DOA MAJLIS PERNIKAHAN
andan Lake Club, Kuala Lumpur
23 April 2011 (Sabtu)
8.00 MALAM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Kind,
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ اْلكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى جعل لنا متزوجين وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سيدنا محمد رحمة للعالمين وَعَلَى ءَالِهِ الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. a Allah, pada petang yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.
اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.
اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah. Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Segala puji-pujian adalah milik Allah. Kami memujiMu, memohon pertolongan dan keampunan kepadaMu Ya Allah. Kami berlindung kepada Mu Allah daripada segala kesalahan dan keterlanjuran kami. Sesiapa yang dianugerahkan hidayah oleh Allah s.w.t., maka tiada seorangpun yang mampu menyesatkannya. Barang siapa yang disesatkanNya, maka tiada seorangpun yang memberi petunjuk kepadanya. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah semata-mata yang tiada sekutu bagiNya dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba dan rasulNya. Bersempena dengan majlis walimah ini, kami memohon inayah dan rahmatMu Ya Allah, agar dikurniakan kepada kedua mempelai yang diraikan malam ini, iaitu ________________________________ dan __________________________________ kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan zuriat yang beriman lagi bertaqwa.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sesungguhnya kami menyedari bahawa Engkau telah menjadikan semua makhluk ciptaanMu berpasangan. Benarlah firmanMU: 36. Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.
Ya Rahman Ya Rahim,
Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada kedua pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka. Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan pengantin yang diraikan hari ini keintiman, kecenderungan dan perasaan tenteram sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan. Sungguh benarlah firmanMu Ya Allah: 21. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sesungguhnya pasangan yang diraikan dalam walimatul’urus ini telah menunaikan salah satu suruhan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dalam sabda baginda yang bermaksud: “Sejahtera ke atas kamu yang memilih jalan pernikahan kerana kamu telah memilih untuk menutup jalan maksiat”. Anugerahkanlah zuriat yang berkualiti dan warisan anak-pinak yang banyak kepada mereka sesuai dengan firmanMu: 1. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. 2. dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan Yang baik Dengan Yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) Dengan harta kamu; kerana Sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa Yang besar.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sesungguhnya kami sedar betapa hebatnya hikmah orang yang bernikah berbanding mereka yang hidup bujang dan betapa Islam memuliakan mereka yang memilih jalan pernikahan daripada mereka yang masih terdedah dengan pintu-pintu kemaksiatan. Dengan hanya satu lafaz agung, yang haram menjadi halal, yang maksiat menjadi ibadah, yang keji menjadi suci terpuji.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling mudah untuk menghalalkan cinta sepasang anak Adam ini. Bahagiakanlah pasangan ini dahulu, kini dan selamanya. Engkau semaikanlah putik dan bunga-bunga kasih yang mekar dalam mahligai pasangan ini. Jadikanlah pasangan ini merpati dua sejoli yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya. Engkau tegakkanlah pintu ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan pasangan ini biar apapun badai yang melanda. Ya Allah, engkau anugerahkanlah pepohon cinta yang berpanjangan dan hubungan yang berkekalan dan semaikanlah bibit cinta mereka keranaMu ya Allah. Kami merakamkan ucapan Barakallahulakum Wa Baraka’Alaikum Wa Jama’a Bainakuma Fil Khair (Mudah-mudahan Allah melimpahkan barakah kepada pasangan yang diraikan perkahwinan mereka hari ini dan semoga Allah melimpahkan kebahagiaan ke atas mereka dan mempertemukan mereka dalam kebaikan.
اَللَّهُمَّ يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا بَدِيْعَ السَّمـوَاتِِِ وَالأَرْضِ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار
وَأََََََدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلاَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
رَبَّناَ ظَلَمْناَ أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَ تَرْ حَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.