Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Thursday, January 8, 2015

SEBAB SEBAB KUMPULAN 25 EMINENT MALAYS MENULIS SURAT DALAM THE STAR (8 DISEMBER 2014)

SURAT  KUMPULAN 25 EMINENT MALAYS DALAM THE STAR (8 DISEMBER 2014)
Ramai yang tidak mengetahui sebab-sebab 25 Eminent Malays menulis surat dalam The Star pada 8 Disember 2014. Artikel mereka itu diberi judul "Need For A Consultative Process: 25 Top Malay Figures Call For Rational Dialogue On Application of Islamic Laws".

Sebabnya adalah seperti berikut:

1. Memberi tekanan kepada Perdana Menteri YAB. Datuk Seri Najib Razak. Mereka bimbang mengenai isu hudud yang sedang dalam proses untuk dibentangkan dalam Parlimen. 
2. Memberi tekanan kepada YB. Dato' Seri Jamil Khir. Ini berlaku apabila DS Jamil Khir menegur keputusan Hakim Mahkamah Rayuan yang mencampuri urusan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan yang menjatuhi hukuman ke atas 3 orang transgender yang berpakaian wanita. Hakim Mahkamah Rayuan telah terkhilaf apabila bersetuju untuk menghakimi kes ini sedangkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri urusan Mahkamah Syariah kerana akan berlaku kontradiksi.
3. Mereka bimbang dengan kebangkitan NGO Melayu seperti Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan PERKASA. Bahkan mereka menuduh kedua NGO Melayu Islam ini sebagai kebangkitan suara ekstremis.
4. Mereka bimbang dengan kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam yang diterajui oleh JAKIM dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang kononnya tidak melalui proses konsultasi yang sewajarnya dengan semua pihak di Malaysia.

Dalam perkembangan terkini, 3 orang wakil NGO telah menemui Tun Mahathir untuk meminta beliau untuk menyuarakan penentangan ke atas agenda Islam PAS dan hudud sebelum ini. Mereka mahu Mahathir menasihati Najib dalam agenda hudud, kerana mereka beranggapan ia akan memecah belahkan negara. Tiga pemimpin NGO yang dimaksudkan ialah:

i. Farouk Musa, Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF),
ii.  Zainah Anwar, pengasas Sisters in Islam, dan
iii. Chandra Muzaffar, Pengerusi Movement for a Just World (Just).

Tuesday, January 6, 2015

Sumbangan Tamadun Islam Kepada Tamadun Cina

Tamadun Islam banyak mempengaruhi tamadun Cina, antaranya:

1. Islam telah berjaya menawan hati orang-orang Cina. Islam telah merobah akidah lebih 60 juta orang Cina untuk menganut agama Islam. Mereka telah merobah keseluruhan sistem kepercayaan mereka kepada Islam dan meninggalkan kepercayaan lama yang karut marut.
2. Tamadun Islam juga telah merobah cara hidup dan sistem sosial orang Cina Muslim. Mereka meninggalkan arak dan tidak lagi memakan khinzir.
3. Para pedagang Muslim telah membawa agama Islam ke China. Jalan ini sebenarnya dirintis oleh Saad bin Waqqas. Mereka telah mendirikan masjid sebagai pusat ibadah orang-orang Islam. Para pedagang juga telah mendirikan masjid ketika mereka mula mendarat seperti yang terdapat di Guang Zhou. Peninggalan masjid-masjid di China merupakan peninggalan tamadun Islam yang tiada taranya.
4. Semasa Dinasti Yuan, tamadun Islam telah mencapai kemuncak kegemilangan. Tamadun Islam turut menyumbang dalam bidang matematik, perubatan dan astronomi.
5. Semasa Dinasti Ming, Laksamana Cheng Ho (Zanghe), seorang Muslim, telah berjaya membina armada kapal yang lebih besar daripada Marco Polo dan Vasco Da Gama dan berjaya mengelilingi dunia.

Monday, January 5, 2015

Perbezaan Tamadun Islam Dengan Tamadun Barat

1. Sangat besar perbezaan tamadun Islam dengan tamadun Barat. Tamadun Islam berpaksikan akidah Islam manakala tamadun Barat tidak mempunyai paksi yang jelas. Aspek ketuhanan amat ditekankan dalam tamadun Islam yang mengambilkira impak tauhidik dan paradigma tauhid dalam pandangan semestanya yang mencorakkan perkembangan inovasi dan sumbangan tamadun Islam itu sendiri.
2. Tamadun Islam tidak khusus kepada sesuatu bangsa, warna kulit atau sempadan geografi. Manakala tamadun Barat tidak menyeluruh dan hanya spesifik kepada sempadan geografi dan kelompok tertentu sahaja.
3. Tamadun Islam bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah yang mementingkan pencapaian fizikal dan spirituil insan. Ia juga tidak secara per se berbentuk kerohanian semata-mata. Manakala tamadun Barat mempunyai orientasi materialistik yang menjurus kepada kepentingan material untuk memenuhi keperluan dan nafsu manusia.
4. Tamadun Islam mementingkan nilai kerohanian dan kemanusiaan yang meletakkan wahyu mengatasi segala-galanya manakala tamadun Barat tidak mempunyai sumber yang jelas bahkan mementingkan rasional dan empirikal mengatasi segala-galanya.
5. Tamadun Islam mementingkan persoalan epistemologi dan aksiologi yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah manakala tamadun Barat meletakkan justifikasi akal fikiran dan norma masyarakat mengatasi agama.
6. Sistem ekonomi dalam tamadun Islam menolak riba dan sistem yang bertentangan wahyu manakala sistem ekonomi dalam tamadun Barat tidak mengambil kira persoalan keagamaan.

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak