Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Saturday, September 18, 2010

Pemergian Ramadan Ditangisi



RAMADAN: PEMERGIANMU DIRINDUI
DR. Amini Amir Abdullah

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita masih dikurniakan nikmat kehidupan hingga ke penghujung Ramadan al-Mubarak. Kita bersyukur jika siang dan malam-malam Ramadan ini kita padati dengan pelbagai amal ibadah untuk mencapai keredaan Allah s.w.t. dan untuk merebut ganjaran pahala yang besar dan berlipat ganda yang tidak disediakan Allah pada bulan-bulan lain. Kini, Ramadan sebagai tamu agung dan penuh keberkatan telah meninggalkan kita.  Sebagaimana kita sukacita menyambut kedatangannya, sebagai tetamu agung, maka hendaknya kita melahirkan kesedihan pemergian Ramadan.

Puasa secara bahasa adalah “menahan diri dari sesuatu”. Sedangkan secara terminologi, adalah 
“menahan diri pada siang hari dari berbuka dengan disertai niat berpuasa bagi orang yang telah diwajibkan 
sejak terbit fajar hingga terbenam matahari”. 
 
Puasa adalah menjaga daripada pekerjaan-pekerjaan yang dapat membatalkan puasa seperti makan, minum, 
dan bersenggama pada sepanjang hari tersebut (sejak terbit fajar hingga terbenamnya matahari). 
Puasa diwajibkan atas seorang muslim yang baligh, berakal, bersih dari haid dan nifas, 
disertai niat ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Adapun rukunnya adalah menahan diri dari makan dan 
minum, menjaga kemaluannya (tidak bersenggama), menahan untuk tidak berbuka, sejak terbitnya ufuk 
kemerah-merahan (fajar subuh) di sebelah timur hingga tenggelamnya matahari. Firman Allah swt :  
“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam,iaitu fajar”. 
Dari Ibn 'Abdul Bar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: ”Sesungguhnya Bilal biasa azan pada 
malam hari, maka makan dan minumlah kamu sampai terdengarnya azan  Ibn Ummi Maktum”, 
menyatakan bahwa benang putih adalah waktu subuh dan sahur hanya  dikerjakan sebelum waktu
 fajar”.

Sebenarnya, semakin ke penghujung Ramadan merupakan saat yang lebih bernilai.  Sebab itu, janganlah lantaran sibuk membuat persiapan Hari Raya, membeli-belah di pasaraya dan sebagainya, menyebabkan ramai yang meninggalkan solat terawih, zikir, membaca Qur’an dan lain-lain ibadah di malam-malam akhir Ramadan. Rasulullah s.a.w. mengajak para sahabatnya untuk berdoa sepanjang tahun ke depan, agar Allah s.w.t. menerima puasa mereka tahun ini. Umat Islam perlu menempatkan diri di antara “khuatir dan harapan”Kita khuatir ada kekurangan dalam puasa kita tetapi kita menaruh harapan agar Allah s.w.t. menerima puasa kita itu.

Allah s.w.t. akhirnya menghadiahkan dengan Aidilfitri sebagai hari kemenangan dan untuk menyatakan kesyukuran dan kegembiraan setelah mengharungi pelbagai ujian sepanjang Ramadan.

Setiap muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada janji-janji Allah dan Rasulnya pasti bergembira menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak pada setiap tahun.  Begitu juga dengan tahun 1431H ini di mana kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. menyambut dan meraikan ketibaan bulan Ramadan yang penuh rahmat dan pahala, dengan kegembiraan serta iman taqwa yang teguh. Hanya mereka yang lemah iman sahaja yang merasa cemas dan risau dengan kunjungan Ramadan. Begitu juga dengan mereka yang tidak mengenali fadhilat atau keberkatannya. Tetapi bagi orang yang dapat memahami fadilatnya akan menunggu dengan jiwa kesyukuran seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya yang bererti "Sekiranya umatku mengetahui kemuliaan dalam bulan Ramadan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangan Ramadan itu di sepanjang tahun".

Ramadan adalah semulia-mulia bulan dan berbagai kejadian atau peristiwa berlaku di dalamnya yang menjadikan tarafnya lebih agung dan lebih berkat, di antaranya: Pertama, perintah Allah s.w.t. ke atas Muslimin untuk mengerjakan puasa; kedua, mula turunnya kitab suci Al-Quran dari ayat pertama hingga kelima dari surah Al-‘Alaq iaitu pada tanggal 17 haribulan; ketiga, dalam bulan Ramadan ini juga umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah atau zakat badan serta zakat harta benda ke atas mereka yang cukup syaratnya. Keempat, di sepanjang bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, Allah s.w.t. menghadiahkan kepada umat Islam satu malam yang pahala atau keberkatannya seribu bulan, yang dinamakan Lailatul Qadar.

Kita telah memastikan pelaksanaan rukun Islam ketiga ini diterima Allah serta mendapat keredaannya, iaitu dengan dilakukan mengikut syarat-syarat atau rukun dengan sempurna, berniat ikhlas, berdisplin dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan menghilangkan pahalanya. Ini disebabkan tujuan berpuasa bukanlah menahan diri dari makan dan minum sahaja tetapi menahan semua anggota dari melakukan kerja-kerja yang tidak berakhlak atau yang dilarang oleh agama.

 







No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak