Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Wednesday, December 17, 2014

Siapakah 25 Eminent Malays?

Beberapa puak pembangkang dan pendokong Nasranisasi bertepuk kegembiraan apabila 25 orang Eminent Malays mempersoalkan undang-undang Syariah dan menonjolkan diri mereka sebagai 25 Melayu Ternama. Semuanya bermula apabila akhbar The Star milik MCA tetapi dimonopoli oleh DAP melabelkan mereka sebagai 25 Eminent Malays. Persoalannya ialah, apakah mereka benar-benar eminent? Apakah sumbangan mereka kepada agama, bangsa dan negara? Umum mengetahui mereka ini merupakan penjawat awam PTD yang tidak pernah memperkatakan soal Melayu dan Islam yang secara tiba-tiba entah dari mana muncul, cuba menjadi juara dalam bebarapa isu. Mereka juga mengaku adalah bahawa mereka adalah Melayu yang moderate. Benarkah sedemikian?

Mereka melontarkan kritikan pedas kepada PERKASA. Mereka menghantar surat terbuka meminta pendirian Perdana Menteri terhadap PERKASA yang didakwa tiada toleransi. Dalam akhbar The Star, jurucakap kumpulan tersebut, bekas duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin membidas PERKASA sambil berkata: "Ini kerana kedua-dua kumpulan ini dengan jelas rendah standard, kurang berpendidikan, tidak berupaya melihat sikap perkauman mereka, tidak bertolak ansur, taat membuta tuli dan memusnahkan masyarakat di negara kita." Dalam laporan yang diserahkan kepada YAB Perdana Menteri, semua 25 bekas penjawat awam menyatakan kebimbangan jika ekstremis dan fanatik agama tidak dipantau. Harus disedari, PERKASA mewakili lebih 600,000 ahli Melayu-Islam dan kekuatan mereka sentiasa meningkat daripada semasa ke semasa. Pendirian PERKASA mengenai Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu telah jelas semasa Muktamar Agung PERKASA baru-baru ini. Siapakah sebenarnya pejuang-pejuang Melayu dan Islam. Apakah 25 eminent Malays ini adalah pejuang Melayu dan Islam?

Sementara itu, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Persatuan Peguam Sharie Malaysia (PGSM) dan Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA) berkata kesemua penulis surat itu menyeru ke arah kesederhanaan tetapi gagal menjelaskan konsep itu yang dikatakan diguna pakai oleh kerajaan Malaysia.

Dalam surat terbuka itu, mereka turut mendesak supaya Undang-undang Jenayah Syariah dinilai semula kerana sistem perundangan plural yang wujud sekian lama, menimbulkan pelbagai konflik dan pertindihan antara undang-undang sivil dan syariah. Pada masa yang sama, mereka menegaskan bahawa "Undang-undang berkenaan yang mengkanunkan pelbagai 'dosa peribadi' sebagai jenayah telah membawa kepada kekeliruan dan percanggahan dari aspek substantif serta pelaksanaan".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengulas surat terbuka 25 bekas pegawai tinggi Melayu yang antara lain menyifatkan mereka telah mengheret institusi Islam untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil. Antara lain, katanya: "Kes-kes yang melibatkan hal ehwal Islam, perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Setiap mahkamah telah diagih bidang kuasa masing-masing dan jika wujud sebarang kemusykilan, hal-hal berkaitan undang-undang dan mahkamah itu perlu dirujuk semula kepada asasnya, iaitu perlembagaan negara. Kita juga tidak bersetuju kalau kes-kes berkaitan Islam nak dibicarakan di Mahkamah Sivil. Ini kerana sudah ada pembahagian dan persefahaman awal sejak kemerdekaan".

Ini menunjukkan 25 pegawai "Melayu" cuba mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini adalah satu bentuk penghinaan yang menyalahgunakan istilah kesederhanaan. Lebih baik mereka berehat dengan duit pencen mereka. Tidak usahlah mencampuri hal ehwal kerajaan dan PERKASA. Kita tahu rekod perkhidmatan mereka sewaktu mereka memegang jawatan sebagai penjawat awam. Jadilah pejuang Islam dan Melayu yang tulen. Jangan ikut telunjuk pembangkang!!

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak