Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Wednesday, February 25, 2009

Penderitaan Saudara Kita Di Palestin



Bantu Pulihkan Palestin
Dr. Amini Amir Abdullah
23 Januari 2009

Alhamdulilah, akhirnya penderitaan dan keperitan rakyat Palestin semakin reda dengan Israel dan Palestin mula patuh dengan genjatan senjata yang dipersetujui bersama. Setakat 20 Januari 2009, Seramai 1,314 rakyat Palestin terkorban (termasuk 416 kanak-kanak dan 106 wanita) manakala 5,320 rakyat Palestin tercedera. Angka ini akan semakin meningkat apabila usaha pembersihan bangunan-bangunan yang runtuh dilakukan. Pihak Palestin juga kerugian berbillion dolar kerana kerosakan dan kemusnahan infrastruktur.

Banyak iktibar dan pengajaran yang diperolehi daripada konflik Israel-Palestin ini. Umat Islam perlu mempunyai persefahaman pertahanan dan ketenteraan untuk mengelakkan sesiapa sahaja dengan mudah mengancam atau menyerang umat Islam. Umat Islam perlukan satu bentuk ikatan perpaduan dan solidariti di peringkat global agar tiada siapa yang berani memperkotak-katikkan umat Islam. Apakah jaminan bahawa Israel tidak akan menyerang lagi Palestin?

Israel terpaksa patuh dengan genjatan kerana tekanan-tekanan masyarakat dunia global semakin memuncak. Kita mengalu-alukan agar pihak Israel dibawa ke meja pengadilan iaitu Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court), di The Hague, Belanda.

Kesengsaraan rakyat Palestin dikongsi bersama rakyat Malaysia. Hampir semua masjid menjalankan kutipan derma untuk rakyat Palestin. Inilah kekuatan rakyat Malaysia. Banyak kerja yang terpaksa dilakukan oleh pihak Palestin untuk memulihkan semula Palestin. Apa yang pasti, selagi mana isu Palestin-Israel tidak diselesaikan, selagi itulah keganasan akan berleluasa terutamanya terhadap kepentingan-kepentingan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak