Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Tuesday, November 10, 2015

Tawfik Ismail menghasut dan menghina Perlembagaan – Perkasa (Free Malaysia Today)

Tawfik Ismail menghasut dan menghina Perlembagaan – Perkasa

 | November 10, 2015
Tawfik tidak boleh mempertikaikan kewujudan JAKIM kerana penubuhannya termaktub mengikut Perlembagaan Malaysia.
jakim
PETALING JAYA: Cadangan Tawfik Ismail, anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimansuhkan disifatkan sebagai kenyataan menghasut dan menghina Perlembagaan Malaysia.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memandang serius kenyataan itu dan menggesa Tawfik Ismail segera memohon maaf kepada JAKIM dan umat Islam agar tidak berlaku sebarang komplikasi negatif kepada beliau.
“Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia, Perkara 1 (4), Perkara 12 (2), Perkara 121 (1A) dan ikrar Yang DiPertuan Agung di bawah Perkara 37 (1) memanifestasikan bahawa pihak kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk menubuhkan, mengurus dan memberikan dana kepada mana mana institusi berkaitan Islam.
“Perkasa berpandangan bahawa beliau tiada hak untuk mencampuri urusan pentadbiran JAKIM dalam negara ini,” kata Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Amini Amir Abdullah.
Tambahnya, Perkasa juga berpandangan kewujudan JAKIM tidak boleh dinafikan dan dipertikaikan kuasanya kerana ia telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
“Peruntukan mengenai Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Malaysia semestinya memanfaatkan umat Islam dan memberikan kelebihan kepada agama Islam sebagai agama rasmi manakala Yang DiPertua Agung (YDPA) adalah ketua agama negara dan para Sultan adalah ketua agama bagi negeri negeri mereka.
“Dengan tegas, Perkasa ingin menyatakan bahawa Islam mempunyai kedudukan yang sangat istimewa dalam Perlembagaan Malaysia dan sentiasa terpelihara.
“Apabila peranan JAKIM sebagai institusi agama yang paling berautoriti dalam negara ini dipertikaikan, maka ia adalah satu tindakan yang bertentangan dengan aspirasi negara, kerajaan yang memerintah dan umat Islam sendiri.” ujarnya.
Sebelum ini, Tawfik dilaporkan berkata, JAKIM dicipta pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan ia seolah-olah bertugas tanpa tujuan selain campur tangan dalam kehidupan peribadi rakyat Malaysia.
“Saya rasa JAKIM perlu dimansuhkan. Saya tidak fikir JAKIM perlu wujud. Apa yang kerajaan takut? Anda mempunyai 13 mufti dengan 13 fatwa yang berbeza dan 13 cara berlainan untuk mendalami (agama).
“Apakah tujuan JAKIM? Sijil halal? Yang boleh pergi ke Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan, Apa lagi yang JAKIM lakukan? Cetak Al-Quran? Kita mempunyai seorang menteri komunikasi,” kata Tawfik yang juga bekas Ahli Parlimen berusia 64 tahun itu.

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak