rasulallah s.a.w. menjadi pujian seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulallah suri tauladan yang baik bagimu iaitu bagi mereka yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak mengingati (menyebut) nama Allah.”

Tujuan risalah (misi) Islam itu sendiri untuk menyempurnakan dan menyebarkan akhlak yang mulia, seperti yang disabdakan oleh Rasulallah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya aku dibangkitkan (diutus) untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Islam telah mentakrifkan “Addin” dengan akhlak yang baik. Dalam sebuah hadis telah dinyatakan bahawa seorang lelaki telah bertanya Rasulallah s.a.w.: yang bermaksud: “Apakah Addin itu? Sabda Rasulallah s.a.w., akhlak yang baik.” Daripada hadis ini, menunjukkan bahawa kedudukan akhlak dalam Islam sebagai “Din” yang diutuskan kepada umat manusia seluruhnya. Akhlak merupakan roh atau jiwa yang meresapi seluruh penghidupan manusia itu sendiri. Ketiga-tiganya bergabung dalam penghayatan seorang Muslim dalam erti kata bahawa keimanannya hendaklah direalisasikan dalam pengalaman syariat dan berpaksikan akhlak. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai dengan akhlak. Islam menganggap bahawa akhlak yang baik adalah merupakan amalan yang utama yang dapat memberatkan neraca amalan kebaikan di akhirat kelak.

Orang-orang beriman selalu mengutamakan akhlak yang baik. Dalam hadis diterangkan yang bermaksud: “Ditanya orang, wahai Rasulallah!, Orang-orang mukmin yang mana yang paling baik dan utama?. Baginda menjawab: orang-orang yang akhlaknya paling baik.” Dalam ajaran Islam mereka yang dikatakan berjaya memenangi kasih sayang Rasulallah dan mendapat satu kedudukan yang hampir dengan Rasulallah pada hari kiamat kelak ialah orang-orang yang beriman dan berakhlak baik. Rasulallah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang jahat sangat saya kasihi dan yang terdekat padaku majlisnya di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.” Akhlak yang baik merupakan syarat untuk menghindarkan diri daripada azab neraka. Akhlak yang baik lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan ibadat-ibadat sunat yang lain seperti sembahyang dan puasa. Rasulallah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seseorang mukmin dapat mencapai dengan budi pekertinya yang baik darjat orang yang terus menerus berpuasa dan sembahyang malam.” Dalam Islam akhlak adalah merupakan intipati segala ibadat. Tanpa akhlak, ibadat hanyalah merupakan adat resam dan geraklaku yang tidak mempunyai nilai dan faedah.” Orang mukmin yang kurang beribadat tetapi berakhlak baik akan mendapat kemuliaan di hari akhirat kelak. Sabda Rasul Allah s.a.w. yang bermaksud : “Dengan berakhlak baik, seseorang hamba Allah akan dapat mencapai di hari akhirat kelak tingkat-tingkat kemuliaan yang tinggi dan kedudukan-kedudukan yang mulia meskipun kurang ibadahnya. Dengan budi pekerti yang buruk ia akan sampai ke darjat yang paling rendah dalam neraka.”

Dengan ini, dapatlah dibuktikan bahawa akhlak Islam tidak setakat dinyatakan prinsip dan garis panduannya melalui al-Quran, tetapi penghayatannya ditunjukkan secara praktikal melalui kehidupan dan peribadi Rasul Allah s.a.w. Sayyidatuna Aishah r.a. sewaktu ditanya tentang peribadi Rasul Allah s.a.w., lalu dijawabnya yang bermaksud: “Adalah Rasulallah s.a.w. akhlaknya ialah al-Quran.”[7] Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyentuh persoalan akhlak, sama ada memerintahkannya supaya berakhlak baik atau menegah daripada akhlak yang rendah atau keji. Di dalam al-Quran terdapat sebanyak seribu lima ratus empat (1054) ayat yang berkaitan dengan akhlak. Jumlah yang sebanyak ini meliputi hampir seperempat ayat-ayat al-Quran keseluruhannya. Oleh itu tidak dapat diragukan lagi dengan banyaknya ayat-ayat al-Quran yang menyentuh persoalan akhlak menunjukkan betapa pentingnya akhlak dalam Islam. Hal ini dapat dibuktikan kerana ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan akhlak bukan sahaja diturunkan di Mekah tetapi turut juga diturunkan di Madinah al-Munawwarah. 85

Oleh itu jelaslah bahawa akhlak adalah merupakan sesuatu yang penting pada pandangan Islam. Akhlak Islam menjiwai Tauhid dan pelaksanaan ‘ubudiyyah terhadap Allah dengan secara yang sewajarnya. Ia juga terkandung dalam peruntukan undang-undang khusus dan terperinci mengatasi gagasan etika agama yang lain. Sebagai kesimpulan, akhlak dalam Islam tidak dapat dipisahkan dengan aqidah dan syarak. Bahkan akhlak itu sendiri menjadi penentu di tahap mana keimanan seseorang itu. Oleh itu amat wajarlah Islam meletakkan akhlak pada kedudukan yang istimewa dan tinggi.

[1] Kamus Dewan Edisi Empat.
[2] G.J. Warnock, The Object of Morality, Methuen Co. LTD., London, 1973, hal. 1-10.
[3] Kamus Dewan Edisi Empat.
[4] J.L. Mackie, Ethics: Investing Right And Wrong, Cox And Wynam LTD., Great Britain, 1971, hal. 9.
[5] Abdul Jalil Hassan, Falsafah dan Pengetahuan Islam, Dewan Pustaka Dan Bahasa, Kuala Lumpur, 1973, hal. 34.
[6] Al-Quran, Surah al-Qalam, ayat 4.
[7] Imam Abi al-Hussin Muslim bin al-Hajjaj al-Qusairi (1981), Sahih Muslim, Juz 1, Darul Dakwah, Istanbul, 1981, hal. 512-513.

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak