Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Wednesday, February 25, 2009

KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU
Dr. Amini Amir Bin Abdullah
20 Februari 2009


Ramai yang salah faham bahawa Raja-raja Melayu adalah raja orang-orang Melayu sahaja. Sebenarnya raja-raja Melayu.juga adalah raja bagi semua rakyat dalam negeri baginda. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pula adalah ketua pemerintah semua rakyat Malaysia dan bukannya orang-orang Melayu sahaja. Justeru titah baginda mestilah dipatuhi. Daulat baginda sentiasa dilafazkan, didoakan dan diberikan penegasan seperti dalam ungkapan “Daulat Tuanku”. Ramai orang bukan Melayu yang telah menerima anugerah, darjah kebesaran dan pingat dari Raja-raja Melayu. Lebih seribu orang bukan Melayu menerima anugerah daripada sekalian para Raja Melayu yang sungguh prihatin. Ayuh! Dokonglah raja kita semua! Jangan disanggah para Raja Melayu. Buruk padahnya.
Justeru, dalam Islam juga diberikan penekanan keutamaan mentaati pemimpin termasuklah para Khalifah (Sultan). Firman Allah s.w.t. bermaksud dalam Surah Al-Nisa’: 59: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong juga adalah Raja Berperlembagaan. Di Malaysia, Raja amat berkait rapat dengan perlembagaan. Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi bagi sesebuah Negara. Semua prinsip perlembagaan menaungi undang-undang, akta atau dasar yang diluluskan oleh Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan Fasal serta 13 Jadual. Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Undang-undang Persekutuan atau Enakmen negeri mengenai apa jua perkara adalah tidak sah seandainya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan).
The American Heritage Dictionary of the English Language mendefinisikan kedaulatan sebagai keagungan autoriti atau pemerintahan oleh Negara yang bebas dan berdaulat, kekuasaan diraja atau pangkat dan berkerajaan sendiri. Dengan ertikata lain, kedaulatan bermaksud kuasa politik dalam pemerintahan dan kedudukan autoriti dalam kedaulatan. Raja-raja Melayu adalah raja yang berdaulat dan berautoriti. Buktinya, apabila pihak British (melalui penubuhan Malayan Union) melakukan percubaan untuk menghapuskan kedaulatan Raja-raja Melayu dengan memberikan kuasa kepada para Sultan hanya dalam perkara yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, orang-orang Melayu bangkit melawan. Ini adalah kerana orang-orang Melayu percaya bahawa Raja-raja mereka mempunyai kedaulatan yang tersendiri.
Penentangan itu berlaku kerana kuasa para Sultan telah dihakis dan dikurangkan oleh pihak British. Kaedah Sir Harold McMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu dengan ugutan dan paksaan amatlah biadap dan tidak beradab. Sultan Kedah misalnya diberikan amaran untuk menandatangani penubuhan Malayan Union ataupun bersedia menghadapi tindakan dilucutkan daripada takhta pemerintahan sekiranya ingkar. Kuasa Raja-raja Melayu dihilangkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya diberikan dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan menjadi ketua Majlis Penasihat Melayu sahaja. Perkara ini juga boleh ditafsirkan sebagai ancaman terhadap kedaulatan Raja-raja Melayu.
Orang Melayu terkenal dengan ketaatan kepada Raja hinggakan sejarah perkembangan Islam di Kepulauan Melayu selalu dikaitkan dengan pengislaman istana dan juga rakyat jelata di bawah naungan Raja. Janganlah kita tunggang-terbalikkan sejarah kegemilangan Melayu dengan episod kedurjanaan, penderhakaan dan kecurangan dalam sejarah Malaysia!

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak