Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Wednesday, October 1, 2014

CIA TERLIBAT DENGAN ISLAMIC STATE (IS)?



CIA TERLIBAT DENGAN ISLAMIC STATE (IS)?


Ketika dunia Islam masih tercari-cari definisi negara Islam, secara tiba-tiba wujud sebuah pertubuhan radikal yang bernama Islamic State (IS). Pada pertengahan Ogos 2014, pihak Amerika Syarikat telah melancarkan serangan udara ke atas puak Islamic State (IS). Terdapat beberapa tuduhan bahawa CIA berada di belakang para ekstremis IS yang bergiat aktif Syria dan Iraq. CIA juga dikatakan bergiat aktif dalam kalangan pegawai tinggi kerajaan Iraq di Baghdad.

Asal nama IS itu ialah Al-Dawlah Al-Islamiah (Islamic State). Sebelum ini ia menggelarkan dirinya sebagai Al-Dawlah Al-Islamiah Fi Al-’Iraq wa Al-Syam (Negara Islam Di Iraq dan Syria). Ia juga juga dikenali dalam bahasa Arab sebagai Dā'ish (داعش). Ia juga sebelum ini dikenali sebagai ISIS dan ISIL.

Ia  adalah sebuah negara yang tidak diiktiraf yang digerakkan dan diperjuangkan oleh kumpulan pemberontak Sunni yang aktif di Iraq, Syria dan Timur Tengah. Mereka menganggap diri mereka sebagai khalifah dan mendakwa diri mereka sebagai pihak berkuasa agama ke atas semua umat Islam di seluruh dunia. Mereka mempunyai matlamat untuk membawa kebanyakan rantau Islam di dunia di bawah satu kawalan politik, bermula dengan wilayah di rantau ini termasuk Jordan, Israel, Palestin, Lubnan, Cyprus dan sebahagian daripada selatan Turki. Kumpulan itu telah digambarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu media dan Amerika Syarikat sebagai kumpulan pengganas.

ISIL berasal sebagai satu kumpulan yang bernama Jama'at al-Tawhid wal-Jihad pada tahun 1999. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang lebih terdahulu muncul sebelum daripada Tanzim Qaidat al-Jihad fi Bilad al-Rafidayn-yang dikenali sebagai al-Qaeda di Iraq (AQI)  iaitu kumpulan yang dibentuk oleh Abu Mus’ab Al-Zarqawi pada tahun 2004 yang mengambil bahagian dalam pemberontakan Iraq terhadap tentera Amerika berikutan pencerobohan Amerika pada 2003.

Sepanjang 2003-2011, berlakunya Perang Iraq. ISIL telah menyertai kumpulan-kumpulan pemberontak Sunni untuk membentuk Majlis Syura Al-Mujahidin, yang bersatu dengan  Negara Islam Iraq (ISI). Tujuan asal kumpulan itu adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam di kawasan majoriti Sunni Iraq. Berikutan penglibatan ISIL dalam Perang Saudara di Syria, perjuangannya diperluas merangkumi kawasan majoriti Sunni di Syria. Abu Bakr al-Baghdadi sebagai Khalifah sebenar telah diisytiharkan pada 29 Jun 2014 dan kini dikenali sebagai Amir al-Mu'minin.

Walau bagaimanapun, percubaan ganas oleh Negara Islam Iraq untuk mentadbir wilayahnya membawa kepada tindak balas dari Sunni Iraq dan kumpulan pemberontak lain sekitar 2008. Pada bulan April 2013, ekoran daripada persetujuan pemberontak di Syria untuk bergabung dan bekerjasama dengan ISI telah membentuk satu gerakan baharu yang dikenali sebagai Islamic State of Iraq and Syria (ISIS).

Bahaa Al-Araji, Timbalan Perdana Menteri mendakwa bahawa beliau mengetahui siapa yang berada di belakang Dā'ish.  Pemimpin Syiah di Iraq, Moktada Al-Sadr telah memberi amaran mengenai kemungkinan tentera Amerika Syarikat melakukan serangan darat. Dalam satu ucapannya pada 16 September  2014, beliau secara terbuka telah menyalahkan CIA kerana mengwujudkan IS. Moktada pula dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak Iran.

Amerika Syarikat menguasai Iraq pada tahun 2003. Kebanyakan rakyat Iraq percaya bahawa CIA berada di belakang IS. Kerajaan baharu Iraq pula didakwa berkerjasama dengan pihak Amerika Syarikat dalam kempen yang diketuai oleh Amerika Syarikat untuk mengusir puak ekstremis keluar dari Iraq.

IS yang juga dikenali dengan akronim ISIS telah menguasai kebanyakan kawasan yang dikuasai oleh Muslim Sunni di timur laut Iraq. Penduduk yang berfahaman Syiah pula telah berhijrah beramai-ramai ke kawasan yang dikuasai oleh kerajaan Nuri Kamal Al-Maliki, mantan Perdana Menteri.  Obama yang sebelum itu berjanji untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap IS dengan memperkasa kerajaan yang lebih inklusif di Iraq terlebih dahulu, telah mengambil tindakan lebih awal  sebelum ianya terlaksana.   

Pemimpin-pemimpin Syiah di Iraq telah memberikan amaran kepada Amerika Syarikat untuk tidak menghantar semula tenteranya ke Iraq dengan menggunakan alasan untuk menghalau puak IS. Amerika Syarikat dikatakan “mencipta” IS kerana ingin memasuki semula Iraq atas alasan menghapuskan pengganas.

Abu Bakr Al-Baghdadi, pemimpin IS Iraq menyatakan bahawa dunia tidak dapat menyekatnya. Beliau berkata dalam dalam satu rakaman audio yang tersebar dalam media sosial bahawa konspirasi Yahudi, Kristian, Syiah dan semua kerajaan yang zalim dalam negara-negara Islam tidak akan berjaya menyekat IS daripada memperjuangkan ideologinya.

Banyak pihak yang menyalahkan Maliki, mantan Perdana Menteri yang berfahaman Syiah. Terdapat dua kelompok sekarang iaitu penyokong-penyokong Sadr dan Maliki. Maliki dikatakan gagal mengwujudkan ketumbukan tentera yang kuat dan setia. Di bawah kepemimpinan Maliki, tentera didominasi oleh Syiah. Maliki dikatakan mengwujudkan jurang di antara tentera yang berfahaman Sunni dan Syiah hingga membawa kepada perpecahan. Pihak Syiah juga mempunyai satu briged tentera yang berfahaman Syiah. Maliki juga turut dikritik kerana tidak memberikan perhatian menyelesaikan masalah sosio-ekonomi rakyatnya baik yang berfahaman Syiah ataupun Sunni.

Di bawah pimpinan Abu Bakr al-Baghdad, ISIS menjadi satu perkumpulan separa tentera yang kuat. Ia mendapat sokongan di Iraq sebagai satu respon akibat daripada diskriminasi ekonomi dan politik terhadap orang Sunni Iraq. Pada bulan Jun 2014, ia mempunyai sekurang-kurangnya 4,000 pejuang dalam barisan hadapan di Iraq. Ia telah mendakwa bertanggungjawab bagi serangan ke atas sasaran kerajaan dan tentera dan telah membunuh beribu-ribu orang awam. Secara beransur-ansur, bilangan pejuang dalam kumpulan itu telah meningkat kepada 50,000 dalam Syria dan 30,000 di Iraq manakala CIA menganggarkan bahawa dalam kedua-dua negara itu mempunyai antara 20,000 dan 31,500 pejuang (pada September 2014). ISIS mempunyai hubungan yang rapat dengan al-Qaeda.

Terdapat beberapa sebab kenapa CIA boleh dikatakan terlibat secara tidak langsung dengan IS. Pertama, terdapat beberapa gerakan di Amerika Syarikat yang memperjuangkan perlembagaan Islam untuk umat Islam di Amerika Syarikat. Ia amat berkait rapat dengan fenomena perjuangan menegakkan negara Islam dalam dunia Islam kontemporari. Hal ini menggusarkan Amerika Syarikat yang sangat teliti dalam menyelidik gerakan-gerakan kebangkitan Islam. Amerika Syarikat amat gusar jika gerakan ini menjadi gerakan global. Dengan melabelkan gerakan IS sebagai pengganas, Amerika akan dapat menyekat kemaraan dan pengaruh gerakan penubuhan Islam yang lain. Kedua, seperti di Afghanistan, Amerika berjaya mengekang pengaruh Rusia apabila ia melatih tentera-tentera Taliban untuk mengusir keluar Rusia dari Afghanistan. Akhirnya pemerintah Afghanistan yang pro-Amerika dapat bertapak di Afghanistan. Begitulah juga di Iraq dan Syria. Akhirnya pemerintah yang pro-Amerika dan Barat akan dapat dibentuk di kedua negara ini. Pengaruh Amerika akan semakin meluas!

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak