Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Wednesday, February 27, 2013




ARAHAN TUGASAN (KERJA KURSUS)
SKP2204 Hubungan Etnik
Semester Kedua 2012/2013

Kumpulan 19

Dr. Amini Amir Bin Abdullah
Bilik C15, Tkt 1, Blok C, FEM draminiamir@gmail.com 013-2724553



PENILAIAN KURSUS

UJIAN 1 (OBJEKTIF) (20 MARKAH)

KERJA KURSUS

TUGASAN 1 INDIVIDU – Penulisan Esei (5 MARKAH)

TUGASAN 2 INDIVIDU – Komentar dan Ulasan Buku (5 MARKAH)

PEMBENTANGAN BERKUMPULAN (Pilih Esei Terbaik Sesama Ahli (5 MARKAH)

BUKU KERJA – Individu (10 MARKAH)

3. Laporan TEMUBUAL/WAWANCARA TOKOH (10 Markah)

4. PEPERIKSAAN AKHIR (SUBJEKTIF) (40 MARKAH)

UJIAN PERTAMA

Akan dimaklumkan tarikhnya.

20 markah penuh

40 soalan objektif

Arahan Khusus Tugasan Penulisan Esei (Tugasan 1) (5 Markah)

1. Pilih apa-apa tajuk berkaitan dengan isu semasa mencakupi aspek hubungan etnik atau topik-topik penting dalam Modul Hubungan Etnik.

2. Dapatkan pengesahan pensyarah terlebih dahulu.

3. Buat peta minda dan bincang dengan Profesor. Jika tidak markah akan dipotong.

3. Dapatkan 5 rujukan utama untuk tujuan penulisan.

4. Tugasan mestilah ditulis dalam bahasa Melayu; dengan tidak melebihi 15 halaman dan tidak kurang daripada 7 halaman.

Rangka kandungan ringkas (content outline) (Tugasan 1 sahaja) seperti berikut:

Prakata

Penghargaan

Kandungan dan halaman

1. Pendahuluan

2. Definisi

3. Permasalahan dan Persoalan Kajian

Sambungan

4. Kaedah Penyelidikan

5. Cadangan/Saranan

6. Kesimpulan

7. Bibliografi

* Mesti disertakan footnote bagi setiap petikan, fakta atau maklumat.

Arahan Khusus Penulisan Ulasan Buku (Tugasan 2) (5 Markah)

1. Pilih mana-mana artikel buku yang berkaitan hubungan etnik.

2. Buku mestilah berbahasa Inggeris atau berbahasa Melayu; akan tetapi diulas ke dalam bahasa Malaysia dengan tidak kurang daripada 8 halaman.

3. Terjemahkan dahulu buku tersebut sebelum diulas.

4. Sebelum diulas, setiap buku berbahasa Inggeris atau berbahasa Melayu mestilah mendapat kelulusan saya terlebih dahulu. Sila download daripada internet dan cetak serta dapatkan pengesahan saya.


Apa Yang Perlu Ada Dalam Tugasan Ulasan dan Komentar Buku?

1. Isi-isi pokok yang dibincangkan oleh penulis asal. Diolah semula dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

2. Pandangan anda sendiri mengenai buku tersebut dari segi isi, perbincangan dan keilmiahan.

3. Komen dan kritikan anda mengenai buku tersebut.

4. Nyatakan kekuatan dan kekurangan buku tersebut.

5. Pandangan anda mengenai gaya bahasa, persembahan dan seumpamanya berkaitan buku tersebut.

FORMAT KEDUA-DUA TUGASAN

Tajuk dan halaman hadapan mestilah bertaip dan mempunyai maklumat lengkap seperti tajuk, nombor matriks, nama, program, nama pensyarah, logo dan seumpamanya (Contoh diberikan)

Tulis tugasan anda one-sided sahaja bukannya double sided.

Bahagian permulaan tugasan (esei dan lawatan sahaja) mesti mempunyai PRAKATA:

Setiap penulis mesti menyumbang satu PRAKATA dengan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

PRAKATA ini memperihalkan pengalaman melakukan tugasan, faedah dan ilmu yang diperolehi, kerjasama berkumpulan, kesukaran dan kepayahan, cabaran dan rintangan, bidang tugas setiap ahli kumpulan, respon keluarga dan rakan.

Tarikh Akhir Penghantaran Tugasan

Tarikh akhir penghantaran kedua-dua tugasan (1 dan 2) ialah pada minggu kesembilan

Kedua-dua tugasan mestilah dihantar serentak.

Tugasan temubual/wawancara tokoh – Minggu Kesepuluh

Persembahan dalam Perisian Powerpoint dan Tarikh Pembentangan

Buat persiapan tugasan temubual/wawancara tokoh untuk tujuan pembentangan.

Sediakan slide yang mengandungi tidak kurang daripada 10 slide untuk dibentangkan.

Slide mesti mengandungi sedutan klip video temubual.

Masa bagi pembentangan ialah 15 minit sahaja.

Markah terbaik akan diberikan kepada pembentangan terbaik.

Pembentangan akan bermula pada minggu ke 10.

PEMBAHAGIAN MARKAH

Kerja Kursus mencakupi 60% daripada keseluruhan markah penilaian kursus.

Setiap tugasan dan pembentangan akan dinilai berdasarkan item dan pecahan peratusan berikut:

       Isi                               60%        Gaya & Bahasa         30%        Rujukan                     10%              


LEWAT!!!

Penghantaran lewat: Markah akan ditolak pada kadar 2 markah sehari kelewatan.

Temubual/wawancara Tokoh

Cari maklumat mengenai tokoh-tokoh yang ingin ditemubual.

Pilih tokoh-tokoh untuk ditemubual dan dapatkan keizinan saya terlebih dahulu.

Pilih salah satu daripada tajuk di bawah untuk sesi temubual bersama tokoh.

Gubal deraf soalan dan bawa berbincang dengan saya untuk mendapatkan keizinan saya sebelum sesi temubual.

Topik Temubual

Benarkah wujudnya polarisasi kaum di Malaysia?

Halangan dan cabaran perpaduan nasional di Malaysia.

Faedah dan Manfaat Program Latihan Khidmat Negara.

Bagaimana merealisasikan perpaduan nasional di Malaysia.

Fungsi dan keberkesanan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dalam memupuk perpaduan nasional.



Topik Temubual

6. Bagaimanakah Islam Merealisasikan Perpaduan?

7. Apakah hasil dan manfaat daripada kajian-kajian mengenai hubungan etnik?

8. Hubungan Muslim-Non Muslim Di Malaysia.

9. Gagasan 1Malaysia dan kejayaannya.

10. NKRA dan kejayaannya setakat ini.

11. GTP dan kejayaannya setakat ini.

Sambungan..

12. Nasib Bumiputera di Luar Bandar.

13. Sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil.

14. Dialog Peradaban: Apa, Bila, Di mana?

15. Isu Semasa Dalam Hubungan Etnik.

16. Bagaimana memperkukuhkan hubungan etnik?

17. Bagaimana mengelakkan konflik kaum?


Buku Kerja (Work Book)

1. Buku kerja merupakan tugasan mingguan.

2. Buku kerja bersama soalan akan diberikan pada setiap minggu.

3. Jawab semua soalan yang diberikan di atas kertas kajang (note pad berukuran A4) dan kumpulkan semuanya dalam satu note pad.

4. Serahkan semuanya pada minggu ke 9 (sembilan)

5. Markah penuh diberikan kepada jawapan paling tepat.

6. Cari maklumat di perpustakaan atau melalui internet.



KEHADIRAN/PENGLIBATAN

Kehadiran penuh adalah suatu kemestian.

Jadi, jangan ponteng kuliah kecuali bagi kes kecemasan dan kesihatan.

Bagi kes kesihatan, sila dapatkan MC daripada Pusat Kesihatan Universiti.

Penglibatan pula bermaksud keaktifan pelajar dalam kuliah, kehadiran kuliah dan berjumpa dengan saya berbincang masalah akademik atau pembelajaran.

Markah bonus akan dimasukkan dalam markah buku kerja.

Blog Dr. Amini Amir Abdullah

Followers Dalam Blog Saya

Download Artikel Untuk Meluaskan Pengetahuan

Download Artikel Untuk Meluaskan Pengetahuan



No comments:

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak