APAKAH PERNYATAAN MASALAH DALAM PENYELIDIKAN?
DR. AMINI AMIR ABDULLAH
1. Sebuah
pernyataan masalah adalah penerangan
ringkas daripada isu-isu yang perlu ditangani oleh pengkaji.
CONTOH. TAJUK PENYELIDIKAN: AMALAN
PENGURUSAN TERBAIK DAN POTENSI WAKAF KORPORAT DALAM MENINGKATKAN SOSIO-EKONOMI UMAT ISLAM: SATU KAJIAN
PERBANDINGAN DI ANTARA WAKAF AN-NUR CORPORATION BERHAD (WANCorp), MALAYSIA DAN SABANCI FOUNDATION, TURKI.
Wakaf mempunyai potensi yang besar dalam
meningkatkan sosio ekonomi umat Islam, namun dibebani dengan beberapa
masalah, di antaranya:
Ø
Pengurusan yang tidak cekap
Ø
Ketidakyakinan pelanggan
Ø
Masalah dana dan penjanaan
Ø
Realiti dan lokasi tanah wakaf
Ø
Isu perundangan dan penguatkuasaan tanah wakaf
|
2.
Ia harus diutarakan oleh penyelidik atau digubal
oleh penyelidik berasaskan ilmu sebelum penyelidik cuba untuk menyelesaikan
masalah ini. Ia juga harus dikaitkan
dengan objektif kajian. Apakah objektif kajian?
CONTOH. TAJUK PENYELIDIKAN: AMALAN
PENGURUSAN TERBAIK DAN POTENSI WAKAF KORPORAT DALAM MENINGKATKAN SOSIO-EKONOMI UMAT ISLAM: SATU KAJIAN
PERBANDINGAN DI ANTARA WAKAF AN-NUR CORPORATION BERHAD (WANCorp), MALAYSIA DAN SABANCI FOUNDATION, TURKI.
Objektif Umum:
Mengenal pasti persamaan dan perbezaan amalan
pengurusan terbaik dan potensi wakaf korporat dalam meningkatkan sosio-ekonomi
umat Islam di antara Wakaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp), Malaysia dan
Sabanci Foundation, Turki.
Objektif Khas:
-Mengenal pasti faktor-faktor penggerak (motivational
factor) ke arah mengaplikasikan wakaf korporat di Malaysia.
-Menganalisa kekuatan dan kelemahan
pengurusan wakaf korporat yang dilaksanakan oleh Wakaf An-Nur Corporation
Berhad (WANCorp), Malaysia dan perbandingan membandingkannya dengan Sabanci
Foundation, Turki .
-Menghasilkan penanda aras (benchmark) amalan
terbaik dalam pengurusan wakaf korporat.
-Menghasilkan Model Tranformasi Pengurusan
Wakaf Korporat untuk diaplikasikan kepada syarikat-syarikat swasta yang
berminat memperuntukkan dana wakaf sebagai sebahagian daripada usaha CSR
mereka berdasarkan kaedah pengurusan wakaf yang terbaik.
-Memberikan cadangan-cadangan ke arah
pemantapan sebuah organisasi korporat wakaf yang inovatif dan produktif.
|
Pernyataan masalah mencakupi satu atau dua ayat panjang yang menggariskan
masalah itu yang boleh ditangani oleh kajian ini. Pernyataan masalah yang perlu
diberi perhatian secara ringkas adalah berdasarkan soalan berikut:
1.
Apakah masalah yang kajian ini akan tangani?
2.
Penyelidikan dilakukan untuk mencapai tujuan
tertentu dengan terlebih dahulu dinyatakan pernyataan masalah.
3.
Sebuah pernyataan masalah yang baik harus
menjawab soalan-soalan ini: i. Apa masalahnya? Ini harus menjelaskan mengapa
penyelidikan diperlukan.
4.
Siapakah yang mempunyai masalah? Ini harus
menjelaskan siapa yang memerlukan penyelesaian dan yang akan memutuskan masalah
telah diselesaikan.
5.
Apakah bentuk solusi itu?
6.
Apakah skop dan batasan (dalam bentuk masa,
wang, sumber dan teknologi) yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ini?
1 comment:
terima kasih Dr
Post a Comment