Kerusi DUN Kajang Dikosongkan Untuk Penuhi Nafsu Politik Anwar - Ahli Akademik
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Tindakan PKR menamakan Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk mengisi
kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hanyalah bagi
kepentingan pemimpin parti itu.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata PKR sebagai sebuah parti politik seharusnya menghormati sistem demokrasi secara lebih bertanggungjawab walaupun proses pilihan raya kecil dibenarkan.
"Dalam proses mahukan perubahan, wajar diangkat menjadi wakil rakyat yang bersedia untuk berkhidmat dan bukan untuk percaturan politik sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKR yang menamakan anggota Parlimen Permatang Pauh itu untuk menduduki kerusi DUN Kajang yang dikosongkan penyandangnya Lee Chin Cheh pada Isnin.
Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata pemilihan Anwar dibuat selepas dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang diadakan.
Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.
Sivamurugan yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata dalam transisi perubahan landskap politik, pengundi perlu melakukan penilaian menyeluruh jika mahukan politik yang berhemah.
Sementara itu, Dr Amini Amir Abdullah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pula berpendapat pengosongan kerusi DUN Kajang tidak lebih daripada percaturan licik PKR bagi menunaikan hasrat atau tujuan politik individu tertentu, khususnya Anwar.
Beliau berkata jika Anwar memenangi pilihan raya kecil itu, beliau sekali lagi akan ditabalkan sebagai hero yang boleh menyelesaikan setiap kemelut dalam PKR dan pentadbiran kerajaan yang ditunjangi parti itu di Selangor.
"Namun, persoalan yang harus ditanya ialah mengapa rakyat atau pengundi di Kajang dijadikan mangsa sedangkan kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada wakil rakyat sebelum ini dimusnahkan begitu sahaja tanpa penjelasan jelas kenapa kerusi itu dikosongkan," katanya.
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia itu berkata isu anggota PKR mempermainkan kepercayaan rakyat dengan meletak jawatan sebagai Adun atau Anggota Parlimen menjadi trend sejak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya itu.
Selain Permatang Pauh dan Kajang seorang lagi wakil rakyat PKR yang meletak jawatan ialah Adun Penanti Mohammad Fairus Khairuddin yang ketika itu merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Exco kerajaan negeri.
Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow pula menyifatkan tindakan pakatan pembangkang itu semata-mata menggunakan pilihan raya kecil untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR.
"Pengundi-pengundi di Selangor harus bijak membuat pemilihan dan penilaian kerana apa yang sedang berlaku dan akan berlaku hanyalah semata-mata untuk kepentingan parti," katanya.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata rakyat jangan terperangkap dengan sandiwara PKR terutama Anwar yang hanya mengambil kesempatan.
"Di Permatang Pauh pun berapa kali sahaja Anwar balik melawat kawasan, ini pula mahu menjadi Adun dan bercita-cita nak jadi menteri besar di Selangor, memang tidak balik terus lah ke kawasannya di sini (Permatang Pauh)," katanya.
Naib presiden MIC Datuk M.Saravanan berkata rakyat boleh menilai sendiri budaya mementingkan individu yang diamalkan pembangkang.
Katanya pengosongan kerusi Parlimen atau DUN hanya boleh dibuat dengan sebab-sebab yang kukuh antaranya faktor kesihatan wakil rakyat sehingga menyebabkan beliau mengundurkan diri dan kematian wakil rakyat.
"Sekiranya pilihan raya kecil diadakan di Kajang kelak maka ia merupakan masa yang tidak sesuai ketika rakyat kini sedang menghadapi kos sara hidup yang tinggi dan merupakan satu pembaziran wang kerajaan," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata anggota MIC akan turun padang bertemu pengundi di Kajang untuk memberi penjelasan tentang isu semasa khususnya langkah kerajaan membantu rakyat mengurangkan beban menghadapi kos sara hidup sekarang.
Sementara itu Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Isahak berkata pengundi-pengundi di DUN Kajang akan dijadikan 'kambing hitam' demi mencapai cita-cita politik Anwar.
"Persoalannya, kenapa harus bekas penyandang kerusi tersebut dijadikan mangsa sedangkan tiada liabiliti yang mengharuskan kerusi tersebut perlu dikosongkan kalau tidak kerana Datuk Seri Anwar bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rahmad berkata tindakan Anwar itu juga diibaratkan sebagai 'mengata dulang paku serpih' apabila sebelum ini pakatan pembangkang lantang mengkritik kerajaan pusat berhubung kenaikan harga barangan serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwa mereka melakukan penipuan.
Di KOTA KINABALU, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak membidas pakatan pembangkang yang memperkotak-katikkan pengundi di DUN Kajang dan menyifatkan peletakan jawatan Lee sebagai satu lagi 'wayang pembangkang'.
"Kita dapat melihat dengan jelas rentetan peristiwa ini sebagai satu wayang yang disusun skripnya... setelah gagal dalam percubaannya ke Putrajaya, Anwar kini menuju ke kerusi Menteri Besar Selangor, setidak-tidaknya dia boleh menggunakan kuasa dan kedudukan di sana untuk survival politiknya," katanya dalam satu kenyataan di sini.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment