Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Sunday, May 10, 2009

Respon Seorang Pembaca Beragama Kristian Mengenai Kalimah Allah


Istilah Allah

Salam sejahtera… Saya mewakili orang Kristian yang lain mengakui dan tidak menidakkan kebenaran sebagaimana yang dinyatakan Dr Amini dalam journal diatas.
Penggunaan perkataan “ALLAH” telah lama digunakan malah semasa saya masih kecil lagi. Perkataan tersebut acapkali saya dengar di gereja (Sarawak) bagi sesi Bahasa dan Bahasa Iban. Ini kerana kepelbagain etnik di Sarawak amnya disatukan dalam 1 bahasa dalam satu sesi sembahyang yang menggunakan bahasa kebangsaan atau jika kawasan tersebut majoritinya adalah etnik Iban misalnya, maka medium bahasa yang digunakan ialah bahasa melayu atau bahasa Iban. Adalah tidak mustahil untuk menjalankan sesi sembahyang dalam pelbagai bahasa tetapi taburan etnik di sesuatu tempat adalah berbeza.
Terminologi ”ALLAH” juga telah diguna pakai dalam semua kitab injil (BIBLE) yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Iban. Meskipun begitu, dari segi intonasinya adalah berbeza sedikit. Penyekatan terhadap terminologi ”ALLAH” dalm Catholic Newsletter Herald bererti terminologi ”ALLAH” dalam BIBLE yang telah diterjemahkan juga disekat. Walhal, dari segi sembahyang jika diteliti, cara sembahyang penganut Kristian di Malaysia adalah berbeza dengan cara sembahyang di Indonesia. Di Indonesia, cara sembahyang mereka adalah sama dengan cara sembahyang orang Islam.
Di Malaysia dan di Kota Vatican (gereja Katholik Utama yang bertempat di Rom) umpamanya, hanya terdapat dua persamaan antara orang Islam dan orang Kristian. Yang pertama, sebelum sembahyang penyucian diri amat penting di mana orang Islam mengambil ’wuduk’ manakala orang Kristian pula melakukan tanda salib pada badan menggunakan air suci yang terletak di pintu masuk gereja. Yang kedua ialah, sujud iaitu semasa melakukan bacaan doa. Tidak dinafikan juga, terdapat pengaruh Indonesia dalam penyiaran risalah atau newsletter di gereja. Tetapi kerja-kerja pengedaran newsletter dan seumpanya hanya dilakukan di gereja dan bilangan yang diedarkan juga adalah dalam jumlah yang sedikit dan terhad. Pada kebiasaanya, newsletter tidak akan di bawa keluar untuk diperlihatkan oleh orang ramai. Ini kerana sebarang perkataan/terminologi yang digunakan seperti ”ALLAH” disalah tafsirkan dan isu tersebut diperbesarkan dan kami, penganut Kristian sedar akan hakikat tersebut.
Di samping itu, perkataan ”ALLAH”, nabi, firman, rasul dan lain-lain lagi kebanyakkannya adalah merujuk kepada perkara yang sama. Bagi Islam, ”ALLAH” adalah tuhan yang Esa, begitu juga dengan orang Kristian. Orang Kristian merujuk ”ALLAH” sebagaimana orang Islam sebagai Tuhan yang mencipta manusia bermula dengan Adam dan Hawa, pencipta dunia, pencipta alam semesta dan lain-lain lagi. Orang Islam merujuk Jesus(Yesus) sebagai NABI ISA dan salah satu para nabi daripada 25 orang nabi yang lain. Orang Kristian merujuk Jesus(Yesus) sebagai Anak Tuhan yang diperturunkan untuk menyelamatkan bangsa manusia dan membawa mereka kembali kepada Tuhan. Konsep unutk menyelamatkan manusia dalam konteks Kristian adalah hampir sama dengan orang Islam tetapi diterangkan dalam konteks Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, seandainya penggunaan perkataan ”ALLAH” adalah diharamkan di dalam Herald (Catholic Newsletter), dapatkah anda bayangkan bagaimana penerimaan penganut-penganut Kristian yang selama ini telah membiasakan diri menggunakan terminologi tersebut dalam sembahyang mereka, semasa membaca kitab injil dan semasa melakukan ibadat di gereja? Apakah perkataan yang sesuai bagi penganut Kristian bagi menggantikan perkataan ”ALLAH”?
Pada pandangan saya, isu sperti tidak harus disiarkan dan dibicara umum kerana isu seperti sememangnya sangat sensitif bagi kedua-dua pihak, sama ada orang Islam dan orang Kristian. Terdapat beberapa cadangan ingin dikemukan dan salah satunya ialah mewujudkan Akta Agama dimana terdapat satu institusi keagamaan yang akan memantau segala aktiviti keagamaan di Malaysia dan memastikan isu-isu sensitif tidak timbul. Cadanga yang kedua, segala isu sensitif yang timbul harus dilakukan penyiasatan secara tertutup dan terlindung, begitu juga didalam perbicaraan mahkamah dan lain-lain. Ini kerana persepsi orang ramai tidak boleh dijangka dan salah tafsir serta kekeliruan orang ramai boleh memburukkan keadaan yang akhirnya boleh membawa kepada rusuhan, mogokan, bantahan atau ancaman ketenteraman sejagat.
Cadangan yang seterusnya ialah penubuhan mahkamah agama (di bawah suruhanjaya istimewa/sementara) dimana anggota-anggotanya adalah Majlis Raja-raja, 1-2 wakil Kerajaan Pusat dan juga ketua-ketua agama. Prosiding mahkamah adalah tertutup dan hanya akan disiarkan atau diumumkan keputusan mahkamah sehari selepas perbicaraan. Segala butir-butir lengkap yang terkandung dalam dokumen dan juga semasa persidangan mahkamah adalah dilarang daripada disiarkan pada media massa. Jika terdapat kebocoran terhadap hasil perbicaraan, orang berkenaan hendaklah didakwa dibawah Akta Hasutan dan akta-akta yang relevan dengan kesalahan individu terbabit. Cadangan yang seterusnya, melakukan musyawarah atau perbincangan atau perjumpaan antara ketua-ketua agama yang ada di Malaysia untuk membincang mana-mana isu keagaaman yang bercanggah antara satu sama lain seperti terminologi dalam agama Kristian dan agama Islam, atau isu yang lain. Sebarang persetujuan atau kata putus yang diperoleh hendaklah dimaklumkan kepada Kerajaan pusat dan Majlis Raja-raja Melayu. Langkah ini penting sebagai tanda hormat dan patuh kepada Akta Perlembagaan 153 mengenai kedudukan agama.
Perjumpaan atau mesyuwarah hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Dengan itu, segala kekeliruan dapat diatasi dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Akhir sekali, peranan Kerajaan Pusat dan Majlis Raja-raja dalam menguruskan hal agama. Meskipun Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa majoriti terhadap agama, akan tetapi dari segi kawalan, pemantauan adalah penting. Majlis Raja-raja pula berperanan untuk memastikan kepentingan setiap jenis agama yang ada di Malaysia adalah dilindungi dan memberi kata putus sama ada untuk mengesahkan atau meluluskan sebarang hasil perbincangan yang dilakukan oleh ketua-ketua agama (cadangan sebelumnya).
Diharapkan apa sahaja yang saya bincangkan diatas tidak salah ertikan terutamanya umat Islam yang membaca hasil kritikan, pandangan serta cadangan saya. Semasa menulis kritikan dan pandangan, saya sedar setiap perkataan yang digunakan boleh menimbulkan salah faham dan boleh menimbulkan kekecohan dalam blog ini. Akan tetapi apa yang saya utarakan diatas adalah segi persepsi saya sebagai orang Kristian dan juga sebagai rakyat Malaysia. Diharap pembaca kalian dan Dr Amini tidak melabelkan hasil penulisan saya sebagai satu penentangan atau diskriminasi agama atau sesuatu boleh mengaibkan mana-mana pihak. Sekian, terima kasih...

No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak