Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Tuesday, March 31, 2009

Ulasan Artikel Jurnal Mahasiswa/i Saya Yang Cemerlang Kursus SKP2204 Hubungan Etnik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SKP 2204 HUBUNGAN ETNIK
Semester Kedua Sesi 2008/2009

KUMPULAN KURSUS : 32

PENSYARAH : Dr. Amini Amir Bin Abdullah

ULASAN JURNAL: "PERTEMBUNGAN KETAMADUNAN ATAU PERTEMBUNGAN KEAGAMAAN: MANAKAH YANG LEBIH PENTING DALAM PENENTUAN KONFLIK ETNIK?"

KUMPULAN SAMUDERA
NUR AMIRAH BTE ABDUL RAHMAN 146320
NURUL AZREEN BTE MUSTAFFA 147006
NORHUZAIMA BTE MOHD RASHID 148991
NUR ZAHARAH BTE HAMDAN 149290
RAIHANA BTE ABU BAKAR 146842
NORASYIQIN BTE ABD RASIB 146327
PERTEMBUNGAN KETAMADUNAN DAN PERTEMBUNGAN KEAGAMAAN
Pada tahun 1993, Samuel Huntington memulakan penghujahan tesisnya iaitu ‘pertembungan ketamadunan’. Tesis tersebut mengandungi dua perkara. Pertama, dia membantah tentang konflik Perang Dingin dengan mendefinisikan semula pertentangan kedua-dua ideologi Barat; demokrasi dan komunisme. Walau bagaimanapun, pada penghujung Perang Dingin, konflik ideologi ini telah pudar dan bertukar kepada konflik antara ketamadunan.
Hujah kedua Huntington pula bermula sekitar penghujung Perang Dingin, di mana telah wujud penolakan pihak asing terhadap kuasa Amerika. Ini merobah polisi pihak Barat terhadap negara-negara asing. Nilai Barat dan budayanya juga dikatakan semakin terhakis. Jadi, Barat perlu berkerja keras untuk menerapkan nilai tersebut ke atas masyarakat bukan Barat. Semasa dunia menjadi lebih moden dan kurang kebaratan, Huntington menjangkakan meningkatnya pertembungan antara Barat dengan tamadun Islam dan Konfusianisme.
Metodologi kuantitatif telah digunakan untuk membandingkan kesan pertembungan ketamadunan dan keagamaan (teori Huntington) terhadap konflik etnik era selepas Perang Dingin. Kaedah kuantitatif ini agak baru diperkenalkan. Sebilangan kecil sarjana menyertai debat untuk menolak tesis Huntington dengan kaedah kuantitatif. Gurr (1994) misalnya menemukan seawal tahun 1990an, tiada bukti di mana konflik utama etnik berkait rapat dengan persoalan pertembungan tamadun. Henderson dan Singer pula mendapati perbezaan ideologi politik adalah punca utama konflik etnik dan bukannya perbezaan budaya. Russet et. al. (2000) mendapati perbezaan liberalisme dan realisme lebih tepat untuk menjelaskan sebab-sebab peperangan pada tahap antarabangsa berbanding perbezaan ketamadunan. Henderson (1997,1998) mendapati perbezaan keagamaan lebih berkait rapat dengan punca peperangan antarabangsa dan perbezaan budaya juga mempunyai pengaruh.
Terdapat satu hujah berkenaan dengan tesis Huntington yang perlu dikaitkan dengan mana-mana tafsiran kuantitatif. Kritikannya terbahagi kepada beberapa kategori. Teorinya tidak mempunyai fakta yang kukuh, kelihatan sambil-lewa serta terdapat percanggahan, tiada analisis sistematik berkaitan dengan kontroversi ketamadunan dan situasi politik.
Konsep tamadun mengikut Huntington amat jelas dan ia menunjukkan ciri sesuatu tamadun itu termasuklah pencapaian dari segi keagamaan dan etnik. Ini berdasarkan tafsiran beliau iaitu tamadun itu mencakupi ketinggian budaya dan tahap ketinggian identiti budaya sesuatu kumpulan yang mencakupi aspek bahasa, sejarah, agama, institusi, dan pengenalan diri. (1993a:24)
Huntington telah menghuraikan pertembungan dan integrasi antara agama dan tamadun. Senarai ini telah dibangkang oleh Nussbaum (1997), Smith (1997) dan Tipson (1997). Huntington (1993a, 1996a : 45-8) mengkategorikan dunia kepada 8 jenis tamadun utama iaitu; Western, Confucian/Sinic, Japanese, Islamic, Hindu, Slavic-Orthodox, Latin American dan ‘kemungkinan’ African-Islamic-Hindu .
Tamadun Islam dan India menjadikan nama agama-agama mereka sebagai sifat yang mencerminkan tamadun mereka. Tamadun Confusion/Sinic tergolong dalam Confucianisme dan ini dibuktikan oleh Buddhisme sebagai ‘komponen utama’ (Huntington, 1996a:45). Tamadun Barat terhasil daripada reformasi dan gabungan agama Katolik dan Protestan’ (Huntington, 1996a: 46). Tamadun Slavic-Orthodox berkembang daripada Christian Orthodox (Huntington 1996a: 45-6). Budaya Latin American berkembang mengikut acuan Barat terutamanya agama Katolik. Tamadun Jepun pula mempunyai satu tradisi agama yang tetap termasuklah yang paling dominan iaitu Shintoisme.
Etnik didefinisikan berdasarkan konsep persepsi kendiri (telah dinyatakan oleh Gurr). Walau bagaimanapun, Romanucci-Ross dan DeVos (1995) menidakkan konsep persepsi kendiri dan bersetuju identiti adalah komponen terpenting dalam sesuatu kelompok etnik. Perkara ini mempunyai persamaan dengan definisi tamadun oleh Huntington.
Huntington mendasarkan konsep tamadun kepada keagamaan. Beliau menolak bahawa permodenan politik dan sosial telah memisahkan manusia dari politik tempatan dan melemahkan negara bangsa. Di dunia sekarang, agama telah mengisi semula ruang di antara mereka yang telah terpisah daripada permodenan (Huntington, 1993a: 25-9; 1996a: 95-9). Huntington terus berhujah bahawa kegagalan komunisme, sosialisme, dan lain-lain yang bersifat kebaratan (dalam ekonomi kapitalis umpamanya), telah mencipta satu vakum ideologi, yang perlu diisi oleh elemen keagamaan. Dengan ini, ternyata jelas bahawa ‘keagamaan adalah satu ciri utama dalam mentakrifkan tamadun’.(Huntington, 1996a: 47).
Rapoport (1994:46) dan Greely (1982: 134) menolak bahawa sesetengah agama lebih cenderung untuk melakukan keganasan. Kowalewski dan Greil (1990), Lincoln (1985: 268-81), Durham (1996), Stark dan Bainbridge (1985) dan Fox (1996a) pula mengkaji peranan institusi-institusi keagamaan dalam membentuk konflik.
Kajian ini menyelidiki pengaruh perbandingan keagamaan dan konsep tamadun Huntington terhadap konflik etnik menggunakan data daripada Minorities Risk Phase 3 Dataset (MAR3). Huntington gagal mengambil kira kumpulan majoriti dan minoriti dalam sesebuah tamadun. Berikut adalah beberapa kelemahan dan kekaburan dalam teori Huntington. Pertama, terdapat 40 kumpulan minoriti atau sesuai digelarkan sebagai orang asli tidak bersesuaian dimasukkan dalam apa-apa kategori ketamadunan Huntington. Kedua, Huntington tidak mengambil kira kewujudan tamadun Buddha. Apakah orang Buddha boleh dianggap sebahagian daripada tamadun Sinic/Confusian? Ketiga, Huntington tidak menyatakan siapa yang empunya pemilik tamadun Israel. Dikatakan bahawa tamadun Israel adalah sebahagian daripada tamadun Barat kerana ia mengandungi banyak ciri-ciri tamadun Barat dan Israel dianggap sebagai penceroboh yang mewakili Barat di Timur Tengah. Keempat, pengelompokan tamadun Afrika membuatkan lebih sukar untuk mengkodkan minoriti orang kulit hitam yang tinggal di sesuatu negara. Minoriti orang kulit hitam yang beragama Islam dikod sebagai Islam kerana agama dilihat sebagai ciri utama ketamadunan manakala minoriti orang hitam yang selebihnya dikod sebagai Afrika kerana berdasarkan identiti yang dikongsi bersama. Kelima, kelompok Druze, Sikh, dan Bahai adalah kumpulan yang tidak sesuai untuk disertakan dalam mana-mana kategori Huntington.
Kira-kira 75.5 peratus konflik antara kumpulan berlainan agama (termasuk nama yang berbeza) adalah tergolong dalam konflik peradaban. 83.2 peratus konflik bukan agama tidak melibatkan tamadun. Di samping itu, 53.2 peratus daripada konflik adalah di antara kumpulan yang mempunyai persamaan agama. Oleh itu, pertelingkahan antara kumpulan etnik bagi seagama lebih kerap berbanding kumpulan bagi agama yang berbeza. Hasil kajian ini selari dengan penemuan Fox (1997).
Hasil kajian menunjukkan purata penindasan dan diskriminasi oleh kumpulan berlainan agama adalah lebih tinggi daripada kumpulan tamadun yang berbeza. Ini menunjukkan perbezaan keagamaan itu mempunyai lebih banyak kesan kepada sikap golongan majoriti berbanding kelompok yang berbeza tamadun. Kedua, hasil kajian juga menunjukkan bahawa perbezaan keagamaan itu mempunyai satu pengaruh penting dalam konteks penindasan dan diskriminasi. Perbezaan peradaban, bagaimanapun, tidak memainkan peranan penting. Ketiga, sesuatu tamadun dan agama mempunyai persamaan kesan bagi pembentukan rasa tidak puas hati di pihak minoriti etnik. Keempat, etnik yang paling minoriti tidak ada autonomi. Kumpulan minoriti yang merasai diskriminasi autonomi akan mengekspresikan rasa tidak puas hati.

KESIMPULAN

Matlamat kajian ini adalah untuk menguji beberapa aspek dalam tesis Huntington, “Pertembungan Tamadun”, terutamanya yang berkaitan dengan konflik etnik. Perbandingan kesan impak tamadun dan agama kepada konflik etnik juga telah dihuraikan. Walaupun konflik tamadun dan perbezaan agama tidaklah mempunyai persamaan, namun ianya saling berkaitan antara satu sama lain. Konsep Huntington tentang tamadun telah menandaskan bahawa konflik kelakuan kumpulan majoriti kebanyakannya disebabkan faktor perbezaan agama melebihi faktor perbezaan antara tamadun. Bagaimanapun perbezaan antara tamadun tidak dapat dinafikan sebagai salah salah satu pengaruh kepada konflik ini. Perbezaan antara tamadun yang mempengaruhi konflik etnik sebenarnya disebabkan perbezaan agama. Terdapat juga kemungkinan bahawa agama dan tamadun merupakan pengganti kepada budaya dan perbezaan kebudayaanlah yang menjadi sumber sebenar kepada impak agama dan tamadun ke atas konflik etnik.

Dalam semua kes, persoalan bahawa yang mana lebih signifikan, agama atau tamadun dalam konflik etnik telah terjawab. Ya! Agama adalah jawapannya di samping faktor diskriminasi, tekanan luaran dan masalah perpaduan. Penemuan ini adalah selaras dengan teori Fox, bahawa agama ialah faktor yang penting hanya kepada konflik etnik kumpulan minoriti sahaja.
Semua ini telah membawa kepada kemungkinan bahawa perbezaan tamadun boleh juga menjadi faktor penting dalam konflik etnik. Maka teori Huntington adalah tidak spesifik dan kurang tepat berbanding teori konflik etnik klasik lain. Maka kita boleh mempersoalkan teori pertembungan tamadun sebagai hujah asas. Teori yang sangat klasik tentang konflik etnik, adalah lebih tepat dan sepatutnya menjadi asas kepada pemahaman yang lebih baik mengenai konflik etnik.
Walau bagaimanapun penemuan kajian yang dijalankan adalah bertentangan dengan tanggapan Huntington mengenai konflik antarabangsa. Russett dan rakan-rakannya mengatakan bahawa penjelasan klasik tentang konflik antarabangsa seperti sikap realistik dan liberalism adalah merupakan penjelasan yang lebih baik daripada teori Huntington. Hendeerson pula berpendapat bahawa apabila konflik agama melebihi konflik antarabangsa, kesan ke atas budaya di dalam konflik tidaklah bersifat satu hala. Ia akan menjadi lebih parah lagi.

Friday, March 13, 2009

Ulasan Artikel Jurnal Mahasiswa/i Saya Yang Cemerlang




SKP 2203
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
KUMPULAN 17
BETWEEN A HEGEMON AND A HARD PLACE :
THE ‘WAR ON TERROR’ AND SOUTHEAST ASIAN-US RELATIONS
PENSYARAH: DR AMINI AMIR ABDULLAH
AHLI KUMPULAN:
1.MOHD.SYAFIK B. MOHAMAD HAMDAN 150961
2.MOHAMMED FARID B. YUNUS 150963
3.MALINI NAMBIAR MOHAN 149977
4.KAVITHA RAJAMOORTHY 150034
5.RUTHIRA NAIR A.B.KRISHENAN 149908
Artikel ini menerangkan situasi hubungan ketiga-tiga negara ASEAN (Malaysia, Indonesia dan Filipina) dengan Amerika Syarikat (AS) selepas serangan 11/9, bagaimana dan kenapa negara-negara tersebut pada awalnya menyokong tindakan Amerika dan kemudian menolak untuk berkerjasama dengan AS dan menerangkan kesan-kesan tindakan Amerika dalam peperangan ke atas keganasan terhadap hubungan multilateral.

Selepas kejadian 11/9, Presiden Megawati Sukarnoputri menawarkan sokongan terhadap tindakan AS untuk memusnahkan rangkaian-rangkaian pengganas menerusi lawatannya ke White House selepas sahaja kejadian tersebut. Di hadapan presiden AS, George W.Bush, beliau mengutuk serangan 11/9 sebagai ‘akta kejam dan membunuh orang awam yang tidak berdosa secara rambang’ dan bersumpah untuk bersatu dengan A.S. Sebagai tanda sokongan, beliau membenarkan hak lalulintas udara bagi tentera Amerika dan sebagai balasan kerjasama tersebut, Amerika memberi bantuan dana USD$150 juta kepada bantuan ekonomi Jakarta. Tindakan Megawati mendapat tentangan politik di tanah airnya dan kelihatan hubungan Indonesia –Amerika seperti renggang. Oleh kerana bimbang akan keadaan keselamatan dalam negaranya, Megawati telah mengutuk Amerika menggunakan kekerasan ketenteraan dalam melawan keganasan ketika melancarkan serangan di Afghanistan. Presiden Megawati mengambil langkah berwaspada dengan tidak terlalu bersekongkol dengan Amerika berikutan kerajaan campurannya yang lemah, yang hanya bergantung pada sokongan pihak Islam. Baginya, sokongan daripada pihak Islam masih diperlukan jika ingin memenangi pilihanraya yang bakal berlangsung ketika itu.
Di pihak umat Islam yang berlainan fahaman politik di Indonesia, mereka khuatir apabila Amerika mensasarkan umat Islam sebagai pengganas berikutan pengeboman di Bali dan Hotel Marriot yang melibatkan militan Islam (Jemaah Islamiyah) dan seterusnya mewujudkan perundangan anti-pengganas yang mensasarkan pihak Islam.
Selepas 11/9, Malaysia semakin penting dalam membantu tindakan Amerika menentang pengganas dan bukannya menentang Islam. Bagi Malaysia, kerjasama memerangi keganasan memberi peluang memperbaiki hubungannya dengan Washington. Pada peringkat permulaan, golongan elit Malaysia menyebelahi AS. Walau bagaimanapun selepas AS menggunakan keganasan ketenteraan ke atas Afghanistan dan Iraq, Malaysia membantah keras sebarang pencerobohan dan campurtangan ke atas negara yang berdaulat. Penulis menyatakan bahawa beberapa Kumpulan Islam Malaysia meminta sukarelawan mujahid untuk berjuang di Afghanistan menentang Amerika. Tun Dr. Mahathir menghalang sebarang pergerakan mujahid (dengan maksud membawa idea melampau dan keganasan), dan beliau sendiri mengutuk dengan keras tindakan AS dan menggambarkannya sebagai ‘pembunuhan liar umat Islam’. Tun Dr. Mahathir menyelar tindakan campur tangan Washington dan Canberra terhadap negara-negara berdaulat. Implikasinya, Kuala Lumpur diancam kestabilan ekonomi dan politiknya kerana menyemarakkan sentimen Anti Amerika.
Apa yang menarik ialah, Washington melihat Akta Keselamatan dalam Negeri Malaysia (ISA) sebagai alat untuk menentang keganasan bukannya satu ancaman terhadap kebebasan. Keselamatan Malaysia menjadi bertambah kukuh disebabkan:
1.Kekerapan pergerakan tentera As melintasi ruang udara dan laut Malaysia.
2.Latihan bersama AS dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Navy SEALS di Malaysia sebanyak 2 kali setahun.
3.Penguatkuasaan undang-undang dan perisikan antara Washington dan Kuala Lumpur menjadi lebih rapat dan kuat.
4.Malaysia menjadi tapak untuk mewujudkan Pusat Latihan Anti-Pengganas Serantau Asia Tenggara di Asia.
5.Malaysia menjadi tuan rumah untuk Forum Antarabangsa Terhadap Anti Keganasan dan Jenayah Transnasional Rantau Asean yang diadakan di Sabah.
Presiden Arroyo pula memberi kenyataan untuk menyokong tindakan Amerika dalam kunjungan ke Washington pada tahun 2001. Ganjaran yang diperolehi oleh beliau adalah bantuan ketenteraan yang besar, berjumlah lebih dari USD$100 juta dalam bentuk dana dan kelengkapan, disertai pakej kredit perdagangan dan penurunan tarif. Hubungan Amerika-Filipina berubah sejurus penghantaran 1200 tentera Amerika ke selatan Filipina selepas tragedi 11 September untuk menentang kumpulan Abu Sayyaf. Pada November 2002, kedua-dua negara menandatangani Perjanjian Kerjasama Sokongan Logistik (MLSA) yang memberi hak membawa masuk kelengkapan ketenteraan. Pada November 2003, Presiden Bush menjanjikan lebih banyak tentera Amerika akan dihantar untuk menyokong operasi pasukan tentera Filipina.
Berikut adalah kepentingan dan perubahan hubungan Amerika – Asia Tenggara :
1.Pengenalpastian wilayah yang berpotensi menjadi syurga pelarian Al-Qaeda dan pengganas.
2. Perubahan hubungan Amerika-Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.
3.Pendominasian Maritim Asia Tenggara
Kesinambungan daripada Tragedi 11 September 2001, Amerika dilihat sebagai penstabil keselamatan serantau di Asia Tenggara dan menjalin kerjasama 2 hala di samping kempen anti keganasan. Negara ASEAN mencari inisiatif untuk memelihara autonomi, keselamatan, pembangunan ekonomi dan menyertai agenda pembangunan antarabangsa.
AS dikatakan telah mengeksploitasi Tragedi 11 September 2001 sebagai topeng kepada cita-citanya mencapai kedudukan yang dominan di Asia Tenggara. Anggota ASEAN perlu bersepakat menghindarkan wilayah ini dari cengkaman hegemoni ketenteraan kuasa-kuasa besar dunia. ASEAN juga perlu sentiasa sensitif terhadap segala perkembangan yang sedang berlaku. Situasi keselamatan ASEAN perlu dikaji semula mengikut perkembangan semasa dan senario politik dunia. Perpaduan, kemuafakatan dan toleransi sesama sendiri di dalam sesebuah negara yang berdaulat dan merdeka dapat mengekalkan kemakmuran dan kelangsungan sesebuah negara dalam ASEAN.

Wednesday, March 11, 2009

Tanggungjawab Bapa Memberi Nama Yang Baik Untuk Anak


Nama bayi menggunakan nama malaikat

Assalamualaikum Dr. Amini,

Saya ada sedikit kemusykilan, saya berminat untuk menamakan anak saya dengan nama mikhail, nanum melalui pembacaan beberapa buku untuk menamakan bayi, terdapat ulama yang melarang menggunakan nama malaikat. Jadi saya ingin memohon pendapat Dr. Amini dalam hal tersebut.

Assalamualaikum Puan Emma,

1. Terima kasih kerana menghubungi Pusat Islam Universiti untuk rujukan.
2. Maafkan saya kerana tidak dapat segera menjawab permasalahan puan. Saya bercuti kelmarin.
3. Puan adalah ibu yang bagus kerana memikirkan sedalam-dalamnya dalam menamakan anak sendiri. Ini adalah sunnah Rasulallah s.a.w..
4. Memang benar kata puan bahawa nama-nama Malaikat adalah dilarang ulama.
5. Dalam tradisi Nasrani, terdapat kecenderungan memberikan nama anak-anak mereka dengan nama Malaikat seperti Gabriel (Jibril) dan Michael (Mikail). Ini tidak seharusnya berlaku dalam tradisi Islam.
6. Para Malaikat mempunyai sifat tidak makan-minum dan tidak bernafsu serta tidak bersyahwat. Ini bertentangan dengan fitrah manusia iaitu berkehendak kepada makan-minum serta bernafsu syahwat. Barangkali sebab itu dilarang memberi nama anak dengan nama malaikat sebab sifat Malaikat itu berbeza dengan manusia.
7. Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ”Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya.” Pemberian nama yang baik ibarat doa kepada seseorang. Kesan psikologinya; orang yang bernama yang baik-baik seharusnya melakukan kebaikan sahaja. Nama-nama anak yang baik akan menyerlahkan peribadi murni anak-anak. Rasulallah akan menukarkan nama sahabat yang tidak baik kepada yang baik-baik belaka. Adalah menjadi kewajipan ibu bapa untuk membentuk sahsiah, akhlak, peribadi dan tingkah laku anak-anak mengikut ajaran Islam.
8. Dari Jubair bin Muth’in, katanya Rasulallah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan).” Nama-nama ini elok diberikan kepada anak-anak lelaki.
9. Nama yang baik ialah nama Rasulallah s.a.w. dan para Nabi. Nama-nama para sahabat Nabi seperti Abu Bakr, 'Umar dan seumpamanya bolehlah juga menjadi pilihan. Untuk bayi perempuan, nama-nama isteri Nabi seperti Khadijah, Siti 'Aisyah, Hafsah dan Zainab boleh dijadikan pilihan.
10. Nama-nama Allah boleh diberikan dengan syarat disertakan di hadapannya perkataan 'Abd ertinya hamba misalannya 'Abdullah, 'Abdul Hakim, 'Abdul Wahid dan seterusnya. Ada 99 nama Allah. Ini bersesuaian dengan hadith Nabi; Daripada Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga.”
11. Nama selain daripada itu boleh diberikan kepada anak-anak, asal sahaja ianya mempunyai pengertian yang baik.


Wallahu A'lam Bi Al-Sawab. Terima kasih.

Monday, March 2, 2009

Maulidur Rasul S.A.W.

Maulidur Rasul s.a.w.: “Wahdah Pemangkin Khairu Ummah”
Dr. Amini Amir Bin Abdullah
6 Mac 2009

Jumlah umat Islam seramai 1.7 billion orang di seluruh dunia dan menjadi agama kedua terbesar di dunia adalah kerana wujudnya usaha dan inisiatif dakwah yang dirintis oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat radhiayallahu ’anhum. Usaha dan inisiatif dakwah secara berkesan dan ekstensif kemudiannya diteruskan oleh para Tabi’ dan Tabi’in hingga Islam tersebar ke hampir seluruh pelusuk dunia. Tanpa usaha dan inisiatif dakwah, kita tidak akan dapat menyaksikan kejayaan sebesar ini. Sambutan Maulidur Rasul sepatutnya mengembalikan nostalgia indah kita kepada sikap dan semangat proaktif Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w., para Sahabat r.a. dan Tabi’ serta Tabi’in berdakwah, menyebarkan agama Islam dan mempertahankan maruah umat Islam. Justeru kita perlu mencontohi komitmen dan usaha mereka dalam dalam berdakwah, menyebarkan agama Islam dan mempertahankan maruah umat Islam. Saya menyeru kepada semua umat Islam mengambil contoh teladan daripada perjuangan dakwah dan sirah Rasulallah s.a.w. yang sememangnya relevan dengan kehidupan kita agar kita dapat mengembalikan kegemilangan Islam dan melonjakkan imej umat Islam. Penghayatan cara hidup Islam yang komprehensif akan memberikan impak yang postif kepada kehidupan individu, bekeluarga, bermasyarakat dan juga bernegara.

Kejayaan Rasulullah s.a.w menyebarkan dakwah adalah kerana agama Islam merupakan agama yang mudah dipraktikkan. Baginda mempermudahkan dan tidak memayahkan serta membawa khabar gembira tentang nikmat syurga dan peringatan tentang azab api neraka. Rasulullah s.a.w telah menonjolkan dirinya sebagai role model (Qudwah Hasanah) dari segi akhlak, akidah dan kepemimpinan. Baginda juga melakukan usaha-usaha dakwah yang berstrategi, bersistematik dan berfokus. Proses penyebaran Islam dilakukan secara berterusan dan berperingkat mengikut keutamaan mencakupi persoalan prinsipal dan dasar. Baginda juga mengambil kira faktor demografi orang yang didakwahkan, mentaliti, latarbelakang keluarga, sosial, budaya, sistem kepercayaan, kedudukan ekonomi dan seumpamanya.

Kesan daripada usaha dakwah cukup besar dalam sesebuah tamadun. Dakwah Islamiah membawa manusia kepada kebenaran (al-Haq) dan menolak sebarang kebatilan (al-Batil). Dakwah membawa manusia kepada hidayah Allah dengan izin Allah dan mengeluarkan manusia daripada kekufuran, kegelapan dan kejahilan. Islamlah yang menghapuskan fahaman ideologi berlatarbelakangkan ras, bangsa, warna kulit dan sistem kelas. Sebab itu, nilai universal Islam boleh diterima oleh semua bangsa di dunia ini yang menganut agama Islam. Justeru, tiada diskriminasi ras atau bangsa dalam Islam. Saya menyeru agar umat Islam dalam negara ini agar menggembeling tenaga dan kekuatan untuk melipatgandakan usaha dan inisiatif dakwah. Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) umat Islam juga perlu sentiasa proaktif dan inovatif dalam melaksanakan usaha dakwah agar berkesan dan memberi impak yang tinggi. Perancangan dan usaha dakwah yang bersistematik dan berstrategi akan membuahkan hasil yang memberangsangkan. Komunikasi dalaman sesama pertubuhan perlu ditingkatkan untuk menghasilkan program-program bersepadu yang memberikan impak yang meluas dan berpanjangan.

Kita perlu memantapkan perpaduan sesama kita dan sentiasa bekerjasama dalam semua usaha yang berada dalam kerangka definisi dakwah. Berdakwah secara hikmah dan bijaksana adalah rahsia utama untuk menghasilkan kejayaan dalam berdakwah sama ada dalam dakwah secara lisan atau dakwah secara perbuatan dan tingkah laku. Untuk menjadi khairu ummah (sebaik-baik umat), umat Islam memerlukan sikap yang progresif untuk maju dan terkehadapan serta menguasai ilmu pengetahuan. Umat Islam perlu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al-Sunnah sepanjang masa. Umat Islam perlu lebih aktif dan produktif dalam perniagaan, perdagangan, perusahaan dan keusahawanan serta mampu bersaing sama ada di peringkat lokal ataupun antarabangsa. Kita juga perlu menguasai sains, teknologi, informasi dan teknologi maklumat untuk memartabatkan inisiatif dakwah agar ia memberikan impak yang maksima. Janganlah kita mengecilkan skop dan fokus dakwah kepada dakwah dengan lisan semata-mata.

Dakwah dengan berkesan akan memberikan kelangsungan kepada kewujudan kita sebagai umat Islam di dunia ini. Kita mahukan kecemerlangan, kebahagiaan dan kejayaan sama ada di dunia ataupun akhirat. Kecemerlangan tidak dapat dicapai melalui jalan pintas. Ia memerlukan komitmen, perancangan yang teliti, usaha dan pelaksanaan yang berterusan, penilaian yang tuntas serta semangat juang yang tinggi. Tiada kejayaan tanpa sebarang pengorbanan dan tiada pengorbanan tanpa adanya keikhlasan dan ketulusan hati.

ISLAM AND ETHNIC RELATIONS


Islam, Plural Society And Ethnic Relations
Dr. Amini Amir Bin Abdullah
6th March 2009

Although man was created identical in nature (fitrah), he may be very different from his neighbour and belong to another ethnic group or tribe. Among the differences are: race, origins, stock, culture, religion, language and others. Islam recognizes these differences and never makes any excuse that the multi-racial society is an obstacle in implementing the policies of Islam. Thus, Allah emphasizes the need for all human beings to know each other. These universalistic characteristics of Islamic teachings have made it possible for Islam to spread all over the world. Further, the Muslims under the guidance of the Prophet Muhammad s.a.w. have shown their capability to rule and implement Islam in a multi-racial society.

The first government and Islamic state was established in Madinah. During the reign of Prophet Muhammad s.a.w., the society there was a plural one. Compared to Malaysia, it is not impossible to say that the Madinian society was more complex with various ethnic groups. In Madinah, the plural society became the first Islamic state. The Prophet's ruling was accepted by all from the highest ranks to the lowest ranks of society and regardless of their origins, such as Muslims, Jews, Christians or Majusis. They were able to live in peace and harmony without feeling oppressed, fear or discrimination. The rights of the non-Muslims were guaranteed by the Medinan Islamic Constitution under the guidance of the Prophet Muhammad s.a.w.. The non-Muslims not only lived normal lives as did the Muslims, but also their security was protected and guaranteed under the laws. If the Muslims violated their rights, the Muslims would be punished. There was no rejection of the concept of an Islamic State and its rules.[1] In history, most of the Islamic rulers administered affairs by dispensing social justice and to all their fellow citizens regardless of their religious origins. There were lots of examples where the rules of Islam were established within the multi-racial communities.[2] Therefore, the non-Muslims should not be feared of an Islamic state like Malaysia.

In Malaysia, the Muslim majority has lived together with the non-Muslims since an early period in history. The plurality factor and the rejection of the non-Muslims toward the establishment of an Islamic state are reasons created by culprits who own personal interest and agenda. There was no strong concrete evidence to the non-Muslims rejection to the establishment of an Islamic state. And if there had existed a genuine rejection, it was because of their confusion on the concept of an Islamic state as a result of the failure of the Muslims to give correct information regarding the true meaning of an Islamic state, its rules and benefits. Muslims who had their own political agenda and interests could also be blamed for their confusion. As a result of false facts and incorrect information fear and apprehension has arisen among the non-Muslims about their position and rights in an Islamic state like Malaysia.

The Chinese are flexible in their thoughts and way of life. They are able to adapt and acclimatize to any condition or pattern of government. One can observe their placid existence all over the world as long as their economic activities are not interfered with. The Indians and Sikhs behave in a similar way. They want their fundamental rights and religious freedom to be protected. Only Islam is able to offer these privileges to the non-Muslims.[3]

[1] Ilyas Ahmad [1981], The Social Contract and the Islamic State, New Delhi: Kitab Bhavan, pp. 102-114.
[2] For further details see Anwar Ahmad Qadri [1982], Justice in Historical Islam, New Delhi: Kitab Bhavan.
[3] The non-Muslims are able to live under Islamic rule as long as they are convinced that their rights to pursue economic activities, enjoy works and life and practice their cultures are guaranteed. Various negative interpretations on Islam need to be corrected immediately. In Malaysia, the non-Muslims seemed to have received incorrect information regarding the elements of Islamic state as proclaimed by the government. The non-Muslim communities are able to live in a normal way and this should give confidence to non-Muslims in various other states that Islam is not as bad as it has been described.

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak