Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Wednesday, February 25, 2009

Istilah Allah


Perkataan Allah Hak Milik Orang Islam
Dr. Amini Amir Abdullah
30 Januari 2009

Akhbar The Star pada 24 Januari 2009 melaporkan seorang menteri merayu kepada Kementerian Dalam Negeri untuk terus membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam penerbitan newsletter Katolik “Herald” sehinggalah mahkamah membuat keputusan mengenainya tidak lama lagi. Herald dikatakan mempunyai 14,000 pembaca. Penerbitan Herald dalam bahasa Malaysia dibenarkan untuk diteruskan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri secara bersyarat pada 1 Januari 2009 iaitu mereka tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka. Pada asalnya pihak berkuasa tidak membenarkan penerbitan The Herald dalam bahasa Malaysia tetapi dibenarkan kemudiannya setelah dinilai semula. Di antara syarat-syarat lain yang mesti dipatuhi ialah pihak penerbit Herald diminta untuk mencetak perkataan “Terhad untuk penganut Kristian” dan edarannya hanya terhad dalam gereja.

Pernah suatu ketika, Bible dalam versi bahasa Indonesia yang berjudul “AlKitab” juga diharamkan di Malaysia. Akan tetapi kemudiannya ia dibenarkan khusus untuk orang-orang Nasrani sahaja. Pada asalnya terdapat sekurang-kurangnya 36 perkataan dan 15 ekspresi kalimah yang tidak dibenarkan penggunaannya oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa kemudiannya bertoleransi dengan melarang empat terminologi sahaja iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah.

Hujah Herald berkisar pada kebiasaan penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam dalam dunia Arab, Pakistan, Malta dan begitu juga di Indonesia. Perkara ini adalah benar. Walau bagaimanapun, perkataan Allah yang digunakan di Malaysia oleh penganut-penganut bukan Islam boleh mengelirukan dan menggusarkan penganut-penganut beragama Islam.

Terminologi “Allah” adalah hak milik ekslusif orang-orang Islam yang merujuk kepada implikasi aqidah, teologi, ibadah dan syariat orang-orang Islam. Kalimah Allah bukanlah semata-mata kalimah sekunder yang digunakan dalam syahadah, solat, Al-Quran dan Al-Sunnah, akan tetapi ia adalah kalimah Tauhid yang berkait dengan kesucian keesaan Allah yang hanya layak disembah dan dipohon pertolongan yang mencakupi keseluruhan sistem kepercayaan dan worldview Islam. Kalimah Allah mempunyai asal-usul daripada agama Islam, sejarah dan tamadun Islam sekiranya kita telesuri sejarah lampau. Justeru, orang-orang Nasrani patut berterimakasih kepada kerajaan kerana masih membenarkan perkataan-perkataan Al-Kitab, Firman, Rasul, Syariat, Iman, Ibadah, Wahyu, Nabi, Syukur, Zikir dan Doa dalam penerbitan mereka.

1 comment:

K.A.M.I said...

ya..saya Noraini bt Sobbri(148825) bersetuju dengan penyataan bahawa perkataan Allah adalah hak milik orang Islam. Sekiranya mereka masih mahu menggunakan perkataan itu, ini bermakna mereka tidak memahami ketinggian Islam itu sendiri.

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak