Menghadapi Krisis Ekonomi Global
DR. AMINI AMIR BIN ABDULLAH
6 Februari 2009
DR. AMINI AMIR BIN ABDULLAH
6 Februari 2009
Kita perlu memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada krisis ekonomi global. Impak krisis ekonomi global sudah mula terasa bahangnya dengan penyingkiran pekerja-pekerja dari tempat kerja. Alhamdulillah kenaikan harga minyak ditangani dengan baik oleh kerajaan walaupun ramai yang tidak berterimakasih dengan 7 kali penurunan harga minyak ke paras minima. Penumpuan mesti diberikan kepada pelaburan tabungan bernilai tinggi dan tabungan ekuiti berjangkamasa panjang. Penjanaan pendapatan daripada ekspot dan pelancungan boleh memberikan impak positif kepada ekonomi negara. Perbelanjaan berhemah dalam semua sektor dan di kalangan rakyat akan dapat membantu kerajaan memperkukuhkan ekonomi negara. Pelaburan segera ke atas projek-projek berpotensi membawa pulangan yang tinggi akan membantu membawa pulangan yang tinggi. Kawalan terhadap inflasi mestilah selalu dipantau. Krisis ekonomi yang berpusatkan Amerika Syarikat diharap tidak menjejaskan perancangan-perancangan pembangunan yang memberi manfaat besar kepada rakyat dan kemakmuran negara. Tahun 2009 memerlukan kita melipatgandakan usaha-usaha penggalakkan pelaburan yang lebih ekstensif dan berkesan di kalangan negara-negara maju sebab perdagangan dunia dijangka naik tidak melebihi hanya enam peratus. Isu-isu berkaitan perdagangan dan pelaburan perlu dinilai semula untuk lebih memberikan impak yang tinggi kepada ekonomi negara. Kita juga mesti memastikan bahawa pendekatan perkapita dan gross domestic product (GDP) sentiasa meningkat. Kerajaan juga telah melakukan banyak usaha menstimulasikan ekonomi negara.
Kita perlu mengambil pengajaran dan kisah teladan yang diceritakan oleh Allah dalam Surah Yusuf (43-50). Raja Mesir telah melihat dalam mimpinya tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Ketua-ketua kaum diminta menerangkan tentang mimpi raja itu tetapi mereka tidak mengetahuinya. Nabi Yusuf a.s mengetahui tentang tafsiran mimpi itu dengan izin Allah seraya berkata: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
Pengajaran daripada kisah ini ialah keperluan berjimat cermat dan berhemah bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan bersedia sepenuhnya menghadapi keadaan gawat dan yang tidak dijangkakan. Kekuatan asas ekonomi dan pertanian negara kita adalah hasil daya kepemimpinan yang baik dan sokongan rakyat jelata. Bersatulah menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga.
No comments:
Post a Comment