Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Tuesday, March 8, 2011

Krisis Di Libya: Di Mana Perpaduan?

Krisis Di Libya: Di Mana Perpaduan?
Suara Pusat Islam Universiti Putra Malaysia
11 Mac 2011

Krisis di Asia Barat dan Afrika Utara yang bermula di Tunisia dan kemudiannya Mesir kini merebak ke Libya secara tidak disangka-sangka. Muammar Gaddafi memerintah Libya selama 42 tahun. Rakyatnya menolak pemerintahannya yang terlalu lama dan mengadakan tunjuk perasaan di serata Libya. Saya percaya masalah sosio-ekonomi rakyat adalah masalah yang telah lama berakar umbi di Libya. Melalui kenyataan akhbar menerusi telefon, beliau menyatakan bahawa Libya akan musnah jika beliau meletakkan jawatan. Satu pujukan yang telah lali kita dengari dalam mana-mana kancah politik. Sebab itu, beliau bermati-matian akan mempertahankan kedudukannya.

Dalam satu ucapannya di Dataran Hijau Tripoli di hadapan para penyokong kuatnya, Ghaddafi yang merupakan seorang Kolonel ketika menguasai Libya pada tahun 1969 telah menyatakan bahawa puak ”pemberontak” akan ditewaskan. Katanya lagi, ”...menyanyilah, menarilah dan bersedialah kamu semua, jika perlu, kita akan buka semua gudang senjata kita”!

Gaddafi mengekang kebangkitan rakyatnya sendiri dengan menggunakan pasukan tentera yang masih setia kepadanya dan tentera upahan dari Republik Chad dan beberapa negara Afrika yang lain dengan gaji yang lumayan. Bahkan beliau mengedarkan senjata kepada puak yang masih menyokongnya untuk berhadapan dengan para penentangnya dengan slogan ”Bersedia Untuk Mempertahankan Libya”. Gaddafi juga mengapi-apikan sesama rakyatnya iaitu penyokong dan penentangnya dan ini boleh membawa kepada krisis yang lebih serius iaitu peperangan saudara. Pertempuran yang serius berlaku di Tajoura antara orang awam dengan pihak tentera serta kelompok orang awam yang merupakan penyokong-penyokongnya. Taktik dan strategi melaga-lagakan rakyatnya sendiri bakal mencetuskan perang saudara di Libya. Ini dilakukan atas nama kuasa dan kedudukan.

Implikasi krisis di Asia Barat dan Afrika bakal membawa kepada ekonomi dunia. Harga minyak dijangka meningkat mendadak, kos pengeluaran akan melonjak, inflasi akan turut mengancam ekonomi negara yang tidak kukuh, kenaikan ekstrem harga barang dan perkhidmatan, pengangguran akan berleluasa dan ini akan membawa kepada peningkatan masalah sosial dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap negara yang diperintah. Di Libya, rakyatnya beratur panjang dengan membawa tong-tong minyak untuk membeli minyak. Ghaddafi telahpun memperkuatkan pasukan separa tentera untuk membantu tenteranya yang setia menentang para pemberontak. Setakat 2 Februari 2011, NATO telah mengenakan zon larangan terbang di ruang udara Tripoli dan bandar-bandar yang lain.

Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu telah meluluskan embargo senjata, sekatan perjalanan dan pembekuan aset terhadap Gaddafi dan anak-pinaknya.  Barrack Obama mencadangkan dirampas semua harta Gaddafi dan saudara-maranya di Amerika dan di institusi kewangan milik Amerika. Ban Ki-moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengeluarkan kenyataan bahawa 1,000 orang telah terkorban setakat ini dalam insiden di Libya.

Kita menyeru kepada rakyat Libya agar bersatu kembali. Jika tidak, malapetaka besar akan berlaku dalam negara tumpah darah mereka sendiri dan musuh akan bermaharaja lela. Tiada siapa yang tahu siapakah dalang di sebalik revolusi yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Bahrain dan Algeria. Semestinya Israel, Zionis dan orang-orang Yahudi bertepuk tangan bergembira!!

6 comments:

hamzi said...

di sebalik keangkuhan pemimpin mereka, kebangkitan rakyat mereka, pergolakan yang berlaku di sekitar asia barat sana sudah semestinya membuatkan zionis ketawa...

tetapi yang mengejutkan saya dr.,bagaimana sebuah demi sebuah negara yang berhampiran mengalami masalah ini?

seperti yang berlaku di Mesir,jika demokrasi yang diamalkan itu telus,dari mana datangnya puluhan ribu rakyat yang tidak menyokong pemimpin yg dipilih itu?

kehancuran perpaduan di negara-negara-negara itu sendiri mengakibatkan barat tersenyum dan bertepuk tangan...moga dijauhkan perkara seperti ini di negara kita.insya-Allah.

Unknown said...

salam...dr. mengenai pemberontakan di libya, saya ada terbaca mengenai terdapat negara barat terutama us yang menyatakan ingi memberikan bantuan ketenteraan kepada pemberontak di libya. saya merasakan bahawa mereka sedang menunggu kejatuhan sebuah lagi negara islam....apa pendapat dr.

Dr. Amini Amir Abdullah said...

Salam Hamzi dan "One" serta pembaca yang budiman...

Musuh akan mudah menguasai jika kita berpecah-belah...Kita hindari ia daripada berlaku...TQ

izzat muhd said...

betul tu....kekuatan negara bergantung kepada rakyatnya. jika berlakunya perpecahan dikalangan rakyat maka negara secara autamatic nya akan menjadi lemah.....ini kerana keadaan dalam negara tidak stabil dari segi ekonomi dan ketenteraan....maka musuh luar mudah untuk menguasai negara tersebut....

Dr. Amini Amir Abdullah said...

Salam One,

Saya menerima maklumat 2 buah kapal perang induk US telah berada berdekatan dengan Libya... Ada sesuatu yang akan berlaku dalam tempoh terdekat.

hamzi said...

salam dr,ini bermakna mereka (US) mmg akan campur tangan dalam hal ini...adakah ini akan menambahkan stok gelen-gelen myk simpanan amerika?sama-sama kita nantikan.

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak