Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim berkata, Presiden Melayu Pertama
Singapura kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan tidak lagi
diingati rakyat negara itu pada generasi mutakhir ini. Menurut Dr Lily, ketika Singapura berusaha untuk bergabung dengan
Malaya sekitar tahun 1963, kerajaan PAP (Parti Tindakan Rakyat) pimpinan
Lee Kuan Yew mempotretkan negaranya sebagai beridentiti Melayu dengan
melantik Yusof bin Ishak sebagai Yang di-Pertuan Negara menggantikan Sir
William Allmond Codrington Goode, Gabenor Singapura.
Buku Dr. Lily Zubaidah |
Lagu kebangsaan Singapura juga berbahasa Melayu, “Majulah Singapura”
telah digubah pada tahun 1957 oleh seorang penggubah muzik filem yang
terkenal pada masa itu, Encik Zubir Said. Begitu juga dengan lambang bendera Singapura yang terdapat bulan dan
bintang sebagai simbol Islam dan para pelajar diwajibkan mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di negara itu.
“Ironinya, pada masa kini, elemen soalan ‘Siapa nama kamu? Di mana
kamu tinggal? dan perkataan ‘Majulah Singapura’ tidak lagi difahami
oleh kebanyakan rakyat Singapura.” Dr Lily berkata demikian dalam bukunya bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009. Pada 31 Ogos 1963, Singapura memperolehi kemerdekaan daripada pihak
British apabila negara itu menyertai Malaya (Persekutuan Tanah Melayu)
dan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) membentuk negara Malaysia. Dua tahun kemudian, pada 7 Ogos 1965, Singapura dikeluarkan dari
Malaysia kerana berlaku rusuhan kaum apabila PAP sering mempertikaikan
hak keistimewaan kaum Bumiputera, menuntut persamaan hak antara
Bumiputera dan bukan Bumiputera serta melaksanakan sistem meritokrasi
berasaskan konsep Malaysian Malaysia.
Rusuhan kaum di Singapura pada tahun 1964 itu membawa kepada rusuhan
kaum di Kuala Lumpur pada 1969 yang lebih dikenali sebagai ‘Peristiwa 13
Mei.’ Pada 9 Ogos 1965, Singapura membentuk negaranya sendiri yang
dinamakan Republik Singapura, dengan Yusof bin Ishak dilantik sebagai
Presiden dan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama. Yusof Ishak hanya bertahan menjadi Presiden Melayu pertama Singapura
selama lima tahun, dari 9 Ogos 1965 hingga saat beliau meninggal dunia
pada 23 November 1970. Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu
kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin
Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan
Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam. Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan
Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12
Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula
jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.
1) Memperalat orang Melayu
Selepas Yusof Ishak, tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam. Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang. Yusuf Ishak hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.
2) Tuduhan Negatif Terhadap Orang Melayu
Sesiapa yang mempersoal PAP, dituduh “Chauvinists, Religious Extremists and harbouring a sinister agenda”. “Organisasi-organisasi Melayu, pakatan politik pembangkang, atau
individu yang berani mempersoal kerajaa PAP Singapura, akan didakwa
sebagai ‘Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister
agenda” (membawa agenda jahat). Tuduhan ini amatlah bercanggah dengan amalan meritokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan PAP. Tambahan beliau lagi, orang Melayu di Singapura dinafikan hak mereka
untuk menyatakan pendapat sama ada di media-media utama ataupun
akhbar-akhbar tempatan.
Itu belum lagi, penganiayaan terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah. Hal ini boleh dilihat pada tahun 2002, Malay Community Organisation,
Fateha.com dan juga jurucakap mereka, Zulfikar Shariff, telah dihalang
kerana dikatakan membicarakan hal-hal sensitif seperti bantahan terhadap
‘No tudung petition’, diskriminasi terhadap pekerja Melayu, menuntut
supaya madrasah dikekalkan dan sebagainya.
“Kebanyakan bukan Melayu tidak bercakap bahasa kebangsaan (Melayu) atau tahu makna lagu kebangsaan ‘Majulah Singapura’. Oleh itu, ramai rakyat Singapura tidak menyanyikan lagu kebangsaan apabila ia sedang dimainkan semasa majlis rasmi. Menurutnya penurunan nilai bahasa kebangsaan (Melayu) boleh dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat yang menganggap bahasa itu mencerminkan modal sosial, ekonomi dan kebudayaan golongan yang lemah dan dituturkan oleh golongan kelas rendah seperti pembantu rumah warga Indonesia, posmen dan pembersih pejabat.
“Terdapat penurunan yang ketara dalam Bahasa Melayu untuk jalan dan
daerah. Pemaju perumahan swasta dan penduduk telah membuat petisyen
untuk menukar nama-nama jalan Melayu, dengan mendakwa mengelirukan dan
memudaratkan maruah penduduk,” katanya. Menurutnya lagi pada tahun 1960-an, Jawatankuasa Penasihat Penamaan
Jalan telah diarahkan untuk menghentikan daripada menamakan jalan-jalan
dengan nama-nama berunsur Bahasa Melayu. Nama jalan ditukar kepada Bahasa Inggeris dan Mandarin. Perkataan ‘Lorong’ telah dinamakan semula sebagai ‘Avenue’, ‘Rise’, ‘Drive’ dan ‘View’. Namun, dalam masa sama pada tahun 1980-an, berlaku peningkatan ketara nama-nama jalan dan tempat dalam Bahasa Mandarin. “Berbeza dengan kedudukan yang merosot bahasa kebangsaan, Lee Kuan
Yew dan kepimpinan lain dalam PAP terus-menerus mengingatkan masyarakat
Cina daripada nilai ekonomi bahasa Mandarin dan peranannya dalam
perniagaan dan budaya purba Cina tradisional."
4) Singapura adalah Israel in a Malay Muslim Sea.
Lee Kuan Yew dengan bangganya mengakui peranan Singapura di rantau ini seperti “Israel in a Malay Muslim Sea”. (Willairat 1975:45)
5) Ketuanan Cina di Singapura.
Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi
Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim
penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan
kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC). Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik
multi-racism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya
menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam
mana-mana kawasan pilihan raya. Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti
berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain
seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua
parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat
Melayu.
6) Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara.
Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap
kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina
diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6
juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk
Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad. Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk
pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah
ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan. Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah,
pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai
pemandu bas.
Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing. Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.
7) Melayu disisihkan daripada tentera Singapura, GLC dan politik.
Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional
SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal
dipegang oleh Cina. Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan
Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai
bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.
Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras
dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9
peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP,
Ahmad Mohamed Megad. Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998. Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991. Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang
portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan
Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam. Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting
dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau
Pendidikan pada masa hadapan.
8) 98% penerima biasiswa SAFOS (Angkatan Bersenjata Singapura) adalah Cina.
Data menunjukkan Cina mendominasi perwakilan dalam birokrasi, GLC,
badan berkanun, SAF (Singapore Armed Forces). Cina juga turut
mendominasi dalam penerimaan biasiswa yang paling berprestij seperti
biasiswa Presiden dan biasiswa SAF yang tidak dibincangkan secara
terbuka dibincangkan oleh media Singapura. Dalam masyarakat yang kononnya mempraktikkan sistem meritokrasi,
hanya terdapat seorang penerima biasiswa Presiden bukan Cina antara
tahun 1987 dan 2005. Sehingga tahun 2005, 98 peratus daripada penerima
biasiswa luar negara daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAFOS)
adalah Cina. Selain itu, tidak pernah ada satu penerima biasiswa SAFOS berbangsa
Melayu. Begitu juga, sehingga tahun 2005, 97 peratus daripada biasiswa
Angkatan Bersenjata Singapura Merit (SAFMS) penerimanya adalah orang
Cina. Adakah Melayu dan India tidak sepintar dan serajin seperti orang
Cina? Aduan diskriminasi tidak mudah ditangani kerana negara itu tidak
menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama, Lembaga
Anti-Diskriminasi atau Pejabat Ombudsman.
#Nota: Dr Lily Zubaidah telah dibuang negeri kerana dituduh mengkritik kerajaan PAP
dan sekarang beliau bertugas sebagai seorang Profesor di Sydney
University Australia.
No comments:
Post a Comment