Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Friday, January 31, 2014

Utusan Malaysia 23.3.2001

KIB : 23/03/2001

Kebimbangan Barat terhadap Islam

Oleh: DR. AMINI AMIR ABDULLAH
Di Barat, selepas daripada kejatuhan komunisme, ancaman komunisme dianggap lenyap dan diganti pula dengan ancaman Islam.
Selepas kejatuhan komunisme pada tahun 1989, pihak Barat khususnya Amerika Syarikat telah melabelkan aktivis-aktivis Islam sebagai subversif yang baru dengan andaian bahawa sesiapa sahaja yang bergelar aktivis Islam yang memegang tampuk pemerintahan bagi sesebuah negara akan mengancam secara langsung kepentingan-kepentingan strategik AS. Profesor Esposito pernah membayangkan bahawa fenomena kebangkitan Islam boleh secara stereotaip dilabelkan sebagai pertentangan antara Islam dengan Barat, peperangan Islam dengan kemodenan atau kebangkitan semangat ekstremis, fanatik atau keganasan.
Hampir semua industri utama media Barat dikuasai oleh pihak Zionis, atau sekutu-sekutu mereka, atau mereka yang mempunyai kepentingan hasil daripada hubungan dengan pihak Zionis, atau mereka yang telah dipengaruhi oleh pihak Zionis.
Terdapat perancangan Zionis antarabangsa untuk melemahkan umat Islam dan menghina Islam. Dengan penguasaan pengaruh mereka terhadap media dan kesarjanaan Barat, pihak Zionis telah menjadikan Islam dan penganutnya sebagai sasaran dalam usaha untuk menghentam Islam dan penganutnya. Mereka gemar menggambarkan orang-orang Islam sebagai agama yang sukakan pertelingkahan dan orang-orang Islam sebagai orang yang mengagungkan keganasan, huru-hara dan kekacauan. Ini bukanlah tidak mempunyai sebarang agenda yang tersurat. Bahkan hasrat mereka sebenarnya adalah untuk mengaburi mata dunia tentang kezaliman mereka sendiri. Dengan menggambarkan Islam sebagai sesuatu yang jahat dan orang-orang Islam sebagai yang dibenci, pihak Zionis sebenarnya cuba untuk memberikan justifikasi kepada pendudukan haram mereka di Palestin dan tanah-tanah Arab yang lain. Mereka cuba melindungi keganasan dan kezaliman mereka dengan menyatakan bahawa penduduk Palestin yang bertindak zalim sedangkan hakikat sebenarnya adalah sebaliknya. Itulah sebabnya orang-orang Palestin dan Arab yang menentang Israel dan para sekutunya digambarkan sebagai pengganas dan militan di dalam media-media utama Barat.
Tidak perlu diperkatakan lagi, kebanyakan aktiviti-aktiviti yang mencetuskan kekacauan dan mengancam kestabilan di Timur Tengah adalah disebabkan oleh kerja-kerja jahat badan perisikan rahsia Israel, Mossad. Victor Ostrovsky, bekas ejen Mossad di dalam bukunya By Way of Deception menceritakan keterlibatan beliau di dalam aktiviti-aktiviti perisikan beliau dalam usaha pihak Zionis untuk meletakkan kesalahan ke atas orang-orang Arab dan dunia Islam mengenai kejadian-kejadian keganasan dan jenayah. Ada juga ejen-ejen Zionis ini yang menyamar sebagai pelampau Arab atau Muslim yang melakukan tindakan-tindakan yang berbentuk keganasan. Dalam banyak kes, pihak CIA dan FBI juga bekerjasama dengan badan-badan perisikan rahsia Israel.
Semenjak Edward Said menelanjangkan kepura-puraan orientalisme Barat dan pelaporan berita yang dibuat oleh Barat di dalam bukunya Orientalism (1978) dan Covering Islam (1981), sikap prejudis Barat terhadap Islam dan Dunia Muslim tidaklah terhakis. Bahkan sikap ini akan terus menyelubungi pemikiran Barat selagi mana Islam dianggap sebagai ancaman politik dan ekonomi. Bagi sesiapa yang yang mengkaji Islamophobia, kempen untuk memburuk-burukkan Islam bertitik tolak daripada ketakutan yang tidak berasas terhadap Islam dan ia akan akhirnya mempengaruhi masyarakat awam Barat. Sebagai kesan jangka masa panjang, akan terjelma suasana kebencian dan kurang selesa di kalangan masyarakat-masyarakat Barat akan sesuatu yang berbentuk Islamik. Bahkan sudah wujud tanda-tanda di kalangan politikus Barat bahawa Islam dan dunia Islam adalah sesuatu yang menakutkan dan harus dipencilkan.
Perubahan iklim politik dunia di era globalisasi ini akan tetap mempengaruhi sudut pandangan Barat terhadap Islam. Tidak ada jalan lain bagi umat Islam selain daripada berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunah dan mewujudkan kembali keagungan tamadun Islam yang pernah menerajui dunia suatu masa dahulu. Penguasaan sains dan teknologi amat-amatlah diperlukan untuk membangun ummah yang tahan uji dan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.
* DR. AMINI AMIR ABDULLAH dari Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia (UPM).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0323&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm##ixzz2rxZbFfL7
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak