ADAKAH NABI MUHAMMAD SAW. BERKHITAN?
Khitan adalah salah satu daripada
syiar Islam. Ia bersesuaian dengan fitrah manusia. Dalilnya ialah daripada
Hadis RasulAllah SAW. di mana baginda
bersabda yang bermaksud:
Fitrah itu ada lima: Berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut
bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur (trim) misai (Bukhari dan Muslim).
Rasulullah saw. menyarankan orang yang masuk Islam untuk
berkhitan sesuai sabdanya:
Bermaksud: "Hilangkan darimu
rambut kekafiran (yang menjadi identiti
orang Kafir) dan berkhitanlah." (Abu Dawud, Hadis Hasan).
Hadis ini menunjukkan bahawa
berkhitan bagi mualaf ialah suatu galakan. Bahkan sayugia diperingatkan bahawa
para Mualaf sepatutnya tidak ditakutkan dalam soal berkhitan kerana ia bukan
keutamaan bagi puak Mualaf.
Dari segi bahasa khitan berasal dari istilah Arab yang
bermaksud potong. Dari segi istilah khitan
untuk lelaki bermaksud memotong kulit yang terdapat pada bahagian hujung kemaluan lelaki
(Qulfah) demi menunaikan sunnah Nabi Muhammad SAW., menjaga kebersihan kemaluan
pada bahagian penghujung kemaluan agar tiada kekotoran di dalamnya, melawaskan
membuang air kecil dan menambah nikmat ketika berjimak. Beberapa ulama membahagikan
khitan kepada dua jenis iaitu i'zar (untuk
lelaki) dan khafd (untuk wanita).
Menurut riwayat yang sahih, Nabi
Ibrahim a.s. melakukan khitan pada
usia 80 tahun. Lelaki yang pertama melakukan khitan adalah Nabi Ibrahim a.s.
sedangkan wanita adalah siti Hajar. Nabi Adam a.s. diciptakan Allah dalam
keadaan telah khitan.
Ibn Al-Qayyim Al-Jawziyyah dalam Kitab Tuhfat Al-Maulud
(hal. 201) menyebut tiga pendapat mengenai persoalan khitan Nabi Muhammad SAW. Ada
pendapat yang berbeza mengenai perkara ini:
Pertama, baginda dilahirkan telah
bersunat,
Kedua, Jibril menyunatkan Nabi
ketika membedah dadanya,
Ketiga, datuknya 'Abd al-Mutalib
menyunat dia mengikut adat orang-orang Arab yang menyunat anak-anak mereka.
Berhubung dengan pendapat yang
pertama, Ibn al-Qayyim meriwayatkan banyak hadis dalam bukunya tetapi dia
memutuskan semua Hadis tersebut sebagai daif (lemah). Kemudian beliau menyebut
bahawa jika seorang anak telah lahir disunat, ini adalah satu kecacatan dan ia
adalah bukan satu tanda kebaikan seperti yang difikirkan banyak orang.
Berhubung dengan pendapat yang
kedua, beliau berkata bahawa Hadis mengenai Malaikat Jibril membelah dan membuka
hati Nabi diriwayatkan melalui banyak isnad;
ia tidak menyebutkan dalam mana-mana Hadis yang Jibril menyunat Nabi kecuali dalam satu hadis yang shaz dan gharib (ganjil dan pelik).
Berhubung dengan pendapat ketiga,
dalam beberapa laporan dinyatakan bahawa datuknya 'Abd al-Mutalib menyunatkan Nabi
pada hari yang ketujuh. Beliau berkata, ini seolah-olah menjadi pandangan yang
betul dan yang paling dekat dengan realiti. Maka kita setuju bahawa inilah
pendapat yang paling rajih.
Saya tidak menjumpai mana-mana Hadis
di mana Nabi memerintahkan isteri atau anak-anak perempuannya disunat (khitan),
tetapi Nabi pernah menasihatkan perempuan yang melakukan khitan di Madinah tentang
cara yang betul untuk berkhitan. Sabda Nabi Muhammad SAW. yang bermaksud:
"Jangan pergi kepada yang melampau dalam memotong; itu adalah lebih baik
bagi seorang wanita dan lebih disukai oleh suami." (Hadis ini disahihkan
oleh al-Albani dalam Sahih Abi Dawud).
1 comment:
The Ultimate Guide to Titanium Glass - TITanium Arts
How Glasses Represent the Different Kind of Glasses · The most titanium ore terraria popular design and appearance of glass benjamin moore titanium in titanium lug nuts a titanium solvent trap casino. · The most popular benjamin moore titanium design of glass in
Post a Comment