KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Dr. Amini Amir Bin Abdullah
13 FEBRUARI 2009
Nilai dalam Rukunegara antaranya mencakupi aspek persoalan dalaman hati mengenai ketaatan (setia), Yang Dipertuan Agong sebagai kuasa eksekutif dalam hal ehwal kekerajaanan (raja), kenegaraan dan pemerintahan (setia pada negara), kesucian (perlembagaan) dan elemen etika serta moral (bersopan dan bertatasusila). Tindakan saman sivil Raja atau Sultan adalah tindakan yang tidak beradab dan bertentangan dengan falsafah Rukunegara. Sebarang saman semborono oleh orang awam terhadap Raja yang diperkatakan perlu disekat.
Seperkara lagi, tidak pernah seumur hidup saya mendengar orang membuat permohonan menderhaka kepada mana-mana Raja. Raja yang adil dijunjung titahnya manakala pengingkaran terhadap mana-mana perintahnya yang tidak bertentangan dengan wahyu dikira menderhaka. Raja atau Sultan bagi setiap negeri mempunyai kuasa eksekutif. Tafsiran ”kuasa eksekutif” amatlah luas. Dengan ertikata lain, Raja ataupun Sultan mempunyai kuasa dan tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran dalam negerinya yang dijalankan oleh Menteri Besar. Apabila Raja atau Sultan melantik Menteri Besarnya berdasarkan titahnya, kebijaksanaan dan peruntukan undang-undang dalam negerinya, maka titahnya itu tidak boleh dibantah atau diderhakai. Amatlah pelik bagi orang Melayu untuk membantah titah Rajanya atau memohon menderhaka kepada Sultannya!
Kamus Dewan memberikan pengertian kepada maksud derhaka iaitu ketidaktaatan atau pengkhianatan kepada negara, Tuhan, orang tua dan lain-lain. Menderhaka pula dikaitkan dengan menentang kerajaan (bughah), orang tua, suami dan lain-lain. Prinsip Rukunegara yang kedua berbunyi ”Kesetiaan kepada Raja dan Negara” bukanlah sekadar rukun yang tidak bermakna dan tidak mempunyai sebarang implikasi. Lawan kepada perkataan ketaatan ialah kederhakaan iaitu natijah perbuatan menderhaka. Orang yang menderhaka tidak layak tinggal dalam mana-mana negeri. Mereka umpama orang buangan.
Al-Mawardi telah menggarisbawahi beberapa kriteria pemimpin seperti jujur dan berintegriti, adil, sayangkan rakyat terutamanya yang miskin, kemahuan mendengar semua kemusykilan dan bersedia mendengar pandangan mereka yang bijaksana dan berpengetahuan. Muhammad Rashid Redha berpendapat bahawa seorang ketua negara mempunyai kuasa politik dan kuasa keagamaan serta menjadi tenaga utama di belakang proses pembentukan undang-undang negara. Pemerintah bukan sahaja mempunyai kuasa eksekutif dan kehakiman, malah beliau juga mempunyai kuasa legislatif atau penggubalan undang-undang untuk kepentingan awam dan orang ramai.
Ketua negara juga merupakan ketua umat Islam yang dipatuhi selagi keputusan yang dibuat olehnya selaras dengan prinsip-prinsip Islam dan memberi faedah kepada masyarakat. Bukankah para Sultan di sembilan buah negeri dalam Malaysia adalah ketua agama dan ketua eksekutif bagi negeri masing-masing? Bukankah para Sultan itu berhak ke atas Dewan Undangan Negeri masing-masing? Apabila Sultan atau Raja menerima pengangkatan sumpah Menteri Besarnya yang baharu, maka yang lama itu dikira berakhir. Mana mungkin terdapat dua Menteri Besar pada satu-satu masa. Apatah lagi apabila Sultan bertitah tentang ”berhenti mendapat kepercayaan daripada majoriti Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri”, ia sudah tidak dapat disangkal lagi berdasarkan percaturan angka yang implikasinya ialah majoriti mudah (simple majority).