Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Sunday, January 20, 2013

Fitnah Kini Penyambung Hayat Pembangkang Untuk Berdepan PRU 13

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Pakatan Pembangkang dilihat menggunakan pelbagai cara dan pendekatan termasuk menjadikan fitnah sebagai talian hayat mereka dalam usaha untuk menyerang Barisan Nasional dan UMNO secara berterusan sehinggalah menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yang akan tiba tidak lama lagi.
Jika diperhatikan isu-isu yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang, kebanyakannya adalah isu-isu yang tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya, malah ada sesetengahnya secara terang-terang merupakan satu fitnah dan pembohongan, demikian jelas seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Amini Amir Abdullah.
“Saya berpendapat bahawa Pakatan Pembangkang hari ini begitu terdesak untuk memburuk-burukkan imej kerajaan, sehingga terpaksa berbohong dengan menggunakan isu-isu yang tidak berpaksi kepada fakta yang sahih.
“Apa yang kita lihat, mereka berkempen dengan cara menimbulkan isu-isu sebegini tanpa mempedulikan kebenarannya, hanya semata-mata bertujuan  untuk mempengaruhi minda rakyat di negara ini agar benci dan marah kepada kerajaan, “ ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, perkara seperti ini berlaku lantaran Pembangkang tidak lagi mempunyai isu-isu yang kukuh untuk digunakan sebagai modal untuk menghentam kerajaan,  memandangkan kerajaan hari ini telah melaksanakan segala program demi kebaikan negara serta menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat.
“Kita boleh lihat apabila mereka menimbulkan isu-isu sebagai contoh, isu kapal selam Scorpene, isu Altantuya, isu pampasan buruh landasan maut ketika penjajahan Jepun sedangkan perkara itu telah dinafikan oleh negara Jepun sendiri, dan banyak lagi isu yang tidak mempunyai fakta dan bukti yang sahih.
“Bagi saya, mereka cuba menipu rakyat tetapi saya yakin rakyat negara ini tidak mudah tertipu dengan segala fakta putar belit mereka itu. Mereka boleh bercakap bohong pada setiap masa tetapi mereka tidak boleh membohongi rakyat sepanjang masa,” tegas beliau.
Selain itu beliau turut mengkritik isu pemilihan jawatankuasa tertinggi Pusat DAP (CEC) yang disifatkan beliau sebagai satu permainan politik yang cuba untuk mengaburi mata rakyat, khususnya pada orang Melayu.
“Saya hairan macam mana sebuah parti yang begitu lantang mengkritik SPR, tersalah kira undi hanya dalam sebuah pemilihan sekecil itu. Bahkan jumlah undi tersebut bukan sikit, masakan mereka terlepas pandang. Kesilapan mengira undi sebegini tidak pernah terjadi dalam mana-mana parti politik di tanahair sebelum ini.
“Ini semua bagi saya adalah permainan politik Pakatan Pembangkang, khususnya DAP. Mereka sengaja mengubah jumlah undi tersebut dan memberikan kepada calon Melayu agar parti itu dilihat sebagai sebuah parti terbuka untuk semua kaum, sedangkan hakikatnya tidak,” jelasnya. -http://www.umno-online.my/?p=75798

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak