KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Dr. Amini Amir Bin Abdullah
13 FEBRUARI 2009
Nilai dalam Rukunegara antaranya mencakupi aspek persoalan dalaman hati mengenai ketaatan (setia), Yang Dipertuan Agong sebagai kuasa eksekutif dalam hal ehwal kekerajaanan (raja), kenegaraan dan pemerintahan (setia pada negara), kesucian (perlembagaan) dan elemen etika serta moral (bersopan dan bertatasusila). Tindakan saman sivil Raja atau Sultan adalah tindakan yang tidak beradab dan bertentangan dengan falsafah Rukunegara. Sebarang saman semborono oleh orang awam terhadap Raja yang diperkatakan perlu disekat.
Seperkara lagi, tidak pernah seumur hidup saya mendengar orang membuat permohonan menderhaka kepada mana-mana Raja. Raja yang adil dijunjung titahnya manakala pengingkaran terhadap mana-mana perintahnya yang tidak bertentangan dengan wahyu dikira menderhaka. Raja atau Sultan bagi setiap negeri mempunyai kuasa eksekutif. Tafsiran ”kuasa eksekutif” amatlah luas. Dengan ertikata lain, Raja ataupun Sultan mempunyai kuasa dan tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran dalam negerinya yang dijalankan oleh Menteri Besar. Apabila Raja atau Sultan melantik Menteri Besarnya berdasarkan titahnya, kebijaksanaan dan peruntukan undang-undang dalam negerinya, maka titahnya itu tidak boleh dibantah atau diderhakai. Amatlah pelik bagi orang Melayu untuk membantah titah Rajanya atau memohon menderhaka kepada Sultannya!
Kamus Dewan memberikan pengertian kepada maksud derhaka iaitu ketidaktaatan atau pengkhianatan kepada negara, Tuhan, orang tua dan lain-lain. Menderhaka pula dikaitkan dengan menentang kerajaan (bughah), orang tua, suami dan lain-lain. Prinsip Rukunegara yang kedua berbunyi ”Kesetiaan kepada Raja dan Negara” bukanlah sekadar rukun yang tidak bermakna dan tidak mempunyai sebarang implikasi. Lawan kepada perkataan ketaatan ialah kederhakaan iaitu natijah perbuatan menderhaka. Orang yang menderhaka tidak layak tinggal dalam mana-mana negeri. Mereka umpama orang buangan.
Al-Mawardi telah menggarisbawahi beberapa kriteria pemimpin seperti jujur dan berintegriti, adil, sayangkan rakyat terutamanya yang miskin, kemahuan mendengar semua kemusykilan dan bersedia mendengar pandangan mereka yang bijaksana dan berpengetahuan. Muhammad Rashid Redha berpendapat bahawa seorang ketua negara mempunyai kuasa politik dan kuasa keagamaan serta menjadi tenaga utama di belakang proses pembentukan undang-undang negara. Pemerintah bukan sahaja mempunyai kuasa eksekutif dan kehakiman, malah beliau juga mempunyai kuasa legislatif atau penggubalan undang-undang untuk kepentingan awam dan orang ramai.
Ketua negara juga merupakan ketua umat Islam yang dipatuhi selagi keputusan yang dibuat olehnya selaras dengan prinsip-prinsip Islam dan memberi faedah kepada masyarakat. Bukankah para Sultan di sembilan buah negeri dalam Malaysia adalah ketua agama dan ketua eksekutif bagi negeri masing-masing? Bukankah para Sultan itu berhak ke atas Dewan Undangan Negeri masing-masing? Apabila Sultan atau Raja menerima pengangkatan sumpah Menteri Besarnya yang baharu, maka yang lama itu dikira berakhir. Mana mungkin terdapat dua Menteri Besar pada satu-satu masa. Apatah lagi apabila Sultan bertitah tentang ”berhenti mendapat kepercayaan daripada majoriti Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri”, ia sudah tidak dapat disangkal lagi berdasarkan percaturan angka yang implikasinya ialah majoriti mudah (simple majority).

4 comments:
salam,
Raja berperlembagaan berfungsi sebagai simbol kedaulatan Melayyu di negara ini. Setelah sekian lama,amalan untuk turut perintah baginda sultan sudah menjadi suatu kemestian bagi rakyat Malaysia.Walau bagaimanapun, kita dikejutkan dengan berita permohonan derhaka daripada bekas Menteri Besar Perak.beliau sebagai pemimpin seharusnya bersikap lebih matang dan profesional dalam menyelesaikan permasalahan dan adalah sangat ketara bahawa penyelesaiannya adalah dengan akur dengan titah baginda Sultan Perak untuk melantik Menteri Besar yang baru.Tindakan ini menunjukkan bahawa beliau bberkhidmat kepada negara dengan ikhlas dan tidak mempunyai agenda selain daripada itu.Malangnya,nasi sudah menjadi bubur.Penderhakaan beliau terhadap baginda sultan telah mencabar kewibawaan sistem raja perlembagaan di negara kita.Bayangkan jika pemimpin negara sendiri tidak menghayati isi-isi rukun negara,apakah akan jadi kepada rakyat jelata?sama-sama kita fikirkan.
oleh,
149072
Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Dalam konteks kerajaan Melayu beraja, perintah Sultan adalah wajib dipatuhi. Benar kini, konsep pentadbiran sistem beraja telah diubah suai menjadi sistem raja berperlembagaan. Namun raja-raja mempunyai kuasa eksekutif dimana mereka berkuasa dan punya tanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran negeri yang diuruskan oleh Menteri Besar. Justeru, apabila raja-raja telah memutuskan sesuatu keputusan ia wajib diikuti. Mana-mana pihak tidak berhak untuk menyanggah keputusan yang telah diputuskan raja-raja. Perbuatan menyanggah, membangkang, dan campur tangan dalam urusan raja-raja adalah perbuatan menderhaka kerana tidak menghormati keputusan raja-raja sebagai ketua negara. Dengan ini perlulah berbalik kepada Rukunegara yang pertama iaitu 'Kesetiaan kepada raja dan negara'. Kesemua rakyat dan pemimpin haruslah sedar akan hakikat ini. Sebarang tindakan yang bakal dibuat haruslah diteliti terlebih dahulu agar perkara-perkara sebigini tidak lagi berlaku.-146632-Group 32 Etnik-
Raja berperlembagaan berfungsi sebagai simbol kedaulatan Melayu di negara ini.Pemerintahan beraja memang telah wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri melayu sejak berabad-abad lamanya.Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yand dilantik.beliau sebagai pemimpin seharusnya bersikap lebih matang dan profesional dalam menyelesaikan permasalahan dalam berlaku dalam negara mahupun di luar negara.Penderhakaan beliau terhadap baginda sultan telah mencabar kewibawaan sistem raja perlembagaan di negara kita.Apakah berlaku jika pemimpin negara juga tidak mengayati rukun negara??Sudah tentunya masyarakat juga tidak mengayati prinsip rukun negara dalam hidup mereka.Keadaan ini menyebabkan berlakunya perpincangan atau peperangan sesama manusia sehingga tidak dapat membentuk sebuah negara yang berbangsa dan hubungan etnik.Selain itu,sebagai seorang raja mesti taat kepada negara dan menjalankan perkhidmatannya dengan penuh ikhlas ban cermat.Ini keana sesebuah negara terletak pada seseorang pemimpin negara.Sekagai masyarakat malaysia kita perlu menghayati rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan dan raja.
Raja berperlembagaan berfungsi sebagai simbol kedaulatan Melayu di negara ini.Pemerintahan beraja memang telah wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri melayu sejak berabad-abad lamanya.Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yand dilantik.beliau sebagai pemimpin seharusnya bersikap lebih matang dan profesional dalam menyelesaikan permasalahan dalam berlaku dalam negara mahupun di luar negara.Penderhakaan beliau terhadap baginda sultan telah mencabar kewibawaan sistem raja perlembagaan di negara kita.Apakah berlaku jika pemimpin negara juga tidak mengayati rukun negara??Sudah tentunya masyarakat juga tidak mengayati prinsip rukun negara dalam hidup mereka.Keadaan ini menyebabkan berlakunya perpincangan atau peperangan sesama manusia sehingga tidak dapat membentuk sebuah negara yang berbangsa dan hubungan etnik.Selain itu,sebagai seorang raja mesti taat kepada negara dan menjalankan perkhidmatannya dengan penuh ikhlas ban cermat.Ini keana sesebuah negara terletak pada seseorang pemimpin negara.Sekagai masyarakat malaysia kita perlu menghayati rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan dan raja.AMALA 142891
Post a Comment