Lawatan Najib Ke Gaza Bawa Sinar Harapan Buat Penduduk Palestin
KUALA LUMPUR: Sikap mengambil berat dan prihatin
Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap permasalahan rakyat memang telah
terbukti di Malaysia dan dedikasi itu kini melebar melepasi sempadan
negara.
Sebagai Perdana Menteri, keupayaan Najib memainkan peranan perantara dalam konflik antara Bangsamoro dan kerajaan Filipina tahun lepas memberi isyarat jelas terhadap keupayaan Malaysia menangani isu antarabangsa.
Kini, setelah mencatat sejarah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertamamenjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan keSemenanjung Gaza semalam, kelibat Najib di bumi para nabi itu tentunya menzahirkan harapan sebuah pendamaian baru mampu dijelmakan.
Beberapa ahli akademik dan tokoh politik ketika diajukan persoalan berhubungsignifikasi lawatan Perdana Menteri itu menyimpulkan tindakan berani Najibmemasuki kawasan yang belum stabil dari aspek keselamatannya membuktikan Malaysia prihatin terhadap nasib penduduk Palestin dan layak digelar pemimpin yang menjuarai umat Islam.
Dr Amini Amir Abdullah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata selain meningkatkan imej peribadi Perdana Menteri, lawatan kemanusiaan oleh pencetus Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu juga bakal memudahkan urusan perdamaian pihak bertelagah di Palestin, sekaligus memberi isyarat kepada kalangan negara Islam dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk segera berbuat sesuatu.
Katanya rakyat seharusnya berbangga memiliki seorang pemimpin yang memulakantugas di awal tahun dengan menumpukan kepada perkara membabitkan kepentinganumat Islam, malah yakin lawatan ke Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin itu akan menjadi satu daripada impak terbesar tahun 2013 yang dilakukan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.
"Di sebalik aspek keselamatan yang belum stabil, Najib memberanikan diri untuk hadir ke Gaza bagi merasai sendiri kekurangan yang dirasai penduduk Palestin, dan itu merupakan tindakan berani yang amat luar biasa bagi seorang pemimpin bergelar perdana menteri.
"Dari segi imej, Najib akan lebih dihormati, orang akan lihat di bawahkepimpinan beliau negara mula mengorak langkah yang lebih drastik dalam membantudan meningkatkan hubungan diplomatik dengan Palestin, yang mana sebelum ini hanya dilakukan melalui penglibatan atau misi oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian.
"...dan saya percaya lawatan itu bukan sekadar untuk meninjau atau mengerat hubungan silaturahim tetapi ia secara tanpa sedar menunjukkan perpaduan ummah yang kukuh melangkaui batas geografi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.
Mengenai tindakan sesetengah pihak yang cuba mengaitkan tarikh lawatan itu sebagai taktik meraih undi menjelang pilihan raya umum yang bakal tiba, pensyarah daripada Fakulti Ekologi Manusia itu berkata ia mungkin hanya satu kebetulan kerana sudah tentu perancangan Perdana Menteri untuk melawat Palestin, lokasi berkonflik tidak boleh dibuat dalam tempoh segera atau tergesa-gesa.
Amini Amir berkata isu cuba meraih undi sepatutnya tidak timbul kerana jikadiimbau, sokongan Malaysia dan kepimpinan negara terhadap penduduk Palestin danperjuangan Hamas bukanlah sesuatu yang baru atau asing bagi masyarakat setempat.
"Saya percaya ia akan dijadikan isu tetapi kalau setiap daripada mereka yang ingin membuat indikasi sedemikian berfikir secara lebih positif, lawatan itu tentunya akan dilihat dari aspek yang lebih kritis iaitu Malaysia di bawah Najib sentiasa dekat dengan permasalahan yang dihadapi ummat Islam, bukan saja di Malaysia bahkan melewati seantero dunia," katanya.
Beliau berkata takrifan hubungan diplomatik yang sering dikaitkan dengan pemeteraian sesuatu perjanjian juga perlu didefinisikan semula kepada skop yang lebih luas dan makna baru itu terserlah melalui pertemuan atau lawatan secara bersemuka yang dilakukan Perdana Menteri Rabu.
Cara lawatan secara bersemuka yang dipelopori Perdana Menteri itu jugatentunya bakal memberi impak diplomatik lebih besar kepada pembinaan ataupengukuhan hubungan antara dua negara, katanya.
Pensyarah Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia ProfMadya Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata kaedah bersemuka serta rundingan yangdiaplikasikan Malaysia dalam menamatkan persengketaan dan telah terbukti berjayasebelum ini mampu membawa pihak Hamas dan Fatah yang bertelagah ke meja rundingan.
"Malaysia telah memiliki rekod baik menjadi perantara dalam menamatkan perang saudara di Selatan Filipina dan tidak mustahil peranan sama boleh dimainkan Perdana Menteri dalam isu Palestin," katanya.
Beliau berkata walaupun tindakan itu mempunyai risiko tersendiri tetapiperanan Malaysia yang diperakui negara Islam dan pemimpin OIC perlu diteruskandemi kelangsungan masyarakat Palestin yang aman.
"Malaysia perlu berperanan dan kita tidak boleh kecewakan mereka, malah sesiapa sahaja boleh memberikan sokongan dan bantuan tanpa perlu dibatasi ideologi politik," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata lawatan kemanusiaan Perdana Menteri ke Gaza membantu meningkatkan profil Malaysia sebagai sebuah negara yang prihatin terhadap perjuangan rakyat Palestin.
"Tahniah dan syukur. Ini menunjukkan bahawa perdana menteri seorang pemimpin yang berani dan bertanggungjawab yang boleh menjadi juara kepada umat Islam didunia dan bukan sahaja juara rakyat di Malaysia," katanya.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata bantuan yang ditawarkanMalaysia untuk menjadi orang tengah dalam pelan pendamaian antara Hamas danFatah juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah juara dalam menangani isu yangpaling besar dihadapi oleh umat Islam di Timur Tengah itu.
Menurut Perdana Menteri lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza adalah kerana mengikut kata hatinya yang ingin berada bersama-sama dengan rakyat Palestin, seterusnya menjadi lambang yang amat kukuh terhadap sokongan padu kepada rakyat Palestin.
"Tiada cara yang lebih baik...ini cara terbaik untuk menjejak kaki ke Gazabagi menzahirkan sokongan kami kepada rakyat Palestin," katanya dipetik ketikaberucap semasa pertemuan dengan menteri Kabinet Palestin di Bandaraya GazaSelasa. BERNAMA

No comments:
Post a Comment